Pages

Monday, 24 December 2012

Musim tengkujuh...


Salam uoolsssss..

Hujan tak henti-henti. Dah 3-4 hari tak nampak matahari. Tipu. Nampak sekejap je. Setengah jam macam tu je. Kemudian awan gelap dah mula menutupi matahari. So, Ahad dan Isnin memang matahari tak kelihatan. Langit memang gelap. Hujan kadang-kadang lebat, kemudian renyai sekejap pastu lebat semula. Kadang-kadang hujan lebat tu diiringi angin kencang. Ewah-ewah. Dah jadi pelapor berita di musim tengkujuh pulak yer.

Semalam pulak tiba-tiba blackout. Around 1.30 pm macam tu la. Tunggu sampai 3.00 petang tande letrik lagi. Terpaksa tunda exam ke petang Ahad minggu depan. Duk dalam gelap tanpa aircond di opis. Sampai la jam 6.00 petang takde letrik. Agaknya ada pokok tumbang terkena wayar kot. Kot je la.

Balik keje pulak ofcos la kalau hujan dan jammed memang sahabat baik kan. Masa yang biasanya diperuntukkan 15 minit untuk balik rumah jadi 1 jam. Ok. Fine.


Gambar atas jam 6.19 petang. Gelap sangat macam dah malam kan.

Sampai simpang nak masuk rumah pulak tengok jalan dah dinaiki air sikit. Kawasan tu macam rendah sikit tapi kereta masih boleh lalu. Depan rumah pulak air dan melimpah. Semua selipar-selipar terpaksa letak kat tangga atas sikit. Kot tak esok lusa entah ke mata selipar di hanyutkan air.

Malam tadi tido tak lena. Bukan malam tadi jer. Malam-malam di musim tengkujuh selalunya saya sentiasa terjaga di tengah malam. Risau takut air naik terpaksa bawak keluar kereta parking kat luar jalan besar sana. Tapi rasanya dah 3 tahun air tak naik sampai jalan depan rumah tu. Cuma tengkujuh tahun ni agak 'lain' dari tahun sebelumnya.

Harap banjir tak sampai melimpah jalan nak masuk ke rumah saya. Amin..






3 comments:

  1. gerun dahku mendengar.. terus teringat kenangan bila banjir sibuk duk ngalih barang2 naik atas rumah.. motor letak kat dpn jlan.. kakaka

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:12 pm

    rindu musim tengkujuh di kampung!!!

    ReplyDelete
  3. HH : huhu..taw xpe..nsb bek taun nie tak teruk sgt umah kita..

    sis : best kan.main rakit pisang..

    ReplyDelete