Para Pengikut..

Showing posts with label Makan dTerengganu. Show all posts
Showing posts with label Makan dTerengganu. Show all posts

Sunday, 30 August 2015

Review Restoren Selera D'Sungai, Merchang,Terengganu

Salam uolls..
 
Malam tadi odw balik Dungun asben ajak singgah makan kat kedai atas sungai. Lama dah nak bawak mek dia  makan sini katanya. Hehehe. Biasanya lalu kat jambatan sorang-sorang mesti ternampak kedai tu dari jambatan. Nampak menarik la pulak dia cakap kan. Saya pun tak perasan sangat kewujudan kedai ni. Yela dia yang duk ulang alik every weekend mestilah perasan. Yang lampu belakang tu lampu jalan atas jambatan. Jambatan Merchang kot.
 
 
Masa kitorang sampai tak ramai lagi orang. So, atas sungai ni sunyi sepi je. Then ramai la pulak turn cini, 2-3 famili turun makan kat sini. Barulah crowded skit.
 
 
Asben minum barli. Cute je gelas dia.

 
Ai order neslo ais. Malam-malam pon minum ais.

 
Asben makan nasi goreng special. Yang specialnya nasi ada tiga jenis/warna/rasa berbeza. Ada ayam, udang dan sotong celup tepung.

 
Saya mula-mula nak order mee goreng mamak. Then asben cakap 'makan kat kedai special gini nak order mee goreng mamak je ke' hehehe..eh, ai mengidam okeyyy. Tapi teringat pulak makanan peberet kita nasi goreng + sotong goreng kunyit. Ok. Yang mengidam tadi kensell.

 
Scary jugak tengah-tengah syok makan tiba-tiba air sungai berbuih-buih. Tak taula ikan ke, kura-kura ke. Tunggu-tunggu takde haiwan muncul pon melompat. Nak ambik gambar surrounding sungai tu gelap la pulak. Camera hp pon tak clear.

Weolls konon-konon eksited la makan dikelilingi sungai, romentik konon. Lepas makan air tak habis pun lagi masing-masing dah mula rasa pening. Maklumlah sorang je berjalan terus lantai beralun-alun. Kebetulan ramai pulak customer keluar masuk turun naik. Beralun-alun dah rasa macam atas bot. Cepat-cepat bayar naik ke darat. Kang tak pasal-pasal mabuk sungai. Asben tu dahla mabuk laut. Kahkah.
 
Kedai ni ada atas daratan. Then dia buat jeti boleh turun ke bawah. Eh, saya pon tak perasan sebenarnya kedai tu yang sama ke kedai berbeza. haha. Nak review pon pening. Takpe nanti kita try singgah siang plak tengok macam mana. 
 
p/s : Mekasih asben,konon nak meraikan kegembiraan hari semalam kan. Pening yang dapat.haha.

Wednesday, 8 July 2015

Iftar di Warung Norazila, Kuala Ibai.

Salam uollsss...
Semalam bukak puasa dengan geng-geng Penang. Ceewahh.. dan-dan dapat nama geng-geng Penang. Ni sebenarnya yang kitorang pegi trip ke Penang dulu. Saja la mengimbau kenangan balik. So kita bukak puasa ramai-ramai. Siap tubuh group wassap khas untuk decide sape nak join, kat mana nak iftarnya. Macam-macam kedai yang dicadangkan. Ada yang jauh dari rumah lah. Ada yang mahal sangat lah. Kita ambik budjet yang sederhana aja okeyyy. So jumpa Warung Norazila. Pernah makan jugak sini dulu. Pagi tu terus call order. Nasib baik tak full.

Kami order tiga set. Agak berbaloi la. Takdelah mahal sangat pon. Saya tak rasa pulak agar-agar tu. Sedap ke ha. Dah kenyang sangat makan nasi.


Macam-macam lauk..
Tom yam
Kailan ikan masin
Telur dadar
Ayam percik
Ikan siakap masak tiga rasa
Kari daging
Daging masak merah
Sambal belacan, ulam timun
Tiga jenis air (sunquick, sirap dan bandung)
Kurma
Dessert






Ni yang paling berselera sekali. Air bandung!!sedap sangat. Cukup dengan rasa susu nya. Adoi. Kang dah terliur tengok balik neh.


Alhamdulillah. Kenyang sangat. Terima kasih semua yang join. Even dah habis belajar masih boleh luangkan masa bersama kekawan. Next time ada masa kita makan-makan lagi yerppp.


Tuesday, 3 March 2015

Melantak chicken chop di Restoren Cakna, Dungun

Salam uollss..
 
Ni stok basi punya cerita lah. Nak release tensen skit jom menaip lah kan sementara tunggu balik neh. Weekend yang lepas-lepas. Biasalah weolls asal malam je jadi burung hantu lah cari makan. Dah bosan duk repeat kedai yang sama tak tahu nak ke kedai mana singgah lah Restoren Cakna ni. Memang lalu sokmo lah. Sebab restoren ni betul-betul tepi jalan pesisir pantai tu. Tapi tak pernah singgah pon. So apa kata kita try makanan sini ok tak. Yang penting dekorasi kedai klasik sangat. Malap je. Romantik lah makan bercahayakan lampu malap-malap macam neh. Kikiki. nak ambik gambo je gelap semacam je so takde sangat gambo surrounding.
 
Apa kata kita buh gambar syok sendiri dulu. hehe. Ni nak test lighting sebenornya. Keluarkan camera sederhana godang kita.
 
 
Asben sakit gigi. Eh, eh tiba-tiba dia cakap jom makan chicken chop lah. Nyummmmm. Sedapnya.
 
Muka orang sakit gigi. Kesian sangat.
 
Senyum lah sikit kan. Kena paksa bergambo. Kiki.
 

Eh, lebar pulak senyumnya.
 
Cikenchop dah sampai. Jom kita menternak lemak. Weehuuu..



 
Pasni jangan mengadu gigi awak bertambah sakit yer.
 
Harga oklah. Takdelah mahal sangat pon.
Rasa pon not bad. 4 markah out of 5.
 
Tq asben!!



Sunday, 25 May 2014

Review : Nasi kukus sedap di Kerteh, Terengganu

Salam uollss..


Wahh..rajin pulek aiolls nak review hari neh. Hehe. Actually hari Jumaat petang yang lepas kita keluar ngan asben. Jarang sangat dapat berdua ngan dia siang hari. Bosan sangat kot. Biasa dia ada jer aktiviti lain, kita hang out ngan mak mertua dan adik-adik ipar jer pon. Huhu.

Keluar pon tak tau nak pegi mana. Pusing kat pantai pusing kat taman then decide nak makan. Perut dah berdondang sayang neh. Masa tu dah jam 4.00 petang kot. Sebab breakfast lewat tadi tak makan la lunch. Tetiba asben cakap "Jom pegi makan nasi kukus". Yeayyyy. Aiolls suka sangat nasi kukus tau. Tambah-tambah kalau kuah pekat. Syoknya makan.

Dari Dungun terjah ke Kerteh semata-mata nak makan nasi kukus. Takde lah jauh sangat pon kan. Dalam 15 minit jer pon. Kedai ni asben jugak yang kenalkan pada saya. Dulu masa kapel kalau pegi dating sampai ke Mesra Mall kitorang mesti singgah makan nasi kukus Kerteh ni. Even harga agaklah mahal tapi sebab rasa dia yang sedap kaww tu apa ada kesah kan. Asben plak memang suka benor makan ayam goreng.

Okeyy. Meh nak bagi peta lokasi eh. Kedai ni dekat dengan MCD Kerteh. Kalau dari Dungun jumpa traffic light sebelum MCD Kerteh tu kena U-Turn.

MCD (dalam bulatan) dah nampak dari jauh kan. So, sesiap la masuk line kanan untuk u-turn. kehkeh. Pon nak bagitau kan.

Sementara lampu nak bertukar hijau tu bolehlah kita selfie barang sekeping-dua. haha. Mekasih lighting yang terlampau cerah menjadikan muka iollss bercahaya gitewwww. Muahahah.


Lepas u-turn tu takdelah jauh sangat pun. Dalam 200 - 300 m macam tu je kot. Kedai ni takde signboard pon. Pastu bukan tepi jalan sangat. Dulu saya parking kat sebelah kedai tu jer. Tengok hari tu sebelah tu ada construction nak buat apa entah. So parking depan kedai je lah.

Sebelah kanan seberang jalan akan nampak masjid kubah biru. Eh, tak perasan pulak apa nama masjid. Sapa tau bagitau okey.

Kedai ni betul-betul bertentangan dengan masjid.

Harap maklum gambar dari dalam kereta. Hewhew. Itulah kedainya. Lama tak terjah kan. Pagar dah cat baru. Dulu macam ada je signboard. Now dah buang eh. Ke dah tukar owner. Entah. Yang pasti rasa masih sedap macam dulu.


Sedapnya sedapnya sedapnya.


Ayam pon besar-besar gedabak. Siap makan ngan nasi makan cicah ngan sos cili pulak. Suka sangat la en.beliau dia kan hantu ayam.


Minum tea o panas baru lah kena dengan nasi kukus.


En.beliau dah ada kegemaran baru. Sekarang jarang dah minum nescafe panas. Selalu order tea o limau panas. Wahhh. Nak kempiskan perut nampak. Tercabar ai neh. Muahaha.


 Harga bagi TEA O + TEA O LIMAU + NASI KUKUS 2 SET = RM18.00

So, macam mana. Ok ke harga tu korang??

Okeyy. Tu jer review aiolls. Hope membantu korang yang datang Terengganu nak cari makan best. Plus kedai ni pun bukak hari Jumaat.



Wednesday, 15 January 2014

Weekend bersama bff ~~Terlajak mengimbau kenangan zaman uni jugak =)

Salam uollss..

Macam biasalah, blog izahafizah sentiasa ada cerita basi kan. Hakhak.  Weekend lepas my bff datang Ganu untuk attend wedding our ex-classmate zaman uni dulu si Mes. Macam biasalah yang datang As dan Ani. Ani duk dekat jer boleh lah nak hang out sekali sekala. Tupun jarang jumpa kan Ani. Asma pulak jauh dari kuantan naik bas datang. Terharu sangat. Masa wedding aiolls pon dia datang. Eh, pendek kata As memang akan datang la wedding-wedding neh. Hehee.

Masa uni dulu kitorang satu geng ni gelarkan grup kitorang Noname. Masa uni kan selalu pegi shoot untuk esemen. Kemana-mana bersama. Alhamdulillah jumpa korang masa uni banyak sangat kenangan best masa uni untuk diingati. Hikk. Tetiba rindu yang lain...Anem, Ayu, Erin dan opkos my rumet Ros. Bila ntah dapat hang out sama-sama kan.

Eh, grup kitorang ada gak laki tiga orang - Fik, Dato ngan Mes.

Okey..nanti sambung mengimbau kenangan.

***

As tido kat rumah saya. Weekend tu sengaja bagitahu hubby jangan balik minggu ni tau, sebab nak ajak kawan datang tido rumah. Hehe. Mekasih hubby. Sebab dia pon selalu nak ada masa mengeteh dengan kawan-kawan, jadi dia akan bagi saya masa dan ruang untuk date ngan my bff. Hehehe. Ai luv u hubby. Eh, tetiba nak romentik kat sini apekess.

Ani bawak kitorang makan kat Tappers.
 Dapdapdap.

Sangat cantik deco kat sini. Suka sangat. Makanan pon kira okey la. Boleh tahan la. Suasana selesa, boleh lepak lama-lama.

Ani dah macam cikgu dah. Eh, lupa memang cikgu. Kikiki. Order kena tulis sendiri.

As membuat pilihan.

Tappers ni dekat Kampung Cina. Dulu macam konfius gak nak masuk sebab nampak ramai orang cina makan. Rupanya chef semua melayu =)






Cantik kan-cantik kan. Suka tau pasu kecik-kecik macam tu.

Air sedap sangat.

Ni pilihan As. Saya try jugak ayam tu, boleh tahan la.

Eh, ni sebelum makanan sampai.



Makan kenyang-kenyang. Lama jugak kitorang lepak situ. Puas bergosip dah.

Pastu keluar pusing-pusing. Hujan lebat sangat. Ombak kuat sangat. Nak pegi lepak pantai pon takut. So, pusing-pusing jer kat town. 

Esoknya Sabtu kenduri Mes kat Bukit Payong. Nasib baik cuaca elok jer. Kali ni aiolls plak drive, diva-diva kat belakang duk selfie-selfie-selfie. Hehehehe.



Sekarang hari-hari kena selfie hantar report kat bos besar..=)

With Cik Etiey isteri Mes.
Tahniah Mes n Cik Etiey. Sama kecik sama molek sama padan.

Nilah pengantin laki yang very da sempoi. Ni kalau suami ai pakai kemeja masa majlis kawen weollss mau ai sentap 40hari 40malam. Hehehe. Tahniah again Mes. (bajet macam Mes nak bace je belog aku kan)

Psssttttt. Aiolls tengok handbeg aiolls macam mak-mak dah. Gemuk gedempol ko handbeg. Itulah. Makin besar handbeg makin banyak barang disumbatnya.




Okey..masa untuk mengimbau kenangan pulak. 

Hahaha. Kawan-kawan ampunkan daku mengupload gambo ini semua. Banyak lagi tapi banyak yang kena tapis. Hahaha. Gelak sorang-sorang tengok gambar zaman uni. Sebab setiap gambar ada cerita di sebaliknya. =)










Terima kasih bfff untuk kenangan ini =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...