Para Pengikut..

Showing posts with label hari-hari bergelar pendidik. Show all posts
Showing posts with label hari-hari bergelar pendidik. Show all posts

Thursday, 23 May 2019

Rezeki di bulan ramadan

Salam uollss..

Alhamdulillah Ramadan tahun ni dapat rezeki tudung. Mak student hadiahkan tudung. Kebetulan dah habis semester dan masuk bulan ramadan. Boleh pakai tudung ni raya nanti wehuuuuu. 


Tqvm sebab tak pernah pun beli Ariani ni. Yelah kita pakai shawl murah-murah je. Haha. Takdenya nak beli mahai-mahai pakai basahan pergi kerja jer kot. Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki mak student yang hadiahkan tudung Ariani.

Thursday, 16 May 2019

Anugerah yang tak disangka-sangka

Salam uollss..

Semalam diadakan sambutan hari guru. Tqvm atas ingatan. Yang tak disangka tiba-tiba dapat anugerah khas. Haha. PENSYARAH PALING MELETOP. Adoi tak boleh hadam betul kat mana meletopnya. Then ada student reply status whatsapp saya rupanya sebab saya aktif posting kat socmed . Alhamdulillah tq atas sokongan semua peminat i. Cewaaahh. Hahaa.


Selamat menyambut hari guru buat semua pendidik sekalian. Semoga Allah terus kurniakan kita kesabaran dan ketabahan dalam mendepani pelajar yang pelbagai ragam. Aamiin.

Wednesday, 15 May 2019

1st time iftar kat luar

Salam uollss..

Semalam 1st time saya berbuka kat luar. Untuk tahun ni la. Haha. Berbuka sebelah opis dengan kawan-kawan dan student2. Balik kerja 5.30 petang tu pecut laju balik ambil Daniel dulu. Bawak sekali anak buah dua orang join iftar. Odw pergi opis tu singgah bazar beli nasi, air dan kuih muih. 

Daniel macam biasalah. Punyalah suka dia dapat lari-lari kat ruang luas macamtu. Jenuh mami kejar tau. Siap makan tu terus balik. Next kita iftar outdoor kat lain plak yer dik.


Monday, 22 October 2018

Melawat pameran Kartun & Kita di Muzium Negeri Terengganu

Salam uollss.

Ahad lepas saya bawak anak2 ke pameran Cartoon & Us bertempat di Muzium Negeri Terengganu. Sebenarnya dah lama berlangsung tapi tulah dah minggu last baru berkesempatan pergi. Rasa macam nak repeat lagi sebab banyak sangat informasi. Tak sempat snap gambar banyak-banyak. 31hb ni last day pameran ni. Hope ada kesempatan untuk pergi sekali lagi.


Nak masuk kena bayar tiket RM5 untuk dewasa. Pelajar sekolah kalau pakai baju sekolah bayar RM2 kot. Boleh ambil gambar sesuka hati tapi nak bawak masuk camera dslr kena bayar RM3.


Actually dari bulan Julai lagi. Dah nak habis baru berpeluang pergi. Sobsob.


Banyak sangat info pasal dunia kartun dan kartunis di Malaysia. Kartun Salina ni rasanya 1980an dah wujud kan. Seingat saya masa kecik zaman nakal2 saya dan kawan2 pernah ceroboh masuk rumah pusaka nenek kawan saya. Rumah tu rumah tinggal tapi masih ada rak2 dan peti besi berisi buku dan komik kartun. Haha. Masuk untuk baca novel dan komik kartun. Ingat lagi saya suka baca kartun Salina ni.



Kartun ni kau tak perlu nak tulis dialog pon orang dah boleh paham apa yang nak di sampaikan.


Ada jugak dipamerkan sketch book dan storyboard kartunis punya.




Sejarah kemunculan animasi. Macam mana orang dolu2 hasilkan animasi sebelum wujudnya teknologi.


Meja tempat kartunis berkarya.


Sketch idea untuk iklan animasi.


Animasi sel.


Tayangan untuk proses merakam audio dan suara latar.


Eh dah habis dah. Tak puas. Even tempat pameran takdelah besar sangat tapi banyak sangat info yang dapat. Seriously rasa macam nak pergi lagi sebelum tamat pameran.


Bye!

Wednesday, 15 November 2017

Makan-makan pot luck hari tu kat opis.

Salam uollss..

Hai blogku yang tersayang. Haha. Lama betul tak hapdate. Nah ahkak belanja gambo makanan pot luck opis hari tu. Haritu maksudnya bulan2 yang lepas dah. Haha.

























Ok dah tu je nak post. Haha. Byeee.

Friday, 28 April 2017

Trip ke Pulau Kapas

Salam uollss..

Ape ni. Sebulan satu entri. Adehhh. Malas tahap gaban sangat neh. Tapi tetap kena rajinkan diri update supaya boleh dijadikan kenangan tua-tua esok. Haha. Semoga panjang usia. Aamiin.

Hari tu tiga ke empat minggu lepas kot eh, kitorang bawak anak-anak ke Pulau Kapas. Takde masa sangat nak bergumbira hurra hurrey ya. Pegi dengan aktiviti berilmiah la jugak. Tak lah sia-sia je kan. Haha. Kul 8.30am naik boat dari jeti marang.



Dah duk dalam bot. Lama sangat tak naik boat tetiba rasa pening perut bergelora. Adoi ke pulau kapas je kot. Haha.

With my bff kak siti. Pasneh kita ke pulau redang plak yer. Hakhak. 



Beutiful view. 

1st activity snorkeling. 1st time nak snorkeling nih. Mula2 takut wei nak turun. Then saya cabar jugak diri sendiri masuk laut. Bila lagi nak turun laut kan. Masuk air jer ya allah syokknya. Tapi nak selamkan kepala tengok ikan tu takut jugakla. Haha. Sempat sekali dua je. So kita intai ikan dari permukaan air je. Dasar penakut. Haha.






Dah siap snorkeling baru ke pulau. Penat2 snorkeling kita breakfast dulu.



Aktiviti pertama creative diy. Tekun ya masing2 sebab kita nak bagi hadiah karya terbaik nehhh. Chaiyok. Chaiyokk.






Pastu makan tengahhari pulak. Siap bawak budu jangan memain kau. Haha. 


Pegi pulau tak lari dari main bola pantai. Tengah panas pon redah je diorang ni. Hehe.


Sementara  tunggu bot jomlah kita buat lompat gaya bebas dulu. Yeehaaaaa.







Selesai  a day trip to pulau kapas. Tak puas pegi sehari je. Saya duk terbayang dah kalau Daniel ada mesti suka sangat dia main lari2 kat pantai tu. Nanti mami bawak adik yerr 😘😘

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...