Pages

Tuesday, 13 April 2010

Ikhlaskah kamu??? --> jawab dalam hati saja..

Entri ini tiada kaitan dengan siapapun TITIK!

Kita sering tunjuk perasaan andai diberi tugasan-tugasan diluar kotak pemikiran. Atau di luar bidang kita. KAN?? Dan keluarlah dialog-dialog berikut.

'Eiii bosannya!!Asyik-asyik aku kena. Apa dah takde orang lain ke dalam opis neh?'

atau..

'Sakit hati betul dengan bos ni. Tak kira! Aku tak nak buat kerja ni. Apa nak jadi jadila"

Itu mungkin dialog-dialog yang diungkapkan mungkin kepada office mate atau mungkin membebel sorang-sorang. Tanpa kita sedar tugasan-tugasan yang diberikan sebenarnya ada nilai positif tersendiri even ia diluar bidang kita. Dan kalau difikir dari sudut positif, ganjaran yang diperoleh juga dalam bentuk positif. KAN??( sangat bersemiotik motivasi ini).

Okey. Jom sama-sama kita bayangkan..

SITUASI 1:

'Anda seorang lelaki. Bekerja sebagai penghantar surat terhormat. Spesifikasi tugas anda hanya kutip surat, hantar surat dan apa-apa yang berkaitan dengan surat menyurat. Dan suatu petang yang panas hangat, anda terpaksa rela balik lewat untuk mengganti tugas pak guard ditempat kerja anda untuk 1jam. Huh! Padan muka anda. Dan bila dah tamat tugas di luar bidang anda itu, tiba-tiba bos suruh anda sediakan tea o panas untuk dia dan tiga orang kawannya. Nah! Ini betul-betul diluar bidang kerjaya anda dan diluar bidang jantina anda. Dengan maksud lain hanya perempuan lakukan kerja-kerja sebegitu. Mesti anda mengamuk sakan.

'Hey! apa kau ingat aku ni perempuan ke nak buat kerja-kerja tu sume!!'

 Tapi mungkin tersekat dikerongkong je. Tak terluah kerana takut bos terus tendang anda dari senarai stafnye. Masa ni la keupayaan anda berfikir secara positif dan bertindak rasional diperlukan. Mungkin daripada dialog berpuaka tadi cuba tukarkan kepada dialog lain.

 'Terima kasih bos kerana mendidik saya menjadi seorang ayah yang mithali...' anda sangat poyo sebenarnya.

OK!

Tapi itu semua bergantung pada diri kita. Yang penting bila dapat kerja di luar bidang kerja kita, cuba fikir positif supaya ganjaran yang diperoleh dalam bentuk positif (ulang ayat atas). Dan bila kita buat kerja dengan ikhlas tentu kita tak kan tertekan dengan kerja tersebut.

P/S: Kalau awal-awal tak ikhlas untuk buat, mengaku saja supaya kerja tu tak beri tekanan pada kita dan orang sekeliling.

2 comments:

  1. nape ni fizaaa..ade angin ke??hehehheHehe..
    sabo.sabo dan sabo =)

    ReplyDelete
  2. kak na!!!hehe..nie motivasi nak naikkn semangat diri..haha..

    ReplyDelete