Pages

Thursday, 20 January 2011

Saya bukan kerja untuk KAYA!!!

Maaf. Bila dah tulis gunakan UPPERCASE dan tanda seruan!!! terus ia jadi seperti ayat sedang marah.

Sebenarnya saya tak marah. Cuma berkecil hati sedikit. Tapi dah hilang dah rasa tu. Ini kes ada sorang kawan baik yang msj wish burfday saya. Kemudian dia ada cakap 'Semoga cepat kaya'. Ok. Terkedu seketika dapat ucapan macam tu.

Seolah-olah saya bekerja selama ni dengan matlamat untuk kaya semata-mata. Maafkan saya. Saya bukan begitu. Saya kerja untuk cari rezeki. Dan diamanahkan Tuhan untuk jalankan ibadat ini. Jadi kalau berkata-kata harus berjaga-jaga. Mungkin itu hanya gurauan. Tapi bila ia disampaikan melalui msj saya nampak ia seolah-olah suatu perlian.

Maafkan saya lagi. Saya tak kuat untuk marah kerana hal itu. Semoga dengan luahan ini akan membuka hati beliau. Saya sayang beliau dan tak mahu rasa sayang ini berkurangan dengan kata-kata sebegitu.

3 comments:

  1. jaja..
    jgn r marah2 camnie..
    lex2..
    myb perkatan 2 hanyalah gurauan semate2 2...

    ReplyDelete
  2. cik nana: tq dear!!

    jojo: yer la kot jojo. beliau bgurau jer..

    ReplyDelete