Para Pengikut..

Sunday, 13 October 2019

Resepi nasi minyak gulai ayam.

Salam uollss..

Hari tu mak bagi beras basmathi. Mak cakap masak la nasi apa pun. Beras dari hari raya hari tu. So daripada tak masak apa-apa hari ni saya buat nasi minyak. Simpan sini resepi hasil google dan resepi kawan kat ig. Haha.


Resepi Nasi Minyak

Beras Basmathi 3 cup
 ( Sukatannya 3 cup beras = 3 cup setengah air + 1 cup susu cair)
Minyak masak setengah cawan
Margerin 1 1/2 sudu

Kayu manis 1 batang
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 7 biji
Bawang besar 1 biji -hiris
Bawang putih 4 ulas - ketuk
Halia 3 inci - ketuk
Daun pandan 4 helai - simpul
Garam 2 sudu kecil.

Masukkan minyak dalam kuali kemudian planta. Lepas tu tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau. Seterusnya masukkan bawang2, halia dan daun pandan. 

Masukkan air dan susu. Dah mendidih masukkan garam. Lepas tu tuang dalam rice cooker yang ada beras tu. Kacau-kacau sikit tekan on suis. Nanti dah masak cucuk tiga lubang guna chopstick. Masuk kan pewarna kuning. Biar kejap pastu gaul nasi tu. Tapi kalau tak suka pakai pewarna pun terpulang.

Resepi Gulai Ayam

Ayam dibasuh bersih
Santan
Kayu manis 1 batang
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 7 biji
*Bawang besar 1 biji
*Bawang putih 3 ulas
*Halia 2 inci
*Lengkuas 1 inci
Cili boh 4 sudu
Rempah gulai 2 sudu
Ubi kentang

Masukkan minyak, dah panas tu masukkan cili boh. Gaul sampai garing. Lepas tu masuk kan kayu manis, pelaga dan bunga lawang. Kemudian baru masukkan bahan-bahan bertanda * yang dah diblend dan rempah gulai. Rempah ni saya beli kat pasar siap dah. Bila dah naik bau masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul dulu kejap pastu barulah masuk santan dan air. Bila dah mendidih boleh masukkan garam, gula dan perasa.

Ok done. Resepi simple tapi sedap. Selamat mencuba.






6 comments:

  1. suka jugak dgn nasi minyak ni tapi kalau geng tak de..hilang mood nk buat..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan. Kita pon harap ada suami boleh lah geng. Kalo dia takde memang tak rajin lah nak masak.hehe.

      Delete
  2. nyummmsss i like nasi minyak ke nasi planta ke semuala i suka =D

    ReplyDelete
  3. saya peminat nasi minyak . tapi tak pernah buat nasi minyak sendiri, biasa beli je . Bile bujang nie nak buat nasi minyak , nasi ayam or aneka jenis nasi kena tunggu family datang atau ada tetamu . Baru la semangat tu datang .

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. kalau sesekali masak nasi minyak memang sedap makan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...