Para Pengikut..

Thursday 15 August 2019

Big Bad Wolf di Terengganu

Salam uollss..

Lamanya saya tak terjah jualan pesta buku macam big bad wolf ni tau. Zaman belajar dulu suka la. Dan dari zaman sekolah suka membaca dan menulis. Ingat kalau ada lori jual buku tu datang mesti beli buku apa-apa. Masuk zaman university pun sama. Kaki library jugak. Dah kerja ni jarang lah nak baca buku. Duk baca masalah orang kat iiucm tu je.Tetap jugak membaca yer.


Kali ni bbw ni berlangsung kat Mydin Mall Gong Badak, Kuala Terengganu. Kebetulan library club buat program dengan student kita bawaklah skali anak-anak didik kita jalan-jalan tinjau buku art kat sana. 


Actually ni kali pertama saya jejakkan kaki ke bbw. Jarang kot dibuat kat Terengganu ni kan. Punya semangat parking jauh okey menapak jalan kaki sebab takut parking kat dalam Mydin tu penuh. Sebab bbw ni dibuat kat ruang legar area parking. Memang panas sikit la bawah tu. Tapi tak puas hati la. Masa kejap je. Sampai situ dah kul 4.45 petang. Dalam sejam je la pusing-pusing situ. Sebab kul 6 dah kena balik hantar student balik kolej semula. 


Mak-mak macam biasalah, beli buku untuk anak diutamakan selain diri sendiri. Nasib baik la sebelum sampai kaunter bayar tu berenti jugak meja english novel. Rembat la sebijik novel reward untuk diri sendiri. Harap saya baca dan habiskan la. Hehe. 


Nak cari buku motivasi pon tak sempat, buku agama, novel melayu. Arghhhh. Macam nak pegi lagi lah. Tapi kena pergi sorang-sorang baru senang nak lepak lama-lama situ. Kat area buku Art ni pun tak sempat belek habis.


Suka sangat anak mami dapat buku baru.


Okeylah. So korang macammana. Minat membaca tak. Jadikan membaca amalan kita kerana membaca amalan yang mulia. Ceewahh.

1 comment:

  1. wah bestnye pergi pesta buku big bad wolf.Nuna pun memang book hunter,pantang Nampak buku ada discount mesti beli byk2.Salam perkenalan dari nuna.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...