Para Pengikut..

Wednesday, 28 December 2011

Nak pinjam entri mama kejap tau.

Salam semua aunty dan uncle sekalian.


Nama kita Awwal. Tapi ibu kita panggil adik. Kita pun pelik kenapa ibu panggil adik. Patutnya ibu panggil abang sebab kita anak pertama. Nanti kalau kita dapat adik lagi tak kan adik kita pun nak panggil kita adik pulak. Confius kejap kita tau. Mesti korang pelik kan tiba-tiba kita tempek gambar kita kat sini.
Actually (wah jangan main-main. Kita pandai skeaping) kita saja nak glamour kat entri mama kita. Tak. Mama tu bukan mak yang lahirkan kita. Mak yang lahirkan kita nama ibu.
 
Mama ni sepupu ibu kita. Mama Cah. Hari tu mama cah datang rumah kita. Kita ingat dia datang nak tengok kita rupanya nak tengok nenek kita. Yelah. Habis tu nenek kita patah dua-dua tangan sebab jatuh kat mesra mall. Kesian tau. Mama cah datang ngan mak dia ngan adik dia dan ngan ehem ehem dia. Ibu paling sibuk hari tu sebab nak masak spesel. Nasi ayam. Kita suka sebab boleh hirup sup. Mama cah datang je terus ikut ibu pegi dapur. Macam-macam diorang sembang.


Penat tau kita dengar diorang gelak-gelak. Bergosip la tu. Kita lapar. Nasi tak masak lagi. Ibu bagi makan biskut. Hari ni sebab ramai orang datang kita suka je lari-lari dalam rumah. Malas kita nak tido tau. Biasa kul 12 kita dah tido. Ibu pun tak marah sebab ibu dah leka sangat sembang ngan mama cah.
Mama cah suka amik gambar. Kita baru siap mandi terus dia snap gambo kita. Tengok penuh bedak kat muka. Kita pun tak sempat nak peace.
Untung mama cah bila ibu kasi bekas barang-barang hantaran ibu dulu. Kita dengar mama cah nak kawin dengan ehem ehem tu bulan 3. Tak sabar tau. Nanti ibu nak bodek abah beli baju kaler biru. Mama cah cakap kalau tak ikut tema nanti tak boleh masuk rumah pengantin. Tak boleh bergambar atas pelamin. Pelamin tu apa yer?
Mama cah dan budak hensem (bukan kita cakap, mama cah yang cakap)


Kita eksaited nak pakai baju melayu. Kita paling suka bila mama cah bisik kat kita 'nanti bila besar jadi budak hensem tau'. Tak sabar nak besar. Hehe. Ok. Penat dah kita bebel. Nanti mama cah marah pinjam entri dia lama-lama.

Ok. Bye.



6 comments:

  1. HH : Kau bajet kau amy search ke wiiwiit segala.=p

    ReplyDelete
  2. rindu sungguh ni~

    ReplyDelete
  3. dhiera : yup.sungguh2 la neh.=)

    ReplyDelete
  4. uya : sape yg comel tuh?hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...