Para Pengikut..

Sunday 18 November 2012

Sembang kosong macam-macam perkara.

Salam uolls..

Hari ni nak sembang kosong jer. Tiga hari cuti lepak kat rumah saja. Hari Khamis 1 Muharam tu banyak kenduri. 5 rumah yang kena terjah ok. Saya, mak ngan anak buah dua orang. Tapi saya pegi dua buah rumah je. Satu kawan sekampung satu lagi sepupu ayah. Yang lagi dua rumah tu saya tunggu mak dalam kereta saja. Boleh.

Kemudian hari Jumaat. Sebab ayah nak pegi kenduri jadi kami rileks sikit la. Ayah kami ni wajib makan nasi dua kali sehari. So, awal-awal dah kena masuk dapur dah. Jadi bila ayah pegi makan kat kenduri bolehlah settlekan kerja lain dulu kemas bilik, kemas rumah, kemas dapur, basuh baju dan tengok citer kartun.
Tup-tup mak kata jom kita buat nasi kerabu. Wah. Suka lah. Peberet tuh. Belakang rumah mak ada tanam kacang. Bunga dia la yang jadik pewarna untuk nasi kerabu neh. Tapi kalau nasi kerabu pasar malam tuh biasanya diorang buh pewarna dalam botol tu kan. Sebab tu kaler dia over biru dan warna tak sekata. Kalau nak masak nasi kerabu esok pagi malam ni dah boleh ramas bunga dalam air. Biarkan dalam air tu lama skit. Esok tanak nasi buh air kaler biru tuh.


Makan nasi kerabu untuk breakfast dan lunch. 2 in 1. Jimat tenaga i uollsss.

So hari Sabtu adalah hari bermalas-malasan dirumah. Baca buku motivasi Dr.Tuah yang beli kat Karangkraf Mall hari tu. Pastu bosan baca buku pegi tengok tv, bosan tengok tv pulak bukak laptop tengok Abang Am. Abang Am??Kemain.

Eh. Citer Adam Hawa tu pelbagai lapisan masyarakat tengok kan. Malam tu saya duk dapur hidang nasi untuk suami kan. Tunggu punya tunggu dia tak datang-datang dapur. Pastu pegi la mengintai kat bilik kot-kot la dia tertidur kan. Rupanya duk ngadap laptop. Bila panggil ajak makan dia cakap 'Tunggulah, skit lagi ni'. Eksaited nak tengok citer apa yang membuatkan dia sampai tunda perut untuk makan...rupa-rupanya Adam Hawa. Haha. *Gelak sopan. Sebab biasanya dia kureng la layan drama leleh air mata neh. Agaknya dah bosan sangat kot. Pastu bila dah tengok beberapa episod terus ketagih.

Malam tu pulak dia duk khatam tengok Adam Hawa sampai 4.30 pagi baru tido. Semangat hokeh. Tahniah en.beliau dah habis tengok sampai episod 42. Konfirm balik keje kang dia tanya..."Dah ada ke sambungan Adam Hawa tuh?"..Haha..Jangan tiba-tiba nak pasang Astro semata-mata Adam Hawa sudah..

 Macam-macam kan.

Now, kami dah lapan bulan 1 minggu dan 2 hari menjadi suami isteri. Alhamdulillah Tuhan masih dekatkan jasad kami duduk sebumbung. Harap lepas ni takde dah episod PJJ dalam kehidupan rumahtangga kami. Kalau dah Tuhan tentukan pun kami terima dengan redha. Kerana hanya Tuhan yang tahu perjalanan kami untuk hari mendatang*eeewahh. Tiba-tiba cakap pasal PJJ kan. Nak nangis la tuh.

Eh, nak tau cerita. Hari tu tiba-tiba en.beliau cakap pasal impian dia nak memiliki kereta Audi. I yang buta pasal kereta2 ni terus google Audi R7. Berangan lah sorang-sorang en.beliau. Nak renew roadtax maunya 2,3 bulan gaji. Tapi mana tau kot angan-angan tu boleh jadi kenyataan kan. Amin. Amin. Amin.

Boleh tak nak print gambar neh framekan bagi kat en.beliau. Hahaha.

Perancangan.
Setakat ni perancangan en.beliau nak bukak kedai sendiri. InsyaAllah. Semoga Tuhan permudahkan urusan kami. en.beliau cakap kalau terlaksana pembukaan kedai tu dia suh saya berenti keje sekarang dan tolong dia kat kedai. Sob. Sob. Perlukah? Sayangnya nak tinggalkan suka duka tawa menangis setelah tiga tahun setengah keje sini. Tapi syurga isteri di telapak kaki suami kan.
^_____________^

Ok...muzik sedih sedang berdendang. 


Bye korang... 




Wednesday 14 November 2012

Lunch time.

Salam uolss.

Semalam cuti. Esok pun cuti. Tapi hari ni saya bekerja. Sedih hokeh. Nak cuti tapi tak sempat hantar borang cuti sebab pegi KL hari tu. Kalau tak mesti masa ni saya join mak sembang petang takpun join adik tengok citer kartun. Sob. Sob.

Datang opis pagi tadi tengok parking lot sangat la lengang. Kalo tak penuh je petak2 parking. Sob lagi. Ok. Pastu sebab rushing pagi tadi tak sempat breakfast. Beli mee goreng kat kedai mamak plus milo panas.

Tengahhari pulak buntu tak tahu nak makan apa kan.

Pastu teringatla hari ni kan hari Rabu, so restoren seberang jalan tu jual nasi beriani. Nasi beriani ni hanya available hari Ahad dan Rabu saja. Tupun kena beli awal-awal. Kalau lewat dah habis lorh.

Nasi sangat banyak. Kalau rasa lapar sangat boleh la habiskan.



Ok. Tu jer.
Eh. Eh. Pesal akhir-akhir ni asyik post pasal makanan jer kan.

Esok dah 1 Muharam.

SELAMAT BERHIJRAH KE TAHUN BARU KAWAN-KAWAN.
MOGA TAHUN NI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA. AMIN =)


Monday 12 November 2012

Jerrypah - Aizat Amdan [LIRIK]

Salam uolls.

Jerrypah oh jerrypah.

Pelik kan nama tajuk lagu Aizat neh. Sebelum ni selalu jugak dengar kat radio dalam kereta. Takdelah sampai terikut-ikut lirik dan melodi lagu. Tapi pagi tadi masa tengah bersiap dan adik bukak radio Era semestinya. Terus terpaku bila menghayati liriknya. Eh. eh. Apesal sampai nak terpaku kan. Tapi liriknya sangat best walaupun simple.

Tapi kan. Tapi kan.
Apesal dalam lagu tu takde sekali pun sebut nama Jerrypah. Sape Jerrypah sebenarnya??


Sayangku, aku yakin
Kau sebahagianku
Sayangku, aku pasti
Takdir kita bertemu

Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah hanya.....

Tak mungkin aku jatuh cinta pada yang lain
Tak mungkin juga aku khianati dirimu

Biarkan semua berlalu
All i ever wanted was you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah...

Biarkan semua berlalu
All i ever wanted was you
Sehidup semati untuk
Selamanya, engkaulah.. hanya

Selama-lamanya
Selamanya...

Minggu lepas punya cerita.

Salam uollss.

Lama saya tak menyibuk dengan entri baru kan. Hiks. Padahal tak sampai pun seminggu. Hari Rabu dan Khamis lepas saya dan student pegi lawatan sambil belajar. Jumaat dan Sabtu cuti.

Kami bertolak awal pagi Rabu terus menuju ke Karangkraf.
Sampai sini disambut mesra oleh Kak Akmal yang bawak kitorang jalan-jalan sekitar Karangkraf. Ramah sangat Kak Akmal neh. Saya baru tahu surat khabar Sinar Harian adalah keluaran Karangkraf padahal hari-hari kot baca. Ngehngeh.

Takyah letak la gambo area diorang duk edit majalah tu eh.

Kemudian jam 5.30 petang selesai lawatan ke department graphic. Yang bagusnya ada jamuan minum petang. So, baguslah untuk kitorang yang kelaparan neh. Alhamdulillah.
Makanan yang semuanya mengebest!!
 

Mee Soto my peberet!!

Puding roti eh nama dia??
Sedap jugak!!


Lapar sangat sampai licin makan.

Peewitt.. Bergambo dulu sebab tengok wallpaper kat belakang sangat cantek kan??

Kemudian kami pegi sopim kat Karangkraf Mall. Semua ada dijual majalah dan buku keluaran Karangkraf. Yang bestnya dapat diskaun!!!

i kan hobi membaca buku.
*Konon-konon.
Jadi angkat buku tu letak buku ni, angkat lagi majalah tu, letak balik jumpa majalah yang lagi best. Awal-awal lagi wallet dah mengurus!!


Hasil yang berjaya dituai. Sikit jer pon!!

Dapat diskaun!!
 Kemudian kami check in kat Intekma Resort. Penat hokeh. Masa ni jam 9.30 malam dah kot. Perut dah berkeroncong sangat. Drebar bas bawak pegi makan. Pelik betul. Apesal sekarang ni saya asyik kelaparan jer. Tambah-tambah kalau sehari tak jumpa nasi. Rasa perut ni macam tak makan dua hari. Hover kan. Tapi itulah hakikatnya. Now, setiap hari kena makan nasi. Seluar jeans yang dulunya kena pakai tali pinggang sekarang tidak lagi. FINE!!!

Berkenan tengok lampu ni.

 Esoknya bangun awal untuk ke MSU pulak. Sementara tunggu drebar bas turun mari kita mengedik dulu dengan camera. Ahakz.

Cantek jugak Intekma Resort neh =)

Nak berangan ambik gambar kat laman rumah sendiri. Boleh? Heee.

Ada wifi. Sebab tu tengok jari saya di handphone.

Ni pun kat laman rumah saya jugak. Ahakz.

Cantik. Bestkan petang-petang makan pisang goreng + tea o panas kat situ.
*Bersama suami dan anak-anak. Ehem. Ehem.

Tempayan. Letak kat tangga. Nak naik sila basuh kaki dulu. =)..Owhh lupa. Rumah takde tangga. Ok. Letak kat pintu rumah je.

Dah. Dah. Hentikan drama ini.

********

Kemudian pegi MSU. Rushing sangat nak keluarkan camera pon tak sempat. Tapi sempat snap makanan pagi kat U-Cafe. Nasi kunyit + rendang + sosej kegemaran saya.
Kemudian menuju ke Les Copaque. Sebut Les Copaque mesti terbayang 'betul-betul-betul'. Kan. Dekat je dengan MSU. Jalan kaki pon boleh. Tapi drebar bas kan baik hati dan rajin. Tetap nak hantar kami. Mekasih.

Abang tu bawak kami jalan-jalan tengok macam mana pruduksi mereka berjalan. Sempoi jer abang tu. Asyik buat lawak jer. Silalah pegi audition Raja Lawak. =)

Bangga jugak bila tahu kejayaan mereka dah setanding negara luar. Macam abang tu cakap Jepun ada Doremon, Malaysia ada Upin Ipin.

Eh, serius ok. Hari tu saya pegi Vietnam jumpa satu channel ni Upin Ipin kita ok. Tapi dialih bahasa ke Vietnam. Comel betul.

Then abang tu bagitahu Les Copaque akan keluarkan lagi satu siri citer kartun yang agak best.
Tunjuk skit. Tunjuk skit.

Tengok teaser macam sangat best. Citer Upin Ipin pun tak pernah miss confirmlah citer ni pun akan daku tunggu siarannya. Jangan kuar kat Astro sudah.


Kat luar bangunan tu ada wallpaper cantik. So, haruslah gedik bergambo kan.



Ada butik yang jual barangan ori Upin Ipin. Macam-macam ada. Tapi i tak beli apa-apa pun.

Ok. Bas dah sampai kemudian kami menuju ke Puchong. Makan buah langsat dua-tiga kilo dulu (sesat) baru lah jumpa MSTB. Malaysian Software testing Board. Baguslah kalau nak bawak student IT pegi sini. En.Suhaimi yang guide kitorang pun sangat-sangat-sangat baik dan peramah.
Habis aktiviti sini terus balik. Eh, bukan. Ada 'aktiviti bebas' dulu. Pegi jalan-jalan sampai lenguh kaki. Keciwa jam 9.30 Sogo dah tutup. Kempunan tak sempat beli handbag untuk mak. 

Lambat jugak kitorang gerak sebab tunggu bas pegi serviskan dirinya. Dalam kul 12 kot baru tolak balik Terengganu. Sampai Terengganu jam 6.30 pagi.

Alhamdulillah. 

Monday 5 November 2012

Lunch yang sedap dan menyelerakan.

Salam uollss.

Selalu masa lunch adalah masa paling sukar untuk buat keputusan nak makan kat mana. Eh. Rasanya kalau nak pilih calon menantu untuk anak pun takdelah susah macam tu. Ye dak. Haha. Hover kan. Makan nasi berlauk di kedai yang sama dengan lauk yang sama setiap hari. Cuba bayangkan. Bosan wa cakap luuu.. Kadang-kadang sebab terlampau bosan pegi kedai jual kuih-muih tu beli je makanan berkuah like laksa penang, soto, mihun rebus, laksam. Makan laksam waktu lunch? Kami orait je.
Plus kalau nak makan berkuah pun dah takdak selera beli je goreng pisang. Makan goreng pisang waktu lunch tengok lah jam 4 karang ada duk berbunyi laparnya...sapa ada makanan?
Kesian kami...

Kadang-kadang kalau ada masa free skit waktu lunch tu boleh lah order satu kedai ni yang sangat mengebest makanannya. Macam pizza jugak nak tempah boleh call je. Tapi takde delivery la. Kena g ambik sendiri lahh.


Nasi goreng cili padi + Sotong goreng kunyit (PEDASSS)


Milo peng (Milo ais) yang sangat kaww.




Kemudian depan kedai makanan mengebest tu pulak ada gerai jual pisang goreng yang mengebest jugak. Mahal jugak RM1 = 3 keping. Tapi sebab pisang gorengnya yang sungguh cruncy yummy2 selalu jugak kitorang beli.

Tapi kan. Tapi kan...

Minggu ni dah start sem baru. Jadi nak makan sedap-sedap pun dah takde utiliti. So, start esok bawal bekal dari rumah je la. Senang kan. Hari-hari boleh masak variasi supaya tak bosan. Kata nak jimat..=)

Sunday 4 November 2012

Serius molek!


Salam uolsss.

Amik. Muka serius gilewww neh. Siap ada penumbuk lagik. Eh! Tapi tu bukan tangan saya hokeh. Tu tangan lelaki uolsss.

Nak masuk sem baru dah. Sem baru nak berubah jadi serius gini boley???

Hepi Besday!!

Salam uolls.

Selamat meningkat usia wahai Sajidah. Adik en.beliau yang berumur 7tahun. Adik bongsu dia. So, sambut jugak walaupun kecil-kecilan. Ma dah pesan siap-siap. Kalo tiba hari jadi adik ni, mesti dia akan mintak hadiah dari semua orang. Hari Khamis tu tak sempat nak keluar pegi beli hadiah. So, malam sebelum balik Dungun kitorang singgah pasaraya Sabasun sebab dah plan nak belikan tabung. Dah survey2 dah itu hari.  


Belek punya belek kat rak sourvenir tu tiba-tiba en.beliau terpandang la tabung kereta. Tabung kereta Myvi. Kaler putih pulak tu. Eksaited la terus dia beli. Mula-mula saya plan nak beli buku untuk adik. Tapi en.beliau dah bebel-bebel dah. Katanya budak-budak tak suka kalo belikan buku sebagai adiah ari jadi. Belilah something yang boleh tahan lama. Beli buku 2,3 hari dah rosak gamaknya. Pemikiran lelaki kan. Nak buat macam mana. I kan tenaga pendidik. Haruslah pemiikiran berakademik je. Ahakz. So beli tabung.

Eksaited sangat en.beliau neh. Lepas semayang raya terus panggil adik masuk bilik nak buka hadiah. Padahal besday adik keesokan harinya. Dasar tak leh sabar lah tuh.

Adik bongsu with abang sulong =)

Adik pula tiba-tiba jadi pemalu penyegan yang amat bila panggil nak buka hadiah. Haha. Macam tulah gaya budak-budak terharu.

Ayah beli kek. Mula-mula adik request nak kek bentuk love kaler pink. So sad nak kek bentuk hati kena tempah dulu. So, kek boolat je lah. Kek perisa stoberi. Nyummnyumm.



Hehe. Ma comel sangat. Katanya kucing pon nak bergambo jugak. Lantas dia amik kucing peluk. Alala. Comelnyaaa..

Masa potong kek ni kami je ada. En.beliau keluar jumpa kawan dia. Yang snap gambo adalah kawan adik ipor yang datang beraya. Auwww. Nampak sangat saya bukan adik beradik sedarah sedaging. Tengok senyum pon dah tahu. Hahaha.

Hoverr tau..Ni besday sape ni. Haha. Mekasih ma for the lovely moment. =)

Alhamdulillah. Saya sayang sangat keluarga mertua. Sayang macam saya sayang keluarga sendiri. Semoga kebahagiaan ini kekal sampai akhir hayat. Amin
^___________^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...