Para Pengikut..

Showing posts with label Hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label Hujung minggu. Show all posts

Tuesday, 26 February 2019

Outdoor Activity with Daniel

Salam uollss.

Jadi ibu bapa tak semestinya 100% kita serahkan pada sekolah untuk membentuk peribadi, membentuk daya kreativiti anak-anak. Kita sebagai ibu bapa pun harus main peranan. Betul kita penat kerja untuk bagi pelajaran berguna dan terbaik untuk mereka. Tapi kita pun harus luangkan  jugak masa untuk mereka. Saya akui weekdays satu hari kat kerja balik malam penat duk berehat jer. Tapi weekend akan cuba jugak untuk luangkan masa dengan anak. Alhamdulillah papa jenis ikut je mami. Tapi selalunya dia akan decide nak kemana-mana. Tapi sejak-sejak kembali dengan hobi rc car dan defender ni dia akan ajak la pegi pantai layan hobi dia. Tq papa =) 


Hari Jumaat lepas macam biasa ikut papa main defender kat port biasa. So mami pun nak la jugak ada aktiviti dengan Daniel. Jadi beli la peralatan untuk color. Water color tu ihsan student mami bagi. Pergi mr.diy beli brush dan palette. Drawing block dah lama beli tak lukis-lukis lagi.


So ni kira first time la saya bawak dia buat aktiviti kat luar macam ni. Sebelum ni biarkan je dia lari-lari teroka dunia dia. Tapi kejap sangat jer dia fokus. Dalam 10-15 minit macam tu jer. Pastu mula la lari-lari. 


Orang cakap mak ayah ni jangan larang anak buat itu ini supaya dia bebas explore kan. Tapi fasa Daniel ni mami memang kena extra care. Kadang-kadang dia lari sampai ke jalan yang sibuk moto kereta lalu. Memang tak bagi dia lari sangat. Kejap mami tangkap, kejap mami panggil kuat-kuat. Haha. Sabar jelah. Tunggu dia dah besar sikit lagi mengerti boleh la nak bagi dia bebas teroka dunia dia kan. So untuk permulaan ni just kenalkan dia dengan brush dan color. Next mami fikir aktiviti lain pulak. Semoga mami terus istiqamah dan bersemangat waja. Hahaha.


Mami dan Daniel berlatar belakang pokok rhu.


Daniel si budak aktif.


Papa biasalah tak suka bergambar. So ganti defender dia je la interfrem. Haha.


Tq sudi baca =)

Tuesday, 3 March 2015

Melantak chicken chop di Restoren Cakna, Dungun

Salam uollss..
 
Ni stok basi punya cerita lah. Nak release tensen skit jom menaip lah kan sementara tunggu balik neh. Weekend yang lepas-lepas. Biasalah weolls asal malam je jadi burung hantu lah cari makan. Dah bosan duk repeat kedai yang sama tak tahu nak ke kedai mana singgah lah Restoren Cakna ni. Memang lalu sokmo lah. Sebab restoren ni betul-betul tepi jalan pesisir pantai tu. Tapi tak pernah singgah pon. So apa kata kita try makanan sini ok tak. Yang penting dekorasi kedai klasik sangat. Malap je. Romantik lah makan bercahayakan lampu malap-malap macam neh. Kikiki. nak ambik gambo je gelap semacam je so takde sangat gambo surrounding.
 
Apa kata kita buh gambar syok sendiri dulu. hehe. Ni nak test lighting sebenornya. Keluarkan camera sederhana godang kita.
 
 
Asben sakit gigi. Eh, eh tiba-tiba dia cakap jom makan chicken chop lah. Nyummmmm. Sedapnya.
 
Muka orang sakit gigi. Kesian sangat.
 
Senyum lah sikit kan. Kena paksa bergambo. Kiki.
 

Eh, lebar pulak senyumnya.
 
Cikenchop dah sampai. Jom kita menternak lemak. Weehuuu..



 
Pasni jangan mengadu gigi awak bertambah sakit yer.
 
Harga oklah. Takdelah mahal sangat pon.
Rasa pon not bad. 4 markah out of 5.
 
Tq asben!!



Friday, 27 February 2015

Kenduri tahlil.

Salam uollss..

Cuti CNY pegi mana? Hari Jumaat buat tahlil kat umah mak. Kakak,abang,adik yang duk Klang ngan Putrajaya balik. Hari Khamis cuti. So hari Khamis keluar ngan my sis pegi beli barangan untuk kenduri.
 
 
Ayah plan nak gulai ayam kampung, gulai daging, ayam goreng. Ayam kampung tiga ekor je tangkap ayam peliharaan mak je. Anak-anak buah dah besar mengalah dah. Semua dah boleh harap buat kerja. So, senang skit kerja mak sedara uolls kan. Pantau jer. Hakhak.
 
Ayam kampung isi liat skit kan. So, kena rebus dulu. Buang bulu dia, bakar pulak sikit. Tapi ni ayam muda belia. Isi tak keras sangat pon. Sedap. Suka sangat gulai ayam kampung. Ayah kalau anak-anak ramai balik suka la masak gulai ayam kampung. Bertambah-tambah la makan nasi weolls neh. 

 
Nak buang bulu ayam dengan senag kena celur dulu dalam air panas tu. Rebut-rebut anak buah ha. Tak pernah cabut bulu ayam kan. Pengalaman berharga sangat tuh. Heeheee.


 
Peace yoo. Sempat lagi yer.

 
Anak-anak buah lagi. Cepatnya korang membesar yer.

 
Ni budak Aleesha geramnya dia ni...
 
 

Malam Khamis plannya mak mertua datang. Dengan asben dan adik ipar. Pastu adik ipar whatapp cakap ma tak dapat datang. Kena jaga kedai. Huhu. Takpelah. Takde rezeki lagi ma nak datang tido rumah kecik kami. Then ma pulak msj say sorry. Takpe ma. Nanti Kak Long balik sana je okey. Dah itu ceritanya. Tunggu punya tunggu. Asben suruh bersiap terus. Nanti sampai je terus keluar makan.

Bunyi je enjin keta asben terus kita turun. Bukak pintu kereta terus terkedu. Tengok mak mertua tersenyum dalam kereta. Hahaha. Kan dah terkena. Semua pakat duk gelak kan kita. Huwaaa. Kena tipu hidup-hidup la neh jawabnya.

Keluar cari makan. Balik tido terus. Esok nak bergotong royong umah mak pulak.
 
*****
 
Jumaat.

Pagi-pagi dah turun. Macam-macam la kena handle. Blend bawang, goreng ayam, mesin kelapa, sediakan bekas pinggan cawan n sediakan tempat. Fuhhh. Yang tukang masak ayah,mak, abang n ada mak sedara dan jiran sebelah rumah.

Alhamdulilah. Nasi dan lauk ngam-ngam habis. Petang keluar jalan-jalan ngan mil,asben n adik ipar. Dapat sehari pun takpelah. Bukan senang nak culik ma neh. Dah balik rumah, asben pulak pujuk ajak balik Dungun. Adehh. Baik lah asben. Terus pecut. Kita drive keta dengan ma dan adik ipar. Asben ngan sepupu naik keta asben. Dua minggu kot tak balik umah mil.

Okey. Tu jela sembang kosong weekend yang lepas. Daaa..

Wednesday, 27 August 2014

Outing with kesayangans di Pantai Teluk Bidara, Dungun

 Salam uollllssss...

Ni story minggu-minggu lepas punya. Balik Dungun tumpang opismate. Kereta tak ok lagi sampai bila bila. So no more kak long jadik drebar okey. Nasib baik mak mertua pandai drive. Nak kena booking kereta pulak ngan ayah mertua. Kang ayah bawak kereta g memana hancur berkecai impian nak kuar jejalan. Hehee. Nak naik kereta en.beliau maklumlah kereta orang muda. Tapi salute gak mil ni boleh drive auto dan manual. Tak macam menantu ni auto je. Bagi manual tak bergerak la jawabnya. Huhuhu. 

Yeayyy, Ateh nak belanja. Adik ipar dapat first salary so nak belanja weollss. Try makan kat Marrybrown yang baru bukak kat Dungun.


Kak Long konon berpantang minum ais. Muahaha. Tapi datang je hot coffee ya ampun pahitnya. Siap mintak tambah sugar lagi pon pahit lagi. Ok. Bye. Telan laju-laju. Dah orang belanja tak sampai hati tak habiskan. Wuhuhu.




Kemudian jalan-jalan ke pantai pulak. Aktiviti wajib kan. Wajib la pergi.  Kali ni pergi Pantai Teluk Bidara pulak. Jarang kot datang pantai ni. Tapi biasa ngan asben selalu je singgah. Cuma tak singgah lama-lama la. Sebab tak meriah sangat pon kat sini.


Tapi permandangan cantik. Shot gambo wedding kat sini pon orite gak neh. Hehe. Maksud aiolls wedding adik-adik ipar okey.









Bestnya tengok bebudak mandi manda.



Pastu ada gua. Alang-alang dah lalu masuk la kat gua. Tak pernah masuk pon sebelum neh.


Gua ni takde la dalam sangat pon. Jenguk kat pintu depan dan nampak pintu belakang. Heee..


Lepas melepasi gua sampai la tempat batu-batu ni. Cantiknyaaaaaa..







Penat sangat dah adik bongsu ngan mil. Kitorang ni tak habis-habis lagi posing. Siap stand camera atas batu okey. Set timer..1,2,3 smileeeee...Pening dah mil. Dapat anak kaki bergambo. Dapat menantu pon 2x5 jer. Hehe.



Ada budak merajuk. Nak mandi ma tak bagi. Camno nak mandi baju persalinan pon tak bawak. Tapi kalau dia cakap nak kena nak jugak la. Suka hati la dik. Mandi sampai puas yerrr..



Dah lewat petang jom pulang...=)



Tuesday, 26 August 2014

Asben mengamuk.

Salam uollsss..


Rindunya my blog. Rindu jugak nak bw. Apekan daya diriku sangat membizikan diri. Huaaaa. Plus mood kelaut dalam sangat sekarang neh. Sobsobs. Tapi tak best pulak bila entri lama je bersarang. Nak jugak post entri baru. Hehehe. Banyak nak abadikan memori disini..kisah kuar ngedate ngan famili in law, kisah open house kat opis lagik. Macam-macam. Huhuhu. 

Okeyy. Ni nak citer pasal my asben. Hari tu kitorang kuar dating. Ehem.ehem. Tak tau nak pegi mana, macam biasa tempat biasa la kat pantai, kat taman, kat pantai balik. Bosan betol tak tau nak g menderap kat mana. Lepak pantai je la.
 
Tengah syok duk sembang tiba-tiba angin bertiup jugak la kan. Pastu ada pulak daun nyior ni asyik melibas je muka kitorang. Kuat sangat kot angin. Haha. Saja je aiollss nak tengok tahap kesabaran dia kan. Sekali - dua kali - tiga kali daun nyior tu membelai kat muka.


Pastu tiba-tiba asben bangun terus ditariknya pelepah nyior tu. Tapi tak dapat cabut la. Tarik sampai terkulai daun nyior tu dibuatnya. Terus lah aiolls gelak panjang. Dengan daun nyior pon nak mengamuk. Haha.

Nampak tak, terkulai daun pelepah nyior tu dibuatnya. Haha.

Asben : Puas hati aku kau tak kacau aku lagi. 


Pastu ada la pulak kucing sekor datang duk mengiau manja. Haha. Ni lagi nak tambahkan keamukan. Tapi nasib baik la kucing tu muka kesian sangat. Terus tak jadi nak marah. Kitorang pon kebetulan takde makan pape pon. Tak dapat la nak pass kat awak kucing.


Sedih sangat awak. Hilang mak eh?


Sampai senget ko nak gambo berdua punya pasal.


Pastu tak tau dah nak g mana. Jalan tengok bebudak mancing pulak.



Dah lewat petang jom balik asben. Tengkiu luangkan masa ngan puan isteri. Hikhik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...