Pages

Thursday, 21 July 2011

Bila dah tiada idea untuk merepek.

1. Plan dengan exschoolmates nak melepakkan diri kat pantai. Last-last saya ketiduran diorang col tak bersambut. Maafkan saya kawan-kawan.
2. Saya benci trafik antara jam 7.30 hingga 8.00 am. Kerana ia sangat panjang beratur menunggu lampu kembali hijau. Cepatla minggu ini berakhir. Owh. Lupa. Hari ni sudah Khamis. Oh! Yes!!
3. Semalam (Rabu) cuti. Ada majlis bacaan Yassin kat surau tokki dan tahlil arwah Mak Cik Ros. Dah habis tahlil tiba-tiba masuk sekumpulan wanita dari satu parti politik. Bagi kata-kata nasihat dan mention mereka siapa dan dari mana sekian-sekian. Owh! Perlu ke??
4. Khamis saya sangat kalut. Bangun lambat kerana tak cukup masa tido. Salahkan en.beliau yang col pagi yang masih membuta semata-mata risau tak bagi i pergi rombongan ke Rantau Panjang. Plz la. Saya tahu awk dengki tak dapat ikut. Haha. Its time 2b a single.
5. Setiap pokok durian keliling rumah sangat berbeza rasa duriannya. Semalam baru saya kenal pokok mana yang paling enak rasa buahnya. Tapi malang, pokok tu dah tiada lagi buah untuk gugur. Sob!
6. Kucim yang bunting kat rumah angkara Black tu masih belum beranak. Tapi saya gaduh ngan ia kerana jadikan cermin depan kereta saya jamban ia. Sungguh sakit hati. Apakan daya ia hanyalah seekor kucim.
7. Saya harap saya dapat sebuah kuasa iaitu kuasa veto. Sungguh tak sedar diri.
8. Saya dah mula risau fikirkan akan berbuka dalam perjalanan setiap hari sepanjang Ramadhan. Sadis sekali.
9. Saya rasa sekarang dah tak macam dulu. Dulu boleh berjaga sampai jam 1am. Sekarang jam 10 saya dah tido. Simpton apakah ini?
10. Esok kena bangun awal untuk pergi rombongan ke Rantau Panjang. Sekali lagi en.beliau sila jangan jeles!

Wah. Banyak lagi sebenarnya mesin fikiran berkerja sepanjang minggu ini. Cuma tak tertulis semuanya.

No comments:

Post a Comment