Para Pengikut..

Klik Me =)

Sunday, 23 May 2010

Obses kerja. Andakah??

Entri yang dengan maksud lain menasihatkan saya supaya ambil cuti dan pergi bercuti. 

Saya tahulah anda seorang anak emas kesayangan bos, pernah dapat anugerah 'Pekerja Paling Berdedikasi" 5 tahun berturut-turut pula. Tapi takkan kerja lapan hari seminggu non-stop. Anda fikir anda mesin ATM kah? OK! Pada yang tak pernah nak ada cuti rehat tu, saya senaraikan perkara-perkara di bawah. Kalau ada berkaitan anda, makanya anda memang patut wajib bercuti.

* Anda kerja keras untuk siapkan segala macam tugasan yang diamanatkan bos atau supervisor hinggakan anda tak sedar baju kerja anda sudah tiga minggu tidak terbasuh. Ok! Kalau anda termasuk golongan ini, baiklah anda berhenti kerja dan buka bisnes dobi.

* Anda sibuk kerja sampai satu tahap anda jadi pelupa sebab dalam fikiran anda hanya ingat kerja, kerja dan kerja. Termasuk kategori kronik bila anda lupa hari, lupa hari Selasa ada pasar malam kat taman perumahan anda, lupa ulang tahun perkahwinan anda, lupa hari jadi anak tunggal anda, lagi tambah kronik seorang anda yang muslim lupa ke masjid untuk bersolat Jumaat gara-gara anda ingat hari Khamis. Baiklah kiranya anda bertukar jadi sebuah peti sejuk.

* Anda gila obses pada kerja sampaikan tiada masa terluang untuk bawa anak-anak pergi playground seberang jalan depan rumah anda, bawa isteri pergi pasar, bawa anak-anak tengok papa mereka main futsal, bawa gf atau bf tengok wayang. OK! Anda sebenarnya sangat selfish. Baiklah kiranya anda pindah duduk dalam hutan jadi renjer. Opss. Renjer pun ada masa lebih dari itu.

* Berat badan anda sudah susut gara-gara motto hidup anda 'Kerja Untuk Hidup' bukannya 'Makan Untuk Hidup'. Tapi mungkin bagus bagi anda yang terlebih berat dapatlah kurangkan berat tanpa guna produk-produk dipasaran. OK! Jadi ambillah cuti dan gunakan cuti anda untuk nikmati makanan kesukaan sepuasnya. Contohnya "hari ini aku nak belanja diri aku makan Tomyam Seafood kerana berjaya tidak pernah ambil cuti selama lima tahun bekerja"glupp!!

* Ini pun tragis juga kalau termasuk kategori anda. Kerja pergi awal pagi balik lewat malam. Lapan hari seminggu. Sampaikan jiran sebelah rumah sudah 3x bertukar penghuni anda masih belum sempat berkenal-kenalan. Jangan sampai satu hari anda bertembung dengan jiran baru dan dia bertanyakan soalan cepu emas pada anda 'Abang kerja jadi guard kat mana? Pasaraya Ah Meng ke?'. Tak pasal-pasal Ah Meng dapat nama.

Sekian.

OK! saya sudah penat otak. Selebihnya anda fikir dan sambung sendiri kategori manakah anda. Yang pastinya masing-masing punya matlamat sendiri untuk kerja, bayar segala bentuk hutang piutang, keperluan harian, sara ibu-bapa, sara isteri, sara anak-anak, sara suami? glupp. tapi janganlah sampai anda tidak adil pada diri sendiri. Diri kita punya hak untuk beristirehat daripada lakukan rutin yang sama berhari-hari. Kerja bukan sekadar tanggungjawab tapi juga IBADAH.

p/s : Hujung minggu ni dapat cuti. Yuhuu. rasa mahu bercuti ke N9. Ada tempat menarikkah disana??

Sunday, 16 May 2010

sepetang bersama Rumaisha

entri paling bergaya..lalala..

Saya malas nak tulis pajngang (tengok ejaan pon dah salah). Biarlah visual ni jadi perantaraan bersama sekerat dua caption..



*maaf pak cik. Pinjam bot utk posing*


*OK! perlu ke kat pantai pon ada gambar poyo sebegini?..Tajuk entri yang asal ialah 'entri paling poyo'lalala*

*Menunggu sang suami pulang dari laut kah?*


*ini kali ke4 tulisan tu dilarikan ombak. terus surrender!*

*Beginilah bila budak -budak dapat camera. orang bersilat pon nak disnapnyer.*

*Nipon xperlu la nak snap wahai Rumaisha*

*Berlari pon dah macam berlakon lagaknya. Credit to en.bapa dan tiga anaknya kerana sudi menjadi bground bagi gambar poyo kami*

*Berlakon sambil berlari dikejar ombak. Boleh jadi heroin vc cinta pantai merdeka neh*

*Close up..Rumaisha & her aunty.opss.Tiba-tiba t'resize.lalala*

*Ini pulak ape?Iklan kiki lala kah?*

*Teknik ambik gambar 1: kurang menarik, bground bosan.sila tukar kpd potrait*

*Teknik ambil gambar 2 : Bground lawa!!!jom kesana!!*

*Sekarang bergambar dengan pokok tumbang pula*

*Apekah?layankan saja*

*OK!Saya janji ini last*

*Udah-udahla tu Rumaisha. Jom balik*
.p/s : pantai sumpah mendamaikan..rite??

Friday, 14 May 2010

Tolong ajar saya jadi seorang pemarah!!

Cehh!tajuk entri punyalah emo..

Bukan nak emo sangat sebenarnya. Lagipun teman baik saya ada cakap..."Marah tu sifat mazmumah. tapi bersuara mempertahankan hak dan kebenaran tu yg penting, jgn diturutkan je oleh hati yg rapuh . huhu:) ALLAH kan ada, try tnye Dia :)"


Ok!saya tukar tajuk skit. 'Boleh tak sesiapa ajar saya untuk jadi seseorang yang lebih tegas?'. Mungkin itu lebih sesuai. Saya teringin untuk tanya cikgu-cikgu yang mengajar sekolah rendah di luar sana. Macam mana anda berdepan dengan murid-murid yang nakal. Adakah anda pukul mereka?rotan?atau sekadar marah? mungkin juga buat tak tahu dan tak nampak kenakalan mereka? Macam mana pula nak lebihkan ajaran pada pelajar yang terkurang ajar? Yang usianya kategori remaja? Yang sedang alami proses tumbesaran dalam keadaan memberontak. Yang tak hormat orang yang lebih dewasa atau tinggi tarafnya. Perlu dirotan? Dimarah di hadapan awam? Dipaksa denda berlari keliling padang 10 pusingan? Owwhhh..atau berdiri atas kerusi? Saya memang marah (marah dalam hati) kalau pelajar kurang hormat orang yang lebih dewasa tambah-tambah dengan kata-kata dan perbuatan yang menyakitkan hati. Tapi saya tahu dan amat mengerti. Saya pernah lalui zaman remaja (ok! maksudnya saya tidak remaja lagi? Sudah semakin tua rupanya) Zaman remaja zaman memberontak, sukar kawal emosi dan perasaan, tambah-tambah bila terpengaruh dengan pujukan dan hasutan rakan yang berhati batu. Bertambah memberontak bila dimarah, dipukul. Jadi pendekatan apa yang patut digunapakai?

'Awak pergilah marah dia! dia kurang ajar!'. Saya dimarah kerana saya tidak bertindak memarahi seorang pelajar. Adakah saya perlu jadi hipokrit semata-mata kerana mengikut mitos itu? Setiap kali pelajar buat silap kena marah, denda dan pukul???
'Maaf saya bukan begitu' (jawab dalam hati lagi)..sambil mengangguk mengikut arahan.

Saya dekati pelajar itu. Pegang tangannya (gurl yer) dan peluk bahunya erat-erat. Saya tahu dia ada sebab tersendiri untuk menjadi terkurang ajar. Saya tahu api kemarahannya tak dapat mengawal emosi amarahnya. Saya peluk dia makin erat kerana tika itu saya menganggap dia seorang anak, bukannya seorang pelajar (mudanya saya untuk jadi seorang mama). Dia menangis!! Teringat pula abang saya pernah cakap pada mak masa saya menangis lepas buat kesalahan suatu masa dulu.

'Biar dia menangis. Dia rasa bersalah la tu'

Dan sekarang saya tahu, anak saya menangis kerana dia rasa bersalah. Saya nasihat lagi. Tanya kenapa dia tergamak terkurang ajar sebegitu. Kenapa dia buat itu, ini bla bla bla. Sampai satu tahap saya sendiri hampir menangis. Menahan sebak didada. Lalu saya bersuara...

'Tengok, awak dah buat saya menangis. Jom nangis sama-sama'

Lalu kami berdua sama-sama tergelak....

p/s: Saya hampir mengaku kalah sebenarnya..owhhh..

*Tiba-tiba saya rasa jadi serangga atas tu best. Dia bukan jenis pemarah. Dia sangat cool...*

Monday, 10 May 2010

Jawatan kosong yang perlu diisi..

Entri mengenai seorang saya yang tiba-tiba mendapat seorang driver.


Hari ni bermulalah episode saya dan driver. Saya bukan pemilik kilang batik. Bukan jugak tauke kedai runcit. Jadi jangan salah faham yer. Episodenya berlaku bilamana saya kembali berhubung dengan adik angkat. Beliau saya kenal 4 tahun lepas. Tapi 2 tahun lepas kami lost contact. Sebenarnya saya yang sibuk dan tak contact dia (kacang lupakan kulit betul). Tiba-tiba (macam esei masa sekolah rendah pula ada ‘tiba-tiba’) minggu lepas kami kembali contact each other. Tanya perkembangan dia. Yang nampaknya semakin kurang berkembang (semakin kurusla. Tu pun nak kena explain eh). Dia masih lagi belajar di sebuah kolej swasta. Ada lagi setahun untuk habiskan study. Dan sedang bercuti semester 2 bulan. Jadi dia tanpa segan silu menawarkan diri supaya saya carikan kerja untuk dia. Owhh.. saya bukannya tauke kedai runcit (repeat again). Kalau tak boleh saya tempatkan dia bahagian cashier atau stor. Kesian jugak dia bosan tahap gaban hari –hari duk rumah makan tido makan tido menambahkan perkembangan. Lalu dia menawarkan diri untuk jadi driver saya. Iaitu dengan definisi mudah hantar saya pergi dan balik kerja dengan upah yang memuaskan. Without think twice, saya terima tawaran dia. Memang kalau ikutkan berkenderaan awam lebih murah dari segi kos kewangan, tapi takpelah. Ada jugak kerja dia daripada dia menambahkan bil letrik dengan tengok tv, pasang kipas dan sebagainya. Jadi dengan persetujuan antara dua pihak iaitu pihak bos (saya dipanggil bos dengan gediknya) dan pihak driver tanpa surat perjanjian hitam putih makanya hari ini saya secara rasmi mendapat seorang DRIVER.. oooyeah...

Sunday, 9 May 2010

jom juin contest-AKU DAN MAKANAN ITU

Ini 1st entri saya join contest!!


*Aku dan makanan itu*
OK! Lepas jalan-jalan pusing-pusing kat ruang maya ni, tiba-tiba saya terjumpa blogger yang wat contest. Menarik! Contest pasal makan-makan. Dah sedia maklumlah buat orang yang suka makan macam saya ni tentulah excited untuk juin contest ni. Err..tapi boleh menang ke? Tak kisahlah. Janji cuba. Untung-untung menang dapat coklat ke. Best jugak. Muahaha.

Gambar atas tu adalah seorang saya. Rasanya gambar makanan tu hanya 10peratus jer nak dibandingkan dengan tuan punya makanan. Haha. Tak kisahla. OK! Serba sedikit pasal gambar ni. Gambar ni diambil waktu pagi dengan suhu aircond 17darjahcelcius bertempat di meja saya sendiri diopis. (macam terskema pulak). Coklat tu sebenarnya untuk dihadiahkan kepada salah seorang pelajar kerana presentationnya yang paling terbagus. So, sementara tunggu jam 9am sambil duk main-main dengan camera hp tiba-tiba rasa terliur pulak nak makan coklat tu. Serba salah pulak nak suap kemulut ke nak bagi kat student. Takpela. Kali ni mungkin rezeki pelajar tu. Turun je lunch tengahari tu terus singgah kedai runcit seberang jalan pegi beli coklat. Haha..Sekian..


OK! bawah nie banner owner blog yang tomey. Jum sama2 juin. Nati menang dapat coklat kita share sama-sama. Hehe..

 Betul kan saya cakap. Dia tomey (taktik meraih undi). ..=)

Saturday, 8 May 2010

Hantu Bungkus, Gua Tonggek dan saya tenggelam..

Tajuk entri ntah apa2..haha..

Saya seronok!enjoy sangat! Sudah lama tak join aktiviti lasak sebegini. Lalu begitu teruja apabila opis kami anjurkan Team Building S.M.A.R.T untuk staf-staf yang tough. Muahaha. Seawal pagi bangun berkobar-kobar untuk ke kem yang berlangsung di Peladang Agro Resort, Setiu. Rasanya tak puas masa dua hari satu malam berada di sana. Dan lagi buat rasa best bila kena dirikan khemah dan tidur bertilamkan tanah yang keras. Ouch. Sakit belakangku. OK! Saya sebenarnya cuma mahu berkongsi aktiviti yang buat saya jatuh cinta. Dan untuk program kali ini kami mendapat beberapa orang abang Rambo yang selalu bagi tunjuk ajar, bagi kata semangat yang melampau2 dan jugak mengusik2 untuk takutkan kami. Haha. Tapi mereka memang superb!

Jungle Tracking

Serius lama tak buat aktiviti berjalan meredah hutan. Last pada tahun 04/05. Dan untuk program kali ini meredah hutan lagi. I like! Rasanya hutan simpan di Agro Resort ni lagi mencabar berbanding kat Kedah dulu. Because of gua yang pelbagai nama dan macam-macam teknik perlu diaplikasi untuk melepasinya.

Gua karipap, gua tonggek (seperti tajuk entri) yang membuatkan kami merangkak, memanjat, menerjun (kesalahan tatabahasa) dan pelbagai me lagi. Sebelum berjungle tracking lagi sudah kena melepasi parit yang jambatannya hanyalah batang pokok yang tak berapa nak besar. Jadi harus hati-hati. Silap langkah mandila air parit yang tak berapa nak jernih itu.

*itulah abg rambo yang berpakaian celoreng itu*
Alhamdulilah semua selamat melepasi walaupun ada yang sampai terketar-ketar lutut dan terpaksa dapatkan bantuan tongkat kayu dari abang Rambo sebagai guide. Dalam hutan berjalanlah kami dalam kumpulan diketuai oleh abang Rambo yang gagah perkasa (penyedap ayat). Menurut abang rambo laluan yang kami redah itu hanyalah laluan pra-sekolah. Means ada lagi laluan yang lebih mencabar jiwa raga. Owhh.. Saya jatuh cinta. Bukan pada abang Rambo tapi pada suasana hutan.

Tak rasa letih sangat kerana sangat excited. Bila dengar kicauan burung, dapat hidup udara nyaman, rasa suasana seperti aircond berkeadaan 17darjahcelcius semasa berada dalam gua, dapat lihat permandangan sekeliling dengan warna veteran (Ops..maksud saya warna-warna alam) dan juga dapat derma darah bagi yang memerlukan (si nyamuk dan si pacat). OK! Dan tiba-tiba saya rasa penyakit saya sudah sembuh. Haha.

*masih sempat berposing-posing*

Water Confident-Floating-River Crossing

Aktiviti ni berlangsung di sebuah tasik buatan yang hijau airnya. Kata abang Rambo, air tasik itu bersumberkan air yang turun dari bukit yang kami berjungle tracking itu. Menurut abang Rambo terdapat banyak ikan piranna di dasar tasik. Jadi harus hati-hati supaya tak dimamah piranna. Haha dia sangat lawak orangnya.

Untuk aktiviti floating, kami harus dan wajib memakai baju keselamatan itu (tiba-tiba lupa nama). Dan dibawa menaiki kenderaan klasik ketengah tasik dan ditolak kedalam air dengan gaya terjunan dari belakang. Jatuh dalam air pulak kena apungkan diri. OMG! Ini aktiviti yang saya paling nervous. Saya tak kisah memanjat, jalan dalam gelap atau berada di tempat tinggi. Tapi dalam air saya takut. Saya fikir saya tak kan dapat selamatkan diri kerana tak pandai berenang. Dan semasa kecil pun saya pernah lemas ketika bermain air banjir. Nasib baik kawan-kawan tolong dan semua orang kunci mulut tak bagitahu parents takut tak dapat main lagi. Hehe.

OK! Berbalik kepada seorang saya yang takutkan air. Bila tiba turn saya..dup dap..bace Bismillah siap Innalillah lagi. Ouhh. Jantung saya rasa mau tercabut. Dan saya ditolak ke dalam tasik. Glup..glup..glup..saya dengar abang Rambo jerit ‘terapung cepat!!’. Tapi saya rasa saya sudah tenggelam. Dua kali tenggelam baru saya dapat stabilkan diri untuk terapung. Alhamdulillah. Selamat akhirnya saya. Rasa tenang terapung dalam air. Melihat langit luas dan burung-burung berkejaran (pandai-pandai jer).


*Lumba-lumba berenang ke tepian*
Kemudian kami perlu berenang ke tebing. Saya sangat takut. Tak kisah la terlanggar sesiapa pun asalkan saya cepat2 renang-renang dan mendarat ke tepian. Naik jerk ke tebing saya menjerit..’saya selamat,saya selamat…’rasa sangat lega. Dan aktiviti river crossing pula gampang (mudah) saja. Hanya crossing tasik menggunakan tali yang tergantung itu. Dan selepas bertasik kami berpeluang ke swimming pool untuk mandi manda. Bestnye main air…

Solo Drop

Yang nie juga mencabar. Solo Drop merupakan aktiviti berjalan waktu malam sorang2. Menarik bunyinya bukan. Lebih menarik lagi berjalan waktu malam sorang2 dalam hutan. Itulah aktiviti yang tak kurang mencabar keberanian kami. Sebelum aktiviti bermula lebih kurang jam 1.00 pagi, kami diberi penerangan serba ringkas. Para peserta dihitung kira dan masing-masing perlu mengingat nombor bertuah mereka. Menurut abang Rambo pernah berlaku kejadian perserta perkhemahan yang lakukan aktiviti Solo Drop ni. Bila habis aktiviti tiba-tiba terlebih seorang peserta tersebut. Siap cek setiap ic peserta namun tetap terlebih seorang. Dan selepas solat hajat dilakukan barulah cukup dan tak lebih dah.

Owhh..bayangkan abang Rambo bagi cerita intro itu sebelum kami Solo Drop. Dan katanya lagi kalau jumpa sesuatu yang pelik, buat kita jatuh cinta jangan ambil dan jangan cerita pada siapa-siapa. Jadi sedikit saja saya kongsi kepada anda yer. Lagi satu kami perlu ingat password. Jadi bila ditanya pasal password ni kita perlu menjawab. Dan dengan muka tak bersalah abang Rambo umumkan password untuk kami malam itu ialah HANTU BUNGKUS. Jadi bila ada sesiapa tegur hantu?perlu jawab..bungkus..Harap-harap bukan hantu bungkus sebenar yang tanya password itu. Adeh!

Dan waktu yang dinanti-nantikan telah tiba. Sorang-sorang peserta dilepaskan ke dalam hutan yang gelap gelita. Hanya perlu berpandukan tali. Jadi tangan tak boleh lepaskan dari tali itu. 'ikut jer tali nie sampai mana-mana pun. Jangan lepas' itu amanat terakhir abang rambo sebelum saya dilepaskan kawasan gelap yang saya hanya nampak warna hitam dihadapan. bunyi ungas-ungas sangat menghiburkan. Itulah radio kami tika itu. Dan mujurlah si genius Kak Miza jalan slow-slow katanya untuk tunggu kami. Haha. Jadi kami jalan bertiga namun tetap seperti keseorangan kerana gelap dan masing-masing mengunci mulut. Rasa selamat skit bila ada dua jejaka follow juga dibelakang kami. dan sampai dengan selamat walaupun terpaksa melalui beberapa suara garau bertanyakan hantu??(password)

Flying Fox

Ini saya tahu mesti semua pernah mengalaminya kan. Sebelum Flying Fox perlu panjat menara yang tinggi yang tangganya 90darjah. Kalau silap langkah jadi arwah. Saya suka aktiviti ni. Sangat teruja. Tiba turn saya, saya flying kiss untuk peserta dibawah yang nampak kecil sahaja dari pandangan dan bila dilepaskan..waahhhhhh!!! seronoknya. Kedua-dua tangan saya gayakan seperti burung (tiba-tiba berangan menjadi burung). OK! Itu saja. Dan saya sangat teruja!!



Rafting

Ini aktiviti terakhir. Berakit-rakit ke hulu. Setiap kumpulan perlu sediakan rakit iaitu daripada pelampung yang diikat bersama PVC. Siap jer terus bawak masuk dalam tasik yang maha dalam. Kedudukan pula semestinya yang kecil molek comel dihadapan dan suda semestinya saya dihadapan. Hehe. Aktiviti berakit nie pun enjoy kerana sampai saja ketebing boleh main simbah-simbah air. Habis merah mata diserang simbahan air bertubi-tubi akhibat berada depan skali. Adeh.

*Diserang bertubi-tubi..errr..pendayung tu boleh jugak digunakan untuk kacau dodol kan?*
*ni gaya ntah ape-ape namanya..kunun memberontak tak mau balik*


*sempat lagi tarik sorang model..model botol mineral..lalala..*

Err…perasan tak makin lama makin pendek penceritaan saya. Suda kehabisan idea sebenarnya. Dan balik ke khemah untuk makan, solat dan robohkan khemah. Juga untuk perasmian penutup dan acara pembahagian hadiah. Terima kasih my ofis. Saya sangat teruja dan excited join aktiviti ini. Balik ke opis dalam bas berlalu adegan usik-mengusik juga sakat menyakat dan aktiviti paling femes ketika naik bas iaitu candid gambar orang tido yang didajalkan oleh budak paling nakal kat opis kami. Terima kasih untuk en.Kay jemput saya. Sempat lagi kami pergi serang air buah gelas besar. Lalala.

p/s: ini merupakan entri saya yang paling banyak bilangan hurufnya. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...