Pages

Tuesday, 19 July 2011

Shopping at Pasar Payang.

Bila rasa bosan jom kita mencuci mata jalan-jalan cari pasal. Maafla tempat kami takde mall meriah macam korang. Jadi shopping kat Pasar Payang pun dah memadai. Theeehee. Gambar blur guna hp cabuk!


Pergi hari Jumaat. Jadi takla meriah sangat sebab ada kedai tak bukak tapi masih banyak kedai bukak. Ramai jugak warga manusia datang beli dan blah.


Curi-curi ambil gambar bila tuan kedai tak nampak. Eh. Eh masing-masing tengok semacam bila saya pegang hp gaya nak snap pics. Sori akak.

Kat Pasar Payang ni bukan jual kain baju semata-mata. Macam-macam lagi perkakas lain untuk kenan-kenangan. Kalau datang Terengganu singgahla Pasar Payang.
Pastu dah penat berjalan-jalan singgah makan kat gerai-gerai atas tu. Orang kata mihun sup sedap. Tapi tak tahu kedai mana satu. Yang saya makan tu boleh tahan jugak. Kuey teaw sup perut. Sluurpppp!


Alang-alang dah lenguh jalan-jalan beli la selai sutera creepe (macam ni ke eja?). Santek tengok orang pakai. kain nie harga bergantung pada design pada kain tu. Kalau simple harga sedang-sedang saja. Kalau meriah mahal sikit. Suka tengok bunga tulip tu sebab tu beli. Boleh pakai raya. Peewitt.

Ni kura-kura ke hape? banyak kaler hijau sampai mata jadi kehijauan.

Sebab tergoda beli dua ekor. Super cute. I loike.

Okeh. Itu saja cerita hujung minggu lepas. Hujung minggu ni pergi shopping kat Rantau Panjang pula. Seronok seronok!


No comments:

Post a Comment