Para Pengikut..

Tuesday 24 December 2019

22/12 - Daniel turns 4

Salam uolsss.

22 hb genap umur Daniel 4 tahun. Kebetulan hari Ahad birthday nya..so Sabtu malam tu bawak la pergi SR. Kemain cakap kat papa nak celebrate birthday anak padahal mami yang craving nak makan chocolate cake indulgence. Kiki. So beli dua slice cake jela satu lagi tu caramel. Sedap jugak tapi mestilah tak dapat menandingi kesedapan chocolate cake indulgence kegemaran saya. Hehe.




Daniel punyalah suka nyanyi lagu birthday ni. Tiap kali mami buat kek mesti nyanyi lagu birthday. Hahaha. Mami potong kek pisang yang beli kat kedai pun dia kemain nyanyikan lagu birthday. Hahaha. Insyaallah nanti kita celebrate birthday awak dengan family kita okey.


Sekejap masa berlalu. Syukur Allah kurniakan kesihatan buat anak teruna mami. Ni gambar 1st day mami dapat riba Daniel dipangkuan selepas 38 hari berada kat Nicu dan Scn. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Terima kasih Tuhanku. Panjangkan usia anakku supaya dia dapat menemaniku sepanjang usiaku didunia ini. Aamiin.

Saturday 14 December 2019

Daniel nak masuk tadika dah!!

Salam uollss..


Kejap jer masa. Tahun demi tahun berlalu tahun depan anak mami dah masuk tadika dah. Alhamdulillah mami decide hantar tadika berdekatan dengan office. Boleh ambil sampai 6.00 petang. Sekarang petang-petang kakak tolong ambilkan dia kat taska. Ambil ngan moto plak. Kalau hujan lencun la diorang. Semoga dipermudahkan segala urusan persekolahan Daniel tahun depan.


Ni pergi tadika ambil baju. Excited sangat masuk tadika banyak mainan. Sampai nangis tak nak balik. Adoi la anak. Tunggu yer 29hb nanti start sekolah main la puas-puas.


Semoga behave la kat school nanti yer anak. Semoga jadi anak soleh, cerdik dan pandai. Seminggu lagi birthday awak..mami belum terpikir nak bagi hadiah apa nih. Haha. Nanti kita sambut okey =)




Bye. Korang anak yang masuk sekolah tu macam mana persiapan. Semua dah settle ke. Harap dipermudahkan semua urusan korang yer. Semalam saya pergi Eco berduyun-duyun manusia beli pensil alat tulis untuk anak-anak. Takleh lalu la lorong alat tulis tu. Haha. Pelik kita apsal ramai sangat orang, lupa nak masuk sekolah dah. Hehhehe.

Tuesday 5 November 2019

Flatlay byizafiza

Salam uollss..

Sekarang saya dah berjinak-jinak dengan flatlay. Haha. Hari-hari tengok gambar kat Pinterest. Aduh geram betul. Tunggu kita ada kesempatan masa terlebih kita explore dan snap okeyy.



Banyak lagi kena belajar pasal background, props, lighting dan sebagainya lah. Siapa suka flatlay komen sikit kita nak terjah blog awak cari idea. Hehehe.

Monday 28 October 2019

Lirik lagu Selamanya - Usop dan Music Video

SELAMANYA - USOP



Puas aku utuskan surat cinta
Namun kau balas dengan derita
Mengapa tidak kesampaian
Untuk aku milikimu
Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Kutemui di taman fantasi
Hasrat aku hanya memilikimu
Berkejar di alam fana cinta
Senyummu tiada ternilai
Tapi semua hanya dusta
Tapi ...
Malam-malam indah kian bercelaru
Mendoakan agar kau temui cinta
Sampai hujung nyawa
Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Kutemui di taman fantasi
Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Kutemui di taman fantasi
Tapi..
Malam-malam..

Sedihnya lagu ni. Selalu duk repeat tonton video music kat youtube. Semoga terus sukses yer Usop =)

Sunday 13 October 2019

Resepi nasi minyak gulai ayam.

Salam uollss..

Hari tu mak bagi beras basmathi. Mak cakap masak la nasi apa pun. Beras dari hari raya hari tu. So daripada tak masak apa-apa hari ni saya buat nasi minyak. Simpan sini resepi hasil google dan resepi kawan kat ig. Haha.


Resepi Nasi Minyak

Beras Basmathi 3 cup
 ( Sukatannya 3 cup beras = 3 cup setengah air + 1 cup susu cair)
Minyak masak setengah cawan
Margerin 1 1/2 sudu

Kayu manis 1 batang
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 7 biji
Bawang besar 1 biji -hiris
Bawang putih 4 ulas - ketuk
Halia 3 inci - ketuk
Daun pandan 4 helai - simpul
Garam 2 sudu kecil.

Masukkan minyak dalam kuali kemudian planta. Lepas tu tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau. Seterusnya masukkan bawang2, halia dan daun pandan. 

Masukkan air dan susu. Dah mendidih masukkan garam. Lepas tu tuang dalam rice cooker yang ada beras tu. Kacau-kacau sikit tekan on suis. Nanti dah masak cucuk tiga lubang guna chopstick. Masuk kan pewarna kuning. Biar kejap pastu gaul nasi tu. Tapi kalau tak suka pakai pewarna pun terpulang.

Resepi Gulai Ayam

Ayam dibasuh bersih
Santan
Kayu manis 1 batang
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 7 biji
*Bawang besar 1 biji
*Bawang putih 3 ulas
*Halia 2 inci
*Lengkuas 1 inci
Cili boh 4 sudu
Rempah gulai 2 sudu
Ubi kentang

Masukkan minyak, dah panas tu masukkan cili boh. Gaul sampai garing. Lepas tu masuk kan kayu manis, pelaga dan bunga lawang. Kemudian baru masukkan bahan-bahan bertanda * yang dah diblend dan rempah gulai. Rempah ni saya beli kat pasar siap dah. Bila dah naik bau masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul dulu kejap pastu barulah masuk santan dan air. Bila dah mendidih boleh masukkan garam, gula dan perasa.

Ok done. Resepi simple tapi sedap. Selamat mencuba.






Friday 11 October 2019

Resepi laksa kuah putih Terengganu

Salam uollss..

Hari ni masak laksa. Lama sangat tak makan laksa rasanya. Tanya asben dia pun on. Memang favourite kami berdua laksa ni. Kat Terengganu biasanya makan ngan kuah putih. So pergi pasar pagi tadi beli bahan-bahan nak masak.


RESEPI KUAH LAKSA TERENGGANU

Laksa 1.5kg
Santan
Ikan selayang
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
Lada hitam 1 sudu
Garam dan gula.

Mula-mula rebus ikan. Letak garam dan asam keping. Siap tu asingkan tulang. Ketepikan.

Tumbuk lada hitam, kemudian bawang. Dah lumat tu masuk ikan tumbuk sikit.

Masukkan santan dalam periuk. Lepastu masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Tak perlu tumis dengan minyak yer. Kuah ni kena kacau selalu. Kalau suka kuah tu rasa masam sikit boleh tambah asam keping 1. Dah mendidih tu masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Kacau sampai bawang tu masak.

Dah masak boleh hidangkan dengan ulam-ulam seperti timun, kacang panjang dan taugeh. Makan dengan belacan dan cili boh atau cili padi yang ditumbuk dengan garam.

Style orang Terengganu makan laksa ni dengan tangan tau, bukan dengan sudu.

Tuesday 8 October 2019

Yuran tadika tahun 2020

Salam uollss..

Alhamdulillah mami dah berjaya daftar Daniel masuk tadika tahun 2020 nanti. Sibuk dengan kerja tak sempat mencelah keluar pergi daftar. Tadika tu mami dah ushar lama dah. Ramai pulak staff opis hantar anak kat situ sebelum ni. Lagipun agak tak jauh dari opis. Yuran tadika?? Pejam mata jela tau membayarnya. Kesian baca keluhan mak-mak kat status fb pasal yuran taska dan tadika. Tu kalau anak sorang dekat 1k atau ada yang lebih lagi. Kalau anak 2,3 orang lagilah.


Tahun ni Daniel dihantar ke taska kat area rumah. So pagi mami hantar pergi taska. Petang akak akan pegi pick up dia sebab taska tu last 5.30 petang. Mami balik 6.00 petang. Tu pun dalam 6.30 baru sampai rumah. So sementara tunggu mami sampai akak dan mak akan jaga la Daniel kejap. 


Alhamdulillah punya rezeki lebih dapat hantar Daniel rumah pengasuh dari umur 5 bulan sampai 3 tahun. Lepas tu hantar taska pulak. Sebolehnya tak nak susahkan mak jaga. Mak pun tak sihat sangat. Setiap mak punya alasan yang tersendiri kan kat mana nak hantar anak mereka diasuh dan dididik. Semoga kita terus dikurniakan rezeki bertambah2 untuk didik anak sampai jadi insan berguna kelak. Aamiin.

Friday 4 October 2019

Pantai Teluk Ketapang

Salam uollss..

Aduh..lamanya nak jenguk blog. Sibuk dengan kerja hakiki. Banyak memori nak simpan kat sini tapi selalu tak lupa. Time ingat plak sibuk. Sobs.

Kat Terengganu ni antara pantai yang saya suka pergi ialah Pantai Teluk Ketapang. Haha. Mestilah sebab dekat dengan rumah. So hari tu bawak adik bongsu dan Daniel hirup angin pantai.






Suka sangat Daniel dapat main belon.


Moksu dah balik Palam. Tunggu mok su balik boleh keluar dating lagi.



Sekarang jarang jugak sebenarnya petang-petang keluar jalan2 pantai. Penat kerja hari-hari. Weekend masa untuk cas energy. Next time mami bawak Daniel main pantai pulak yer.


Monday 16 September 2019

Resepi kuih mek comel yang sedap

Salam uollss..

Tempat korang panggil kuih apa ni. Saya panggil kuih mek comel. Adunan ubi keledek dan tepung. Dengan inti gula. Aduh terbayang pulak kesedapan kuih ni. Saya memang penggemar kuih traditional.



Sedang sangat nak buat kuih ni. Biasanya adunan tu saya campurkan keledek dengan gandum jer. Hari mak mertua ajar resepi lain sikit. So kita ikut resepi mak mertua pulak macam mana yer.

Ubi keledek direbus.
Gandum
Santan 1 cawan
Telur 1 biji
Garam secubit
Gula untuk inti

Memang adunan agak melekat masa gentel tu. So kena letak gandum la kat tangan dan kat kuih tu masa gentel. 

Alhamdulillah sedap resepi ni. Lepas ni boleh buat lagi👍

Selamat Hari Malaysia

Salam uollss.


Proud To Be Malaysian 🇲🇾
.
#SelamatHariMalaysia
#MalaysiaDay
#lovefromMSU❤
#msumalaysia
#msu4life 🌺
#go2MSU
#msucollegeterengganu


Wednesday 11 September 2019

Tonton Boboiboy Movie 2

Salam uollss..
Images from : https://www.imdb.com/title/tt10419266/

Tempek sini sebagai kenangan. Ni kali kedua mami bawak Daniel tengok wayang. Yang 1st hari tu Upin Ipin. Hari tu dia takut kemain kita belikan tiket untuk dia jugak burn macam tu je sebab nak duk atas riba papa sampai habis cerita. So kali ni tak beli la tiket untuk dia, sudahnya dia banyak berdiri sebab excited sangat. Haha. Next time kena beli jugak tiket untuk dia sebab even kurus beratnya ya ampunnnn..

Yang beria-ria nak tengok sebenarnya ialah adik bongsu. Haha. Tq mokcu❤


Daniel excited sangat. Suara dah la kuat jerit-jerit. Adoii. Part kelako pun dia bantai gelak kuat-kuat. Malu wei. Haha.


Kesimpulannya puas hati sangat Boboiboy Movie 2 ni. Next citer cartoon apa pulak yang best yer. Nanti kita tengok wayang lagi yer Daniel.




Sunday 1 September 2019

Maal Hijrah 1441h

Salam uolss..

Semoga kita dapat berhijrah dalam mencari kehidupan yang lebih baik, maju dan sempurna untuk hari2 mendatang.

SALAM MAAL HIJRAH 1441H | 2019


Saturday 31 August 2019

Merdeka!

Salam uollss..

Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-62. Semoga negara kita Malaysia tercinta terus aman makmur dan harmoni.

Friday 23 August 2019

Giveaway-01 by Ematunz

Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.

Klik gambar dibawah untuk join:

Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat. 

Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.




Bloglist Wanted by Tiara Sapphire

Salam uollss..

Jom join😍

Klik je banner atas okey. Jom kita meriahkan bloglist Tiara Sapphire.

Thursday 22 August 2019

#dapurizafiza

Salam uollss..

Hari tu pernah tengok posting kat group FB MAHN. Semua follow kan group ni kaum-kaum wanita sekalian. Kiki. Ada sorang mamat tu cakap "isteri yang baik adalah isteri yang bangun awal masak untuk suami" macam tu la lebih kurang statement dia. Sentap tau. Memang berduyun-duyun la kecaman dia dapat. Hahha. Saya akui memang jarang masak breakfast. Pagi-pagi rushing dengan anak. Anak pun bangun lewat tak breakfast kat rumah. Nampaknya start sekolah tadika tahun depan mami kena train diri mami untuk masak breakfast yang berkhasiat untuk anak mami. 

Asben pun memang jenis tak breakfast awal-awal pagi. Biasanya breakfast kul 10.00 pagi ke atas. Pastu japgi nak masak lunch pulak. Adoi. So sekarang jarang dah nak breakfast masak kat rumah. Biasanya makan kat kedai jer senang settle. Tapi tengahhari saya akan pastikan masak jugak kat rumah. Yelah. Hidup pjj macam ni lah. Weekend jela dapat spend time makan semeja ikat perut suami dan anak =)

Kadang-kadang letak kat instagram dengan #dapurizafiza. Nanti bosan-bosan bukak hashtag tengok gambar-gambar yang kita masak. Tu makin membuatkan kita selalu rajin dan semangat untuk sentiasa masak. Ceewahhh. Takpelah masak biasa-biasa pun. Deco pun biasa-biasa. Yang penting masak dari hati =)








Selamat menjamu mata. Jom follow ig saya @noorhafizahmusa


Sunday 18 August 2019

Resepi kek planta tanpa telur

Salam uollss..

Malam raya Aidiladha hari tu plan nak buat kek. Tapi lupa beli telur. So google la resepi kek tanpa telur. Ada pun. Ok lah rasa dia. Sebelum ni pernah buat kek planta ni tapi letak telur. So kita tempek resepi kat sini next time boleh try pulak yer.

Kek Planta tanpa telur.

(A)
1/2 cawan margerin/planta/butter
3 sudu besar susu pekat
1 cawan gula kastor (saya kurangkan sikit)
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan fresh milk (saya letak satu cawan air bancuh ngan 1/2 cawan susu tepung full cream)
1 sudu ovellete (ada yang tak letak. Tapi kebetulan ada stok so saya letak)

(B)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda

(C)
Pewarna yang disukai. Ada dua pewarna pun okey.

Cara-caranya:

Mula-mula ayak bahan A dalam satu bekas dan ketepikan dahulu.
Seterusnya dalam bekas lain, pukul butter dan gula kastor sehingga kembang. Lepas tu masukkan susu dan esen vanila. Akhir sekali masukkan susu pekat dan ovellete.

Kemudian baru masukkan campuran tepung tadi sikit demi sikit yer.

Bahagikan kepada beberapa adunan bergantung kepada color yang korang ada. Saya ada dua color jer. Tak suka tau color biru nasi kerabu tu. Haha. Apakan daya color itu je yang ada dengan color pink.

Lepas tu masukkan dalam loyang secara berselang seli. Corak tu sukati korang la nak lorek macam mana. Saya guna lidi pencungkil gigi tu untuk lorek. Loyang tu saya sapu planta sikit supaya tak melekat sangat.

Panaskan oven 5 minit. Lepastu bakar la kek tu. Saya bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 50 minit. Api atas bawah okeyy. 


Ni kali kedua pulak buat. Buat petang sebab plan nak bawak balik rumah mil malam tu. Yang ni saya olah sendiri je. Siap adunan tu bahagikan kepada dua bekas. Then campurkan dua sudu besar penuh serbuk coklat dalam salah satu adunan tu. Kebetulan stok serbuk coklat raya haritu masih ada. Pastu tengok ada pulak topping coklat sikit so saya curah je atas kek tu. Hahah. So rasa dia sedap lahhh. Siapa lagi nak puji kek sendiri. Muahahha. 


Selamat memcuba yer korang.

Thursday 15 August 2019

Big Bad Wolf di Terengganu

Salam uollss..

Lamanya saya tak terjah jualan pesta buku macam big bad wolf ni tau. Zaman belajar dulu suka la. Dan dari zaman sekolah suka membaca dan menulis. Ingat kalau ada lori jual buku tu datang mesti beli buku apa-apa. Masuk zaman university pun sama. Kaki library jugak. Dah kerja ni jarang lah nak baca buku. Duk baca masalah orang kat iiucm tu je.Tetap jugak membaca yer.


Kali ni bbw ni berlangsung kat Mydin Mall Gong Badak, Kuala Terengganu. Kebetulan library club buat program dengan student kita bawaklah skali anak-anak didik kita jalan-jalan tinjau buku art kat sana. 


Actually ni kali pertama saya jejakkan kaki ke bbw. Jarang kot dibuat kat Terengganu ni kan. Punya semangat parking jauh okey menapak jalan kaki sebab takut parking kat dalam Mydin tu penuh. Sebab bbw ni dibuat kat ruang legar area parking. Memang panas sikit la bawah tu. Tapi tak puas hati la. Masa kejap je. Sampai situ dah kul 4.45 petang. Dalam sejam je la pusing-pusing situ. Sebab kul 6 dah kena balik hantar student balik kolej semula. 


Mak-mak macam biasalah, beli buku untuk anak diutamakan selain diri sendiri. Nasib baik la sebelum sampai kaunter bayar tu berenti jugak meja english novel. Rembat la sebijik novel reward untuk diri sendiri. Harap saya baca dan habiskan la. Hehe. 


Nak cari buku motivasi pon tak sempat, buku agama, novel melayu. Arghhhh. Macam nak pegi lagi lah. Tapi kena pergi sorang-sorang baru senang nak lepak lama-lama situ. Kat area buku Art ni pun tak sempat belek habis.


Suka sangat anak mami dapat buku baru.


Okeylah. So korang macammana. Minat membaca tak. Jadikan membaca amalan kita kerana membaca amalan yang mulia. Ceewahh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...