Para Pengikut..

Friday 30 December 2011

Edisi membebel di hujung minggu

Salam uolls.

Oh. Rasa macam dah dua-tiga tahun tak ber-blog. Sedangkan baru 2-3 hari. Harap anai-anai tak sempat berumah di sini. Apa kes awal-awal dah libatkan anai-anai.

Enti saya sebelum ni dipinjam oleh budak tecik Awwal. Sweet jugak kalau anak sekolah rendah dah ada blog.

Tajuk : Mama is the best.
Hari ni mama masak best sangat. Along (blog anak sulung) bawak bekal pergi sekolah. Best fren along rasa masakan mama. Dia pun cakap best. Cikgu pendidikan seni along pun rasa. Dia pun cakap best. Mama memang best la. Masak megi pon semua orang cakap best. ^___________^
**Haha.
(Takpe. Mama mengerti. Budak-budak memang jujur tak reti menipu)

Lepastu kalau baru balik dari bercuti atau balik kampung atau hari raya atau kenduri kendara yang kena update cherita panjang lebar senang jer. Dah tak payah taip segala mak nenek dari A sampai Z dah.

Tajuk : Aidilfitri kali ini.
Tahun ni beraya di kampung my hubby. Kalau nak tahu cerita lanjut sila klik blog anak kami yang comel. Senang kan. Malas taip link je ke blog anak tercinta. Janji anak tercinta rajin update blog. Haha.

******
APESAL TETIBA TOPIK ANAK DAN BLOG???
*****

Berbalik kepada aktiviti hujung minggu. Di entri Awwal dia ada cerita ibu yang baik hati bagi kat saya segala hantaran mak nenek zaman dia kawin dulu. Masih dalam keadaan elok. Cuma kazen dulu tema brown. Now saya just tukar renda ikut tema saya. Mudah. Jimat. Tak perlu beli baru. Lepas ni let go pada sepupu yang naik pelamin lepas saya.

Now hantaran untuk pihak laki dalam 50% dah siap. Cuma hantaran untuk pihak perempuan saya tak buat apa-apa lagi. Masa pun dah makin singkat neh. Tak boleh main-main dah. Setiap kali ada masa terluang harus tangan bergerak. Noted. 


Wednesday 28 December 2011

Nak pinjam entri mama kejap tau.

Salam semua aunty dan uncle sekalian.


Nama kita Awwal. Tapi ibu kita panggil adik. Kita pun pelik kenapa ibu panggil adik. Patutnya ibu panggil abang sebab kita anak pertama. Nanti kalau kita dapat adik lagi tak kan adik kita pun nak panggil kita adik pulak. Confius kejap kita tau. Mesti korang pelik kan tiba-tiba kita tempek gambar kita kat sini.
Actually (wah jangan main-main. Kita pandai skeaping) kita saja nak glamour kat entri mama kita. Tak. Mama tu bukan mak yang lahirkan kita. Mak yang lahirkan kita nama ibu.
 
Mama ni sepupu ibu kita. Mama Cah. Hari tu mama cah datang rumah kita. Kita ingat dia datang nak tengok kita rupanya nak tengok nenek kita. Yelah. Habis tu nenek kita patah dua-dua tangan sebab jatuh kat mesra mall. Kesian tau. Mama cah datang ngan mak dia ngan adik dia dan ngan ehem ehem dia. Ibu paling sibuk hari tu sebab nak masak spesel. Nasi ayam. Kita suka sebab boleh hirup sup. Mama cah datang je terus ikut ibu pegi dapur. Macam-macam diorang sembang.


Penat tau kita dengar diorang gelak-gelak. Bergosip la tu. Kita lapar. Nasi tak masak lagi. Ibu bagi makan biskut. Hari ni sebab ramai orang datang kita suka je lari-lari dalam rumah. Malas kita nak tido tau. Biasa kul 12 kita dah tido. Ibu pun tak marah sebab ibu dah leka sangat sembang ngan mama cah.
Mama cah suka amik gambar. Kita baru siap mandi terus dia snap gambo kita. Tengok penuh bedak kat muka. Kita pun tak sempat nak peace.
Untung mama cah bila ibu kasi bekas barang-barang hantaran ibu dulu. Kita dengar mama cah nak kawin dengan ehem ehem tu bulan 3. Tak sabar tau. Nanti ibu nak bodek abah beli baju kaler biru. Mama cah cakap kalau tak ikut tema nanti tak boleh masuk rumah pengantin. Tak boleh bergambar atas pelamin. Pelamin tu apa yer?
Mama cah dan budak hensem (bukan kita cakap, mama cah yang cakap)


Kita eksaited nak pakai baju melayu. Kita paling suka bila mama cah bisik kat kita 'nanti bila besar jadi budak hensem tau'. Tak sabar nak besar. Hehe. Ok. Penat dah kita bebel. Nanti mama cah marah pinjam entri dia lama-lama.

Ok. Bye.



Monday 26 December 2011

Rindu ini milik dia.


Rindu.
Rindu sangat-sangat.


Sunday 25 December 2011

Saturday 24 December 2011

Review my nikah outfit

Salam uolls.

Gedik nak buat review segala. Macam la majlis haku dah selesai.

Ok. Berbalik kepada baju nikah. Something horrible telah berlaku pada baju nikah tersebut. Saya tak pasti mak cik tailor tu dapat ilmu dari mana untuk suka hati cantum baju saya. Sedih + sebak. Tapi pendamkan jela. Tak kan saya nak lepas geram kat mak cik tu lepas dia tungkus lumus siapkan baju saya. Think positif.

Klik untuk baca kisah sadis pasal baju nikah saya.

Asalnya nak jadikan baju yang buat hantaran tu baju nikah. Kaler peace+cream gitu la. Sebab beli pun memang rancang untuk jadikan baju nikah. Baju hantaran tu boleh buat untuk jadikan outfit majlis bertandang.

Kemudian annual dinner kali nie bertemakan White & Elegance. So, alang-alang nak buat baju dinner terus beli lace ngan kain satin kaler putih. Tempah kat kedai biasa-biasa je. Upah pun RM120 jer. Tempah baju kebaya with dress.


Cuma nak nikah nanti kena fitting lagi. Sebab baju ni agak longgar. Jadik menampakkan saya gemuk. ^______^


Auwwww.

Nak jugak!!
Dress tu agak labuh. Kalau pakai flat harusla angkat kain macam cinderella. Tapi kalau nikah tak kisah sangat. Sebab duduk bersimpuh aje kan.

Macam mana ok tak korang??So simple. Mungkin saya akan tabur pearl kat lengan biar nampak meriah skit. Hee..Opss. Nak tengok apa jadi pada baju ni sebenarnya??


See. kat lengan tu dia sambung kain tuh. Rasanya sebab dia nak hujung kain tu ada corak beralun-alun tuh. Tapi terus nampak kesan kan. Sebab kain tu jarang. Sob.Sob.

Then saya jahit something (tak tahu apakah ia) macam renda tapi sekali dengan manik2 kat keliling lengan yang ada kesan sambungan tuh. Sob. Jadi tak nampak sangat la kot. Nasib baik ada renda tu. Murah je. Saya beli RM16 satu meter. Macam-macam jenis macam kaler ada. Saya pun tak pasti renda tu untuk tampal kat mana sebenarnya. Main redah jer. Haha. Yang penting dapat sorok kesan horrible tuh.





The making of Bubur Asyura.

Salam uolls.

Hari Jumaat penghulu segala hari. Tak keluar kemana-mana sebab kat rumah bikin bubur ayura. Macam dah jadi tradisi our famili. Bila tiba bulan Muharam setiap tahun mesti bikin bubur asyura. Cuma tahun lepas jer tak buat sebab ayah patah kaki tak boleh jalan masa tu. Tahun ni lebih meriah sebab jiran yang banyak sponsor. Hehee.








Friday 23 December 2011

Tahniah! Status saya dah bertukar.

Salam uolls.

Anak murid saya amat memahami kan.


Tahu-tahu jer Cik Fizah dah tak sabar-sabar nak tukar status. Diorang tukar dulu siap-siap.
Puan Noor Hafizah.
I loike.
Haha.




Thursday 22 December 2011

Road to Annual Dinner at SACC | Serenity Garden (Part 2)

Salam uolls.

Hokeh. Bilik yang kitorang dapat tu tak la seperti yang dibayangkan. Kecik jer. Tapi muat la setakat kami bertiga yang kecik comel neh. Kalau kami empat orang memang tak muat dah. Nak sembahyang pun nasib la kepala tak terhantuk bucu katil Thehe. Tapi sebab kaler dia merah saya terus rasa ia sangat santek walaupun kecik. Eh, apesal tiba-tiba minat merah plak neh.

Owh. Sila bayangkan betapa keciknya kami bertiga boleh memuatkan diri atas katil tuh. Pssst. Gambar diambil sebelum balik. Sebab tu katil maha bersepah.


Muka = Bola sepak.
^______________________^

*****

Annuar dinner kali ni lain sikit dari dinner tahun lepas dan dinner dua tahun lepas. Kali ni diorang bagi Award pagi kat hall MSU. Then malam tu semata-mata dinner. Jadi pagi tu kitorang kental la cari MSU. Pusing-pusing nasib baik ada gps bergerak.
Tapi award tu saya tak dapat apa-apa pun. Dapat dengar bunyi tepukan saja. Kena tunggu lagi 10 tahun la nak dapat pergi umrah free takpun dapat jam worth 1k. Owhh. Haruslah tak lena tido takut jam kena curik. Muahaha.

Keramaian.

Mengisi masa terluang.
Tak banyak pun gambar masa award. Simpan bateri untuk sesi malam. Wakaka.

******
Malam tu dinner. Awal-awal lagi kitorang turun. Sebab diorang cakap by 6.00pm dah start daftar. Kalut la kitorang neh. Nasib baik coll member sana suruh cop meja dulu siap-siap. Kental la cari SACC. Nasib baik ada Kak Zue yang kenal jalan. Ikutkan kami ni memang buta la area KL sana. Sob. Kalau kena campak kat KL sana memang nangis la panggil mak.

Masuk dewan meja agak strategik. Dekat ngan karpet merah. Dekat ngan stage. Mari bergambar-gambar dulu dengan bidadari-bidadari putih sekalian.




Auuww. Nak nikah sekarang boley?




Putih disana-sini.

Then masa tengah syok-syok dengar mc duk sembang-sembang pasal ramai artis datang tiba-tiba dengar music intro. Sound familiar. TAM SPIDER!!MENJERIT HOKEH! Dah peminat gila fanatik. Mana tak menjerit kan. Berkobar-kobar terus bangun nak pegi tangkap moment beliau nyanyi. Hepi, eksaited, gumbira. Rasa nak lompat kijang kegembiraan. OVER KAU!

Orang lain lepas snap sekeping dua terus blah. Tapi saya tak nak ngaku kalah. Berdiri belakang camera man lama-lama sampai puas hati. Maafkan saya orang belakang. Muahaha.

Gilew. Tangan gigil-gigil ok. Sebab tu gambar blur. Haha.
Rasa nak naik pentas bagi bunga kat dia pon ada. Rembat jela bunga yang bergantungan kat red carpet walk away tuh. Haha. OVER LAGIK!!

Dah puas hati pergi kat meja balik. Dah tak hirau makanan apa yang dihidangkan dah. Yang penting kenyang tengok Abg Tam perform. OVER!! Last tu diorang nyanyi lagu hot and sensasi RELAKU PUJUK. Wah. Lagu peberet. Berlari-lari anak nak amik video terus. Maafkan saya lagi orang belakang. Siap kena perli ngan mamat sebelah pasal saya zoom muka AbgTam je. Haha.

Then keluar dari dewan konon nak amik gambar kat luar dewan tuh. Tiba-tiba nampak ada orang duk bergambar ngan Abg Tam. Eksaited nak bergambar jugak. Tak kira!!!

Dia masih hensem macam dulu jugak.

Gambar interprem I.
Santek jugak tema bunga berjuntai macam atas tu kan.

Gambar enterprem II.

Pendek kata suka la dekorasi Serenity Garden neh.

Kiri kanan ada langsir (erk?) dan pokok berjuntaian.

Tiup-tiup cepat sampai api padam.

Suka jugak orkid tuh. Kalo bawak handbeg besar boleh sumbat dalam handbeg.=P

Kami-kami yang comel (perahsantan)

Kemudian dengar Ziana Zain nyanyi. Terus masuk dewan balik. Tapi sebab saya takde la sampai fanatik gilew. So tak pergi pun ambil gambar ZZ. Tapi dia ni sangat suka bercakap la. Cakap tak henti-henti. Usik orang tak henti-heni. Sabar jela.

Dah habes kisah dinner. Jom tengok gambar kontroversi saya dengan mamat hensem.


*







*







*








*










*











*














*













Hensem kan.=))













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...