Pages

Tuesday, 18 December 2012

Saje-saje sembang..

Salam uollsss...

Haaa.. nampak kan. Kalau spesis-spesis tajuk macam tu menandakan takde idea nak menulis. Tapi tetap nak gedik-gedik post entri.

Bosan.

Dua hari yang membosankan. Sebab en.beliau ke Kota Bharu. So, takde geng untuk sembang, kongsi masalah, mengadu itu ini. Takde geng untuk keluar malam-malam pusing-pusing. Takde geng jugak untuk makan sate. Bosannya...

Hujan, jam dan eksiden.

Lately hujan kembali membasahi bumi Terengganu. Semalam siap banjir kilat lagi kat bandar ni. Pastu ada kereta terbabas atas divider agaknya sebab mengelak lopak air atas jalan. Atau mungkin sebab bawak kereta terlampau laju. Nak kejar thumbprint kot. Haha. Datang keje asyik terkejar-kejar je. Tambah2 kalau time jammed. So sekarang turun awal lagi daripada kebiasaan.

Eksiden tu memanglah musibah atau ujian untuk semua. Jugak hikmah untuk yang mengalami dan yang turut merasai. Supaya lebih berhati-hati di lain hari. Sampai sekarang kalau nak masuk kiri atau kanan saya akan toleh cermin 2,3 kali. Sebabnya masih terbayang-bayang kemalangan dulu. Sampai en.beliau tegur..tengok sekali pun dah cukup. Lantaklah. Kita yang bawak kereta. Keyakinan ada pada diri kita yang memandu. Bukan pada orang lain yang jadik penumpang kan.

Tabiat makan.

Sekarang tabiat makan en.beliau dah mula berubah. Yang pastinya dia memang jenis tak breakfast. Makan tengahhari kemudian lewat malam ajak keluar makan lagi. Owwhh. Sangat tak elok tabiat tu. Rasanya dah banyak kali keluar jam 1am semata-mata nak makan ayam KFC. Atau keluar jam 12 ke atas untuk makan apa yang dia terasa nak makan. Diet kemana, kurus kemana...

Rumah sewa.
Plan untuk move to rumah sewa pada bulan Januari 2013. Harap Tuhan permudahkan urusan kami. Sekarang rumahnya dah ada. Cuma owner rumah ni tak muncul-muncul. Lalang sampai ke pinggang dah. So cari backup rumah lain. Owner dah ada. Cuma rumahnya jauh la pulak dari tempat keje saya. Walaupun dekat dengan tempat keje en.beliau tapi susah untuk saya pulak. Sepatutnya bila ada komitmen untuk rumah sewa kena kurangkan komitmen lain. Harap Tuhan permudahkan urusan kami. Amin..

Pokok bercahaya.
Kat Terengganu pun ada pokok bercahaya macam i-city tu. Tapi takde la meriah macam i-city. Takde la kena bayar macam i-city. Beli jajan dan 100Plus parking tepi pokok bercahaya makan sambil menghirup udara malam.
Tapi masa ni tengah hujan renyai-renyai. Ada satu kapel tu siap tangkap gambar peluk-peluk tiang pokok lagi. Baru dalam hati terdetik nak bergambo di luar jugak. Tiba-tiba en.beliau cakap.."Berani sungguh diorang bergambo tengah-tengah hujan. Dah tahu pokok bercahaya tu pasti ada arus elektrik"..Saya senyap jer. Ok. Fine. Sila ambik gambo dari dalam kereta saja.

^______________^





Cepatlah kamu balik. Nak ajak pusing-pusing lagi.

2 comments: