Para Pengikut..

Saturday, 31 August 2019

Merdeka!

Salam uollss..

Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-62. Semoga negara kita Malaysia tercinta terus aman makmur dan harmoni.

Friday, 23 August 2019

Giveaway-01 by Ematunz

Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.

Klik gambar dibawah untuk join:

Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat. 

Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.




Bloglist Wanted by Tiara Sapphire

Salam uollss..

Jom join😍

Klik je banner atas okey. Jom kita meriahkan bloglist Tiara Sapphire.

Thursday, 22 August 2019

#dapurizafiza

Salam uollss..

Hari tu pernah tengok posting kat group FB MAHN. Semua follow kan group ni kaum-kaum wanita sekalian. Kiki. Ada sorang mamat tu cakap "isteri yang baik adalah isteri yang bangun awal masak untuk suami" macam tu la lebih kurang statement dia. Sentap tau. Memang berduyun-duyun la kecaman dia dapat. Hahha. Saya akui memang jarang masak breakfast. Pagi-pagi rushing dengan anak. Anak pun bangun lewat tak breakfast kat rumah. Nampaknya start sekolah tadika tahun depan mami kena train diri mami untuk masak breakfast yang berkhasiat untuk anak mami. 

Asben pun memang jenis tak breakfast awal-awal pagi. Biasanya breakfast kul 10.00 pagi ke atas. Pastu japgi nak masak lunch pulak. Adoi. So sekarang jarang dah nak breakfast masak kat rumah. Biasanya makan kat kedai jer senang settle. Tapi tengahhari saya akan pastikan masak jugak kat rumah. Yelah. Hidup pjj macam ni lah. Weekend jela dapat spend time makan semeja ikat perut suami dan anak =)

Kadang-kadang letak kat instagram dengan #dapurizafiza. Nanti bosan-bosan bukak hashtag tengok gambar-gambar yang kita masak. Tu makin membuatkan kita selalu rajin dan semangat untuk sentiasa masak. Ceewahhh. Takpelah masak biasa-biasa pun. Deco pun biasa-biasa. Yang penting masak dari hati =)








Selamat menjamu mata. Jom follow ig saya @noorhafizahmusa


Sunday, 18 August 2019

Resepi kek planta tanpa telur

Salam uollss..

Malam raya Aidiladha hari tu plan nak buat kek. Tapi lupa beli telur. So google la resepi kek tanpa telur. Ada pun. Ok lah rasa dia. Sebelum ni pernah buat kek planta ni tapi letak telur. So kita tempek resepi kat sini next time boleh try pulak yer.

Kek Planta tanpa telur.

(A)
1/2 cawan margerin/planta/butter
3 sudu besar susu pekat
1 cawan gula kastor (saya kurangkan sikit)
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan fresh milk (saya letak satu cawan air bancuh ngan 1/2 cawan susu tepung full cream)
1 sudu ovellete (ada yang tak letak. Tapi kebetulan ada stok so saya letak)

(B)
1 1/5 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda

(C)
Pewarna yang disukai. Ada dua pewarna pun okey.

Cara-caranya:

Mula-mula ayak bahan A dalam satu bekas dan ketepikan dahulu.
Seterusnya dalam bekas lain, pukul butter dan gula kastor sehingga kembang. Lepas tu masukkan susu dan esen vanila. Akhir sekali masukkan susu pekat dan ovellete.

Kemudian baru masukkan campuran tepung tadi sikit demi sikit yer.

Bahagikan kepada beberapa adunan bergantung kepada color yang korang ada. Saya ada dua color jer. Tak suka tau color biru nasi kerabu tu. Haha. Apakan daya color itu je yang ada dengan color pink.

Lepas tu masukkan dalam loyang secara berselang seli. Corak tu sukati korang la nak lorek macam mana. Saya guna lidi pencungkil gigi tu untuk lorek. Loyang tu saya sapu planta sikit supaya tak meletak sangat.

Panaskan oven 5 minit. Lepastu bakar la kek tu. Saya bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 50 minit. Api atas bawah okeyy. 


Ni kali kedua pulak buat. Buat petang sebab plan nak bawak balik rumah mil malam tu. Yang ni saya olah sendiri je. Siap adunan tu bahagikan kepada dua bekas. Then campurkan dua sudu besar penuh serbuk coklat dalam salah satu adunan tu. Kebetulan stok serbuk coklat raya haritu masih ada. Pastu tengok ada pulak topping coklat sikit so saya curah je atas kek tu. Hahah. So rasa dia sedap lahhh. Siapa lagi nak puji kek sendiri. Muahahha. 


Selamat memcuba yer korang.

Thursday, 15 August 2019

Big Bad Wolf di Terengganu

Salam uollss..

Lamanya saya tak terjah jualan pesta buku macam big bad wolf ni tau. Zaman belajar dulu suka la. Dan dari zaman sekolah suka membaca dan menulis. Ingat kalau ada lori jual buku tu datang mesti beli buku apa-apa. Masuk zaman university pun sama. Kaki library jugak. Dah kerja ni jarang lah nak baca buku. Duk baca masalah orang kat iiucm tu je.Tetap jugak membaca yer.


Kali ni bbw ni berlangsung kat Mydin Mall Gong Badak, Kuala Terengganu. Kebetulan library club buat program dengan student kita bawaklah skali anak-anak didik kita jalan-jalan tinjau buku art kat sana. 


Actually ni kali pertama saya jejakkan kaki ke bbw. Jarang kot dibuat kat Terengganu ni kan. Punya semangat parking jauh okey menapak jalan kaki sebab takut parking kat dalam Mydin tu penuh. Sebab bbw ni dibuat kat ruang legar area parking. Memang panas sikit la bawah tu. Tapi tak puas hati la. Masa kejap je. Sampai situ dah kul 4.45 petang. Dalam sejam je la pusing-pusing situ. Sebab kul 6 dah kena balik hantar student balik kolej semula. 


Mak-mak macam biasalah, beli buku untuk anak diutamakan selain diri sendiri. Nasib baik la sebelum sampai kaunter bayar tu berenti jugak meja english novel. Rembat la sebijik novel reward untuk diri sendiri. Harap saya baca dan habiskan la. Hehe. 


Nak cari buku motivasi pon tak sempat, buku agama, novel melayu. Arghhhh. Macam nak pegi lagi lah. Tapi kena pergi sorang-sorang baru senang nak lepak lama-lama situ. Kat area buku Art ni pun tak sempat belek habis.


Suka sangat anak mami dapat buku baru.


Okeylah. So korang macammana. Minat membaca tak. Jadikan membaca amalan kita kerana membaca amalan yang mulia. Ceewahh.

Thursday, 8 August 2019

Review Megadrama Sweet Dreams lakonan Mira Filzah dan Ben Amir

Salam uollss..

Korang siapa follow Megadrama Sweet Dreams kat Astro Ria. Saya ni jarang tengok drama tau. Lately ada masa free sikit bukak la tv. Baru 3 episod. Episod pertama pun dah berjaya buat saya tersenyum simpul. Drama arahan Micheal Ang ni sebenarnya adaptasi Novel karya Acik Lana. Yang paling menarik saya untuk tengok drama ni sebab Mira Filzah dan rambut Ben Amir. Hahah. Semua orang duk puji sesuai rambut tu dengan muka Ben Amir. Drama ni kisah seorang gadis bisu yang kelam kabut nama Puteri. Dia tinggal dengan mak dia yang bukak kedai makan dan adik perempuan dia sekolah form 5. So hidup dia ni kira susah jugak la sebab mak dia selalu kena serang dengan gangster yang datang kutip hutang bapak dia berjudi. Jadi bila si Puteri ni kerja, banyak la dia tanggung bil-bil segala perbelanjaan rumah, mak dan adik dia. Geram pulak nengoknya. Adoi. nasib baik drama je. Hahah.


So kisahnya bila Puteri ni asyik ditimpa malang tapi selalu ada jejaka misteri tiba-tiba muncul datang selamatkan. Ada beberapa insidenla. So korang tengokla sendiri apa insiden tu. Macam mana hero boleh selamatkan Puteri?? Sebab dia akan sentiasa bermimpi Puteri akan kena tu, kena ni so on. Hero ni la lakonan Ben Amir rambut hensem tak boleh bawak bincang. Haha. Habis tu semua duk puji rambut dia. Saya tengok pon duk tenung rambut si Qash Adam ni jela.



Konflik?? Konflik mestilah wujud dalam sesebuah drama kan. Puteri bersahabat baik dengan Karl, lakonan oleh Sean Lee, seorang jejaka keturunan cina yang dalam diam cintakan Puteri dan berhajat untuk menyunting Puteri. Aduh babak antara Puteri dan Karl pun sweet sangat. Saya dah confuse nak jadi team siapa ni. 


Lagu tema dalam drama Sweet Dreams ni pun best tau. Salah satunya lagu I am Neeta tajuk Ilusi. Suka sangat suara Neeta neh. Selain tu sinematografi pon gempak-gempak la. Even dekat opis je pun.


Tak sabar nak tunggu setiap episod..cinta, misteri, mendebarkan, romantik, kelakar semua bersatu lah dalam drama ni.


Gambar dari instagram @mfmirafilzah dan @benamirr

Monday, 5 August 2019

Neelofa dalam iklan Oppo

Salam uollss..


So kisahnya anak teruna mami ni payah sangat tau nak bergambar. Nak suruh peace pon payah. Nak suruh senyum pon dapat sesaat je senyum tak sempat camera nak tangkap. Nak suruh ootd lagi la payah. Haha. Mami sebagai seorang photographer tak bertauliah memang stress la kalau anak tak bagi kerjasam tau. 

Malam tadi mami baru perasan kalau keluar iklan yang Neelofa dengan mobile phone Oppo tu terus dia terkaku depan tv. Adoi anak mami. Terkaku dengan kejelitaan Neelofa ke nak. Pastu bila part Neelofa tangkap gambar tu dan-dan dia senyum kat tv tu pastu duk peace-peace-peace banyak kali. Hahahahaha. Gelak guling-guling mami dibuatnya.

So mami nak kena makeup cantik macam Neelofa ke ni baru dia bagi kerjasama. Hahaha.

Saturday, 3 August 2019

Matchy-matchy jam pulak.

Salam uollss..


Matchy2 again n again. Asben la ni. Spesis suka nak pakai sama color dan design. Dari zaman kapel kalau nak beli apa2 mesti dia nok color same. Redha jelah memang  payah la nak dapat hadiah surpise sebab tiap kali nak beli apa2 mesti tanya pendapat kita design macam mana nak pilih, color ape. 

Tangan kecik tu tak payah la nyibuk nak pakai jam. Haha. Pakai kejap je pastu bukak campak merata2 jam tu. Nasib baik papa beli cap kedai eco je utk dia tadi😅

Tq again asben. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...