Pages

Friday, 16 April 2010

Tempat makan best!!

Saje bagi tajuk entri sebegitu rupa. Nak menunjukkan entri ini penting untuk orang yang suka makan. Haha..

Tepat jam 1230 pm. Perut sudah mula berdendang irama rock. Kelas lagi setengah jam bersurai. Tiba-tiba hp saya yang sedia rosak bergetar. Panggilan dari one of my fwen. En. Kay.

'Sori hp rosak. Tak dengar suara orang yg cal. Sila msj sja'
'Bz?wanna lunch 2gether?'
'Oh! sowi. Klas habis kul 1'
'Ok. Kul 1 sy jemput'

Adus dia ni bukannya nak minta jawapan saya setuju atau tidak. Ok! Ini adalah perintah kena ikut. Tepat jam 1pm. Lepas kelas bersurai, terus bergegas turun tangga, lintas jalan, hantar kunci dan naik tangga pula untuk tukar kasut. Takkan nak keluar lunch dengan kasut bertutup high heel ini. Owh! sangat skema ok. Sedang panjat tangga, En. Kay msj..

'Dah Sampai'

Adoi! Dia nie memang janji orang Jepun. Sangat punctual. So, hari ni mahu makan di mana pulak yer? Asyik-asyik saya yang kena pilih tempat makan. Sampai kehabisan idea mahu makan di mana.

'Pantai Batu Buruk la. Sana banyak kedai. Pilih jer mana yang berkenan'

Yer! Pilihan yang tepat barangkali. Dan tiba-tiba En. Kay terpandang restoren di seberang jalan.

'Jom Tukar selera'

Saya menurut saja. Al maklumlah perut betul-betul sudah kosong wajib diisi. Ok! Ini 1st time kami berkunjung ke restoren ini. sepanjang kami makan kat area Pantai Batu Buruk. Sekarang saya mahu promote restoren anda yer.

RESTOREN NIL
Nampak dari luar suram jer.
Tak la ramai sangat pelanggan berkunjung selera.
 Tapi saya pernah tengok hujung minggu ramai jugak pelanggan.
Dan ada kawan saya pernah cakap masakan dia best
Dan restoren ini anda boleh rasa dua keadaan.
Makan sambil diulit angin pantai
Atau makan kat bahagian yang agak privacy dan ada aircond
 (err...aircondnyer xsejuk sangat. Maaf berterus terang).

Dan bila diminta untuk memutuskan menu yang mahu dipilih hari ini...Errr...Saya sudah blur kerana terlalu lapar. Sila En. Kay buat keputusan. Mamat ni memang kuat makan (errr..gurau saja). Tak sampai setengah saat dia sudah terbayang mahu makan apa.

-Fresh Orange
-Nasi Putih
-Sup Daging (Bcoz En. Kay tak pernah makan ayam seumur hidup beliau. Sangat pelik!)
-Telur Dadar
-Kangkung Goreng Belacan (Request by me)
-Sambal Belacan dan Ulam Timun (Yang ni tak mintak..tapi memang disediakan)

Ok! sudah kenyang. Sangat kenyang sebenarnya. Cuma mahu komen sangat SEDAP. Dari Fresh Orange (yang sangat fresh) sampaila kangkung goreng belacan. SEDAP! Cuma sambal belacan mungkin terlebih cuka (pandai pulak saya komen lebih-lebih). Yang paling sedap adalah sup daging. Bertambah sedap bagi seorang saya kerana ia sangat pedas dan saya suka pedas. Harga kesemua makanan RM17 sahaja. Kira berbaloi la kan En. Kay.

P/S: Daripada 5 bintang saya bagi 4.5 bintang. En. Kay pula hanya bagi 1.5 bintang kerana beliau marah terpaksa tunggu 20minit untuk makanan sampai. lalala..

2 comments:

  1. restoren Nil..?? i da blacklist ini tempat. i had a bad memory with this restaurant.. suatu ketika..ecehh..pernah ke sana dgn mohd fauzi. nak dapatkan segelas air pun hampir setengah jam. gilak lembab wal bentat. and mayb nasib saya tak sebaik kamu, makanannya sungguh lah kurang kesedapan. terus kami blacklist restoren ni. from 5, i give 0.05 star..hehehhe

    ReplyDelete
  2. owhh..begitukah? kalau begitu smlm merupakn 1st n last sy jejakkn kaki disitu. kepada en.restoren maapkan kami. sila baiki mutu perkhidmatan anda. sekian.

    ReplyDelete