Pages

Wednesday, 19 January 2011

Wah, saya dah 18 tahun rupanya!!!

Ceh. Banyak la kau punya 18. Bukan dah nak masuk 30 ke? Ok. Tiba-tiba buta huruf dengan nombor 30. heheh!

Alhamdulillah..

Terima kasih Tuhan,
Kurniaan saya akal dan fikiran,
Untuk terus mendidik.

Kurniakan saya tenaga dan kesihatan berpanjangan,
Untuk terus mencari rezeki.

Kurniakan saya rasa cinta, kasih dan sayang,
Untuk terus menyintai, mengasihi dan menyayangi kesayangan dan kecintaan saya,

Juga kurniakan saya kesabaran,
Supaya saya terus kental menempuh hari mendatang.

Terima kasih Tuhan..

  ***
Ingat lagi kenangan meningkat usia ketika zaman belajar. Noname group pernah jugak buat suprise birthday party untuk saya. Masing-masing satu hari takde langsung nak wish even roommate saya. Buat-buat tak tahu jer dengan saya. Sampai tersentuh dengan sikap diorang. Bila malam, balik makan, diorang lepak-lepak bawah. Saya duk bilik kemudian Anem datang bagitahu kena turun sebab Dato ajak makan ramai-ramai. Ceh! Ingat sy tak tahu taktik korang yer. Jadi tak mahu spoiled kan rancangan mereka turun jugak konon-konon tak dapat agak apa-apa. Yer! Seperti yang dijangka, ada kek atas meja. Terharu sangat! Ucapan pun dah memadai untuk saya. Tapi bila kawan-kawan sambut rasa dihargai sangat. Serius rindu mereka semua.



KLIK untuk baca tentang entri ini.

****
Bila dah melepasi zaman belajar, anak-anak pulak buat saya menangis terharu. Anak-anak a.k.a students dan mentees saya.
 Satu hari di hari saya meningkat usia, Amin datang bagitahu mak dia nak jumpa (flashback lagi)..suspens betul. Maklumlah mak student datang nak jumpa. Manalah tahu ada masalah atau nak report apa-apa. Dahla masa tu saya masih baru bergelar mentor mereka...Pastu bergegas bersiap apa yang patut. Eh! malasnye nak story panjang lebar. Korang nak tahu kesudahan Suprise Birthday Party oleh kesayangan-kesayangan saya SILA KLIK SINI.

Serius saya bagitahu, saya tak pernah sambut birthday dirumah. Dengan kata lain tak pernah tiup lilin, potong kek sepanjang usia saya  sehinggalah saya masuk belajar di USM. Jadi sangat terharu bila kawan-kawan, kekasih hati dan pelajar-pelajar sambut birthday saya. Terima kasih kalian semua. Semoga doa yang kalian taburkan dibalas kebaikan berlipat kali ganda untuk kalian. Amin.






2 comments:

  1. heppy besday ja....
    t suh la mok beli kek sebijik...
    hoho

    ReplyDelete
  2. maceh jojo.
    xmau..mak nk msk nasi kunyit.berkat skit..hehe..

    ReplyDelete