Para Pengikut..

Showing posts with label Deco. Show all posts
Showing posts with label Deco. Show all posts

Monday, 29 October 2018

Susunatur kusyen supaya ruang tamu nampak luas.

Salam uollss.

Hari ni saya ambil annual leave. Sebab ngasuh Daniel ada appointment doktor. Kebetulan pulak Tganu dapat cuti hari Ahad kan. Direct la cuti. Tapi hari ni baru datang mood mengemas. Padahal cuti Jumaat, Sabtu, Ahad melepak jer rehat2 kan diri konon. Kahkah. Pagi tadi bangun 4.00 pagi kau. Pastu tak tidur-tidur sampai ke siang duk ngemas, nyapu, mengemop segala bagai. 

Pastu dah lama plan nak susunatur kusyen supaya ruang tamu nampak luas. Kebetulan anak mami rosakkan kusyen. Huwaaaaa. Dia suka la lompat2 atas kusyen tu tau. Sampai dah terkeluar spring kusyen tu. Mami pun rasa macam dah tak selamat untuk duduk. Sakit hati tengok kusyen tu terus buh dalam stor. Hahaha.


Akhirnya kusyen yang 1 seat tu mami sumbat kat dapur. Asalnya nak letak dalam bilik. Tapi tak muat la pulak. Tak tau pintu kecik ke kusyen tu yang lebar. Haha. So duduk diam2 awak kat dapur tu yer.  Bila dah alih kusyen 1 seat tu baru la jadi luas ruang tamu. Asalnya tengah-tengah tu kusyen 2 seat. Tak ambik pulak gambar sebelum. Haha. Yang penting saya suka sebab nampak luas. 


Kosong je kan hiasan. Kita masih sewa rumah ni wak. Sebelum duduk hari tu tuan rumah dah cat baru cantik-cantik. Setakat ni memang takdela saya nak tebuk baru dinding tu atau nak gantung apa2. Even Daniel conteng dinding sikit pon mami bagi kain basah suruh dia lap balik sampai hilang kesan. Haha.

Suka tengok orang deco-deco rumah. Tunggu mami ada rumah sendiri la baru best nak deco-deco kan. Eh usia kusyen tu dah 5 tahun lebih dah. Start menyewa beli kusyen tu. Awal tahun 2013. Tapi kusyen murah jela. Korang rasa patut tak saya tukar kusyen lain. Kahkah. Berangan betul. Ni kalau beli baru tak tau nak sumbat mana yang sedia ada ni kan. Kihkih. Okeylah. Tu je nak bebel malam ni. Nite uollss.

Tuesday, 25 August 2015

Nak susun atur bilik stor.

Salam uollss..
 
 
Dalam banyak-banyak ruang dalam rumah yang paling menyerabutkan mata menengoknya adalah BILIK STOR. Bilik ketiga dalam rumah tu kitorang jadikan bilik stor. Sebab duk kat dapur plus bilik tu takde kipas dan takde tingkap. So, segala mak nenek barang letak dalam tuh. Memang menyerabutkan matalah kan.
 
Dengan spare part kereta asben, barang-barang hardware asben, kasut baju yang da tak pakai berplastik-plastik, hadiah kawin berkotak-kotak, dan beberapa brang apa ntah dalam plastik sampah yang bawak dari rumah sewa sebelumnya yang tak guna so duk dediam je dalam tuh. Pastu kalau asben nak suh ambikkan barang hardware dia, mulalah ai macam....errrr..ada dalam stor eh?b pasti ke letak dalam stor?bukan dalam kereta. Hahaha. Fail disitu. Barang dia kalau saya carik memang berzaman tak jumpa. Stress asben. Last2 carik sendiri je. Muahahah.
 
Huwaaaaaa...bila nak mengemas BILIK STOR neh?
 
So perancangan dan angan-angannya adalah :
1. Kemas bilik stor
2. Tak nak nampak macam stor sangat
3. Boleh jugak kalau dijadikan bilik tidur tetamu ke kan.
 
 
Terus cari idea, carik kerajinan blogger lain supaya ai pun nanti terjangkit. Hehhee. Hope dapat settle sebelum tak larat nak mengemas nanti. Heh.
 
 
Banyak lagi blogger yang rajin-rajin organizing rumah. Tapi yang tu je sempat copy.  


Saturday, 7 February 2015

Frame dah gantung.

Salam uollss..

Dah seminggu frame yang beli kat Romantika tu terperam dalam plastik. Konon nak beli paku lah. Macam rajin sangat je saya neh. Kelaut dalam la rajinnya. Heheh.

Malam Khamis asben balik. Hurreyy. Haha hurrey sebab ada tukang gantung frame. Petang tadi asben pegi carik cangkuk ngan paku. Kejap je dah settle. Letak sebelah menyebelah. Tapi tengok macam kecik la pulak. Macam banyak ruang kosong je. Huhuk. Macam nak kena beli frame lain pulak je ni. Macam-macam la pulak kan. Haha.

Btw tq asben, kalau awak takde gamaknya tunggu raya pun tak tergantung lagi. Kihkih.









2,3 hari ni penat sangat. Macam-macam nak clearkan kat rumah ni. Yelah weekend jarang sangat nak ada kat rumah. Kalau tak balik rumah mak, balik rumah mil. So weekday la kena clearkan semua. Huhu. Siap buat checklist nak kemaskan itu ini. Hehe. Lau tak mesti tak bergerak. Bila tengok checklist baru lah semangat. Just tinggal lagi nak kemaskan bilik stor. Bila ntah mood rajin nak datang neh.. iZafiza'S BloG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...