Pages

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru!!

SELAMAT HARI GURU!!

Selamat hari guru buat cikgu tadika yang ajar saya eja nama sendiri. Yang tumpangkan saya ke sekolah sebab saya tak pandai lagi lintas jalan. Yang denda budak pompuan bertocang yang lempar poster ABC kat saya. Terima kasih.

Selamat Hari Guru buat cikgu sekolah rendah. Yang ajar matematik sampai saya dapat A masa UPSR walaupun sering dapat D masa ujian dan periksa. Yang rela luangkan masa malam-malam adakan kelas tuisyen untuk pelajar yang tak mampu ambik tuisyen luar. Yang usung saya ke bilik rawatan masa hidung saya berdarah, walaupun saya mampu jalan sendiri. Ustaz yang ajar kami solat lima waktu itu wajib.
Terima kasih.

Selamat Hari Guru buat cikgu sekolah menengah yang kenalkan saya dengan bahasa Al-Quran. Ustazah yang pernah rotan saya kerana lambat ke solat berjemaah. Cikgu akaun yang tak putus-putus suruh buat latihan sampai saya dapat A. Cikgu koperasi yang pernah belanja saya kerepek sira. Ustaz yang sampai akhir tahun panggil nama saya Faizah. Terima kasih.

Selamat hari guru buat pendidik di KMKN. Yang buat kami rasa macam beliau mak ayah kami. Yang selalu bagi semangat supaya kami tak stop separuh jalan. Yang ajar ilmu akaun dan ekonomi. Yang ajar bahasa mandarin walaupun just basic. Yang ajar saya jahit baju dan berjaya hasilkan sepasang baju kurung sendiri. Terima kasih.

Terima kasih pendidik di USM Penang. Yang kenalkan saya dengan art & design. Yang suka mengajar bersila di muzium sambil dedahkan kami about the real of arts. Yang dedahkan kami dengan shooting yang buat kami tempuh macam-macam pengalaman penuh emosi. Yang bagi kami pelbagai ilmu baru yang belum pernah kami kenal. Terima kasih.



Terima kasih buat satu-satunya pendidik foreigner sepanjang perjalanan hidup saya. Yang jadi pendidik di Anim@TER. Yang ajar saya melukis dengan betul. Yang ajar buat animasi sampai berjaya. Rindu nak dengar sir sound nama FISA. Terima kasih.


Dan buat semua pendidik-pendidik sepanjang saya mencari ilmu. Jasa dan budi kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Dan SELAMAT HARI GURU buat rakan-rakan seperjuangan saya. Moga Tuhan tabahkan hati kita mendepani pelbagai ragam dan kerenah pelajar.

Errr..Lastly SELAMAT HARI GURU buat diri sendirik. Bai!


Ari tu pernah menang contest KENANGAN ZAMAN SEKOLAH. Jemput baca yer.

2 comments: