Pages

Friday, 17 May 2013

Hadiah hari guru terindah

Salam uollss..

Saya rasa inilah pengalaman yang paling mengebest sepanjang bergelar pendidik. Bila pelajar-pelajar saya mendapat momen yang membahagiakan mereka dan membanggakan saya. Sungguh rasa bahagia sangat dengan perasaan ini. Ewaahhh kemain kan. Alhamdulillah Tuhan mengurniakan rasa ini. Kerana sebetulnya saya tak pernah terfikir rasa ini akan wujud. Semuanya atas kehendak Tuhan kan.

Eh! Apesal mukadimah macam misteri kemain jer neh. Rasa perasan bahagia bangga apekah semua ini??


Ok. Ok. Ok...

Minggu lepas adalah hari graduasi bagi universiti kami MSU. Dan yang paling penting adalah graduasi pertama bagi program yang saya ajar neh. Ok. Tak sangka sangat aiolss masih dapat merasa momen indah itu walaupun tak berada di tempat graduasi kan. Mungkin korang rasa 'alah, setakat graduasi je kot'. Eh, korang tak tahu pengalaman yang kami lalui bersama suka-duka-kejar-mengejar*mengejar student hantar esemen. Hakhak. Itulah. Dah nak masuk empat tahun. Rasa macam sekejap jer masa berlalu.
Serius saya tak pernah terfikir pun akan menjadi seorang
pendidik. Tapi mungkin Tuhan dah gerakkan hati sanubari saya plus doa dari mak yang asyik berzikir di bibir suruh anaknya jadi cikgu kan. Nah mak. Ambe jadi cikgu tapi cikgu untuk budak besar neh. Heeee..


Dan inilah kot bayaran untuk kesabaran saya selama ini. Lepas ni kalau nak tukar position lain pun saya dah rasa lega dah. Heee. Dulu saya pernah kecewa bila kejadian-kejadian yang menguji kesabaran saya terjadi. Terus rasa nak tukar kerja dah. Taknak jadi pendidik dah. Tapi itulah. Semuanya atas kehendak Tuhan kan. Sebab saya pernah berkata pada diri saya yang saya akan lega untuk pergi dari situ bila dapat lihat pelajar saya bergraduasi. Dapat tengok sorang pon dah cukup. Now dah berlumba-lumba graduasi kan. Sorang demi sorang meninggalkan alam diploma kan.**Err..boleh ke nak korang masuk kelas balik???Muahaha.


*Rindu suasana kelas bila dua orang pelajar tu macam kembar siam asyik duk sebelah menyebelah jer. Duk belakang sekali sebelah kiri saya. Eh, macam kerusi tu ada magnet jer ngan korang kan. Masuk kelas je mesti melekat kat situ. Hahak.


*Pastu rindu jugak bila awak ada masalah datang menangis jumpa saya mengadu kat saya. Eh,maksudnya bukan saya suka tengok awak nangis tau, cuma suka bila saya menjadi tempat untuk awak share masalah.

*Lagi rindu bila setiap kali jalankan aktiviti dan program tengok muka masing-masing enjoy jer* Errr..tu pun bagi aktiviti yang enjoy la kan.

*Rindu jugak bila akhir-akhir sem ramai-ramai datang jumpa tak putus-putus datang nak hantar projek dan esemen. Yang hantar lambat macam-macam alasan lah - kena beratur ramai nak print, pendrive masuk virus habis semua esemen hilang dan alasan-alasan lain kan. Aiolss redha hari tu masa belajo pon pernah jugak guna taktik tu. hakhak.


*Rindu saat suka duka stay back untuk settlekan final project terutama first batch kan. Sebab pengalaman pertama kan. Siap bukak puasa kat Taman Shahbandar lagi. Owhh. Bolehkah masa itu dikembalikan??


Ok. Banyak lagi kerinduan-kerinduan lain yang tak tercatat disini tapi tetap tercatat dalam memori di kepala saya sampai bila-bila. Okeh.


Di kesempatan ini saya ucapkan
TAHNIAH
buat SEMUA PELAJAR atas kesungguhan masing-masing dan
semoga BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.
TAHNIAH buat yang dah bergraduasi.
Yang belum tu tekadkan AZAM untuk buat sehabis BAIK.
Maafkan saya atas SALAH SILAP TERLANJUR GURAUAN dan lain-lain.

Kredit to : Sebahagian dari gambar  yang saya berjaya curik dari fb korang =p


2 comments:

  1. nanges saya baca entri nie.. sedeh .. LOL..

    ReplyDelete
  2. HH :Nah tisu kesat hingus..haha

    ReplyDelete