Pages

Tuesday, 18 January 2011

Kuey tiaw sup di suatu petang

Khusus pada yang sedang kelaparan saya tujukan kuey tiaw sup ini untuk anda. Tapi dapat jamah dengan mata je la. heh! Terima kasih sahabat setia menemani kemana saja untuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan kita pada kali ini.


Kalian yang senegeri dengan saya. Pernah tak kalian makan kat kedai ni? Sup sedap okeh. Tapi tak perlu la nak harapkan kedai ni ada air cond, kerusi empuk dan siap dengan pamplet menu segala. Ini hanyalah kedai mak cik-mak cik yang kedainya kecil sahaja. Tapi sup nya boom kebabom. Errp. Tak mahu buat kalian teruja pun. Tapi sup kena la dengan selera lidah saya. Kalian yang suka makan kedai-kedai tepi jalan suka plak sup-sup singgah la kedai mak cik ni. (promote okeh).

Sila tengok peta budak tadika dibawah.
Kedai ni dekat Tanjung. Sebelah Astaka. Kalau tak kenal jugak Astaka baik kau pindah negeri sebelah. Ok. Lepas Hikaru kedai servis hp kalian akan perasan ada lorong kecil. Tak payah la berangan nak parking kat lorong tu kalau tak nak kena honnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn pat blas kali. Parking mana-mana pastu jalan la ngan buah hati kalian. Kedai sup tu sebelah Astaka. Saya jamin kalian tak kan sesat. Kalau sesat ketuk kepala budak tadika yang lukis peta. Heh!

No comments:

Post a Comment