Para Pengikut..

Saturday, 16 April 2011

KoNtEsT KeNaNgAn zAMaN SeKoLaH


Salam uolls..Mari juin contest!!
Contest nie anjuran ( link ke entri contest)
Seperti tajuk entri..jadi mari kita berkongsi cerita zaman sekolah..

  
Ni adalah contest zaman SEKOLAH RENDAH jer yer.
Sekolah saya dekat jer dengan rumah. Lebih kurang setengah km plus-plus. Kalau jalan kaki dalam 10 minit la. Naik basikal 5 minit sampai dah. Zaman saya sekolah dulu takde la dimanjakan sampai mak ayah hantar atau naik van ke sekolah. Lagipun saya bukan orang senang. Saya dengan kawan-kawan satu kampung jalan kaki ramai-ramai.
  
Cikgu yang saya akan ingat sampai bila-bila.

Cikgu ni garang. Sangat amat sungguh garang sekali. Semua pelajar takut beliau. Termasuk la saya. Dahla beliau ajar subjek Math yang saya memang fail memanjang.

Sebab saya pendiam kot dalam kelas jadi selalu la kena marah. Kena malukan depan semua kawan-kawan. Terutama time kena jawab soalan kat papanhijau tu. Pernah sampai saya termenangis kena herdik sebab tak tahu jawab. Saya akui masa sekolah rendah saya agak manja. Bukan! SENSITIF. Lagipun nak buat macam mana saya memang fail bab-bab nombor. Otak kanan betul. Selalu jugak kena denda berdiri kat luar kelas sampai abis waktu subjek beliau. Masa tu dalam hati memang geram dan marah kat beliau.
 Maafkan saya cikgu.

Tapi saya tak pernah bocorkan tayar kereta cikgu.
Tak pernah conteng papan hijau mengutuk mengata cikgu macam orang lain buat.

Beliau pernah jugak cakap saya akan gagal UPSR. Dan masa tu Tuhan saja yang tahu hancur luluh hati saya bila cikgu mendoakan begitu pada saya..Saya pasrah. Kalau saya gagal pun saya tak akan salahkan cikgu sebab saya tahu saya memang lembeeebb pasal nombor-nombor. 

Bila trial UPSR saya dapat C. Dan saya semakin yakin mungkin Tuhan akan kabulkan kata-kata cikgu yang juga doa buat murid-murid.

Tapi Tuhan maha adil. Memang tak menyangka saya lulus UPSR. Lulus dengan cemerlang. Saya dapat 5A. Masa tu dalam kelas saya hanya 3 orang dapat 5A termasuk saya. Yang dua orang lagi ialah murid yang cikgu selalu puji. Saya gembira sangat. Saya cari setiap cikgu yang mengajar ucap terima kasih.
 Tapi saya tak cari beliau.
Maafkan saya cikgu.

Saya tak sanggup tatap muka beliau. Sebab dalam hati saya pasti akan berkata
"Dulu cikgu doakan saya gagal. Sekarang saya dapat A!!!"

Dan saya tunggu cikgu ucap tahniah pada saya..Tapi takde pun. Mungkin cikgu segan nak jumpa saya kot. Lepas peristiwa tu saya tak pernah lagi jumpa atau terjumpa cikgu.

Masa saya sekolah menengah saya terjumpa sorang kawan. Dia sekampung dengan cikgu. Sekelas dengan saya masa sekolah rendah dulu. Dia bagitahu cikgu dah meninggal. Saya tak ingat sebab sakit apa.
Menitis air mata. Kawan saya tenangkan saya. Sebab dia ingat lagi peristiwa saya nangis teresak-esak lepas cikgu marah saya dulu.

Maafkan saya cikgu. Saya harap cikgu terima maaf saya. Saya tak sempat jumpa cikgu untuk ucapkan maaf atas segala salah silap saya. Saya dah ampunkan segala kesalahan cikgu buat saya. Semoga cikgu aman disana.

Dan sekarang cikgu jadi pengajaran buat saya :
1) Saya jarang sangat marah pelajar saya. Kerana saya pernah merasa macam mana tergurisnya hati dimarah oleh cikgu.
2) Saya tak pernah sekali-kali keluarkan kata-kata kurang enak untuk pelajar-pelajar saya. Kerana saya tahu kata-kata itu semua doa.
3) Dalam hati saya pelajar-pelajar bukan pelajar saya, tapi mereka anak-anak saya. Kerana itu kasih sayang terhadap mereka bukan hanya masa pembelajaran.

Terima kasih cikgu. Mungkin kalau tanpa cikgu saya takkan berada disini sekarang.
Walaupun saya tak mengajar subjek Math.
=)

Halamak..Syahdu la pulak teringat kenangan zaman sekolah. Saya mahu tag dua orang rakan blog :


Selamat menjuin contest!!

17 comments:

  1. thanx tagged adam..insya allah,pasti join!:)

    ReplyDelete
  2. wahh.. cite kite sama ler Cik Jaja.. Hahahahahaha...

    ReplyDelete
  3. adam : gud luck!!

    HH : wahhh..sila copypaste citer sy..=)

    ReplyDelete
  4. as'salam cikgu :)
    thnx sebab join ye,
    hampir menagis saya bace en3 ni..

    pape pun, gud luck :)

    ReplyDelete
  5. Kita ambil dari sudut positif.. Sikap cikgu tu dah membentuk kita menjadi seorang yg lebih baik..

    Semoga jadi guru cemerlang yer!

    p/s tahniah.. :D

    ReplyDelete
  6. saya rasa nak menangis bila cikgu tu rupanya dah meninggal.
    mungkin dia pun pergi membawa sesalan kerana nampak caranya, bukan awak seorang mangsa bahasanya. pakat2lah maafkan dia.

    alFatihah untuk cikgu.
    tahniah untuk awak

    ReplyDelete
  7. cik nurussalwa : owez wcome..jgn nanges..hee... tq 4 da wish..=)

    padlie : betul padlie.sy sokong.mungkin dgn didikan arwah mcm tu dh lahirkn ramai murid2 yg berjaya..tq for da wish.insyaAllah..=)

    cikli : betul cikli. saya pun nangis bila tahu arwah dh xde. dah maafkan arwah lama dh.=)
    tq for da wish..=)

    ReplyDelete
  8. Sangat best..Tahniah kak, menang :D

    ReplyDelete
  9. sedihnye~
    mungkin arwah lebih tenang bila kesilapan dia yg lalu dah di maafkan, kan? =)

    btw, tahniah ye! hehe :)

    ReplyDelete
  10. Anem : maceh dear..=)

    Kami dan Mereka : ya! Dah ampunkan segala kesilapan arwah..

    tq for da wish..=)

    ReplyDelete
  11. salam cikgu..sedihnye entry nie..
    ermm mgkn cara ckgu tue mcm tue..cmA arwah silap skt jer..tp sbb guru2 mcm nie larh kta jd tbh n bersemgt nk bktikn kta boleh.. tp ad jgk yg down smpai xleh bgn..
    gud luck cikgu.. likes!!

    ReplyDelete
  12. tu la.bg sy ia jadikn sy btambah semangat =)

    ReplyDelete
  13. sedih nye baca cerita ni.. sobsobsobb
    *hatiku cap tisu..

    ReplyDelete
  14. Asma : huhu.jgn nangis..=)

    ReplyDelete
  15. Huhuhuhu... syahdu...

    ReplyDelete
  16. Malaysia Online Boutique...visit www.padieka.com ...tqvm :)

    ReplyDelete
  17. Nak Cuti Ke Medan danau toba
    nak tengok harga and itinerary
    visit my blog http://percutianmedan25.blogspot.com
    or whatsapp: +62821 6201 7001

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...