Para Pengikut..

Wednesday, 6 June 2012

Tour to Vietnam - Part 2

Salam uolls.

29 Mei 2012

Jam 4.00 am dah kena bertolak ke Changi Airport. Mamai-mamai lagi bangun tidur sandang beg menuju ke bas yang menanti untuk airport.

Changi BUDGET terminal.

Ini tunggu nak dapatkan boarding pass. Haku dah macam rupa nak panjant gunung kinabalu kan.

Depart 7.20am, arrive 8.25 am. eh. Yeke boleh kira macam tu eh.

Then nak tunggu flight tu lambat jugak. Perut pun dah menyanyi-nyanyi riang. Apalagi terjah MCD yang ada situ. Terima kasih Cik Yatie belanja kitorang. =)


Kesian kan. Minum hot coffee yang maha pahit taruk gula sampai 4 kali tapi tetap pahit. Adoiii.

Bagus jugak ada tempat charge henfon kan.

Pc pun ada disediakan. Tu yang duk berdiri tu tengah online la.

Kitorang naik tiger. Tiger pon ada sayap. Kherlass tak.




Amik kau. Sori. Pertama kali kan naik flight. Asyik nak snap gambar awan jer kerjanya. Hehee. Tapi sangat cantik kurniaan Tuhan kan. Sangat berkuasa jugak Tuhan bagi idea pada manusia untuk bina kapal terbang. Dapatla tengok awan dari dekat kan.


Hokey dah sampai. Nama airport sangat panjang. Korang yang nak tahu sila zoom in yer.



Ni bas yang bawak kami. Comey je kan. Bas nie boleh la memuatkan rombongan kami seramai dalam 27 orang ni.

Hotel Boss. Hotel ni dekat dengan Pasar Benthan. Sangat dekat. Lintas jalan pastu jalan kaki dalan 100m dah sampai dah. Malam pulak dekat dengan pasar malam benthan tu. Ibarat kata travel agent kami, beli barang tak larat bawak angkut balik hotel. Simpan barang turun balik pergi beli yang lain pulak.


Hotel ni selesa la jugak. Satu aras ada dua bilik bertentangan. Satu bilik tu sederhana besar. Yang lagi satu agak la besar. Sebab kami tiga orang dapat la bilik yang agak besar tu. Thehehe. Pastu diorang siap datang hantar extra bed lagi.

 Masuk bilik mari kita bergambar sepuas hati dulu. Kasihan roommate asyik kena snap gambar kite kan. Kan. Kan.


Atas meja dalam bilik hotel macam-macam makanan segera ada. Maggi pon ada. Tapi versi Vietnam la. Dah conpemla takdak logo halal. So, baik dielakkan la kan.

Ada peti ais jugak. Kalo saiz kecik tu dikira peti ais jugak eh. Nak minum pun harus hati-hati la.

Eh. Eh. Ada air soya made from Malaysia lahh =)


So, lepas siap-siapkan diri kami turun untuk ke tempat yang dituju.
Perut pun dah menyanyi riang. So travel guide bawak kami ke satu restoren.
Halal @ Saigon
Jap. Kalau yang belum tahu sebenarnya SAIGON tu adalah nama asal untuk HO CHI MINH CITY. Saya pun baru tahu jugak sebenarnya. Thehehee.

Lapar sangat.
Amik sambal belacan yang super pedas dan sedap gaul dengan kangkung goreng tu kemudian ratah macam tu jer. Cukup tepat untuk menggambarkan seorang saya yang kelaparan.


Tapi makanan dia memang SEDAPlah. Ini betul-betul sedap. Terasa macam duk kat Malaysia pulak bila boleh makan nasi dengan lauk telur dadar + kangkung goreng + ikan masak tiga rasa di bumi Vietnam.

Kemudian meneruskan destinasi ke Pejabat Pos. Sangat klasik tengok binaan bangunan pos neh. Merupakan bangunan lama zaman dulu-dulu yang dijadikan pejabat pos. Ada jugak jual souvenir. Tapi tak beli lagilah. Mana tahu kat tempat lain lagi murah kan. Baik survey tempat lain dulu. So kitorang jalan-jalan ambik gambar saja.


Cantik kan. Klasik sangat.


Kalau nak call Malaysia murah kat sini. Tapi kena berurusan dengan kaunter. Malas la kan.






Okey. Tamat untuk hari ini. Daaaa..

4 comments:

hafiz hafizol said...

next !!!!!!!

izaFiza said...

Jojo : Hahaha.sabau2 =)

Anonymous said...

huhu..sangat jeles..tingin nk tgk jgk awan dr atas sana...

izaFiza said...

cik anon : heee..jomla fly lagi =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...