Pages

Thursday, 14 June 2012

Tour to Vietnam - Part 4

Salam uolls..

Sangat pemalas nak menulis. Pergi Vietnam 2,3 hari post entri dah sampai 4 kali. Macam pergi Vietnam berbelas-belas hari. Kesian kan.

FINE.

Sebab ini belog saya sukati saya la nak post berbelas berpuluh kali pun. Ada sapa kesah?

30 May 2012

Bangun tidur bukak mata telinga dah bingit dengan bunyi hon. Korang yang pernah pergi tahu la macam mana diorang saiko sangat dengan bunyi hon. Tapi yang tu i akan cerita kemudian hokeh.

Aktiviti kami hari ini adalah melawat chu chi tunnel. Tempat ala-ala kubu peperangan askar Vietnam vs Amerika. Eh. Yeke Amerika? Masa tu setiap kali perang meletus Vietnam tak kan pernah kalah sebab mereka sangat kreatif menyelamatkan diri terutama tempat persembunyian yang sungguh kreatif yang tak fikir dek akal askar lawan untuk mencari mereka. Kental hokeh.

Kejap.Kejap.
Sebelum kita melawat askar jom kita breakfast dulu.
Breakfast disediakan kat hotel. Makan roti jer korang.



Nak pilih makanan pun kena hati-hati. Terutama makanan berminyak kena elakkan la kan.

Apesal setiap gambo enterprem mesti senyum macam eksaited sangat nak keluar jalan-jalan. Haha.

Perjalanan. Jumpa bangunan cantik terus snap. Tak pasti tu bangunan apa. Mall ke? Tapi suka.

Dah sampai. Untuk persediaan sebab dijngka akan letih berjalan jauh. Jadi beli mineral water siap-siap.

Pompuan kat kawasan ni cantik-cantik larhh! Muka putih mulus saja.

Jom masuk!!

Ni pintu lubang tempat askar Vietnam sembunyikan diri dari musuh. Loloskan diri mereka dalam lubang kendian tutup dengan penutup yang tersembunyi disebalik daun-daun kering untuk kelirukan musuh.

Dah tentulah semua askar-askar vietnam tu semua kurus-kurus kan.


Jerat. Selain dari jerat ni banyak lagi jerat lain yang ada. Macam-macam jenis. Dan sungguh kreatif la mereka design jerat-jerat neh.

Pastu terdapat banyak busut. Busut ni adalah buatan askar-askar Vietnam untuk bersembunyi. Kat tepi busut akan ada lubang yang berfungsi sebagai sumber oksigen.

Lepas tu ada pak cik tunjuk cara hasilkan selipar. Guna getah tayar tu. Kental hokeh. Tak snap la pulak gambar pak cik tu kan. Selipar tu boleh jugak kalau nak beli. Nak buat kenangan larh. Kalau nak pakai pergi shopping pon boleh jugak. Nanti pasti orang cakap kau sesat dari hutan.

Penat sangat cerita. Hape korang ingat tak penat ke cerita. Macam-macam lagi yang ada. Ada tempat diorang hasilkan bom, senjata. Ada jugak lapangan untuk korang nak try menembak guna senapang real punya. Tapi saya tak try la. Takde kejadah nak buang duit semata-mata nak menembak. Duduk atas bangku tunggu student yang menembak. Dush!


Perhentian terakhir kami. Kami dihidangkan dengan ubi kayu rebus cicah kacang tumbuk + garam. Kalau kat tempat kita ubi kayu cicah nyior kan. Jadi next time boleh la cuba cicah dengan kacang + garam.
Sedap la jugak.

Lega. Akhirnya perjalanan berbatu-batu menemui jalan pengakhiran.
Perut pun dah berdangdut riang. Jadi cari tempat makan dulu yang penting.

Makan dekat Satay House. Bawah Satay House tu ada tulis Malaysian Restaurant. Sini of cos la halal. Makanan untuk lidah melayu. Chef pun orang melayu. Kan.


Bestnya kari ni. Sangat kaw. Kalah makan kari kat Malaysia. Makan dengan kenyang. Pastu dalam bas tidur lena dah tak sedar apa.

******

Pastu alkisahnya pasal simkad.

Dah al-maklumlah bila dah masuk negara luar ni konpem lah kadar panggilan berbeza kan. Mula-mula masa kat Singapore hantar msj kat en.beliau dalam 50sen. Bila masuk Vietnam jer hantar msj then cek kredit tengok kredit hilang RM2.00 lebih. Bapak mahal. Opss. Lupa bukan duk Malaysia.

Kemudian dah tahu mahal so senyapkan diri tak msj pun kat en.beliau. Sampai beliau balik kerja dan hantar dua keping msj berbeza waktu. Tapi sebab masa tu me khusyuk dengan macam-macam aktiviti jadi tak terbalas msj beliau. Kemudian agak-agak dah free sikit nak reply lah msj sang suami. Cek kredit. Mak oihhhh. Nak sampai RM5 makan kredit haku. Ok. Baru lah paham. Kalau kita dapat msj pon tetap kredit berjalan. Akhirnya kredit tinggal zero sebab en.beliau asyik duk msj tanya itu ini. Waaaaaa.

Then bila tahu pasal simkad vietnam ni terus pegi beli. Harga 5 USD. Dalam RM15plusplus.

Beli sim ni sekadar nak col keluarga terchenta. Sembang pon perkara penting saja. Dapatlah sembang dalam 15 minit. Ok lah kan. Kalau kredit dah habis pergi topup balik. Harga topup pun 5USD jugak.

Waktu solat!!

Owhh. Lepas tu masa kat Vietnam ni opkos la beza dari malaysia kan. Time kitorang pegi tu masa kat Vietnam awal satu jam dari Malaysia. Means kalo kat Malaysia dah jam 6 pagi kat Vietnam baru jam 5 pagi. Waktu solat pon sangat beza. Jadi korang yang nak travel ke luar make sure cek dulu waktu solat.

Hari pertama saya bangun tidur di Vietnam tengok jam 6 pagi. Tapi matahari dah menyilau-nyilau. Macam dah jam 9.00 pagi. Dengan rasa tak bersalah bangun sembahyang subuh. Konon-konon masih di Malaysia. Nak buek macam mana tak tahu kan. Lepas tu barula Kak Nanie cek waktu solat. Ampunkan saya Tuhan. Ok. Lepas ni nak travel haruslah cek dulu waktu solat.

Ok. Cukuplah part 4 kali ini. Nantikan next entry yer. Ceh. macamlah ada orang follow entry tour to vietnam kau kan.

NEXT ENTRY!!!

Ular Mesia sombong tak nak sentuh. Ular kat Vietnam elok2 jer boleh pegang. =p

6 comments:

  1. gelinyer ular tu!iza selamber jek leh senyum2 agy..hehe

    ReplyDelete
  2. hani : Haha..tangan kita menggeletar hokeh yang !! =p

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:43 pm

    beraninya awk..eiiiii

    ReplyDelete
  4. cik anon : eiii..tulah..sy pon pelik mcmmana sy boleh pegang.padahal sbnarnya takut binatang tuh wak.

    ReplyDelete
  5. ok.. sy dh baca part 1 hingga 4. mmg best dan banyak info menarik. harga makanan smpilah tempat menarik. thanks ye.

    ReplyDelete
  6. Hanie : tq drop here =)

    ReplyDelete