Para Pengikut..

Monday 29 June 2015

Salam Ramadan.

Salam uollsss..
Alhamdulillah hari ni dah 12 Ramadan. Kejap betul masa berlalu. Saya ni dah kenape? bizi semacam je sampai berkurun blog tak berupdate. Dah nak masuk separuh bulan Ramadan baru nak ucap salam ramadan ker. hehehe. Seriously memang bizi sangat. Ada masa terluang skit macam-macam kerja nak dibuatnya. Balik rumah pulak memang takde can dah nak bukak laptop. Selain dari berehat-berehat dan berehat. Penat benor bunyinya kau neh. Hehe.
Tahun ni berpuasa dengan suasana yang berbeza lagi. Tapi rasa macam lebih aman dan sentosa. Haha. Sebab dekat ngan rumah mak. So, kalau tak sempat masak balik kerja kita menapak je ke rumah mak berbuka kat sana.

Biasanya kita beli barang basah seminggu sekali. Weekend je kuar g pasar. Pastu pack sikit-sikit. Nak masak defrost jer. Ayam dua ketul, ikan 2 ekor. Asingkan buh dalam plastik kecik-kecik. Hari tu pegi pasar tak tahu nak masak apa. Tanya asben biasalah jawapan dia "masak je apa pun, b boleh belaka' nak mikir nak masak apa pon pening tau. Pastu nampak udang kat pasar. Ok. Udang masak lemak. Settle.
Sambal belacan buat banyak-banyak untuk stok 2-3 hari semasa asben ada. Kita ni ok je kalau takde sambal belacan tuh. Sayur goreng adalah wajib. Kuih muih pun tak beli. Tahun ni punya konsep tak nak bazir-bazir. Kadang-kadang kuih mak bagi dua ketul pon tak dapat nak habiskan. So, better kita makan nasi jer yer.

Sayur panaskan je lauk udang masa berbuka tu. Cuma goreng ikan. Famili mertua punya style diorang time sayur jarang ada lauk berkuah. Biasa goreng ikan je makan ngan nasi. Simple. So, asben pon se simple itu. Senangnya kerja dapur i. haha.


Then bila asben dah balik rumah barulah masak se simple yang mungkin. Hari tu kita teringin nak makan mee rebus. Balik kerja masak, makan untuk berbuka then ada lebih lagi makan sahur pulak. Tak makan nasi hari tu. Even umah mak 10 langkah je takdelah hari-hari kita berbuka umah mak. Macam tak adil pulak mak penat-penat masak, kita balik kerja lewat-lewat hidang-hidang lauk duduk makan. Amboiii. Tapi mak tak kisah pon. Kita je la yang kisahkan diri sendiri.


Berbuka sorang-sorang kat umah pun mak tetap bagi tambahan juadah. Terima kasih mak.


Tu je kot setakat ni gambo makanan yang ada dalam hp. Hehehe. Alhamdulillah, tahun ni berpuasa penuh InsyaAllah. Semoga terus diberi kesihatan dalam bulan Ramadan ni.

Aamiin..


Tuesday 9 June 2015

Kanak-kanak riang.

Salam uollsss..
 
 
My anak buah yang duk Putrajaya ada balik kampung cuti sekolah ni. Yang sulung laki, dua lagi pompuan. Yang pompuan ni suka la datang rumah ai memandangkan rumah sejengkal je dari rumah mak kan. Nampak je kereta saya balik kerja cepat-cepat diorang berlari. Dari jalanraya dah bagi salam..
 
"Assalamualaikummmmmm.....kat pintu belakang yer"
 
Hahaha..Comel sangat. Dua-dua ni cakap banyak sangat. Penat melayan diorang bertanya itu ini terutama yang bongsu umur 4 tahun eh. Hehe. Lupa umur anak sedara.
 
*****
 
Pastu dah dua malam tido rumah saya..Dan diorang ni bersaya-awak dengan saya. Agaknya sebab biasa dengar saya cakap bersaya-awak dengan my kakak (umi diorang). Masa mula-mula diorang sampai rumah saya terus si adik tanya..
"Mana baby awak nya?"
Sambil lari-lari kat ruang tamu. Hahahhaah. Apa umi awak bagitahu neh ha.
 "Baby saya dalam perut lagi la. Mana keluar lagi"
"La....yekerrr" sambil gosok-gosok perut mak sedara dia. Olololo. Suwwetnya.
 
Pastu malam tadi datang tido umah saya lagi. Mula-mula elok je diorang tido dalam bilik tetamu, baring-baring sambil sembang-sembang dua beradik tu. Tiba-tiba adik bangun datang kat saya..
"Boleh tak malam ni kita nak tido dengan awak"
"laaaa..kenapa pulak?takut ker?
"Bilik kita ada spider kat ceiling. Besar sangat"
Omg!!terus ai tergamam. Ai dahlah penakut dengan segala spesis serangga berkaki banyak ni. Terus bukak lampu intai kat ceiling bilik tu.
Cissskek. Anak spider rupanya. Nak gelak ke nak nangis neh.
"Yela-yela, tido bilik saya la"
^__________^
 
 
Pastu sebelum tido tu saya curi-curi dengar diorang sembang. Diorang duk tilik risalah Njoy. Kakak kan dah pandai mengeja.
Kakak : Adik ambik Astro Warna, kakak ambik Astro Ria.
Adik : Ala...adik nak Astro Ria sama macam kakak.
Kakak : Adik ambik Astro Warna la....nanti diorang datang bawak pensil letak kat tv tu boleh lah adik kaler-kaler kat dalam tv.
Adik : Okey. Adik nak kaler. Pensil dia macam mana kakak.
Kakak : Nanti dia hantar la. Adik tunggu la.
 
Adik tak puas hati terus tanya saya " Awak, nanti pensil tu macam mana. Nak kaler macam mana"
 
Krikkrikkrik...
 
Aioolss terus buat-buat khusyuk tengok tv. Habis makencik nak jawab aperrrrr..
 
 
*****
 
Weken lepas ajak bebudak tu jalan-jalan, hantar umi diorang pegi kursus skali.
 
 

 

 
Pastu g jalan-jalan kat Pantai Batu Buruk.






 
Pompuan mana yang gemook sangat tuhhh!!


 
Weehuuuu..suka sekali sekali pekena angin pantai. Next time ada masa kita jalan-jalan lagi yer.
 
 
 


Friday 5 June 2015

Perjalanan TTC - Usaha dengan Clomid & Asid Folic

Salam uollss..

Entri yang telah diperam sekian lama. Kata blog ni diari versi digital kannn. Hari ni baru terasa nak post. Semoga jadi panduan untuk semua. Kita berusaha, yang menjayakannya Allah yang Maha Kuasa =)


**************
 
 
01 March 2015
 
Menyambut permulaan bulan Mac di Klinik Raihan di Dungun. Bulan lepas Doktor Raihan dah brief tentang ubat kesuburan ni. Dia bagi saya masa fikir la dulu. Balik banyak jugak saya gugel sana-sini pasal ubat ni. Yang penting nak makan dengan nasihat dan pengawasan doktor la kan. Dan doc cakap biasanya lepas setahun kawin belum ada rezeki boleh makan da ubat neh. Doktor ada cakap jugak biasa yang makan ubat ni yang ada masalah haid tidak teratur. Bila haid kita setiap bulan mendatang je olwez tu tandanya kita subur, cuma masa je belum sampai (ayat doktor neh.Hehehe)
 
So, lepas bincang dengan asben semua kita menapak la ke klinik tu. Klinik tu bukak jam 8.00am. Tapi Doktor Raihan akan datang jam 10.00am. Kalau kul 10.00am tu terus nak jumpa doc datang awal la ambil no giliran dulu. Pagi tu lepas hantar adik ipar pegi opis terus saya menunggu depan klinik. Klinik bukak jer terus terjah masuk. Dapat turn yang ke-2.
 
Balik rumah mil, basuh baju kemudian tumbuk rencah-rencah untuk buat nasi goreng sotong. Nasib baik asben jarang breakfast. Then turun untuk pegi klinik balik. mak mertua pon teman sekali. Sampai klinik tepat-tepat jam 9.45am doktor pon dah ada. Kejap je lah tunggu dapat la masuk jumpa doc.
Saya dapat dua jenis ubat. Step dia kena tunggu period datang, hari kedua period makan ubat subur (Clomid) sebijik sehari selama 5 hari. Kemudian keesokannya makan Acid Folic pulak 2 biji sehari selama 20 hari.
 
 Mula-mula doc macam tak bagi la saya ambik lagi ubat ni nak tunggu period datang jugak. Dah kita ni duk jauh. Balik pun time weekend je kan. Kalau in case lekat sebelum makan ubat ni kita sedekah je lah kat sapa-sapa. Hiksss. Doc ni positif sangat. Dia terangkanlah pasal ubat ni untuk 1 cycle.
 
 Then saya berniat untuk bertanyalah kan.."So, maknanya doktor, kalau this cycle kalau tak lekat lagi saya kena datang ...."Hahaha. Belum habis ayat terus doktor mencelah."Hish apa awak ni jangan cakap macam tu. Cuba dulu" Hehehehe. Ok doktor. "InsyaAllah, InsyaAllah.."
 
Padan muka. Kan dah kena marah dengan doktor. InsyaAllah. Ubat hanya satu usaha. Yang menjayakan usaha tu Allah yang Maha Esa dan Maha Mengetahui..Semoga Allah menjayakan usaha ini.Aamiin.

16 Mac 2015.

Ni dah hari ketiga saya makan asid folic. 5 hari sebelum tu dah makan clomid. Saya gugel jugak ada yang jadi berselera makan kan. Ada yang pening-pening efek ubat tu kot eh. Saya tak perasan la pulak efek apa-apa. Cuma masa 2-3 hari makan clomid tu asyik ngantuk je petang. Sampai tertido kat opis sebab ngantuk sangat. Jarang kot tido kat opis kecuali mengantuk yang amat.

Saya makan setiap hari waktu yang sama. Ada jugak pagi tu saya terlupa nak makan. Keke. balik kerja terus makan. Biasanya saya makan time pagi sebab jarang breakfast kat rumah, so saya minum susu ngan kurma. Then makan ubat. Around 8.30 am. Kemudian terus g kerja. Ni acid folic pun makan waktu yang sama jugak. So, waktu tu konsisten lah.

Hope makan sekali ni je and terus berjaya. Semoga Allah permudahkan. Aamiinn..

11 April 2015
 
Masuk hari ni dah 3hari delay period. Tapi kita macam tak yakin la lekat bcoz tanda2 nak period yang wajib datang tetiap bulan tu ada. Jadi pasrah la kalau period datang. Tapi 2 kali jugak la test upt.kahkah. Memang negatif la kan. Weekend ni balik Dungun so kita plan nak g klinik Raihan ambik Clomid n Asid Folic utk 2nd cycle. Standby je la bila period ni nak datang entah.

Ni update baru balik klinik. Tadi tak jumpa doc pun. Coz doc cakap next time ambik kat kaunter ubat je. Cuma doc bagi penerangan jugak tadi. For this cycle sama jugak hari ke2 period start makan Clomid 5 hari, then sambung Asid Folic sampai habis. Eh,tak tengok plak tadi berapa bijik. In case belum rezeki lekat lagi, saya kena stop makan Clomid selama 3 bulan. Bulan seterusnya baru makan pulak Clomid dengan dos yang lebih banyak. Saya ada jugak gugel blogger yang try Clomid ni. Ada yang cara makan berbeza. Bergantung pada doc la eh. Dats why la nak makan kena dengan pemantauan doc dulu. So, tu je update untuk kali ni.

Semoga Allah murahkan rezeki kami untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Aamiin.
 
13 April 2015
 
Hari ni 5 hari period delay. Tengok upt ada dua pcs lagi. So jomlah kita test mengetest. Test tu tengok macam pelik jer. Macam crowded je nampak. Ke upt ni rosak??so biarkan je la dulu atas rak dalam bilik air. Siap mandi rasa nak tengok. Eh???ada dua line???tiba-tiba konfius. Betul ke ni??ke saya mimpi??sambil nangis dalam bilik air. Kahkah. Tapi risau jugak la takut result sebenar menghampakan.
 
Siap ambik simpan letak dalam plastik. Mula-mula line tu samar-samar je, then makin lama makin terang.

 
So saya plan nak tunggu 18 April nanti hari jadi asben. Kita nak beli upt yang bleh kuar result Pregnant n brape weeks tu. Nak sepraiskan asben. Hope double line ni adalah double line yang dinanti-nantikan selama ini.
 
Perkenankan doaku Ya Allah =)

Sambungannya disini...


 
 


Thursday 4 June 2015

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan Anda

Salam uollsss..

My brother hantar whatapp pasal info nie..heeee... =)

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan Anda :

1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagai reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

Monday 1 June 2015

Rindu terubat.

Salam uollsss..

Akhirnya Jumaat yang ditunggu tiba juga. Mak mertua and adik-adik ipar datang rumah. Wehuuuuu. Ayah mertua tak ikut jaga rumah. Heeee. Last balik rumah mertua 10 April okey. Biasanya kita balik selang seminggu. Gilir ngan asben. Tapi banyak kita yang balik sana. Sian plak asben cuti Jumaat je sehari. Kita cuti Jumaat Sabtu. Start cek positif tu asben memang tak bagi lagi drive sorang-sorang. Yelah. Biasa kita balik kerja kul 6.00 petang terus balik Dungun. Lepas maghrib jugak sampai. Kadang-kadang lalu area sunyi tu seram sejuk jugak. Haha. Sejuk aircond.

So, ni dah nak masuk 2 bulan tak jumpa. Mak mertua ni dekat fb, whatapp, sms, call duk berzikir je cakap rindu, lama kak long tak balik. Nak buat macam mana ma, anak ma tak bagi kak Long balik. Hehehe. Kebetulan Sabtu ada kenduri adik kepada biras saya kat Bukit Payung. Jadi mak mertua semua datang Jumaat, tido umah kak Long satu malam lepas kenduri balik Dungun. Dapat lah melepas rindu =)

Diorang bertolak petang Jumaat dalam kul 5.30 petang. Kebetulan kita keluar beli barang-barang dapur. Tak tau nak masak apa, tak nak masak nasi macam kenyang sangat kan malam-malam makan nasi, so masak spegetiii.

Dah kenyang makan keluar jalan-jalan ambik angin. Lepak-lepak kat pantai Batu Buruk. Geng-geng pompuan duk lepak atas pasir tepi pantai, asben dan kawan dia yang ikut skali duk sembang dalam kereta.
 



 
Dah puas bersembang-bergossip terus balik rumah. Masing-masing dah ngantuk dah penat.
 
Pagi Sabtu saya pegi kenduri rumah jiran kejap. My prengg sejak zaman kanak-kanak kawin. Kejap je la pergi. Sebab nak ke Bukit Payong pulak kenduri adik biras.
 
So, here we go....



 
Gambar ngan pengantin dalam hp mana ntah. Ni pon cilok gambo adik ipar. Hp kita dalam beg takde mood nak bergambo. Kekeke.
 
Pukul 3.30 ptg balik rumah. Bersiap-siap untuk keluar jalan-jalan pulak. Kak Long is panas meruap sangat. So mandi tukar baju dulu lahhh.
 
Pegi Kampung Cina. Sekarang dah banyak pembaharuan dah cini. Dulu cini saya tau banyak anjing jer. Nak jalan sorang-sorang pon takut time keje abis SPM dulu. Sekarang dah banyak berubah.



 
Nanti korang datang Terengganu singgah lah kat Kampung Cina neh. Ada wall art bleh ambik gambo. Tapi taklah sebanyak kat Penang tu. Kampung Cina ni lokasi dia dekat Pasar Payang. Kalau parking kereta kat Pasar Payang pon bleh je jalan kaki ke sini. Tak jauh sangat pon jalan. Sini banyak jugak deretan kedai-kedai ada jugak yang jual batik-batik tu semua.


 
Mekasih asben bawak jalan cini. Actually kita pernah ajak dia datang sini. Katanya buat apa datang cini, buat penat jer. Kikiki. Ni memandangkan ma n adik-adik datang dari jauh sanggup je la dia ikut. Even terpaksa. Kan b. Hehehe.







 
 
Okey..dah penat semua jom lah balik. Terus balik rumah. Malam tu tanak nasi dulu makan ngan lauk kenduri biras bagi tadi. Sedapnya gulai daging kenduri kahwin. Pukul 10 malam diorang bertolak balik Dungun. Kejapnya jumpa. Waaaaaaaaaa. Nanti jangan segan-segan datang lagi yer =).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...