Pages

Wednesday, 10 April 2013

Mesra Mall di hujung minggu.

Salam uollss.

Eh, perasan tak,dasar takde idea kan. So,marilah kita mengodek folder Gallery dalam hp dan mereview satu persatu gambaran pada hujung minggu yang lalu.

Malam Khamis.
Seperti biasalah en.beliau dan rakan-rakan suka buat kejutan seprais gitu. En.beliau balik kul 12 (kata Mr Cinderella kan) pastu dia cakap 'Esok kita pegi Bentong, kemas la baju 2-3 helai'..Dalam hatiku terus berbisik..Bentong??Bentong Pahang tu ke??Apakah ada disana?Camping?Pantai?Air Terjun?. Tapi isteri yang mithali (ewahhh) terus mengiakan sambil menjawab 'Pagi esok lah kemas baju eh' (muahaha..mithali sangat kan. Padahal jasad je yang bercakap, mata dan fikiran dan masuk alam mimpi dah pun)

Jumaat nan Indah (Konon nak dibawa jalan-jalan kan. Terus indah dimataku. Ceewaahh)
Mengikut rancangan nak bertolak jam 11.00 pagi. Jadi saya masak la dulu untuk breakfast. Nanti dalam perjalanan tak lah lapar sangat.


Pstt upload gambar di atas kat instagram pastu x-supervisor masa praktikal dulu boleh pulak tanya "Ni mihun goreng sosej ke sosej goreng mihun?"..Muahahaaa. Yelah nak habiskan sosej dalam peti ais yang dah berkurun lamanya kan. Tu pun tak cukup rasanya. Sebab ai ni peminat sosej yang tegar. Sangat!

Pastu dengar en.beliau duk sembang-sembang dengan kawan dia thu phone. Coz dia ajak la kawan dia tu pergi jugak (family Amna). Sembang punya sembang rupanya tempat nak pergi tu bukannya Bentong Pahang tu tapi Betong di Ajil, Hulu Terengganu. Malu sendiri rupanya. Jadi buat-buat tahu lah kan. Terus tanya en.beliau "Pakai seluar track terus lah kan nak pegi Betong"

Kemudian dah bersiap pegi lah rumah Abang Ki (kawan en.beliau). Saya sempoi je pakai seluar track. Kata nak pegi Betong kan. Muahaha. So sad Amna and famili tak dapat ikut. Jadi terus rasa macam tak bestnya tak cukup korum. Tak suke. Tak suke. Tak suke.

Kemudian Abang Ki decide tak payah lah pegi Betong. Kita pegi Mesra Mall je lah. Warghhhh. Ai is pakai seluar track okeyyy.

Nasib baik lah rumah dekat je. So alang-alang dah kul 12.30 (lepak-lepak rumah Abang Ki tadi lama jugak) kitorang decide nak tolak lepas Zohor je lah.

Kami ke Mesra Mall melalui LPT. Sebelum tu Abang Ki hantar anak-anak umah nenek diorang. So ni adalah dating untuk orang-orang dewasa saja  ok. Anak-anak duk rumah. Hikss. Dalam perjalanan hujan renyai-renyai. Syukur Alhamdulillah dah lama bumi Terengganu panas. Sejuk sangat haruslah tido je kerjanya dalam kereta.

Kemudian sampai Paka singgah berenti makan nasi berlauk.

Yeayyy dah sampai. Mula-mula terjah wayang dulu sebab nak tahu jam berapa citer start kan.

Banyak je citer Now Showing tu tapi bila tanya itu takde ini takde.



Eksaited noo tu tengok poster Fast & Furios. Citer wajib tonton untuk next episod. Nanti kita datang lagi hokehh.

Wayang start jam 5.15ptg. So jalan-jalan dulu cari pasal. Tak beli apa pun. Just jalan-jalan tengok orang. Pastu masuk Giant tengok pinggan mangkuk, barangan letrik, baju, kasut (dasar pompuan kannn).


Kami tengok filem SEMBUNYI : AMUKAN AZAZIL. Best la jugak. Filem wajib tonton la bagi saya.

Dah habis wayang kami terus balik rumah. Tapi singgah makan dulu kat R&R Bukit Besi (yeke?). Makan Meggi Tom Yam sangat kaw. Saya suka. Saya suka.


Balik rumah rehat-rehat tido. Badan rasa lenguh-lenguh sangat. Eh,macam la kita yang drive kan.

Hari Sabtu tak pegi mana-mana pon. Masa untuk berehat-kemas rumah-basuh baju-jemur baju-lipat baju. Tak breakfast pon. Terus brunch mee goreng.


Seyes hari Sabtu memang keje duk rumah jer. Pastu badan rasa macam dah tak ok sangat. Tekak asyik kering je. Asyik minum air je kerjanya. Air sejuk pulak tu sebab cuaca panas sangat kan.

Kesudahannya hari Ahad badan rasa lemah sangat. Terpaksa ambik MC. Tido je sepanjang hari. Nak makan tak selera. Makan epal je sebijik. Tunggu en.beliau balik petang pegi klinik kemudian makan kopok goreng. Malam tu sebab dah lapar sangat masak jugak nasi.


Okeh. Sangat la bosan kalau demam kan. Rasa macam nak tidur bangun tu terus baik demam. Tak suka demam. Tapi nak buat macam mana kan. So, mari kita minum air masak banyak-banyak.

Bye!



No comments:

Post a Comment