Para Pengikut..

Saturday 30 April 2011

Ubi kayu paling besar di dunia!!

Salam uollsss..

Siapa tak kenal ubi kayu? Meh sini nak hempuk dengan kayu. Opss. Sori. Terkasar pulak.

Dulu tok wan saya pernah cerita. Lepas mengaji sambil tarik uban beliau. Bosan-bosan pun dengar jugak beliau bercerita. Masa zaman dulu-dulu boleh dikatakan setiap rumah kat kampung tanam ubi kayu. Sebab ubi kayu ni antara tanaman paling mudah nak tanam. Kadang-kadang kalau kita cucuk je dahan ubi tepi-tepi pagar tanpa gali lubang pun ia tetap akan berisi. Maklumla. Diam-diam ubi berisi. Ceewah. Bangga ubi dijadikan peribahasa.

Ubi kayu plak susah binatang nak kacau. Dah duk dalam tanah siapa nak usik. Tikus tanah je la kot kalau hade. Dan macam-macam makanan boleh dibuat dari ubi kayu nie. Pengat ubi, sira ubi, kerepek ubi, bingka ubi. Macam-macam lagi la. Malas sebenarnya nak pikir. Tu makanan versi kampung saya. Tempat korang mungkin nama lain kot.

Kami sekeluarga banyak kenangan dengan ubi nie..

Dulu mak saya buat kerepek ubi. Bila ada pak cik datang beli dengan van berebut la kami adik beradik nak tolong angkat masuk dalam van. Pssstt..nanti dapat upah. (Tak ikhlas betul menolong. Theee)

Bila dah cabut ubi biasanya mak ayah sandarkan dahan ubi tepi pagar. (untuk tanam balik nanti). Jadi sebelum ayah potong dahan ubi tu pendek-pendek untuk pacak dalam tanah kami dah siap sedia pilih 5-6 dahan untuk buat tiang pondok.. Haa...Jangan main-main. Rumah banglo tiang ubi gituwww. Biasanya time kecil-kecil memang akan ada pondok khas untuk lepak-lepak. Dan lokasinya akan sentiasa berubah.

Eh??!!Ade lagi ker ha? banyak lagi la kenangan dengan ubi nie. Tapi nak cerita pun susah bila nak terjemahkan dalam perkataan neh. korang?? Yang duk KL korang kenal tak ubi??Tak kenal sila google images sambil menaip 'UBI KAYU'.

**Atau korang tilik gambar bawah.

Balik kerja ayah bagitahu ada ubi kayu lebih besar dari peha saya. Auuwwww. Tak puas hati tengok dengan anak mata coklat sendiri.




Ok. Ini adalah kenyataan. Sepanjang penceritaan saya diatas belum pernah terjumpa dengan ubi kayu sebesar itu. Rupanya dia tak malu pun membesar dalam teknologi yang semakin canggih ini. Cayalah ubi kayu.

Tengok. Itu tapak tangan saya yang diletakkan atas ubi kayu. Jadi sila korang bayangkan sebesar manakah ubi kayu tersebut. Makan 40 hari 40 malam pun tak habis jugak.

Pssstt. Sebenarnya mau cerita pasal ubi kayu terbesar dalam dunia kehidupan saya jer. Tapi dah flashback zaman dolu-dolu pulak..=)

Tuesday 26 April 2011

Kan best kalau fikiran ada 'mesin nombor giliran'!!

Salam uolls..

Kan best kalau fikiran ada 'mesin nombor giliran'!! kan?kan?kan?

Yela. Akhir-akhir nie banyak perkara bermain-main difikiran. Sampaikan tak tahu mana satu harus didahulukan. Harus diutamakan. Harus difikir dahulu. Harus diselesaikan dahulu. Jadi best jugak kalau fikiran ada mesin nombor giliran macam kat bank atau pejabat pos.

*satu sembilan satu kaunter nak makan ape malam neh.
*satu sembilan dua kaunter bila nak servis keta ntah.
*satu sembilan tiga kaunter harap-harap budak2 neh jalankan kerja dengan bersungguh2.
*satu sembilan %^G$$^??^^v@===__.....--->mesin rosak!!

Ada ke macam tu? Bleh plak samakan fikiran dengan mesin. Adeh!

Tak kira tempat kepala asyik fikir-fikir-fikir. Tengah tengok tv, tengah makan, basuh pinggan. Sedang tunggu trafic light hijau. Nasib baik tak pernah kena hooonnnn dengan kereta belakang. Maafkan saya. Saya sedang mengelamun!

Kadang-kadang nak tidur pun fikir lagi sampai tertidur dalam fikiran. Eh! Ade ke macam tu?
Tapi yela kan. Selagi otak berfungsi, selagi ada kudrat untuk jalankan ibadah selagi tu la fikiran berjalan.
Ingat kerja pun satu ibadah jugak. (erkkpp!!tak pasal-pasal terceramah pulak)


*satu sembilan empat bila lagi nak makan spegeti yang sedap ini?

Wednesday 20 April 2011

A picture of yourself with fifteen facts


Seram tak tengok gambar tu? Seram tak? Seram tak? (ulang patploh kali)

Naseb baik nak 15 fakta, kalau 50 pengsan nak pikir. hee..Hokeh. Lets check deout.
  1. Dalam sepuluh orang mungkin hanya dua orang yang eja nama saya dengan betul. Noor'Hafizah.
  2. Saya seorang pendidik. Tapi saya tak mendidik budak skolah rendah atau menengah.
  3. Saya gilakan makanan berkuah macam sup, tom yam..ape lagi yer? Pendek kata semua yang berkuah la. yer. Laksa juga.
  4. Saya dilahirkan di Terengganu dan sekarang menetap di Terengganu.
  5. Saya sangat SENSITIF dan sangat mudah menangis.
  6. Saya susah nak ingat orang yang berhutang. Saya hutang orang pun kadang-kadang saya lupa. Haha.
  7. Walaupun saya mudah menangis tapi saya suka gelak.
  8. Blog saya 90% tentang kehidupan harian saya. Kalau meluat tak perlu baca.=)
  9. Warna kecintaan saya sentiasa berubah mengikut zaman. Zaman dewasa ni saya sukakan hijau.
  10. Umur saya??cuba teka sendiri. Tupun nak kena bagitahu ker??
  11. Saya suka menonton drama melayu. peeewittt.
  12. Saya dah berblog lebih dari 5 tahun. Sila jangan baca post yang lama-lama kerana ia amat membosankan!
  13. Saya AKAN bertunang dengan en.Beliau. Yer. AKAN. (perlu ke bagitahu fakta nie)
  14. Yeay! saya suka eskrem dan coklat juga.
 DAN

15. Gambar atas adalah saya ketika penggambaran short film 'DENDAM'

Menang kontest 'Kenangan Zaman Sekolah'.

Salam uolls.

Mencuri masa lunch kejap untuk bagitahu satu pengumuman!!!

SAYA MENANG CONTEST!!

Hokeh. Ini adalah kontest oleh  . Sila klik untuk berkenalan dengan beliau.

Tak sangka betul menang sebab saya bace kenangan peserta-peserta lain semua best-best. Kalau kelakar, kelakar sungguh. Kalau sedih, sedih sungguh. Kalau hepi pulak, hepi sungguh.
Apapun cik nurussalwa, maceh banyak-banyak pilih saya sebagai salah seorang pemenang!!

Hokeh. Harap pembaca yang baca kisah saya dan arwah cikgu dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Tq.

Monday 18 April 2011

I love the way you are!

When I see your face
There's not a thing that I would change'
Cause you're amazing
Just the way you are..

Selamat meningkat usia en.Beliau!!




Sunday 17 April 2011

30 Days of Pics Challenge.

Baru pulang dari bw. Saya terjumpa menda alah bawah nie. Kental hokeh copy paste. Maafkan saya tak link. Saya pun dah terclose page sesiapa entah. Tapi rasanya ramai jugak bloggers out there post challenge ni kan. Jadi sebagai menghargai masa terluang yang ada saya akan gigihkan diri untuk godek koleksi gambar yang ada. Tapi mustahil la blogger sekental saya untuk post setiap hari selama sebulan bersamaan 30 hari. Kalau ada masa terluang je la saya post. (Hape? Bajet ada orang kesah?). Satu lagi saya akan random yang mana saya nak post. Theee. Ada saya kesah??!

Day 1 - A picture of yourself with fifteen facts
Day 2 - A picture of you and the person you have been closest with the longest
Day 3 - A picture of the cast from your favorite show
Day 4 - A picture of something you'd like to do again
Day 5 - A picture of something you love
Day 6 - A picture that makes you laugh
Day 7 - A picture of the person you do the silliest things with
Day 8 - A picture of your hero / knight / heroine
Day 9 - A picture of you and the person who has gotten you through the most
Day 10 - A picture of your most treasured item
Day 11 - A picture of something you hate
Day 12 - A picture of your favorite memory
Day 13 - A picture of your favorite band or artist
Day 14- A picture of someone you could never imagine your life without
Day 15 - A picture of something you want to do before you die
Day 16 - A picture of someone who inspires you
Day 17 - A picture of something that has made a huge impact on your life recently
Day 18 - A picture of your biggest insecurity
Day 19 - A picture and a letter (choose any photo and write short entry to explain why you've chosen it)
Day 20 - A picture of somewhere you'd love to travel
Day 21 - A Picture of something that you do not want to forget
Day 22 - A picture of something you wish you were better at
Day 23 - A picture of your favorite book
Day 24 - A picture of something you wish you could change
Day 25 - A picture of your favorite day
Day 26 - A picture of something that means a lot to you
Day 27 - A picture of yourself and a family member
Day 28- A picture of something you're afraid of
Day 29 - A picture that can always make you smile
Day 30 - A picture of someone you miss

Ok. Sebab malam nie saya malas jadi saya akan start next time (dasar hangat-hangat tahi ayam betul)

Bruno Mars - Grenade [Music Video & Lyric]

Best kan lagu nie.
VC pon best..
Yang paling best suara abang Bruno Mars neh. Lemak berkrim disukai ramai gitu.




Mari ko-k sama-sama. Nice song ever!


Easy come, easy go, that's just how you live


Oh, take, take, take it all but you never give

Should've known you was trouble from the first kiss

Had your eyes wide open, why were they open?



Gave you all I had and you tossed it in the trash

You tossed it in the trash, you did

To give me all your love is all I ever asked

'Cause what you don't understand is



I'd catch a grenade for ya

Throw my hand on a blade for ya

I'd jump in front of a train for ya

You know I'd do anything for ya



I would go through all this pain

Take a bullet straight through my brain

Yes, I would die for you, baby

But you won't do the same
No, no, no, no

Black, black, black and blue, beat me 'til I'm numb

Tell the devil I said, hey, when you get back to where you're from

Mad women, bad women, that's just what you are, yeah

You'll smile in my face then rip the brakes out my car


Gave you all I had and you tossed it in the trash

You tossed it in the trash, yes, you did

To give me all your love is all I ever asked

'Cause what you don't understand is


I'd catch a grenade for ya

Throw my hand on a blade for ya

I'd jump in front of a train for ya

You know I'd do anything for ya


I would go through all this pain

Take a bullet straight through my brain

Yes, I would die for ya, baby

But you won't do the same


If my body was on fire

Ooh, you'd watch me burn down in flames

You said you loved me, you're a liar

'Cause you never, ever, ever did, baby


But darling, I'd still catch a grenade for ya

Throw my hand on a blade for ya

I'd jump in front of a train for ya

You know I'd do anything for ya


I would go through all this pain

Take a bullet straight through my brain

Yes, I would die for you, baby

But you won't do the same


No, you won't do the same

You wouldn't do the same

Ooh, you never do the same

No, no, no, no

Saturday 16 April 2011

KoNtEsT KeNaNgAn zAMaN SeKoLaH


Salam uolls..Mari juin contest!!
Contest nie anjuran ( link ke entri contest)
Seperti tajuk entri..jadi mari kita berkongsi cerita zaman sekolah..

  
Ni adalah contest zaman SEKOLAH RENDAH jer yer.
Sekolah saya dekat jer dengan rumah. Lebih kurang setengah km plus-plus. Kalau jalan kaki dalam 10 minit la. Naik basikal 5 minit sampai dah. Zaman saya sekolah dulu takde la dimanjakan sampai mak ayah hantar atau naik van ke sekolah. Lagipun saya bukan orang senang. Saya dengan kawan-kawan satu kampung jalan kaki ramai-ramai.
  
Cikgu yang saya akan ingat sampai bila-bila.

Cikgu ni garang. Sangat amat sungguh garang sekali. Semua pelajar takut beliau. Termasuk la saya. Dahla beliau ajar subjek Math yang saya memang fail memanjang.

Sebab saya pendiam kot dalam kelas jadi selalu la kena marah. Kena malukan depan semua kawan-kawan. Terutama time kena jawab soalan kat papanhijau tu. Pernah sampai saya termenangis kena herdik sebab tak tahu jawab. Saya akui masa sekolah rendah saya agak manja. Bukan! SENSITIF. Lagipun nak buat macam mana saya memang fail bab-bab nombor. Otak kanan betul. Selalu jugak kena denda berdiri kat luar kelas sampai abis waktu subjek beliau. Masa tu dalam hati memang geram dan marah kat beliau.
 Maafkan saya cikgu.

Tapi saya tak pernah bocorkan tayar kereta cikgu.
Tak pernah conteng papan hijau mengutuk mengata cikgu macam orang lain buat.

Beliau pernah jugak cakap saya akan gagal UPSR. Dan masa tu Tuhan saja yang tahu hancur luluh hati saya bila cikgu mendoakan begitu pada saya..Saya pasrah. Kalau saya gagal pun saya tak akan salahkan cikgu sebab saya tahu saya memang lembeeebb pasal nombor-nombor. 

Bila trial UPSR saya dapat C. Dan saya semakin yakin mungkin Tuhan akan kabulkan kata-kata cikgu yang juga doa buat murid-murid.

Tapi Tuhan maha adil. Memang tak menyangka saya lulus UPSR. Lulus dengan cemerlang. Saya dapat 5A. Masa tu dalam kelas saya hanya 3 orang dapat 5A termasuk saya. Yang dua orang lagi ialah murid yang cikgu selalu puji. Saya gembira sangat. Saya cari setiap cikgu yang mengajar ucap terima kasih.
 Tapi saya tak cari beliau.
Maafkan saya cikgu.

Saya tak sanggup tatap muka beliau. Sebab dalam hati saya pasti akan berkata
"Dulu cikgu doakan saya gagal. Sekarang saya dapat A!!!"

Dan saya tunggu cikgu ucap tahniah pada saya..Tapi takde pun. Mungkin cikgu segan nak jumpa saya kot. Lepas peristiwa tu saya tak pernah lagi jumpa atau terjumpa cikgu.

Masa saya sekolah menengah saya terjumpa sorang kawan. Dia sekampung dengan cikgu. Sekelas dengan saya masa sekolah rendah dulu. Dia bagitahu cikgu dah meninggal. Saya tak ingat sebab sakit apa.
Menitis air mata. Kawan saya tenangkan saya. Sebab dia ingat lagi peristiwa saya nangis teresak-esak lepas cikgu marah saya dulu.

Maafkan saya cikgu. Saya harap cikgu terima maaf saya. Saya tak sempat jumpa cikgu untuk ucapkan maaf atas segala salah silap saya. Saya dah ampunkan segala kesalahan cikgu buat saya. Semoga cikgu aman disana.

Dan sekarang cikgu jadi pengajaran buat saya :
1) Saya jarang sangat marah pelajar saya. Kerana saya pernah merasa macam mana tergurisnya hati dimarah oleh cikgu.
2) Saya tak pernah sekali-kali keluarkan kata-kata kurang enak untuk pelajar-pelajar saya. Kerana saya tahu kata-kata itu semua doa.
3) Dalam hati saya pelajar-pelajar bukan pelajar saya, tapi mereka anak-anak saya. Kerana itu kasih sayang terhadap mereka bukan hanya masa pembelajaran.

Terima kasih cikgu. Mungkin kalau tanpa cikgu saya takkan berada disini sekarang.
Walaupun saya tak mengajar subjek Math.
=)

Halamak..Syahdu la pulak teringat kenangan zaman sekolah. Saya mahu tag dua orang rakan blog :


Selamat menjuin contest!!

Penceramah motivasi tak terlatih!

Salam..

Saya tahu saya tak layak. Saya agak dorang tersalah pilih untuk jadi penceramah motivasi. Diri saya sendiri tak termotivasi. Macam mana nak motivasikan orang lain???..Thee...

Tapi terima kasih jugak menjemput saya. Maaf kalau ada kesalahan sewaktu bermotivasi versi membebel. Saya suka bercakap. Saya suka buat orang ketawa. Tapi saya memang tak layak untuk beratur panjang audition Raja Lawak. Juga mungkin tak layak mengikut jejak Dr. Fadzilah Kamsah..=)

Owhhh.. mentang-mentang saya dah kurang makan buah terus korang hadiahkan buah yer. Terima kaseh.=)



Makan empat menu sehari (bajet host Jalan2 Cari Makan kejap)

Salam uolls..

Hari nie hari cuti seopis. Sebab semalam dah seharian menempek melipat membungkus hantaran adik angkat (Ila) jadi hari nie hari rehat bersama keluarga terchenta.

Awal-awal pagi mak dah masakkan mihun goreng. Errrrr..Kenapa bukan ayatnya berbunyi 'Awal-awal pagi saya dah masakkan mihun goreng??'
Hee....
Nak buat macam mana. Baru jer plan nak masak bukak tudung saji tengok dah siap terhidang. (jawapan untuk mak mertua..hehe)

******
(FLASHBACK)
Kalau bab makan terserah. Pendek kata makan apa sahaja tolak batu dan kayu saja. Dari kecil saya memang tak memilih. Apa yang mak masak semua kami makan. Tak pernah pun merungut tak nak makan sebab tak sedap, pedas sangat ke atau tak suka lauk tu ke ape ke kan.
*pssstt..sebab mak masak SEDAP. Jadi semua kami tibai..lalala.
Sama macam buah-buahan jugak. Rumah kami dikelilingi banyak pokok buah-buahan. Kecuali epal, strawberi dan kurma takde la pulak ayah tanam.

Masa kecil-kecil kami suke sangat mempelam. Dari mak ayah sampai adik bongsu sekarang semua hantu mempelam. Kalau Terengganu panggil buah pauh. Kalau ayah bawak balik pauh berebut la kami sorang 2-3 biji pastu sorokkan tak nak kongsi ngan yang lain. Haha. Punyala kedekut tangkai jering. Pauh yang paling best ialah 'pauh epal'. Bentuknya macam epal dan rasa lemak-lemak krim gitu. Dulu ayah tanam jugak. Sekarang dah pupus semua.

Eh! kejap. Kenapa topik buah plak nie. Bukan nak cakap pasal makanan ke tadi??

*****
Hee.. Ok berbalik kepada topik makanan. Hari nie sebab cuti jadi banyak masa terluang didapur. Menggoreng ikan 5minit. Makan 15 minit.
Basuh pinggan 10 minit. Makan lagi 20 minit.
Masak merah 15 minit. Makan pulak setengah jam.

**Maafkan saya meja makan kalau awak bosan menatap raut wajah saya. Theeee..

Lepas makan mihun kul 7.00 tadi (awal kan. macam nak pegi menoreh je breakfast awal-awal). Jam 9 pagi ada pak cik penjaja datang. Dia jual nasi lemak yang sambalnya ngetop!! Sedap.Pekat.Lazat (tagline yang saya reka sendiri) 
Ok. Tak perlu nak bermadah pujangga. Saya terus makan tanpa paksaan.

Tengahhari pula lepas siap main masak-masak terus makan nasi berlauk. Makan lagi. Gigih betul saya.
Kemudian konon nak jadi seorang yang pentingkan kesihatan terus makan buah jambu. Banyak pulak tu. Penipu besar la kalau nak jaga kesihatan bila makan dalam kuantiti yang maha banyak!!

Petangnya pula saya bawak adik yang nak potong rambut. Jadi alang-alang dah pergi Pasar Batu 6 terus singgah beli mihun sup.
Ala..kedai mamat desperate yang saya pernah cerita dulu.
Balik rumah makan mihun sup. Panas.Enak.Lazat.Kaw! (pandai betul reka tagline)

Ok. Sekarang berehat atas kerusi sambil menaip entri. Saya harap saya kekenyangan sehingga malam ini. Kerana saya dah penat jadi host jalan-jalan cari makan untuk hari ini.

Ok. Cau cincau..

Friday 15 April 2011

Melamar dalam fb???

Malam yang dingin (ceewah)
 On laptop bukak fb ada message. Message dari seorang stranger. 



Benarkah dirimu sudi jadi isteri abang???

Mustahil kot tiba-tiba en.beliau menyamar hantar mesej macam tu.
Saya agak mamat nie ngigau salah orang barangkali.

Thursday 14 April 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI


Jom join ramai-ramai.

Kalendar silap cetak. Hadekah??

Dialog Kotaraya

Sehari sebelum kejadian..

Saya : Kak Ina, dah masuk bulan April dah. Saya takde kalendar 2011 pun lagi.
Kak Ina : Betul lah. kak Ina pun. Takpe. Esok Kak Ina bawak. Minta dengan husband kak Ina. Kat opis dia banyak lagi kot.

Hokeeh!! Gembila bukan kepalang bila dijanjikan kalendar oleh kak Ina. Serius saya tak boleh jalani hidup dengan bersistematik tanpa kalendar meja untuk conteng apa sahaja (bajet kalau ada kalendar terus bersistematik la kunun)

Esok seperti dijanjikan..

Saya bersorak keriangan la ibarat kanak-kanak riang ternampak pak cik eskrem paddle pop!

Kak Ina : Bulan nie Mac dah kan
Saya : (kerana terlampau eksaited terus mengiyakan)..(sambil belek mukasurat Mac)



Kerana kejadian berlaku pada hari Sunday (S).

Kak Ina : Hari ni berapa haribulan? bukan 3hb ke? dalam kalendar tulis 6 la.
Saya : (Terkedu pandang kalendar). Ialah. Hari nie 3hb.
Sambil dalam kepala berfikir. Dah lah susah nak dapat kalendar. Dapat plak kalendar salah taip.

Tiba-tiba Kak Ina menjerit.
"Bulan nie April laaaaa"

Hokehh!!
Mari gelakkan diri sendiri yang mengigau di petang hari. Nasib baik tak pulangkan semula kalendar kat husband Kak Ina dengan alasan kalendar salah. Kalau tak malu muka 40 hari.
Saya pun tak pasti kenapa kami terfikir berada di bulan Mac. Mungkin masa cepat sangat berlari sampai tak terkejar.

6hb hari Ahad adalah dibulan March. DIULANGI!!MARCH!!

Tips untuk berjimat cermat.

Salam uolls..

Malam nie terlebih rajin skit.
Maklumlah esok saya terpaksa rela jadi pakar motivasi
(walaupun diri sendiri tak termotivasi. Ceh)
 Jadi malam nie mari memotivasikan diri.

Takde la tips sangat pun sebenarnya. Cuma sekarang saya dan kawan-kawan opismate dah mula kurangkan lunch di kedai. Selaras dengan kempen jimat-cermat (yang dilancarkan oleh diri-sendiri) kami nekad untuk bawak bekal dari rumah. Ceeewah. kental hokehhh!!

Sebenarnya memang jimat pun.Makan kat kedai bukannya murah. Dulu pernah bersetuju taraf hidup di Terengganu murah. Sekarang tidak lagi.
 *Mari bertukar jadi calculator kejap.*

Kalau sekali lunch boleh mencecah RM7 atau paling mahal RM8. Paling murah RM5 plusplus. Tu pun kalau minum tea o ais. Walaupun tak semahal ikan patin Temerloh, tapi bagi yang makan kat kedai hari-hari memang agak menipis la wallet menjelang pertengahan bulan.
Jadi purata makan seminggu RM6 x 5 hari = RM30..

Hokehhh!!
Nampak disitu RM30 adalah bersamaan kereta bergerak ulang-alik ke opis selama seminggu. Jadi sekarang bila dah bawak bekal dari rumah secara logik ilmu kira-kira mengatakan kita dah berjimat sangat dan amat.

Moral : Bangun awal pagi untuk masak lauk bawak bekal ke opis. Sekian!

Wednesday 13 April 2011

Veil..mana satu berbaloi? beli atau sewa?

Salam uolls..

Sekarang tengah ushar-ushar veil. Sebab baju kaler hijau adakah veil pun patut kaler hijau??
-credit to blogshop-

Tak. Tak.
Kalau baju dah hijau, veil pun kaler hijau mesti tenggelam saya dalam kehijaun.
Jadi veil harus kaler yang contrast.
Perhaps cream or maybe white or gold???-->soalankah atau jawapankah??


-credit to goooogle-

Hye abg Zamarul..Gulp!!
Saya berkenan sangat tengok Diana Rafar pakai itu veil. Santek kan!!
So...perhaps cream or maybe white or gold or GREY???


-again credit to gooogle-

Ini santek juga. Putih bersih suci murni. Tapi putih ngan hijau macam tak boleh ngam sangat la.
Macam kureng sesuai jer. Kan?!


-credit to goooooogle-

Ini gold. Kaler gold ni agak sesuai la nak match in dengan kaler hijau kan.

Saya rasa veil berbentuk selendang panjang sangat sesuai kalau setakat majlis tunang. Simple jer.
Cuma sewa atau beli?
Mana satu lebih berbaloi?

p/s : Malas dah fikir. Nanti entri akan datang saya tolong jawab. Heee.


Sunday 10 April 2011

Siapa Farid Kamil Maravilla..Korang kenal ke???

Maceh Farid Kamil Maravilla (FKM). Kerana buat saya ketawa petang-petang nie kerana boleh dikatakan beliau menglike setiap post kat SB. Sangat kental. Tahniah..

FKM (panjang sangat nama.sila pendekkan)..izinkan saya pomot kamu yer..hahaa...

(Sila klik untuk gambar gergasi)
FKM telah melancarkan peluru like kat fb saya. Nasib bek tak pengsan terkejut.

Ini Blog beliau.

Friday 8 April 2011

Pendedahan Ekslusif : Surat dari boyfriend zaman cinta monyet.

Pagi tadi masa mengemas-ngemas bilik terjumpa la kotak surat. Macam-macam surat ada sejak zaman muda-muda lagi (ceh.bajet dah veteren la). Dan terjumpa satu surat neh. Hampir sudah melupuskan dia dari kotak fikiran. Err.. Saya harap dia tak tahu saya punyai blog.

Surat dihantar ke rumah saya. Bajet macam duk jauh je maen utus-utus surat. Siap pos segala. Haaha.

Ini isi kandungan. Terpaksa kasi efek blur supaya korang tak pengsan terkedu dengan ke-skemaan ayat bekas kekasih cinta monyet. heee.

Yang ni pantun ekslusif dari beliau. Haha. Apa kena mengena daun sireh dan ubi kayu??


Maaf. Display tandatangan awak yang kreatif. Hee..

Itu hanyalah cinta monyet. Cinta zaman sekolah semata-mata nak melengkapkan kenangan di bangku sekolah. Ceewah. Saya pun tak pasti dia dah kawin ke belum? dah ada anak barangkali? atau masih bujang trang tang tang?? Entah!

Halamak. Nasib baik en.beliau tak baca blog saya..=p

Thursday 7 April 2011

Gilak r diorang. Superb art!!

Rasanya dulu-dulu dah pernah dah tengok lukisan pada lantai atau chalk art neh kt google. Mengujakan betul. Kat malaysia ade ke hah?? Kalau suh incik gooooogle carik macam-macam style dorang lukih. Korang search je chalk art atau 3D chart art. Macam-macam. Sampai saya pun rasa nak pergi bergambo disitu. Heh!

Bang, agak-agak la nak terjun pun. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Tak boleh bayang kalau ada perompak eksaited tengok laptop tengah-tengah jalan. Bila datang dekat nak curi terus pitam sebab ditipu kaw-kaw.

Semua penduduk bandar lari sembunyi dalam rumah!! Zombi telah keluar!!

Arghhh!! Tulun!!! Tsunami!!



Selamba je budak tu jalan atas air. Ada kuasa hikmat peringkat lapan barangkali.
  
Dinding dah roboh tapi bangunan masih utuh.

Saya rasa ade jer kereta salah lorong nanti.

NI PALING SAYA SUKA!!!


Ayah!! Jangan pergi!!

Wednesday 6 April 2011

Tengok mamat nie teringat Anwar Hadi.


Macam dah jadi fenomena. Remaja-remaja sekarang suka benor upload vid ala-ala cenggitu.
Kalau Anwar Hadi dan MatLuthfi versi utara ni plak versi Timur.
Orang Gganu wehh..

Dalang banyok-banyok video mamat nie saye paling suke video bawoh ni.
 'Jangan bowok hp ke sekoloh'
(Eh. Tetibe tulis bahase kut Ganu pulok!)


Okeh. Kalau mau tengok video beliau yang lain sila menerjah ke you tube. Malas la saya kasi link. Korang kan rajin.Pergi la cari sendirik. Hahaha. Taip je maccaboyz91.

Monday 4 April 2011

Tetiba teringat la pulak..

Selamat awal pagi semua. (Ayam pun tak bangun lagi nak berkokok)
Zaman belajar adalah zaman yang paling manis bagi saya. Kalau bosan saya suka belek-belek gambar masa belajar dulu. Kalau gambar sekolah belek dalam album. Tapi gambar zaman belajar universiti belek dalam folder la. Hee...

Dulu saya study kat Penang. Boleh agak la kat mana kan. Penang memang best. Terutama kalau pergi Butterworth kan ada bangunan-bangunan kolonial (macam best je perkataan kolonial). Bangunan-bangunan lama. Yang sangat klasik. Yer. Saya sangat kagum. Salah satu tempat yang kitorang pernah singgah ialah Fort Conwalis. Banyak kali kot kitorang datang sini. Saja datang, kebetulan datang, dan datang buat penyelidikan. Ceewah gitu.

Ini masa sem satu. Skema kau. Haha.

Ada senapang. Sekarang ada lagi ke??

Dalam kawasan Fort Cornwalis tu ada khemah dan menda alah tu. Berlagak jadi askar kejap.


Rombongan Cek Kiah
Ok. Sila abaikan gambar atas. Monumen berbaju purple tu dah takde disitu sekarang.

Ini lah. Cantikkan. Klasik.

Sebenarnya ia adalah bank. Dan banyak lagi bangunan serupa di atas.

Ini ada tak tahu ke? betul anak-anak. Inilah KOMTAR.

Ok. penat dah godek-godek gambar. Babai.

Kredit to Anem Arnamee. Kebanyakkan gambar tersebut adalah gambar beliau..=)



Sunday 3 April 2011

Baju tunang tema hijau..pewiitttt..


Alhamdulillah. Urusan dipermudahkan Tuhan.

Baju tunang suda dibeli. 
Beli yang ready made je. 
Jimat kan. 
Nanti boleh pakai raya pulak. 
Tapi tema raya tahun nie jingga. 
Owhh..

Saturday 2 April 2011

Tips membeli kain untuk akad nikah yang cantik dan murah!

Haha..Skema tajuk entri dengan niat bakal-bakal pengantin search tajuk itu dengan result yang hampa.

Semalam keluar belikan kain untuk nikah. (berangan lagi). Tentu korang ingat saya akan nikah dalam masa terdekat kan. Salah semuanya. Kami beli untuk jadikan hantaran tunang nanti. Pewiittt. Betul jugak cadangan mak en.beliau. Beli siap-siap kain untuk akad  nikah. Nanti dah tak payah beli. Jimat kan. Errrr...Tapi nak nikah bila ha???. Ok. Sila jangan jawab soalan saya.


Amaran : Ini adalah tips dari saya. Kalau rasa meragukan jangan sekali-kali ikuti. (tak tahan tu, siap ada amaran)

Kain untuk akad nikah biasanya kaler-kaler yang soft kan. Jarang kot pakai kaler hitam atau kaler-kaler terang untuk akad nikah. Tapi bergantung pada kalian la. Asal suka, sedap pandang. Tapi yang sedap pandang masa akad nikah kaler soft je la kan.
Ok. Berbalik kepada tips hari ini.

Pertama. Sebelum betul-betul muktamad membeli kain tu, cuba la survey banyak kedai. Kalau tiada masa nak keluar cuba survey online saja. Follow la seberapa banyak butik-butik pengantin kat blogshop atau add kat fb. Tengok kain-kain diorang lagi segi harga, kaler atau design. (maksud saya up too date)

Kedua. Sesibuk manapun korang tetap harus survey kat kedai jugak. Cuba survey lebih dari tiga kedai dan bergantung pada korang la nak compare dari segi apa. Kalau korang nak save budjet mungkin tengok pada harga, kalau korang lebih pentingkan design tengok la pada design.

Ketiga. Kalau ada kedai yang tawarkan promosi lagi bagus. Contohnya beli sepasang kain untuk perempuan dapat sepasang kain untuk baju melayu lelaki dengan less 50%. Contoh je la kan. Ataupun ada sesetengah kedai customer boleh tawar-menawar. Boleh dapat murah sikit berbanding harga asal.

Keempat. Seelok-eloknya kalau beli baju nikah (biasanya untuk kaler soft), pastikan korang yakin akan tetap memakai baju tersebut walaupun selepas nikah. Pakai masa raya atau event apa-apa. Secara tak langsung baju tu tak jadi hiasan dalam almari. Ataupun sedekah pada adik atau kawan-kawan lain yang akan nikah kelak.

Ok. Ada lagi ke? kalau ada lagi korang sambung kat entri korang plak yer. Babai.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...