Dua tiga hari ni kerap kali en.beliau col time ofis hour. Biasanya sangat jarang beliau col time kerja kecuali ada perkara penting nak diberitahu. Tapi rasenya empat kali sehari kot beliau col. Lepastu setiap kali col mesti beliau duk tanya repeat banyak kali.
"Dah cari ke rumah sewa?"
"Bila nak cari rumah sewa?"
Katanya nak kena sewa awal-awal nanti boleh pelan-pelan beli perkakas rumah.
Semua dilist satu-persatu.
"Yang paling penting dalam rumah adalah tv"
Ceh. Bajet saya surirumah ke nak ngadap tv sambil lipat baju.
Phewww!
Bila dia tanya saya pulak barang apa yang paling penting untuk didahulukan?
Owhh!mestila saya cakap KUALI. Haha. Terharu tak?
Then katanya tak perlu beli kuali awal-awal nanti dapat hadiah kuali kan dah membazir disitu.
Hahahaha.Gelak besar.
Plz la. Ada ke orang bagi hadiah kuali?
Lagi kena beli set bilik tidur, sofa, perkakas kat dapur, peti ais, mesin basuh dan macam-macam lagi. TV nak saiz besar-besar. Pastu nak pasang Astro nak tengok bola. Cesss! Penat hokeh kalau bagi dia peluang bercakap memang tiada titik. Sob!
Jadi saya yang kental bukak mudah.my cari rumah sewa sekitar Kuala Terengganu.Banyak jugak la. Tengok lokasi, keluasan, harga dan kemudahan yang ada. Yang paling murah RM300. Tapi tak tahu la kondisi macam mana. Then en.beliau col lagi. Hokeh. Report kat dia apa yang dicari.
Rasanya wahai en.beliau kita ni terlalu awal kot nak cari rumah sewa. Macam membazir je rasa bila sewa rumah dan saya duk sorang-sorang macam musafir dari negeri orang. Sedangkan selama ni stay kat rumah dengan mak ayah. Lain la kalau rumah jauh dari opis.
Yer. Setelah berpenat lidah melakukan sesi debate akhirnya keputusan dibuat kami akan cari rumah sewa awal tahun depan. En.beliau sila bersabar. Keputusan adalah muktamad yer.
Bye!