Pages

Sunday, 17 June 2012

Hijau bumi Tuhan.

Salam uolls.


Hijau bumi Tuhan? Wah. Dah macam tajuk lagu puleks. Kisah hijaunya adalah pabila hari petang Jumaat yang damai dan dengan rasa bosan yang amat turun ke dapur. Alih-alih mak bawak sebiji nanas besar dari belakang rumah. Wallahai. Saya yang dah memang suka makan nanas apa lagi bersila lah tunggu mak siap potong nanas. Kurang asam. Bukannya nak tolong mak kan. Muahaha. Perghhh. Manis gileww. Ok. Tapi tak boleh makan banyak-banyak kan. Dah tahu sifat nanas tu tajam. Nak buat macam mana dah suka makan la jugak sikit pon. Kemudian tengok ada betik puleks. Perghhh. Gedabak besar mak oii. Betul ke ni betik yang mak tanam??



Rupanya dah lama tak berjalan-jalan keliling rumah menghirup udara segar dengan kehijauan bumi anugerah Tuhan. Ok. Jom tengok apa yang ada keliling rumah kita. Ceh. Bajet macam rancangan jalan-jalan cari makan.



Ni adalah pokok betik yang menghasilkan buah yang gedabak macam gambar atas. Tak tahu lah ni betik genetic dari mana. Genetik gajah kot. Best jugak kalau korang tanam betik kat rumah. Sebab betik ni selain dari boleh dimakan begitu saja boleh jugak dijadikan lauk. Masak lemak betik. Tak tahulah kalau kat tempat korang tak pernah buat. Jugak boleh buat rojak betik. Tapi kitorang kat rumah ni sebut kata buah-buah yang dipetik keliling rumah tak sempat menyempat nak jadikan makanan lain siap je ‘koyok’ kitorang bedal jer makan sampai habis. Haha.




Durian pun ada keliling rumah. Depan rumah ada dua pohon. Kiri kanan rumah ada sepohon. Alhamdulillah setakat ni setiap tahun mereka tak putus asa berbuah. Cuma tahun ni macam tak lebat sangat la. Yang penting tiap tahun harusla kami berperang dengan si tupai. Dan setiap pokok durian melahirkan rasa isi durian yang berbeza. Kan. Raya ni tetamu datang bertandang dapat la makan durian. Tu pun kalau dah luruh. Thehehe.



Sapa yang peminat tegar tom yam tahu lah kan. Ni daun limau purut. Pokok limau nipis pun ada jugak. Tapi malas nak terjah kat situ semak samun sangat.



Ni kitorang panggil buah macang. Spesis buah mempelam jugak la. Tapi isinya taklah masam macam mempelam. Ada rasa masam-masam manis gitu.



Yeah. Inilah buah yang setiap tahun kami nanti-nantikan. Buah rambutan ni wujud kat rumah sejak saya kecil-kecil lagi. Masa kecil zaman nakal-nakal dulu selalu lah panjat rambutan. Sebab nak kait punyalah pemalas kan. Panjat je makan atas pokok. Dah kenyang turun sambung pergi main. Kadang-kadang kalau berbuah lebat sangat ayah jual la jugak. Ye lah. Daripada membazir nak makan pon tak termakan so baik jual. Dapat la jugak hasil kan. Rambutan pun ada banyak jenis. Nama paling klasik ialah rambutan anak sekolah. Thehe.Comel je nama.




Nanas ni kira peberet saya jugak la. Tapi sebenarnya saya pernah terbaca la nanas ni tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Sebab sifat dia yang tajam. Tambah-tambah kalau pregnant memang sah tak boleh makan kan. Tapi kalau dah teringin jugak nak makan tu macam mana ha??Errr..saya bedal jer. Tapi kalau tahu dek en.beliau memang marah lah. So lepas ni kena beringat-ingat yer.



Ni tanaman warisan zaman berzaman. Ibarat kata pokok ni sentiasa ditanam sejak mak menetap di rumah ini 40 tahun dulu. Jadi bila-bila masa kalau terasa nak makan ubi kayu rebus pergi saja cabut.


Tanaman yang tak mengecewakan. Sebab ia bukan bermusim. Walaupun orang cakap pisang takkan berbuah dua kali tapi pisang yang berbuah sekali itu akan meninggalkan anak pokok lebih dari sepohon.


 Eh. Pisang yang saya tanam dulu wujud lagi rupanya. Rasanya dah lebih tiga tahun kot saya tanam. Tapi apesal nampak macam tak bermaya jer. Dah la setandan ada 4 sikat je pisang. Adoi. Tak cukup zat eh awak.



Bestnya kalau panas-panas ni boleh minum air tebu. Tapi air tebu sekarang tak kaw dah. Susah nak cari air tebu yang kaw. Dah tak rasa manis tebu tapi rasa manis gula.




Salak ni tak lebat sangat buahnya. Masam pulak tu.
Agaknya sebab dia baru belajar berbuah. Kena tunggu lagi setahun dua kot.



Mula-mula konpius. Ingatkan pokok kunyit. Haha. Sebab tengok pokok lengkuas yang besar tu daunnya macam berbeza dengan yang kecik ni. Then adik me bagitahu ni pokok lengkuas.


Pastu tak puas hati tengok ada lengkuas yang terkeluar dari perut tanah. Cubit sikit dan cium. Ok. Lengkuas. Owwhh. Rupanya selama ni mak ambik lengkuas belakang rumah eh. Ingatkan mak beli kedai. Pang!



Mula-mula ingatkan ni kemunting yang tumbuh melata tuh. Yang buah nya kecik warna marron bila masak. Duk belek la jugak disebaik daun kot ada kemunting yang masak. LOrh. Rupa-rupanya ni kemunting cina. Kemunting yang boleh buah ubat. Tapi tak pasti untuk sakit apa.



Jap. Ini bukan mak ayah tanam. Pokok ni tumbuh sendiri. Masa kecik dulu kalau jatuh basikal dan terluka lutut kitorang akan gigit daun senduduk ni sampai hancur kemudian tempek kat tempat luka untuk hentikan pendarahan.


Dah nama tuan yang suka pedas. So wajib lah tanam pokok lada kan.



Ok. Baru tahu rupanya belakang rumah pon mak tanam serai jugak. =p



Buah kesukaan jugak. Tapi tahun ni macam tak menjadi jer. Daun je la yang lebat. Konpem kalau hujan berteduh bawah pokok ni mesti tak basah kena hujan. Sebab daun lebat sangat.



Ok. Last.

Hye semua. Nice to meet youuuu.


Hehe. Sua je camera terus datang dekat. Ingat camera saya ni makanan awak ke? Kambing yang saya beli dengan mak. Asalnya kambing ni beranak kemudian anaknya mati. Sebab dia macam tak pandai jaga anak. Tak pandai menyusu. Anak nak datang menyusu jer dia lari. Kesian. Jadi mak kata try la tukar tuan kot dia ok. Lepas dah bertukar tuan kemudian dia beranak sekor. Barulah pandai jaga anak. Agaknya masa first tu muda lagi takde pengalaman. Huahaha. Kemudian beranak lagi kembar dua ekor. Now dia dah ada tiga anak dan mak kata dia bunting lagi. Anak betina dia yang sulong tu pun bunting jugak. Wahhh. Dah jadi keluarga besar kamu yer. Harap kamu dapat anak kembar dan dapat cucu kembar jugak. Kambing pun ada cucu. FINE.


Ini lah kot yang orang duk cakap SENYUM KAMBING. =)


^___________^



5 comments:

  1. rindu nak jelajah camnie sekeliling rumah=..="

    ReplyDelete
  2. Jojo : Huhu..tu la.balik cepat oiii.

    ReplyDelete
  3. Yazid : salam kenal. tq follow blog neh =)

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:42 pm

    rindu semakin menggebu2 ..oh kampungku..:((

    ReplyDelete
  5. Puan anon : cepat2 balik =)

    ReplyDelete