Para Pengikut..

Wednesday 29 April 2020

Resepi ayam goreng berempah

Salam uollss..


Resepi ayam goreng berempah

 Ayam 10 ketul - dibasuh bersih

Bahan A
*Bawang merah 4 ulas
*Bawang putih 5 ulas
*Halia 1inci
*Serai 2 batang
*Ketumbar 1 sudu
*Bunga cengkih satu sudu kecil

*Semua bahan A di atas dikisar dan diletakkan dalam satu bekas.

Bahan B
Kunyit 1 sudu
Serbuk kari 1 sudu (Bancuh dengan sedikit air)
Garam 1 sudu / secukup rasa
Cili giling 2 sudu
Daun kari 2 tangkai

Kemudian campurkan bahan B kedalam bekas A. Gaul-gaul sikit kemudian masukkan ayam. Perapkan ayam selama satu jam kemudian goreng.

Selamat mencuba =)


Saturday 25 April 2020

Resepi Ayam Kam Heong yang mudah tapi sedap.

Salam uollss..

Okey jom kita buat cabaran 1 hari 1 resepi. Haha. Kalau cuti dapat ler habiskan masa menaip entri dan blogwalking. Tunggu masuk wfh lusa haa bersawang lagi la blogku. Ni adalah menu untuk sahur 1 Ramadan. Ayam jer ada. Mula-mula nak goreng kunyit jer. Then terjumpa resepi ni lama dan nak try. Resepi yang sangat mudah tapi sedap. So jomlah try.

Ayam Kam Heong


Saya masak ni hidangan untuk dua orang makan okey.

6 ketul ayam (Potong sederhana kecil)
Sedikit lada hitam (Ditumbuk)
Garam
Kunyit
(Ayam digaul dengan lada hitam, garam dan kunyit)

Untuk Kuah:

2 ulas bawang besar ( Hiris/potong dadu terpulang)
4 ulas bawang putih (Diketuk).

Cili merah (Bergantung pada korang la nak tahap pedas macammana)

2 tangkai daun kari (Lurutkan okey. Jangan kau letak dengan tangkai-tangkai tu pulak)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato (Saya tak letak sebab takde sos tomato)
2 sudu besar kicap lemak manis (Saya guna kicap cap kipas udang)
1 sudu besar serbuk kari (Dibancuh dengan sedikit air)
Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Cara-cara :

Mula-mula ayam yang digaul dengan serbuk kunyit,garam dan lada hitam digoreng sampai masak.

Seterusnya panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Bila dah naik bau masukkan bancuhan kari. Gaul-gaul lepastu masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato.

Masukkan garam dan serbuk perasa. Tapi saya tak letak garam sebab sos tiram tu dah masin. Kicap pulak dah manis. Tapi bergantung la pada selera lidah korang okey. Kacau sebati hingga pekat. Kemudian masukkan ayam. Gaul mesra. 

Siap untuk dihidang!



Alhamdulillah asben suka masakan ni. 1st time sebenarnya masak resepi ni. Sebelum ni saya selalu makan kat restoren menu ni. Memang sedap makan dengan nasi panas-panas.

Selamat mencuba =)




Friday 24 April 2020

Salam ramadan 2020.

Salam uollss..


Salam ramadan. Ramadan kali ni semestinya akan menjadi ingatan dan kisah sedih untuk diceritakan pada anak cucu akan datang. Kita menyambut dalam suasana berperintah kawalan pergerakan. 

Kalau dulu awal-awal ramadan mungkin banyak kenderaan bersusun dilebuh raya. Warga kota pulang ke kampung untuk menyambut ramadan bersama keluarga dikampung.  Kini jalan hening. 

Kalau dulu kita berpusu-pusu di bazar ramadan membeli juadah berbuka yang kadang kala hanya hadir waktu ramadan. Sekarang mungkin hanya perlu order melalui e-bazar.

Kalau dulu kita pasti punya hari tertentu untuk menyambut ramadan diluar-dari semahal-mahal iftar di hotel2 hingga sesederhana berbuka ramai-ramai di dataran. Kini sepanjang ramadan kita akan menyambutnya di rumah sahaja.

Kalau dulu setiap malam kita menghidupkan ramadan dengan berterawih di masjid atau surau, sekarang solat terawih dirumah bersama keluarga atau bersendirian.

Namun ingatlah, dimanapun kita, dalam apa cara sekalipun kita menyambutnya marilah kita hidupkan ramadan dengan perbanyakkan amalan wajib dan sunat. Semoga ramadan tahun ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Aamiin.

Salam ramadan buat semua membaca. 

Wednesday 1 April 2020

Cara pengurusan wasiat harta pusaka

Salam uollss..

Merancang harta merupakan perkara yang amat penting dan sangat dititikberatkan dalam Islam. Perancangan harta bukan semata-mata untuk menguruskan perbelanjaan sepanjang hidup di dunia, tapi juga meliputi pengurusan harta yang bersistematik untuk menjamin kesejahteraan di akhiat juga. Seringkali kita terdengar berebut harta pun sampai boleh bertikam lidah, bermusuhan sesama adik beradik dan seumpanya. Kerana itu lah kita wajar mengetahui kaedah yang betul untuk menguruskan wasiat harta pusaka.


Orang ramai perlu ada kesedaran akan kepentingan pengurusan harta pusaka. Pemilik harta pula perlu memastikan harta yang ditinggalkan kelak tidak akan menyusahkan dan membebankan waris untuk menguruskannya.

Wasiat perlu digunakan untuk pembahagian harta pusaka kepada waris dan bukan waris serta terhad kepada satu pertiga daripada harta pusaka. Manakala faraid pula merupakan pembahagian harta pusaka khusus untuk waris sahaja.

Hibah sememangnya sangat penting lebih-lebih yang melibatkan mereka yang mempunyai pelbagai jenis harta pusaka seperti hartanah, rumah dan wang.

Pengurusan harta pusaka tanpa wasiat merupakan satu proses yang sangat panjang dan memakan masa. Proses yang panjang ini boleh menjangkau sehingga 3 hingga 5 tahun dan sudah tentu ia menyebabkan kos yang tinggi.

Alhamdulillah setelah khatam membaca aktikel tentang Pengurusan Wasiat Harta Pusaka ini sedikit sebanyak info dapat kita sebarkan kepada yang belum arif dan tahu tentang pengurusan harta dengan cara yang betul.



Senibina rumah banglo 1 tingkat yang cantik

Salam uollss..

Sepanjang RMO ni korang buat apa jer kat rumah. Saya super busy dengan Work From Home. Time stress dengan kerja kita google cari dekorasi dan senibina rumah idaman. Tak salah berangan kan. Hehe. Korang punya rumah idaman macam mana? Saya selalu berangan nak rumah yang ada tanaman segar di hadapan rumah . Bangun pagi buka tingkap terus boleh hirup oksigen dari tumbuhan yang ditanam. Saya jumpa pasal senibina rumah ni yang cantik sangat. Tak terfikir pulak ada design rumah macamni kat Malaysia ni tau. Rumah banglo 1 tingkat 5 bilik tidur 4 bilik air  ni lain dari yang lain tau. 


Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah. Setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard. Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja. 

So privacy sangat kan. Boleh feeling baca surat khabar sambil minum kopi tepi pokok bunga rose. Hehehe.


Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping. Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini. Dengan keluasan 5221 kaki², rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air. Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa. 

So macam dengan rumah idaman korang pulak?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...