Para Pengikut..

Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Tuesday, 13 November 2018

Kronologi TTC selama 3 tahun.

Salam uollss.

Entri tentang ttc paling mendapat view tertinggi sepanjang saya berblog dari 2006. Terutama untuk entri ini ; PERCUBAAN HAMIL DENGAN CLOMID.

Tengok draft rupanya ada saya tulis pasal ni tapi tak habis. Haha. Kita kasi highlight sikit. Sayang nak delete penat-penat saya perah idea nak membebel. Kahkah. So kita post balik la sebagai kenangan dan update mana yang patut. Ni saya taip tahun 2014.

Dah lama entri ni terperam dalam draft. Sikit-sikit saya menaip. Supaya apa yang ada dalam fikiran ni takkan terhapus. Nak buat macamne, nak masuk 3 series ni asyik jadik pelupa jer. Hehehehe.
Sekejap masa berlalu kan. Tinggal tak sampai dua bulan jer lagi nak masuk tahun kedua perkahwinan. Hurmm. Kalau korang seusia perkahwinan dan senasib dengan saya haruslah penat dah telinga ni mendengar soalan demi soalan. Haruslah mulut ni penat menjawab dan menjawab. 
Sampai ada masanya saya menangis depan orang yang bertanyakan soalah tuh. Yang tanya dengan berhemah ok lah. Yang main redah je tanya macam kita ni takde hati dan perasaan haruslah terluka hati ini. Ewahhh. Kau dah kenapa.
Tapi hidup kena kuat. Kena sabar. Saya yakin dengan rezeki yang Allah kurniakan. Kena bersabar dan berusaha dan berdoa. Selebihnya berserah jer dengan ketentuannya.

*****

2012
Tahun pertama kahwin. Saya kawin Mac 2012. Lepastu suami kerja Kuantan saya kat Kuala Terengganu. Pjj la. Selang dua minggu suami balik takpun saya kesana. Masa tu baru-baru kawin kan kami memang tak pernah merancang atau berusaha menangguhkan. Cuma takdelah berusaha makan apa-apa or cuba any kaedah untuk mengesan kesuburan ke apa. Just berpandukan pengetahuan sendirilah dan kita pon boleh kira sendiri. Normallah manusia, terutama mak cik-mak cik kepoh, lepas 2-3 bulan kahwin pun dah sibuk tanya dah ada isi ke, dah melekat ke. Senang sangat haihh mulut mak cik. Kita cilikan nak?? Tahun ni berPJJ dengan asben. So pasrah je lah jumpa time bukan 'waktu sepatutnya'.

2013
Tahun paling menggembirakan. Dapat duk sekali ngan asben. Barulah saya start try itu ini. Masa ni kami start menyewa. Memang struggle sikit dengan komitmen yang banyak dan suami baru kerja dan ada masalah kat tempat kerja tu, tukar kerja pulak and so on..

Tahun ni saya baru start nak mencuba. Bulan Januari 2013, saya start makan vitamin set untuk kesuburan untuk sebuah produk. Tapi saya sempat habiskan satu botol jer. Sebab saya rasa kitaran saya makin lama makin panjang. Sampai satu tahap tu cycle sampai 40 hari. Kemudian saya stop makan. Tak salahkan vitamin tu lah. Mungkin cara saya makan salah ke. Atau mungkin tak sebati dengan tubuh badan saya kot. Entahlah. Bila stop makan vitamin kitaran kembali normal.

Kemudian opismate kirimkan kat saya buah zuriat dari Mekah. Saya minum air rebusan buah zuriat jugak. Setiap hari minum sampai habis sebiji. Sebiji jer. Asben pun sama-sama minum. Cuma dia boleh minum seteguk jer. Terus mual nak keluar segala isi perut katanya. Haha. Pastu tak rebus lagi dah. Hehe. Tak konsisten betul.

Pernah jugak ke klinik dan doktor bagi ubat untuk hormon. Masa tu kebetulan period saya datang 2x sebulan. Yang kali pertama tu ok lah ikut betul aturan apps woman log tu. Tup-tup lepas seminggu habis period datang balik. Cuak lah kita. Pergi klinik jumpa doktor dia bagi ubat hormon. Barulah kembali stabil. Saya rasa pertambahan berat bermula lepas makan ubat tu. Berat bagai di pam-pam.

Kemudian pertengahan tahun 2013 saya pegi mengurut. Pergi mengurut dua kali jugak la. Nenek tu cakap rahim ok, cantik takde masalah. Mungkin belum sampai rezeki katanya. Baik nenek.

Then saya jugak minum jus delima je. Kat pasaran macam-macam ubat kan. Tapi bila saya tengok tak terdetik pun hati nak cuba. Takut jugak kesan sampingan. Jus delima dherbs tu macam ok lah. Minum tu rasa lah macam bertenaga skit. Kuikuikui.

Sepanjang setahun tu macam-macam la saya cuba. Tapi takdelah makan produk macam-macam jenis kat pasaran tu. Saya banyak google kebaikan dan keburukan. Apa-apa makanan perubatan nak masuk perut saya tak kan dengar dari mulut orang elok ke tak. Sebab dah banyak kes terjadi kan. Produk tu bila elok untuk orang lain tak semestinya elok untuk kita. Penerimaan badan berbeza.

2014

Masuk tahun 2014 saya pindah rumah. Masih lagi menyewa dan start tahun ni kembali pjj dengan asben. Tapi tak jauh la. Kuala Terengganu-Dungun. Dalam satu jam lebih. Setiap minggu asben akan balik. Tahun ni saya dah tak mencuba apa-apa. Hanya berserah dengan rezeki yang belum sampai masa yang tepat.

Sebenarnya tahun 2012,2013 dan 2014 setiap tahun tu saya mengalami kemalangan jalan raya. Bila fikir balik mungkin asbabnya Allah tangguhkan dulu rezeki zuriat. Kalau saya accident sewaktu hamil atau dah ada anak tentu lebih perit nak menanggungnya.

2015

Kebetulan saya balik kampung rumah mil dan saya demam. Pastu saya ke klinik jumpa doc. Sembang punya sembang keluar cerita pasal zuriat pasal asid folic dan clomid. Doktor Raihan ni sangat baik dan sangat positif. Saya terus nekad untuk try makan clomid. Alhamdulillah percubaan clomid untuk satu cycle berjaya. Namun kita hanya mencuba kan. Allah yang mengatur keberhasilannya.

Rezeki zuriat datang lepas tu rezeki saya dapat pindah rumah sewa lagi. Memang penat kali ke3 pindah dengan masa tu saya baru preggy. Tapi syukur sangat pindah kali ni dekat sangat dengan rumah mak. Rumah pun lebih selesa.

Sepanjang kehamilan saya takde langsung alahan, pening kepala or muntah. Saya deliver baby Disember 2015. Alhamdulillah sekarang anak saya dah 2 tahun 10bulan++.

Okey. Sampai sini je cerita. Tq sudi baca sampai habis perjalanan ttc saya. Kepada yang masih menanti kehadiran zuriat bersabar, teruskan berdoa dan berusaha. Allah akan kurniaan pada saat yang dirasakan tepat untuk kita.


Thursday, 12 November 2015

Bengkak kaki semasa mengandung.

Salam uollss..
 
 
Hari ni dah 35 weeks 5 days. Lagi 2 hari cukup 36 weeks. Pagi tadi nak pegi kelas rasa kasut ni macam ketat semacam jer. Rupanya kaki dah membengkak. Ai is nebes. Biasa dengar orang cakap kaki bengkak ni tanda nak beranak dah. Terus gugel. Heheh.
 
 
 
 
Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.
 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan yang membantu buah pinggang mengeluarkan air dan sodium sebagai cara untuk membuang cecair dari dalam badan (iaitu ubat yang berbentuk diuretik) tidak sesuai diambil semasa hamil. Sebaliknya, gunalah kaedah-kaedah berikut untuk mengawal kebengkakan.
  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Anda juga boleh mencuba rawatan semula jadi berikut untuk mengurangkan bengkak.

Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Seperti juga kesan sampingan kehamilan yang lain, ia akan hilang sejurus anda melahirkan.
 
 
Okey. Pasni bleh try tips atas tu .




Tuesday, 3 November 2015

Checklist barang bayi dan ibu untuk dibawa ke hospital.

Salam uollss..
 
Dah sebulan kot eh belog terabai. Singgah sapu sawang skit. Hikss. Alhamdulillah dah 34 minggu dah. Kejapnya masa berlalu. Nebes oiii. Isnin lepas checkup kat KK. Alhamdulillah semua ok doc cakap. Jantina baby pon doc cakap nampak clear sangat. Same result masa checkup 4D ritu. So kita tunggu awak keluar nanti betol tak apa yang terpapar kat mesin tu eh. Heee..
 
 
Nak update apa yang perlu dibawa ke spital hasil gugel sana gugel sini.
 
Senarai barang baby :
  1. Baju + seluar baby (Ada yang cakap bawak 2 pasang je, nurse KD suh bawak 4 pasang. So bawak je la 4 pasang pon)
  2. Booties + mitten (3 pasang)
  3. Towel (2 helai. Ni untuk lap2 mandi tu)
  4. Towel kecik (2 helai)
  5. Blanket (satu ada hood, satu takde. Untuk bedung baby nanti)
  6. Topi (1 je bawak. Standby je. Padahal memang beli 1 ni je. Hahaha)
  7. Barut (3 helai)
  8. Napkin (5 helai)
  9. Diapers (Drypers Newborn. Bawak 5 pcs je dulu)
  10. Wipes
  11. Toiletries
  12. Minyak telon

Senarai barang ibu :
  1. Buku pink
  2. Kad pengenalan
  3. Nursing Bra
  4. Maternity pad
  5. Baju (untuk balik nanti)
  6. Kain batik
  7. Tuala
  8. Telekung
  9. Selipar
  10. Tudung 
  11. Stokin
  12. Sweater
  13. Toiletries
  14. Minyak panas
  15. Disposable panties
  16. Charger & power bank

Ada lagi ke saya tertinggal ha? Hope semuanya dipermudahkan. Aamiin.

Monday, 5 October 2015

Persiapan barangan si adik baby -Part 2

Salam uolls.

Dah masuk week 30 dah. Tiap kali orang tanya dah berapa bulan. 7 bulan ai jawab. Pastu mesti disusuli pertanyaan barang baby dah beli ke. Dah packing masuk beg ke. Dah letak siap-siap dalam kereta ke. Ok. Mak nebes nak.

So, macam biasa la saya ni pjj kan. Tunggu weekend asben balik baru seronok menyoping. Haha. Malam Jumaat kitorang laki bini kuar menyopping lagi. Kali ni beli barang semua tinggal la lagi 10% kot belum settle. Barut baby nak beli siap ke nak tempah jahit. Yes, barut baby je kot belum settle lagi. Kalau nak jahit my sis ada, dia boleh jahitkan. Nak beli siap pun ada je kawan yang jual.


Shopping kali ni beli kat pasar raya dekat jugak ngan rumah. Harga pun ok nak compare kedai lain. Diapers pun sampai RM5 beza. Kelako asben. Dia kan jenis suka benda pelik-pelik yang lain dari lain. Haha. Pastu nampak je kasut stokin baby yang unik skit terus nak beli. Terus saya cakap kat ig tu lagi la banyak yang lagi cantik lagi unik tau. Terus letak balik atas rak. Hehe. Botol susu pun nak bentuk unik. Sukati awak la asben. Lega tau dah settle barang baby. Boleh standby siap-siap letak dalam beg dan dalam bonet kereta.


Cuma keperluan saya ni la tak settle lagi. Takpe anak. Mak dahulukan awak dulu yer. Yang saya punya ni dah survey dah nak beli apa kat mana, tinggal nak terjah je.

Semoga awak deliver mengikut due yer wahai baby. Semoga Allah permudahkan. Aamin.

Tuesday, 22 September 2015

Scan 4D & jantina baby =)

Salam uollss..

***Lama terperam dalam draf. Hari ni godek2 draf rupanya ada entri neh. Ni dipanggil diari throwback la eh.hehe..
 
29 Ogos 2015 - Sabtu
 
Minggu ni week ke 24. Ari tu saya dah ushar klinik kat area Kuala Terengganu ni untuk scan baby. Kebetulan hari Sabtu asben mintak cuti. Kebetulan pulak ada klinik ni bagi diskaun untuk scan 4D. Untuk scan 4D black & white RM50 je. Kalau nak kaler kena tambah RM20. Agak jauh jugak klinik ni dengan rumah kami. Takpelah jauh pun asalkan servis baik. Opismate pon dah pergi sini dan cakap doktor baik hati peramah sangat.
 
So, hari Sabtu tu kitorang geraklah dalam kul 10.15am. Sampai je ngam-ngam kul 10.45. Pergi daftar then minum pagi kat kedai makan sebelah klinik. Doktor datang kul 11.00am. Tapi takdelah lama pun tunggu turn.
 
Doktor Karimah ni baik sangat. Peramah sangat. Alhamdulillah semua ok. Air ketuban normal, saiz, berat, tinggi baby pon normal. Tu je yang penting. Suka tengok gelagat baby. Duk tenyeh-tenyeh mata dia, tutup muka dia, tendang-menendang, duduk bersila pon ada. Aktif sangat awak ni sayang. Hehehe.
 
Pastu nak tengok jantina tersembunyi disebalik tali pusat la pulak. Doktor pujuk-pujuk baby cakap 'tunjuklah baby, ayah ngan mama awak datang nak tengok ni' hehe, comel je doktor pujuk. Pastu saya kena mengiring kekiri, mengiring ke kanan pulak nak bagi baby berubah posisi akhirnya nampak jugak. Tapi wallahua'lam la kan. Semua kuasa Allah. Ada orang scan tengok jantina gegirl, tup-tup kuar boboy. Ada jugak scan nampak belalai baby, kuar-kuar gegirl. Tak kisahlah. Asalkan awak sihat baby.  
 
 
Perut berdondang sayang dah. Tapi asben nak isteri dia masak jugak. So, terus balik rumah lah jawabnya. Plan nak cari barang baby sikit-sikit tak sempat la nak balik kemas baju coz nak balik umah mertua plak karang.
 
 
Sampai rumah masak-masak makan lunch pon dah kul 3.00 petang. Then kemas baju, sempat pegi kebun belakang rumah mak kejap kait rambutan untuk bawak balik umah mertua. Lepas maghrib tolak balik Dungun. Dalam kereta tiba-tiba je asben bukak topik nama anak. Padahal selama ni kita duk buat list cadangkan nama itu ini dia cakap tak kisah pun, eh tup-tup dia plak beria-ria cakap nama itu cantik, suka nama ini, nak nama itu, nak nama ini. Fine asben. Mak pasrah!
 
 
 


Monday, 7 September 2015

Makanan pantang larang orang tua-tua semasa mengandung.

Salam uollss..
 
Nak membebel kejap yer blog.
 
Ibu yang preggy ni mesti korang biasa jumpa orang tua-tua larang makan itu ini, buat itu ini kan. Korang sebulatnya terima ke? ke buat-buat tak endah jer??
 
Saya selalu jumpa pendapat orang tua yang tak sama. Sini cakap tak boleh makan, sana cakap boleh jer. Lastly kita akan percaya mak ngan mak mertua jer. Bila kita makan masak lemak jantung pisang ada yang cakap orang mengandung tak boleh makan. Owhhh.. Yeke. Padahal kita makan kat rumah mak kot. Mak yang masakkan. Kalau tak mesti mak dah larang makan kan. Then tanya mak sebenarnya boleh makan tak. Mak siap kata dulu kalau mengandung memang kerap makan sebab jantung pisang baik untuk perbanyakkan susu ibu. Thehe. Dan dan kita gugel terus 'khasiat jantung pisang untuk ibu hamil'. Nah betul pon cakap boleh melancarkan pengaliran susu ibu. See, internet dihujung jari kan. Tapi nak gugel pon tengok jugak link tu dari mana. Pastikan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai lah.
 
Then hari tu jumpa sedara asben, lama tak jumpa last jumpa masa raya. Jumpa tu macam-macam la beliau nasihatkan saya jangan makan itu jangan makan ini. Dengan alasan-alasan lagi kenapa tak boleh makan. Tuptup beliau cakap pucuk midin pon tak boleh makan. Pucuk midin ni macam pucuk paku tu la tapi kaler merah-coklat tu. Uishhh. Tak boleh makan ke kita tanya balik konfius. 'Jangan makan nanti takut jatuh (gugur)'. Gulp. Telan liur. Kita ni selalu je makan. Bukan hari-hari tapi weekend je mesti makan umah mak. Asben pun suka. Selalu jugak masak lemak pucuk midin time asben balik. Kita pon angguk je la pasrah.
 
 
 
Tanya mak pulak mak cakap ok je. Orang dulu-dulu kalau takde lauk nak masak pegi cari pucuk midin ni la jadikan lauk. Kadang-kadang hari-hari makan. Mak anak 12 orang semua selamat Alhamdulillah. Minggu lepas mak carik lagi pucuk midin keliling rumah. Campur dengan daun-daun lain jugak tak tahu apa nama saintifiknya. Kali ni mak carik daun cekur manis banyak-banyak sampai nampak daun cekur manis tu jer dalam periuk. Mak kata elok untuk HB rendah macam ai ni la. Saya pun terus la gugel. Internet di hujung jari katakan. Gugel khasiat pucuk midin dan daun cekur manis. Terbukti la ada khasiat-khasiatnya tersendiri kan. Kadang-kadang apa yang orang tua cakap ni kita tak boleh bulat-bulat dengar, kena kaji jugak, tanya banyak pendapat jugak. Mungkin apa yang mereka tau tu terjadi secara kebetulan.
 
Macam nenas dan tebu. Ada orang cakap bila kandungan dah 7 bulan ke atas boleh je nak makan nenas, minum air tebu. Tapi jangan terlampau-lampau banyak la kan. Kita sendiri memang tak pernah sentuh la sepanjang preggy terutama nenas dah bertahun tak makan kot. Start kawin memang tak pernah makan. Kadang-kadang kalau pegi kenduri diorang buat acar nenas + timun memang kita tak usik terus. Mungkin sebab dah terbiasa tak makan jadi tak kisah pon kalau tak makan.
 
So, bergantung la atas pendapat masing-masing.
Yang penting kena hormat pendapat dan pandangan orang. Peace yooo!
 
 
P/S: Tadi checkup Alhamdulillah hb makin naik. Tak tau la sebab makan daun cekur manis kot eh.

Thursday, 27 August 2015

Jom buat checklist keperluan baby dan ibu.

Salam uollss..
 
 
Dah nak habis trimester kedua ni sibuk duk gugel pasal checklist barang keperluan baby dan maknya. Senang betul internet dihujung jari ni. Macam-macam jenis la yang korang semua share yer. So, ai cedok mana yang rasa berkenan dihati. Hehehe. Cari yang download jumpa link pdf ni. Boleh la korang nak download pegi link tu eh.
 
 
http://hanisamin.com/blog/21359526/Checklist.pdf

Saya convert ke word pulak. Tapi macam susah je nak edit. Lastly buat table sendiri jer. Muahaha. Tapi banyak rujukan jugak la gugel. Tanya jugak kawan-kawan yang dah ada pengalaman brand apa yang sesuai, apa yang harga berpatutan dan mana yang kualiti ok dan tak.

Kita pon tulis tu tak tau complete ke tak. Haha. Siap sediakan row kosong nanti nak tambah apa-apa senang.

 
 InsyaAllah weekend ni beli dulu sikit-sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Heeee.
 


Tuesday, 11 August 2015

Sembang petang hari.

Salam uollss..

Ngantuknya..huhu..jom kita sembang2 la.

Alhamdulilah. Dis week dah masuk 22 weeks. Kiranya dah 5 bulan la kan. Tapi ramai orang jumpa tanya mesti cakap perut kita kecik je. Hehe. Takpela baby asalkan awak sihat je eh.

Minggu lepas pegi checkup hb still low. Huwaaa. Pasni memang kena checkup setiap 2 minggu. Dan minggu ni bertambah kerap makan kerang, then beli jus delima. Makan punyalah berselera kan. Sampai berat naik 2kg untuk dua minggu. Tapi still tak mencapai lagi berat sebenar coz masa bulan puasa ritu berat kita turun. Minggu depan pegi checkup lagi. Hope hb naik dan berat pun naik.

Start 20 weeks baru rasa baby bergerak. Tapi just dup dup dup macam tu je. Kita pernah terbaca tu maybe efek dari baby tersedu eh. Ke sendawa ntah.haha. Minggu ni makin aktif la, terutama lepas kita makan, baring atau rehat-rehat. Dan kalau perhati betul-betul dah nampak ada pergerakan kat tummy. Alhamdulilah. Hope awak ok kat sana yer. Hehe.




posted from Bloggeroid

Tuesday, 7 July 2015

Macam-macam citer.

Salam uollsss..
 
 
Konon-konon hari ni tetiba rajin nak menaip. Tapi banyak jugak citer tertangguh neh. Takpe la nanti kita citer flash back balik je la. Hehe. Hari tu seminggu sebelum Ramadan dah minum air gula. Cuma result tu tak tau la lagi. Hope result tu okeyy je la. Pastu sebab dah pindah kampung kita pun dah tukar ke Klinik Desa kat area rumah tu. Misi baik-baik je belaka. Ai is seronok.
 
 
 
Pagi tadi pegi checkup - repeat scan. Now dah 17weeks. Alhamdulillah kandungan sihat. Nampak dah kepala, tangan, kaki baby. Cuma berat ni asyik turun je dah kenapa kan. Esok pegi check kat KD konpem misi sebut jugak pasal berat neh. Nak buat macamne bulan puasa kan. Kita makan time buka puasa je la. Malam tu pas terawih memang tak mampu nak masuk makanan lagi dah. Minum air suam je la. Makan tak makan sahur esok pulak.
 
Hari tu hb turun. Misi nasihat la suh makan zat besi banyak skit. Eh, kita makan je. Cuma tak konsisten kot. Bulan puasa ni makan kurma, kismis, beli buah jambu batu, pastu goreng bilis ngan tempe ratah masa buka puasa tuh. Cuma susu je kita kurang minum. Nak beli susu Anmun tu tapi banyak sangat pendapat kawan-kawan cakap itu ini, baca pengalaman mommies pon cakap itu ini. So, kita beli susu kotak dutch lady je, kadang-kadang beli fresh milk tu jer. Ok la jugak. At least bertambah la jugak kalsium tu eh. Hehehe.
 
Baju pegi kerja semakin sikit dah koleksinya. Mana yang harem memang tak muat, tak dapat handle terus lipat letak dalam lemari bawah skali. Kang dah muat balik baru selongkar semula baju tuh. Rasa baju kurung tinggal beberapa pasang je yang masih muat. Haha. Pakai dress, jubah, skirt je la pegi kerja. Nak menyoping baju kerja tak dapatlah sebab banyak sangat persiapan raya neh. So, raya ni koleksi baju raya kita semua berkonsepkan jubah+dress. 
 
Hurmm...apa lagi nak story yer. persiapan raya??owhh..tu tunggu kita update entry baru la soon. Bila soon ntah. haha. Okey..daa....
 
 


Friday, 5 June 2015

Perjalanan TTC - Usaha dengan Clomid & Asid Folic

Salam uollss..

Entri yang telah diperam sekian lama. Kata blog ni diari versi digital kannn. Hari ni baru terasa nak post. Semoga jadi panduan untuk semua. Kita berusaha, yang menjayakannya Allah yang Maha Kuasa =)


**************
 
 
01 March 2015
 
Menyambut permulaan bulan Mac di Klinik Raihan di Dungun. Bulan lepas Doktor Raihan dah brief tentang ubat kesuburan ni. Dia bagi saya masa fikir la dulu. Balik banyak jugak saya gugel sana-sini pasal ubat ni. Yang penting nak makan dengan nasihat dan pengawasan doktor la kan. Dan doc cakap biasanya lepas setahun kawin belum ada rezeki boleh makan da ubat neh. Doktor ada cakap jugak biasa yang makan ubat ni yang ada masalah haid tidak teratur. Bila haid kita setiap bulan mendatang je olwez tu tandanya kita subur, cuma masa je belum sampai (ayat doktor neh.Hehehe)
 
So, lepas bincang dengan asben semua kita menapak la ke klinik tu. Klinik tu bukak jam 8.00am. Tapi Doktor Raihan akan datang jam 10.00am. Kalau kul 10.00am tu terus nak jumpa doc datang awal la ambil no giliran dulu. Pagi tu lepas hantar adik ipar pegi opis terus saya menunggu depan klinik. Klinik bukak jer terus terjah masuk. Dapat turn yang ke-2.
 
Balik rumah mil, basuh baju kemudian tumbuk rencah-rencah untuk buat nasi goreng sotong. Nasib baik asben jarang breakfast. Then turun untuk pegi klinik balik. mak mertua pon teman sekali. Sampai klinik tepat-tepat jam 9.45am doktor pon dah ada. Kejap je lah tunggu dapat la masuk jumpa doc.
Saya dapat dua jenis ubat. Step dia kena tunggu period datang, hari kedua period makan ubat subur (Clomid) sebijik sehari selama 5 hari. Kemudian keesokannya makan Acid Folic pulak 2 biji sehari selama 20 hari.
 
 Mula-mula doc macam tak bagi la saya ambik lagi ubat ni nak tunggu period datang jugak. Dah kita ni duk jauh. Balik pun time weekend je kan. Kalau in case lekat sebelum makan ubat ni kita sedekah je lah kat sapa-sapa. Hiksss. Doc ni positif sangat. Dia terangkanlah pasal ubat ni untuk 1 cycle.
 
 Then saya berniat untuk bertanyalah kan.."So, maknanya doktor, kalau this cycle kalau tak lekat lagi saya kena datang ...."Hahaha. Belum habis ayat terus doktor mencelah."Hish apa awak ni jangan cakap macam tu. Cuba dulu" Hehehehe. Ok doktor. "InsyaAllah, InsyaAllah.."
 
Padan muka. Kan dah kena marah dengan doktor. InsyaAllah. Ubat hanya satu usaha. Yang menjayakan usaha tu Allah yang Maha Esa dan Maha Mengetahui..Semoga Allah menjayakan usaha ini.Aamiin.

16 Mac 2015.

Ni dah hari ketiga saya makan asid folic. 5 hari sebelum tu dah makan clomid. Saya gugel jugak ada yang jadi berselera makan kan. Ada yang pening-pening efek ubat tu kot eh. Saya tak perasan la pulak efek apa-apa. Cuma masa 2-3 hari makan clomid tu asyik ngantuk je petang. Sampai tertido kat opis sebab ngantuk sangat. Jarang kot tido kat opis kecuali mengantuk yang amat.

Saya makan setiap hari waktu yang sama. Ada jugak pagi tu saya terlupa nak makan. Keke. balik kerja terus makan. Biasanya saya makan time pagi sebab jarang breakfast kat rumah, so saya minum susu ngan kurma. Then makan ubat. Around 8.30 am. Kemudian terus g kerja. Ni acid folic pun makan waktu yang sama jugak. So, waktu tu konsisten lah.

Hope makan sekali ni je and terus berjaya. Semoga Allah permudahkan. Aamiinn..

11 April 2015
 
Masuk hari ni dah 3hari delay period. Tapi kita macam tak yakin la lekat bcoz tanda2 nak period yang wajib datang tetiap bulan tu ada. Jadi pasrah la kalau period datang. Tapi 2 kali jugak la test upt.kahkah. Memang negatif la kan. Weekend ni balik Dungun so kita plan nak g klinik Raihan ambik Clomid n Asid Folic utk 2nd cycle. Standby je la bila period ni nak datang entah.

Ni update baru balik klinik. Tadi tak jumpa doc pun. Coz doc cakap next time ambik kat kaunter ubat je. Cuma doc bagi penerangan jugak tadi. For this cycle sama jugak hari ke2 period start makan Clomid 5 hari, then sambung Asid Folic sampai habis. Eh,tak tengok plak tadi berapa bijik. In case belum rezeki lekat lagi, saya kena stop makan Clomid selama 3 bulan. Bulan seterusnya baru makan pulak Clomid dengan dos yang lebih banyak. Saya ada jugak gugel blogger yang try Clomid ni. Ada yang cara makan berbeza. Bergantung pada doc la eh. Dats why la nak makan kena dengan pemantauan doc dulu. So, tu je update untuk kali ni.

Semoga Allah murahkan rezeki kami untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Aamiin.
 
13 April 2015
 
Hari ni 5 hari period delay. Tengok upt ada dua pcs lagi. So jomlah kita test mengetest. Test tu tengok macam pelik jer. Macam crowded je nampak. Ke upt ni rosak??so biarkan je la dulu atas rak dalam bilik air. Siap mandi rasa nak tengok. Eh???ada dua line???tiba-tiba konfius. Betul ke ni??ke saya mimpi??sambil nangis dalam bilik air. Kahkah. Tapi risau jugak la takut result sebenar menghampakan.
 
Siap ambik simpan letak dalam plastik. Mula-mula line tu samar-samar je, then makin lama makin terang.

 
So saya plan nak tunggu 18 April nanti hari jadi asben. Kita nak beli upt yang bleh kuar result Pregnant n brape weeks tu. Nak sepraiskan asben. Hope double line ni adalah double line yang dinanti-nantikan selama ini.
 
Perkenankan doaku Ya Allah =)

Sambungannya disini...


 
 


Thursday, 4 June 2015

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan Anda

Salam uollsss..

My brother hantar whatapp pasal info nie..heeee... =)

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan Anda :

1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagai reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

Thursday, 28 May 2015

Lapar tak bleh blah.

Salam uollss..

Mungkin sebab tak alahan jadi saya asyik lapar je rasa. Pagi kalau dah breakfast kat rumah, dalam kul 10 kang lapar balik. Kadang-kadang saya abaikan je rasa lapar tu. Tak pun minum air masak. Kurangla rasa lapar. Nanti kan kul 12pm memang perut mencucuk gila lapar. Lunch makan awal la. Biasanya tapau nasi berlauk.

Balik kerja karang dalam kereta dah berdondang sayang dah perut neh. Kalau dulu bleh je skip dinner or makan roti biskut ke. Now dah tak bleh. Nak nasi jugak. Balik keje dah lewat, kadang jam 7.00 malam baru sampai rumah. Lepas isyak baru nak start masak. Dan terjadila makan lewat malam. Sampai kadang kul 10.00 malam baru makan nasi. Pastu nak tak nak kena la exercise skit. Nyapu rumah ke, jogging setempat ke. Hehe. Kul 11 dah ngantuk..dulu bleh lah berjaga sampai kul 12.00, kul 1.00 pagi. Sekarang kena paksa diri tido awal, nak bangun awal masak breakfast pulak..

Okey tu je nak membebel..daaaa..
Semoga awak sihat sejahtera kat dalam yer..

Tuesday, 26 May 2015

Suprise birthday gift for u, asben (Entri tertangguh)

Salam uolllsss..
 
Entri yang telah lama terperam kat draf. Selalunya saya menaip kat Bloggeroid jadikan draf. Then bukak lappy baru masukkan gambar. Leceh je nak edit kat hp gambar neh. So, selalu tulis tarikh supaya kita tak lupa. InsyaAllah dijadikan kenangan seusia hidup. Aiollss kan cepat pelupa. Heheeh.
 
******************************************************************************
 
 
17 April 2015/Jumaat
Asben biasanya bertolak dari Dungun jam 5.00 pagi. Dalam 6.00 pagi sampai la. 1 jam je perjalanan. Sampai je rumah saya cakaplah dah ada hadiah untuk birthday dia esok. Siap tanya nak sekarang ke nak jam 12.00 malam nanti. Hahaha. Bila dia cakap tak kisah nak bagi bila terus kita lari masuk bilik. Ambik upt tunjuk kat asben. Dia muka blur2. "eh,apa ni syg,b tak faham neh" sambil sengih-sengih kerang busuk buat-buat tak paham eh.hehe. Terangkan kat asben terus dia ucap syukur, Alhamdulillah.
Bleh plak asben cakap "Tulah yang syg duk nangis-nangis sangat nak tu, Dia tahu la masa yang sesuai nak bagi kat kita" Huwaaaaa..sapa suruh nangis. Kan dah kena perli.
 
Hurm..mula-mula kita plan nak tunjuk clear blue kat asben, tibe-tiba tengok kosong kat screen tu. Haha. Rupanya dia muncul sekejap jer eh. Tak sampai sehari pon. So tunjuk UPT je kat dia, yang clear tu nasib baik kita sempat ambik gambo.
 

18 April 2015/Sabtu
Hari ni asben cuti. Owh. Hari ni besday asben. Tapi takde hadiah eh asben. Ni perkhabaran gembira ni kira hadiah la eh. Hehe. So ajak dia g cek kat klinik. Doc tanya dah cek upt ke. Kita bgtau dah 2x cek upt positif, then cek guna clear blue pregnant. So terus doc scan. Doc cakap dah ada,tapi tak clear sangat. Doc kata mungkin terlalu awal. So dia suh datang 2 minggu lagi.

Asben punyala berjaga-jaga. Nak minum air 100plus pun tak boleh. Nak makan megi sup pun tak boleh. Eh,boleh tapi tak leh buh rempah megi tu. Hurm. Pasni dia tak bagi drive balik umah mil lagi awal-awal ni. Huwaaaa,dahla kita cuti 5 hari minggu depan. Terperap kat umah la jawabnya.

Hope lagi dua minggu nampak tanda-tanda kewujudan awak baby. Mommy can't wait.


25 April 2015/Sabtu

Selepas seminggu...

Asben ambik cuti hari ni. Kesian pulak baru minggu lepas cuti dua hari. Eh,tapi kita tak paksa pun. Dah sukarela nak cuti kan. Pastu alang-alang dia cuti kita ajak la pegi klinik. Tak sabar menyabar. Bukan doc cakap lagi dua minggu ke? Ni baru seminggu. Hehe. Actually kita ada gugel. Ramai mommy cakap pegi scan 7weeks dah nampak kantung. Then kawan-kawan pun cakap macam tu. So pegi klinik yang kawan-kawan kita pegi cek tu. Doc cakap tak payah cek upt la. Dia scan terus. Kejap je doc scan dah nampak da. Cepat-cepat asben jenguk tengok. Hehe. Kita pun tak nampak jelas sangat sebenarnya. Takpela asalkan doc dah confirmkan awak wujud dalam rahim mommy, barulah mommy rasa lega. Huhu. Doc cakap mesin scan klinik dia tak canggih sangat. Tapi dia tetap bersungguh nak print. Tq doc. Scan je la, coz asid folic da dapat minggu lepas..

Hope awak sihat-sihat aje yer baby. Semoga membesar bak wira!!
 
 
 

Thursday, 14 May 2015

1st checkup at KKBT

Salam uollsss..
 
Lamanya tak mencoret disini. Bukan bizi sangat pon tapi macam takde mood je nak berbelog. Bukak draf je, tutup balik. Bukak je tutup balik. Ni rasanyya dah ada 6 draf tak publish-publish lagi. Tunggulah bila kerajinan tu datang saya publish. Huhuhu...
 
11.05.2015 (Isnin)
Isnin lepas saya pergi KK buat buku merah. Hikhikhik. Yer uollsss. Alhamdulillah dah ada rezeki lepas tiga tahun menunggu akhirnya Allah bagi rezeki di tahun ketiga neh. Ada kawan-kawan cakap awal betol pegi buat buku merah. Haha.
 
Pertama sebabnya next week bizi dengan exam segala hal, so taknak kacau weekdays saya.
Kedua sebabnya kita langsung takde simpton-simpton mual,loya, pening, rasa nak muntah dan sebagainya tu. Eh, bukan tak bersyukur cuma kita tetiba rasa takut plak. Habis tanya kawan-kawan yang dah preggy tu pengalaman morning sickness diorang. So, kita decide pegi KK awal la. Bila cerita kat nurse dia gelak pulak. Orang tak nak morning sickness awak nak pulak eh. Hahaha. Yela. Atas penerimaan badan seseorang la kan. Setakat ni 9 minggu takde rasa loya, mual lagi. Masih gagah memasak di dapur dan membuat rutin harian seperti biasa. Terima kasih Allah permudahkan.
 
Hari Isnin tu saya ambik cuti, sebab 1st time check up kan. Tak tahu habis kul berapa. Jadi pagi tu saya masak breakfast siap-siap la. Takut lapar pulak menunggu kan. Goreng mee. Siap bertambah-tambah lagi makan. Kul 9.00 lebih sampai klinik terus pergi kat kaunter. Nebes pon ada. 1st time pegi KK sorang-sorang neh. Rasa macam semua mak cik-mak cik atas kerusi tu pandang semacam je. Kau dah kenapa mak cik. Tak makan pagi ke. Ke muka saya macam budak sekolah sangat. Hahaha.
 
Tanya kat kaunter pendaftaran, then terus pegi daftar kat tempat yang dia cakap tuh. Kena daftar ikut zon kampung tertentu. Zon kampung saya hari Isnin dan Rabu. Timbang berat dan ukur tinggi. Berat ai 56.7 dan tinggi 156cm. Statik jela berat. Selama ni timbang 55 or 56. Hope pasni awak naik yer berat. Makan berselera je kerjanya neh.

Then tunggu nurse tulis buku merah. Nak tau detail pasal kita. Tempat kerja asben, sejarah penyakit parents, penyakit yang kita ada. Semua story kat nurse tu.
Lepas tu ambik darah nak tau hb berapa.
Then pegi kat makmal untuk test urine
Sepatutnya kena test jugak urine asben, tapi dia tak datang kan. So nurse cakap next time jela.
 

Dah dapat result urine test baru masuk bilik pemeriksaan jumpa nurse lain pulak. Dia cek body. Leher, br*** nak cek ada ketulan x, perut, betis, kaki. Alhamdulillah. Nurse kat KKBT ni ramah sangat. Riuh rendah dalam tu. Macam-macam la nurse nasihat. Macam nasihat mak,mil, adik beradik & kawan-kawan jugak. Nurse bagi garam iodin eh. Pasni kena tukar garam masakan kat rumah lah. Lama jugak la sembang ngan nurse Mimi ni. Siap story pasal anak dia lagi, share pengalaman dia. Kita pon macam-macam tanya. Malu bertanya sesat jalan. Kikiki.

Then jumpa doc untuk scan. Dah nampak jantung baby kelip-kelip. Pastu doc decide tarikh untuk minum air gula awal bulan Julai nanti. Macam mana la rasa dia kan. Gerun pulak kita.

Settle kat doc jumpa nurse Mimi tadi balik. Set tarikh untuk next checkup. Sebulan akan datang. Nurse dah pesan siap-siap hb kena naik coz hb kita ngam-ngam 11 je. Takleh skip ubat yer.
 

Dah settle tu pegi kaunter farmasi ambik ubat. 4 jenis ubat kena makan. So settle untuk 1st check up. Hope pasni Allah permudahkan segala urusan. Semoga awak membesar dengan sihat yer baby.

 

Thursday, 23 April 2015

Perkembangan.

Salam uollss..
 
23/04/15
Hari ni Khamis. Kalau ikutkan dah lebih dua minggu  delay miss P neh. Sabtu lepas actually dah pegi klinik cek doktor. Tapi doktor cakap tak clear pon lagi. Huhu. Selagi tak nampak kat mesin scan tu selagi tu la saya rasa tak keruan jer neh. Sabtu ni kot pegi scan lagi sekali. Hope boleh nampak tanda-tanda awak yer.
 
 
Setakat ni belum rasa loya nak muntah tak selera makan ke. Cuma sakit br**t memang tak hilang lagi la dah tiga minggu kot sakit sebelum tarikh sepatutnya miss P datang lagi. Tu ingat tanda-tanda nak datang miss P. Ada jugak sakit kat dada, sakit pinggang kat area belakang. Nak tido pon sakit sangat. Kejap mengiring, kejap menegak, kejap mengiring lagi. Meniarap je tak boleh. Heheh.
 
Pastu dua minggu ni memang tido tak lena. Asyik berjaga je. Kul 9.30pm paling awal time kita tido sebab penat sangat. Pastu kang kejap kul 12.00 terjaga. Sambung tido then dalam kul 3.30am terjaga lagi. Pastu 5.30am terjaga lagi. Terus tak tak dapat tido dah guling-guling je tunggu azan subuh.
 
Semoga awak behave inside there okey =)

Sunday, 19 April 2015

Doa-doa yang elok diamalkan semasa mengandung.

Salam uollsss..
 
 
Perkongsian hari ni tentang doa-doa untuk ibu hamil. Hehe. Kat opis ni ada majalah PAMA, so bosan-bosan belek majalah ni. Bagus jugak. Nanti nak cari senang. Belek kat blog sendiri jer. Hehehe.
  • Surah Ali 'Imran,3: Ayat 8-9 (Doa memohon rahmat)
  • Surah Ali 'Imran,3 : Ayat 38 (Doa memohon zuriat yang baik )
  • Surah Ibrahim, 14 : Ayat 40-41(Doa agar anak mengerjakan solat)
  • Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
  • Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
  • Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
  • Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
  • Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
  • Surah Toha (Semoga bayi lembut hati)
  • Surah Al-Nahl (Untuk melahirkan anak yang berdisiplin)
  • Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
  • Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)


Monday, 13 April 2015

Makanan untuk orang berpantang.

Salam uollsss..
 
Kawan-kawan saya kat facebook sweet sangat tau. Kalau kita share je pasal kehamilan, pantang, anak ni semua terus pm tanya kita dah berisi ke??hehehe. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan. Kita memang suka share, ilmu katakan. Satu lagi sebab nak post kat blog kang senang nak cari kat page sendiri je. So ni saya share dari group Legacy Secret Trading. Suka group ni sebab selalu share pasal kehamilan ni semua. 
 
1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Thursday, 20 November 2014

TIPS MUDAH BERSALIN

Salam uollls..

Ni saya dapat kat Facebook. Konon senang nak baca share ke wall sendiri. Tapi nanti lama-lama mesti susah nak carik kan. So kita tempek sini untuk panduan bersama.

  1. 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.
  2. Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.
  3. Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
  4. Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
  5. Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
  6. Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
  7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (nanti baby lahir kulitnya bersih je)
  8. Makan kurma dalam bilangan ganjil
  9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
  10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
  11. Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang
    jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  12. Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak.
    Jangan angkat punggung semasa meneran sbb nt koyak teruk
  13. Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
  14. Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin
    kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat.
  15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri,Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  16. Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
  17. Minum air Selusuh. Lebih baik kalau dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang.

Che Ta, pinjam gambo anak yer. Heee.

Thursday, 11 October 2012

Tanda-tanda hamil =)

Salam uolss.

Jom cek tanda-tanda hamil. Hikss..

1. Rasa lapar yang berpanjangan. Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara. Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil. Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya. Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada. Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari. Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama. 7. Rasa loya dan muntah Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan. Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period. Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

10. Ujian air kencing yang positif. Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung.

Dipetik dari http://portal.alamhamil.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...