Para Pengikut..

Wednesday 31 October 2018

Resepi pancake dan sambal tumis ikan bilis

Salam uollss.

Sebenarnya ni first time saya buat pancake. Biasanya Jumaat memang masak simple2 je. Goreng cekodok ke atau rajin sikit buat nasi atau bihun goreng. Sebab Jumaat biasanya kami pergi pasar untuk beli stok barang basah. Dan saya selalu beli makanan pagi kat pasar je. Bila tak keluar ke pasar termenung la kat pintu peti ais nak masak apa. Haha. Pastu google situ sini jumpa resepi pancake simple je rupanya resepinya. Biasanya pancake ni orang pekena ngan madu atau chocolate ke. Saya tetiba teringin nak cicah dengan sambal bilis. So simpan sini resepi next time nak buat lagi kita tengok sini je okey.

RESEPI PANCAKE

Gandum 1 cawan
Susu segar / susu cair 1 cawan
1 sudu baking soda
1 penutup botol esen vanila
1 biji telur
1 sudu planta
2 sudu makan gula
Garam secubit je

Campurkan kesemua bahan diatas kacau sampai sebati. Kalau rasa kurang manis boleh tambah gula lagi. Terpulang pada selera anda. Hehe. 

Tapis adunan. Pastu tuang satu senduk ke dalam non stick pan. Bila dah berbuih tu terbalikkan adunan. Siap pancake. Mudah kan.


SAMBAL IKAN BILIS

Ikan bilis 1 genggam (tumbuk kasar)
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 2 ulas
Cili giling 2 senduk kecil
Bahan perasa garam dan gula.

Tumbuk bawang2. Saya tak tumbuk hancur sangat sebab suka ratah bawang kasar2. Dah siap ketepikan kemudian tumbuk ikan bilis pulak. Tumbuk kasar2 dah la yer.

Panaskan minyak. Minyak wajib lebih sikit baru  sedap hasil tumisan. Masukkan bawang. Kacau sampai naik bau pastu masukkan cili giling kemudian ikan bilis. Tambah perasa ikut lidah anda merasa. Masak sampai pecah minyak.

Dah masak tu makan la pancake cicah ngan sambal tumis ikan bilis ni panas-panas. Sedapnya.

Selamat mencuba!

Monday 29 October 2018

Susunatur kusyen supaya ruang tamu nampak luas.

Salam uollss.

Hari ni saya ambil annual leave. Sebab ngasuh Daniel ada appointment doktor. Kebetulan pulak Tganu dapat cuti hari Ahad kan. Direct la cuti. Tapi hari ni baru datang mood mengemas. Padahal cuti Jumaat, Sabtu, Ahad melepak jer rehat2 kan diri konon. Kahkah. Pagi tadi bangun 4.00 pagi kau. Pastu tak tidur-tidur sampai ke siang duk ngemas, nyapu, mengemop segala bagai. 

Pastu dah lama plan nak susunatur kusyen supaya ruang tamu nampak luas. Kebetulan anak mami rosakkan kusyen. Huwaaaaa. Dia suka la lompat2 atas kusyen tu tau. Sampai dah terkeluar spring kusyen tu. Mami pun rasa macam dah tak selamat untuk duduk. Sakit hati tengok kusyen tu terus buh dalam stor. Hahaha.


Akhirnya kusyen yang 1 seat tu mami sumbat kat dapur. Asalnya nak letak dalam bilik. Tapi tak muat la pulak. Tak tau pintu kecik ke kusyen tu yang lebar. Haha. So duduk diam2 awak kat dapur tu yer.  Bila dah alih kusyen 1 seat tu baru la jadi luas ruang tamu. Asalnya tengah-tengah tu kusyen 2 seat. Tak ambik pulak gambar sebelum. Haha. Yang penting saya suka sebab nampak luas. 


Kosong je kan hiasan. Kita masih sewa rumah ni wak. Sebelum duduk hari tu tuan rumah dah cat baru cantik-cantik. Setakat ni memang takdela saya nak tebuk baru dinding tu atau nak gantung apa2. Even Daniel conteng dinding sikit pon mami bagi kain basah suruh dia lap balik sampai hilang kesan. Haha.

Suka tengok orang deco-deco rumah. Tunggu mami ada rumah sendiri la baru best nak deco-deco kan. Eh usia kusyen tu dah 5 tahun lebih dah. Start menyewa beli kusyen tu. Awal tahun 2013. Tapi kusyen murah jela. Korang rasa patut tak saya tukar kusyen lain. Kahkah. Berangan betul. Ni kalau beli baru tak tau nak sumbat mana yang sedia ada ni kan. Kihkih. Okeylah. Tu je nak bebel malam ni. Nite uollss.

Saturday 27 October 2018

Masakan paling mudah dan ringkas.

Salam uollss..

Kalau jadi korang la kan. Bila nak masak dengan cepat, mudah, ringkas tapi nak sedap korang masak apa. Saya pilih telur goreng pastu buh kicap dan potong cili sikit. Haha. Tapi kalau nak berkuah sikit mesti buat sambal tumis telur ni. Tak tau apa korang panggil masakan ni. Resepi pun senang sangat kan.

Hari Khamis tu kebetulan peti ais dah kering. Tak tau nak masak apa. Biasanya saya akan beli stok untuk seminggu. Hari Jumaat pergi pasar atau kedai jual barangan basah. Beli siap2 ikan ayam. Bajet untuk seminggu. Hari2 memang akan masak bekal untuk Daniel. Kadang2 saya pun akan bawak bekal pegi opis. Masak untuk makan malam lagi. So stok biasanya tak cukup pun untuk seminggu. Hari tu ada telur je. So jomlah kita masak sambal tumis telur.

RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR REBUS

BAHAN-BAHAN

Telur 3 biji direbus.
Bawang merah 4 ulas. 
(Saya guna bawang besar saiz sederhana 2 ulas)
Bawang putih 3 ulas
Cili kisar 2 senduk kecil
Asam gelugur sekeping
Garam
Gula

CARA-CARA

Telur yang dah dimasak tu dikupas kulit dan digoreng dalam minyak yang panas. Biar panas betul-betul tau. Kemudian angkat dan ketepikan.

Tumbuk bawang-bawang dan tumis dalam minyak goreng telur tadi. Minyak kena lebih sikit baru sedap hasil tumisan. Bila dah naik bau masukkan cili kisar. Masukkan asam keping dan bahan perasa.

Kalau dah sesedap rasa masukkan telur. Gaul sekejap tutup api. Makan dengan nasi panas-panas. Sedapnyaaaaaa.


Selamat mencuba.

Wednesday 24 October 2018

Baju kurung murah dan cantik.

Salam uollss..

Jom dapatkan koleksi baju kurung yang murah dan cantik. Koleksi dari pelbagai butik2 yang pastinya membuatkan korang rambang mata tak tahu yang mana nak pilih. Sekarang pun dah nak masuk cuti sekolah pastinya banyak kenduri kendara kan. Jom tampil menyerlah dengan baju fesyen terkini.






Corak songket, plain, floral, abstrak macam-macam ada tau. Bukan saja baju kurung moden malahan ada jugak design peplum, kebaya dan kebarung.






Jom follow instagram @izafiza_shoppe atau boleh terus whatsapp +601116976134.


Tuesday 23 October 2018

Layan hobi suami la pulak.

Salam uollss..

Hari tu asben sampai je rumah terus ajak pergi dekat kereta then bukak pintu kereta. Ai ingat apa lah dia nak sepraiskan. Kot nak bagi hadiah ke apa kan. Kahkah. Rupanya dia beli remote control car. Adoii. Memang saya tau dari dulu dia memang suka rc. Dulu dah pernah beli pastu rosak. Tak baiki2 plus takde geng nak ajak main. Eh, saya pon tak pasti apa istilah orang panggil kereta ni. Ke ada shortform tertentu. Haha. Kita panggil kereta alat kawal je senang atau kereta remote control. Hihihih.


Kebetulan ada kawan asben yang minat jugak rc ni ajak beli. Sukalah dia ada geng nak ajak sembang pasal rc. Asben cakap dari kecik dia minat rc tapi masa kecik takde peluang nak memiliki. Dah besor ni la guna peluang tu. Nanti Daniel besar sikit boleh ajak geng sekali. Sekarang ni kalau papa main dia sibuk nak kejar car. Haha. Papa dah risau takut Daniel pijak car dia.

Saya akan sentiasa support hobi awak b. Apa salahnya dah penat bekerja bersusah payah belilah something pada diri sendiri sebagai reward untuk kerja keras. Selagi tak guna duit  isteri. Hahaha.


Monday 22 October 2018

Melawat pameran Kartun & Kita di Muzium Negeri Terengganu

Salam uollss.

Ahad lepas saya bawak anak2 ke pameran Cartoon & Us bertempat di Muzium Negeri Terengganu. Sebenarnya dah lama berlangsung tapi tulah dah minggu last baru berkesempatan pergi. Rasa macam nak repeat lagi sebab banyak sangat informasi. Tak sempat snap gambar banyak-banyak. 31hb ni last day pameran ni. Hope ada kesempatan untuk pergi sekali lagi.


Nak masuk kena bayar tiket RM5 untuk dewasa. Pelajar sekolah kalau pakai baju sekolah bayar RM2 kot. Boleh ambil gambar sesuka hati tapi nak bawak masuk camera dslr kena bayar RM3.


Actually dari bulan Julai lagi. Dah nak habis baru berpeluang pergi. Sobsob.


Banyak sangat info pasal dunia kartun dan kartunis di Malaysia. Kartun Salina ni rasanya 1980an dah wujud kan. Seingat saya masa kecik zaman nakal2 saya dan kawan2 pernah ceroboh masuk rumah pusaka nenek kawan saya. Rumah tu rumah tinggal tapi masih ada rak2 dan peti besi berisi buku dan komik kartun. Haha. Masuk untuk baca novel dan komik kartun. Ingat lagi saya suka baca kartun Salina ni.



Kartun ni kau tak perlu nak tulis dialog pon orang dah boleh paham apa yang nak di sampaikan.


Ada jugak dipamerkan sketch book dan storyboard kartunis punya.




Sejarah kemunculan animasi. Macam mana orang dolu2 hasilkan animasi sebelum wujudnya teknologi.


Meja tempat kartunis berkarya.


Sketch idea untuk iklan animasi.


Animasi sel.


Tayangan untuk proses merakam audio dan suara latar.


Eh dah habis dah. Tak puas. Even tempat pameran takdelah besar sangat tapi banyak sangat info yang dapat. Seriously rasa macam nak pergi lagi sebelum tamat pameran.


Bye!

Friday 19 October 2018

Resepi nasi ayam ala kfc

Salam uollss.

Anak teruna mami tido awal malam ni. Sebab hari ni seharian dia main sampai tak hengat nak tido. Malam ni pukul 9.30 dah ajak "dido". Haha. Kalau tak pukul 11 tu tak tidur lagi last2 mami tutup semua lampu paksa tidur. Payah benor nak tido. Mami masa ngandungkan awak asyik tidur je kerja tau. Lepas isyak terus tido. Muahaha. Okey. 

Nak tempek resepi nasi ayam pon sempat lagi membebel yer. Ketahuilah korang sesungguhnya mami suka membebel ditangan. Dimulut jarang membebel. Haha.

Hari tu saya beli tepung goreng ayam cap bestari. Mesti ada yang familiar kan jenama ni. Sedap la kan. Beli yang spicy. Daniel makan banyak pedas2 pun. Pastu ada kawan suggest perap dulu dengan bawang putih dan lain2 baru salut dengan tepung goreng bestari tu. Bila cerita kat asben dia plak teringin nak makan. Saya pon terfikir la nak goreng ayam then makan dengan nasi ayam ala kfc tu. Hikhik. Terus keluar beli ayam kebetulan dah habis stok ayam kat dapur.

Senang je. Macam buat nasi ayam biasa jugak. Cuma ayam goreng tu lain sikit.



RESEPI NASI AYAM ALA KFC

Ayam goreng ala kfc

Ayam lapan ketul
Tepung goreng ayam (tak kisah la brand apa. Saya guna brand bestari)
Bawang putih 4 ulas
Secubit lada hitam
Sedikit serbuk lada putih
Cili giling
Garam sikit

Tumbuk lada hitam, kemudian bawang putih. Pastu gaul sekali dengan cili giling, garam dan serbuk lada putih. Perap ayam lebih dari setengah jam.

Dah setel semua baru goreng ayam. Salut ayam dengan tepung goreng bestari pastu goreng dengan minyak yang banyak dan api sederhana. Balik2kan sentiasa ayam tu.

Air rebusan ayam

Ayam tadi ambik sikit part yang ada tulang-tulang untuk buat sup pulak. Sebelum jadi sup kita rebus ayam ambik air rebusan ayam untuk masak nasi

Bawang putih 5 ulas
Bawang merah 3 ulas
Halia 1 inci
Kiub ayam 1 ketul

Rebus ayam masukkan bahan di atas. Bawang2 dan halia tu tumbuk dulu la yer.

Nasi ayam

Planta sesudu
Bawang putih 3 ulas (tumbuk)
Halia 1 inci (tumbuk)
Daun pandan 2 helai (simpul)
Sedikit lemak dan kulit ayam dihiris2 halus.
Garam
Sedikit kunyit untuk warna kekuningan

Masukkan planta ,tumis bahan2 diatas sampai bau harum. Masukkan beras yang dah dibasuh kemudian gaul-gaul sebati dulu. Dah siap baru masukkan dalam rice cooker dan masukkan air rebusan ayam mengikut sukatan anda masak nasi. Masukkan sedikit garam dan kunyit. Gaul sebati. Jangan lupa on suiz ya. Haha.

Sup ayam

Baki air rebusan ayam tadi ditambah garam, daun sup dan bawang goreng.

Sos 

Saya takde tomato sebab last minit plan nak masak nasi ayam kan.

Bawang putih 2 ulas
Cili merah yang besar tu 2 biji
Cili padi 3 biji
Sos cili 3 sudu besar

Blend kesemua diatas dengan air yang sikit jer. Sebab nak sos ni pekat nanti boleh cicah ngan ayam goreng. Dah setal baru boleh adjust rasa nak manis ke masin.
Ok. Done. Asben sampai bertambah 2x. Haha. Dah memang pencinta ayam goreng katakan. Next time boleh try lagi. Tapi asben dan bebel jangan biasakan Daniel makan pedas. So hari ni kita beli tepung goreng yang original. Tapi brand nona sebab brand bestari tu habis licin. Nanti try yang nona pulak ok ke tak rasa dia.

Bye. Tq sudi membaca.










Tuesday 16 October 2018

Resepi kari ikan aye

Salam uollss..

Hari tu asben balik dia bawak balik ikan aye atau ikan tongkol. My fav sangat ni. Buat singgang lagi sedap kan. Atau masak sambal makan ngan nasi lemak. Yummy sangat. 

Pagi tu saya tanya asben nak saya masak macam mana. Bagi pilihan siap-siap..singgang, kari, sambal or gulai. Haha. Senang kan pilih je yang mana. Asben jawab nak makan kari. Isteri paling stress kalau tanya suami nak makan apa, dia plak tanya kita balik kan. Kalau boleh pagi tu dah decide nak masak apa untuk lunch. Haha. Jom try kari ikan versi saya.

RESEPI KARI IKAN AYE
(Masakan untuk seekor ikan aye saiz kecik)

Ikan aye 
(rebus dengan garam dan asam gelugur dulu)

Bawang merah (5 ulas)
Bawang putih (3 ulas)
Halia (1 inci)
*Hiris halus kesemua bahan diatas.

Halba
Jintan putih
Jintan manis
Biji sawi
*Tumbuk kasar kecuali halba dan biji sawi

Serbuk kari (2 sudu besar)
Cili kering diblend (3 sudu besar)
Asam jawa 
*Bancuh dengan sedikit air

Daun kari
Bendi
Tomato dipotong empat
Bahan perasa


Mula-mula tumiskan bahan hiris. Minyak lebih sikit. Tumis sampai naik bau kemudian masukkan halba dan rakan2nya.

Pastu masukkan bancuhan serbuk kari tadi.  Tambah air sikit jangan sampai hangus yer. Tumis sampai garing pastu masukkan daun kari dan santan.
Kacau sentiasa supaya santan tak berketul.

Dah mendidih masukkan ikan aye. Lepas tu boleh masukkan bahan perasa seperti garam dan gula. Kena adjust rasa bebaik  sebab tadi dah rebus ikan aye dengan garam kan. Jangan terlebih masin pulak okey. 

Owhh. Bendi dan tomato jangan dilupa tau. Dah masak boleh tutup api. Sedapnya makan kari dengan nasi panas-panas kan.

Selamat mencuba. Kalau resepi korang lain share la dengan saya jugak😊



Thursday 4 October 2018

Hiking Bukit Maras, Kuala Terengganu

Salam uollss.

Ni cerita Ahad yang lepas. Ahad kan Terengganu cuti sempena kemenangan SUKMA. Kebetulan abang saya balik, so Ahad tu dia plan la nak ajak hiking Bukit Maras. Hari tu viral kat fb pasal bukit ni. Ramai orang hiking. Bukit ni baru diteroka. Asalnya hutan berbukit dan dibuat laluan untuk kemudahan paragliding pelancong asing. Lepas tu bila dah ramai teroka mula lah famous dan jadi tempat hiking. 

Haha. Ni cerita dari mak cik yang saya sembang masa hiking haritu. Taraf mak cik2 kampung hiking wei. Dah 6x plak tu hiking sampai ke puncak. Haha. Malu kita.

Kitorang gerak dari rumah dalam kul 8.15 macam tu la. Breakfast dulu siap-siap. Tak jauh sangat dari rumah saya sampai jalan besar 5 minit je. Pastu masuk jalan kampung pulak. Dalam 15 minit kot.

Hiking kali ni dengan abang, anak buah dua orang dan Daniel. Pon kena bawak jugak. Kalau papa ada boleh tinggalkan kat papa jer. Haha. Nasib baik ada jugak kasut Daniel even tak sesuai sangat. Nanti mami belikan sport shoes boleh teman mami jogging. Berangan mami. Hiking ni pon abang yang beria ajak. Kahkah.

Parking
Jangan risau pasal parking. Kawasan parking luas sangat. Kitorang kan first time datang. Masa sampai tu tengok padang yang luas sangat. Ada kereta parking kat situ. Kami pun join parking. Rupanya kena jalan pulak nak sampai ke kawasan kaki bukit tu. Dah jalan tu barulah nampak ada lagi parking lain kat depan sana. Redha jela. Tapi nampak macam parking situ pon penuh. Mungkin sebab cuti umum ramai umat manusia nak hiking wei.


Jalan dari parking kat padang nak ke kawasan kaki bukit.


Kaki Bukit


Ni kawasan kaki bukit maras. Kat kaki bukit tu ada gerai jual minuman, makanan goreng2, apa lagi entah. Eh. Baju tshirt pun ada jual tu. Kitorang dah kenyang tak beli apa2 pun. Cuma masa turun tu beli mineral water sebab bawak sebotol je kongsi 5 orang. Adoi.


Jom lah kita mendaki. Daniel ni kejap je dia jalan sendiri. Gilir-gilir kejap saya dukung, kejap abang then anak buah pulak. Huntung adik yer.


Saya ni lama sangat tau tak exercise. Terus kena panjat bukit. Semput gila wei. Memang jauh ketinggalan la kat belakang.


Tenang tengok pokok-pokok hijau. Akhirnya sampai la kat suatu kawasan ni. Ada tempat lapang sikit tak curam sangat. Ada bangku kayu jugak tempat berenti rehat. Saya berenti sini dengan Daniel. Yang lain terus naik ke puncak. Kesian plak Daniel. Kecik2 lagi tak nak push dia. Kudrat budak tak sama dengan kita. Lain la kalau dah biasa bawak hiking.


Dok kan leloh doh. Haha. Jahat tau. Maksud dia "Tak kan dah penat kottt" Saja nak naikkan semangat pendakian. Ceewah.


Takpelah. Mami memilih untuk selfie dan melihat gelagat orang naik turun je kat sini. Macam-macam umur tau. Dari budak yang muda dari Daniel lagi sampai la mak cik pak cik yang dah pencen panjat. Sampai ke puncak pulak tu. Takpe pak cik, next time saya pergi saya tawan bukit maras. Haha.


Tunggu punya tunggu akhirnya diorang pun turun jugak. Barulah kitorang gerak sekali turun bawah. Masa ni Daniel dah merengek nak susu. Nasib baik mami dah standby susu dia dalam kereta. Bangun tido pun kena kejut. Nasib baik tak meragam.


Berenti ambik gambar lagi.


Alhamdulillah sampai ke bawah dengan selamat. Sampai bawah tu dalam jam 10.00 am. So bajet naik turun bukit dalam 1 jam setengah lebih kurang. Masa kitorang nak balik tu pun ada lagi yang baru sampai. Panas dah time ni, matahari dah mula nak naik kan. Paling cantik hiking pukul 7 pagi. Barulah tak terasa sangat bahang matahari.

So next time kita repeat lagi okey👍👍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...