Para Pengikut..

Friday 30 April 2010

siapa JODOH anda?

Wah!tibe-tibe entri saya kali ni pasal JODOH..


Adakah kerana saya rasa jodoh saya dah sampai? Haha. (boleh gelak lagi ni). Kenapa tiba-tiba malam ni terpikir pasal jodoh pulak. Jodoh kan dah ditentukan oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui. Tapi kita kena jugak mencari. Kalau tak cari macam ne jodoh nak datang. Boleh ke dia datang sendiri? Hmm..saya sebenarnya pelik tengok banyak da status kawan-kawan di Fb. Ada yang dah kawin, dalam proses melahirkan cahayamata, ada yang bergelar tunangan orang. Owhh.. Baru saya sedar. rupanya saya dah 24. (Ingatkan baru 21 tahun.hehe.) Kakak pertama saya kawin masa umur 18. Umurnya 19 sudah dapat sorang cahayamata. Kakak kedua pulak kawin masa umur 23. Dan jika saya berada di tempat dia sekarang saya sudah mempunyai sorang cahayamata. Nasib baik emak tak pernah persoalkan pasal ni. haha. Saya betul-betul tiada kekosongan dalam ruang fikiran untuk fikirkan tentang ini. Biarlah Tuhan tentukan. Saya banyak dengar pengalaman tentang jodoh ni..


Pertamanya cerita sorang kawan ini. Beliau kapel 5tahun dengan si A. Tapi kerana tiada jodoh akhirnya kahwin dengan si B pilihan ibu bapa dan bahagia sampai sekarang dengan cahayamata2 yang cumel2. Saya doakan beliau tabah hadapi dugaan hidup dan terus bahagia ke akhir hayat mereka.


Lain pula cerita teman kedua ini, bercinta 2 tahun akhirnya kahwin atas dasar suka sama suka. Hidup bahagia dikurniakan cahayamata2. Selepas 8 tahun akhirnya cinta si suami terbahagi dua. Insan asing hadir dalam hidup mereka. Dan kerana tak sanggup berkongsi kasih, si isteri mengundur diri. Hmm. Mungkin tiada jodoh mereka. Juga saya doakan semoga beliau mendapat jodoh lain yang terbaik untuk beliau.


Lagi cerita kawan terdekat saya, yang ni sedikit menyentuh hati sensitif saya. Dia pernah kapel dengan A. Laki ni sangat baik, hormat orang tua, solat tak tinggal dan macam-macam nilai murni lain ada pada A. Dua tahun jugak mereka bercinta. Dan si gadis ni betul-betul dah yakin kekasih hati merupakan jodoh terbaik untuknya. Tapi kerana tiada jodoh jugak mereka terpisah. Dipisahkan kerana mendapat tentangan keluarga si gadis. Cuba melupakan A, akhirnya si gadis menurut kemahuan keluarga dikahwinkan dengan pemuda pilihan ibu bapanya B. Namun mungkin tiada juga jodohnya dengan B. Anak sulungnya enam bulan dalam kandungan B meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Adakah jodohnya sudah mati? Adakah tiada jodoh untuknya selama-lamanya seperti pemergian B yang tak kan kembali? Yang pastinya dia menemui cinta baru yang kekal bahagia sehingga sekarang. Sudah jodoh dia kan.


OK!


Jadi tak semestinya anda yang sedang bercinta bagai nak rak, jiwa raga diserahkan akan berjodohan dengan kekasih hati anda itu. Kerana jodoh kita Dia Yang Maha Kuasa tentukan. Mungkin juga anda akan temui jodoh dengan Secret Admirer anda masa sekolah rendah dulu. Mungkin juga dengan awek yang pinjamkan anda gam kat pejabat pos tengah hari tadi. Atau mungkin stranger yang penah duk sebelah anda dalam bas. Yang anda mengutuk dia kerana tak beri ruang sorang penumpang mengandung yang berdiri. Atau sesiapa saja la. Dan mungkin kalau jodoh anda sangat kental. Kekasih hati anda yang sudah lima tahun sama-sama menyulam cinta menjadi jodoh anda sampai akhir hayat anda..Insya Allah. =D

Saturday 24 April 2010

JUMAAT hari HIJAU

Jumaat sungguh indah. Pertamanya sudah tentu OFFDAY. Jadi boleh rehat puas-puas. Boleh makan sepuas-puasnya dengan senang hati. Boleh kemas dapur sambil dengar radio kuat-kuat. Boleh sembang-sembang dengan mak dan akak lama-lama tanpa rasa bosan. Dan yang paling penting boleh hirup udara segar dalam suasana hijau keliling rumah. Alhamdulillah..=)
















P/S : baru perasan rupanya buah-buahan dah mula berbunga n berputik..=)

Wednesday 21 April 2010

Lapar Lapar

Tajuk entri merupakan nama kedai selera saya kali ini. Lapar Lapar Kopitiam..

So, tempat makan untuk lunch hari ini ialah Lapar Lapar Kopitiam. Terletak di Kuala Ibai. Dalam perkarangan Noor Arfa Batik. Tak perlu saya petakan di mana kerana saya kurang menghafal jalan-jalan sepanjang perjalanan tadi. Haha. Yang penting anda perlu masuk melalui pintu pagar Noor Arfa Batik. Mula-mula menjejakkan tayar kereta saya sudah mula terkedu melihat permandangan yang sangat cantik. Kopitiam ini terletak dibibir sungai dengan suasana yang sangat tenang lagi mendamaikan di bawah redupan pokok bakau digigi air. Sangat menarik! Setiap pondok dinamakan dengan nama pulau di Terengganu. Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Duyung dan lain-lain. Air sungai bawah pondok pula sangat jernih dan ada ikan berenang-benang.(rasa entri ini dah jadi macam sajak da)
OK!
Itu pujian melangit untuk dekorasi. Kita tunggu dan rasa masakannya pula. 

Fresh Orange
Tea O Ais Limau
Nasi Putih
Tom Yam Seafood
Telur Dadar

OK! Makanan disini dikategorikan sederhana. Tapi tom yam itu sedap. Pekat n pedas. Cuma saya tak suka fresh orange yang ada 'hampas' orange di dalamnya. Sangat cerewet seorang saya! Dan kesemua makanan yang menjadi santapan hari ini berjumlah RM20.50. Mungkin agak mahal dibandingkan kedai-kedai lain. Tapi berbaloi la dengan layanan mesra alam dan suasana yang menarik itu. So, siapa yang nak amik gambar menarik berlatarbelakangkan sungai boleh berkunjung ke Lapar Lapar Kopitiam. Promote lagi...=)







Tuesday 20 April 2010

dia ISTIMEWA

Rasanya dah duatiga kali saya nampak dia.
Dia naik bus dengan mak dia.
Tak!mungkin nenek dia.
Dia pernah duk sebelah saya dalam bus.
Tapi masa tu saya masih tak menyedari dia.
Kerana pandang ke luar tingkap all da times.
Tapi tadi saya nampak dia
dan dia sangat comey.
Serius!
Pertama kali saya nampak seseorang yang buat saya rasa sangat tenang.
Dia memang hidup dalam dunia dia sendiri.
Tapi kehadiran dia betul-betul membuatkan perasaan penyayang terhadap dia berputik.
Terasa dekat dengan dia.
Bila bus berhenti untuk turunkan dia dan mak atau mungkin nenek dia
dia pandang saya.
Saya senyum.
Dia balas senyum
dan saya rasa sangat lega.
Ah!
Saya rasa seperti mahu hadiahkan dia coklat..
=)

p/s : peliknya perasaan saya tika itu..

Friday 16 April 2010

Tempat makan best!!

Saje bagi tajuk entri sebegitu rupa. Nak menunjukkan entri ini penting untuk orang yang suka makan. Haha..

Tepat jam 1230 pm. Perut sudah mula berdendang irama rock. Kelas lagi setengah jam bersurai. Tiba-tiba hp saya yang sedia rosak bergetar. Panggilan dari one of my fwen. En. Kay.

'Sori hp rosak. Tak dengar suara orang yg cal. Sila msj sja'
'Bz?wanna lunch 2gether?'
'Oh! sowi. Klas habis kul 1'
'Ok. Kul 1 sy jemput'

Adus dia ni bukannya nak minta jawapan saya setuju atau tidak. Ok! Ini adalah perintah kena ikut. Tepat jam 1pm. Lepas kelas bersurai, terus bergegas turun tangga, lintas jalan, hantar kunci dan naik tangga pula untuk tukar kasut. Takkan nak keluar lunch dengan kasut bertutup high heel ini. Owh! sangat skema ok. Sedang panjat tangga, En. Kay msj..

'Dah Sampai'

Adoi! Dia nie memang janji orang Jepun. Sangat punctual. So, hari ni mahu makan di mana pulak yer? Asyik-asyik saya yang kena pilih tempat makan. Sampai kehabisan idea mahu makan di mana.

'Pantai Batu Buruk la. Sana banyak kedai. Pilih jer mana yang berkenan'

Yer! Pilihan yang tepat barangkali. Dan tiba-tiba En. Kay terpandang restoren di seberang jalan.

'Jom Tukar selera'

Saya menurut saja. Al maklumlah perut betul-betul sudah kosong wajib diisi. Ok! Ini 1st time kami berkunjung ke restoren ini. sepanjang kami makan kat area Pantai Batu Buruk. Sekarang saya mahu promote restoren anda yer.

RESTOREN NIL
Nampak dari luar suram jer.
Tak la ramai sangat pelanggan berkunjung selera.
 Tapi saya pernah tengok hujung minggu ramai jugak pelanggan.
Dan ada kawan saya pernah cakap masakan dia best
Dan restoren ini anda boleh rasa dua keadaan.
Makan sambil diulit angin pantai
Atau makan kat bahagian yang agak privacy dan ada aircond
 (err...aircondnyer xsejuk sangat. Maaf berterus terang).

Dan bila diminta untuk memutuskan menu yang mahu dipilih hari ini...Errr...Saya sudah blur kerana terlalu lapar. Sila En. Kay buat keputusan. Mamat ni memang kuat makan (errr..gurau saja). Tak sampai setengah saat dia sudah terbayang mahu makan apa.

-Fresh Orange
-Nasi Putih
-Sup Daging (Bcoz En. Kay tak pernah makan ayam seumur hidup beliau. Sangat pelik!)
-Telur Dadar
-Kangkung Goreng Belacan (Request by me)
-Sambal Belacan dan Ulam Timun (Yang ni tak mintak..tapi memang disediakan)

Ok! sudah kenyang. Sangat kenyang sebenarnya. Cuma mahu komen sangat SEDAP. Dari Fresh Orange (yang sangat fresh) sampaila kangkung goreng belacan. SEDAP! Cuma sambal belacan mungkin terlebih cuka (pandai pulak saya komen lebih-lebih). Yang paling sedap adalah sup daging. Bertambah sedap bagi seorang saya kerana ia sangat pedas dan saya suka pedas. Harga kesemua makanan RM17 sahaja. Kira berbaloi la kan En. Kay.

P/S: Daripada 5 bintang saya bagi 4.5 bintang. En. Kay pula hanya bagi 1.5 bintang kerana beliau marah terpaksa tunggu 20minit untuk makanan sampai. lalala..

Tuesday 13 April 2010

Ikhlaskah kamu??? --> jawab dalam hati saja..

Entri ini tiada kaitan dengan siapapun TITIK!

Kita sering tunjuk perasaan andai diberi tugasan-tugasan diluar kotak pemikiran. Atau di luar bidang kita. KAN?? Dan keluarlah dialog-dialog berikut.

'Eiii bosannya!!Asyik-asyik aku kena. Apa dah takde orang lain ke dalam opis neh?'

atau..

'Sakit hati betul dengan bos ni. Tak kira! Aku tak nak buat kerja ni. Apa nak jadi jadila"

Itu mungkin dialog-dialog yang diungkapkan mungkin kepada office mate atau mungkin membebel sorang-sorang. Tanpa kita sedar tugasan-tugasan yang diberikan sebenarnya ada nilai positif tersendiri even ia diluar bidang kita. Dan kalau difikir dari sudut positif, ganjaran yang diperoleh juga dalam bentuk positif. KAN??( sangat bersemiotik motivasi ini).

Okey. Jom sama-sama kita bayangkan..

SITUASI 1:

'Anda seorang lelaki. Bekerja sebagai penghantar surat terhormat. Spesifikasi tugas anda hanya kutip surat, hantar surat dan apa-apa yang berkaitan dengan surat menyurat. Dan suatu petang yang panas hangat, anda terpaksa rela balik lewat untuk mengganti tugas pak guard ditempat kerja anda untuk 1jam. Huh! Padan muka anda. Dan bila dah tamat tugas di luar bidang anda itu, tiba-tiba bos suruh anda sediakan tea o panas untuk dia dan tiga orang kawannya. Nah! Ini betul-betul diluar bidang kerjaya anda dan diluar bidang jantina anda. Dengan maksud lain hanya perempuan lakukan kerja-kerja sebegitu. Mesti anda mengamuk sakan.

'Hey! apa kau ingat aku ni perempuan ke nak buat kerja-kerja tu sume!!'

 Tapi mungkin tersekat dikerongkong je. Tak terluah kerana takut bos terus tendang anda dari senarai stafnye. Masa ni la keupayaan anda berfikir secara positif dan bertindak rasional diperlukan. Mungkin daripada dialog berpuaka tadi cuba tukarkan kepada dialog lain.

 'Terima kasih bos kerana mendidik saya menjadi seorang ayah yang mithali...' anda sangat poyo sebenarnya.

OK!

Tapi itu semua bergantung pada diri kita. Yang penting bila dapat kerja di luar bidang kerja kita, cuba fikir positif supaya ganjaran yang diperoleh dalam bentuk positif (ulang ayat atas). Dan bila kita buat kerja dengan ikhlas tentu kita tak kan tertekan dengan kerja tersebut.

P/S: Kalau awal-awal tak ikhlas untuk buat, mengaku saja supaya kerja tu tak beri tekanan pada kita dan orang sekeliling.

Saturday 10 April 2010

Hadiah untuk diri sendiri

Erp..apesal title atas tu macam title citer sinchan jer r??lantak..

Saya gembira hari ni. Sangat sebenarnya!!!

Pertama bila mau pergi opis, tunggu cab 3 minit suda muncul. Ini adalah permulaan rasa gembira. Kunun bersemangat mau ke opis (bukan kunun..memang betul2). Sampai opis rasa lapar la pulak. Mahu turun beli something to eat tapi malas yang amat. Rela biarkan perut berdendang irama rock. Tiba-tiba teringat sesuatu. Yesz!! Ketua department (KD) kami sudah announced mahu masak sesuatu. Terima Kasih KD masak untuk kami. Nasi minyak ayam goreng. Nyummy!! Sedap sehingga saya tambah 2x. Mengalahkan tuan rumah u. Kepada KD..lain hari masakla lagi. Terima Kasih..heee..=)

Kemudian jam 10 Family Club(FC) anjurkan pertandingan masak-memasak. Masak sandwich. Owhh!! tak bleh sebut masak coz tiada dapur gas disediakan. BUAT SANDWICH!! Dengan gaya yang amat  merumitkan. Adoi!! At da end..Dapat towel bersulam 'FIZAH' untuk hadiah meningkat usia. Sangat excited kerana dapat warna pink. mungkin kalau dapat warna hijau terus terguling2 keriangan.

Dan petangnya lagi satu perkara buat saya gembira. Sangat bangga menjadi seorang izaFiza (ikhlas bukan mahu meriak). Syukur dan Terima Kasih pada Tuhan kerana makbulkan doa daku. Owhh!! Saya perlu hadiahkan sesuatu pada diri sendiri atas kejayaan ini. Nah!! Terimalah Sundae Chocolate ini sebagai ganjaran. (Makan icecream lepas keletihan berjalan tengah panas = Sangat menyenangkan hati)

 Tahniah pada diri sendiri..=D

Lagenda Budak Setan

Dah banyak orang bercakap pasal Lagenda Budak Setan ni. Filem yang bakal ditayangkan adaptasi novel yang pernah 'berhantu' satu masa dulu. Lagenda Budak Setan nukilan penulis terkenal Ahadiat Akashah. Haha.. Ingat lagi zaman sekolah rendah akak saya bace novel Budak Setan I, dan ade pulak sambungan II n III. Saya pun juin jugak bace. Konon-konon berhobikan suka membaca la tika itu. Hee. Masuk sekolah menengah novel-novel tu dilagendakan. Dan abang saya pulak yang beli. Seronok bace. Eh! tipu..Sedih sebenarnya. Then kuar pulak Katerina. Owhh!! Lagi excited mahu baca. Bukan Budak Setan je saya suka baca. Banyak lagi novel beliau saya baca. Sangat tertarik dengan jalan cerita setiap novel beliau. Balak Blues, Matilda, Sekuntum bunga Sekeping kad Seraut cinta (yang masih ingat). Dan bila dapat tahu Lagenda Budak Setan bakal difilemkan saya sangat teruja. Trailernye saja sudah menyentuh hati sensitif saya. (sila google Utube). Dan saya rasa Farid Kamil dan Lisa Surihani sangat sesuai membawakan watak Kasyah dan Ayu. Saya Sokong!!! Cepatla citer ini keluar. Suda tidak sabar mahu menontonnya..=D

''Hold me now, touch me now
I don't want to live without you''

Sunday 4 April 2010

Hadiah dari Hati

Seronok sungguh!! Balik kerja tup2 dapat bungkusan. Ingatkan ia hanya CDs yang saya kirimkan ARNAMEE burn.. Tapi rupanya lebih dari itu. Yang pasti ia terkandung sekeping kad belated day yang cute jugak sebuah buku yang sudah lama saya idamkan untuk memiliki. DON'T BE SAD  Terima kasih tak terhingga pada Arnamee.. Even dah lama tarikh saya meningkat usia berlalu beliau masih sudi mengirimkan Hadiah dari Hati.. Luv u ARNAMEE..

Thursday 1 April 2010

E.M.O

Maaf. Entri kali ini terkandung sedikit kata-kata penuh emosi.






Hujan diluar sedang lebat. Dan aku xboleh lelapkan mata. Seharusnya time macam ni paling menyeronokkan untuk berdengkur. Entah! Aku rasa sedih. Tak tahu untuk apa dan kerana siapa. Tapi aku memang sedih. Sampaikan aku tergamak sakitkan hati dua teman baik yang aku sayang dengan ayat-ayat pedih. Tak tahu atas tujuan apa. Tiada motif yang konkrit. Letih? Penat? Sakit hati? Fikiran bercelaru? Sangat tiada kaitan! Yang pastinya aku perlukan sesuatu untuk hilangkan rasa gundah ini. Ubat yang mujarab. TEARS..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...