Para Pengikut..

Tuesday 13 November 2018

Kronologi TTC selama 3 tahun.

Salam uollss.

Entri tentang ttc paling mendapat view tertinggi sepanjang saya berblog dari 2006. Terutama untuk entri ini ; PERCUBAAN HAMIL DENGAN CLOMID.

Tengok draft rupanya ada saya tulis pasal ni tapi tak habis. Haha. Kita kasi highlight sikit. Sayang nak delete penat-penat saya perah idea nak membebel. Kahkah. So kita post balik la sebagai kenangan dan update mana yang patut. Ni saya taip tahun 2014.

Dah lama entri ni terperam dalam draft. Sikit-sikit saya menaip. Supaya apa yang ada dalam fikiran ni takkan terhapus. Nak buat macamne, nak masuk 3 series ni asyik jadik pelupa jer. Hehehehe.
Sekejap masa berlalu kan. Tinggal tak sampai dua bulan jer lagi nak masuk tahun kedua perkahwinan. Hurmm. Kalau korang seusia perkahwinan dan senasib dengan saya haruslah penat dah telinga ni mendengar soalan demi soalan. Haruslah mulut ni penat menjawab dan menjawab. 
Sampai ada masanya saya menangis depan orang yang bertanyakan soalah tuh. Yang tanya dengan berhemah ok lah. Yang main redah je tanya macam kita ni takde hati dan perasaan haruslah terluka hati ini. Ewahhh. Kau dah kenapa.
Tapi hidup kena kuat. Kena sabar. Saya yakin dengan rezeki yang Allah kurniakan. Kena bersabar dan berusaha dan berdoa. Selebihnya berserah jer dengan ketentuannya.

*****

2012
Tahun pertama kahwin. Saya kawin Mac 2012. Lepastu suami kerja Kuantan saya kat Kuala Terengganu. Pjj la. Selang dua minggu suami balik takpun saya kesana. Masa tu baru-baru kawin kan kami memang tak pernah merancang atau berusaha menangguhkan. Cuma takdelah berusaha makan apa-apa or cuba any kaedah untuk mengesan kesuburan ke apa. Just berpandukan pengetahuan sendirilah dan kita pon boleh kira sendiri. Normallah manusia, terutama mak cik-mak cik kepoh, lepas 2-3 bulan kahwin pun dah sibuk tanya dah ada isi ke, dah melekat ke. Senang sangat haihh mulut mak cik. Kita cilikan nak?? Tahun ni berPJJ dengan asben. So pasrah je lah jumpa time bukan 'waktu sepatutnya'.

2013
Tahun paling menggembirakan. Dapat duk sekali ngan asben. Barulah saya start try itu ini. Masa ni kami start menyewa. Memang struggle sikit dengan komitmen yang banyak dan suami baru kerja dan ada masalah kat tempat kerja tu, tukar kerja pulak and so on..

Tahun ni saya baru start nak mencuba. Bulan Januari 2013, saya start makan vitamin set untuk kesuburan untuk sebuah produk. Tapi saya sempat habiskan satu botol jer. Sebab saya rasa kitaran saya makin lama makin panjang. Sampai satu tahap tu cycle sampai 40 hari. Kemudian saya stop makan. Tak salahkan vitamin tu lah. Mungkin cara saya makan salah ke. Atau mungkin tak sebati dengan tubuh badan saya kot. Entahlah. Bila stop makan vitamin kitaran kembali normal.

Kemudian opismate kirimkan kat saya buah zuriat dari Mekah. Saya minum air rebusan buah zuriat jugak. Setiap hari minum sampai habis sebiji. Sebiji jer. Asben pun sama-sama minum. Cuma dia boleh minum seteguk jer. Terus mual nak keluar segala isi perut katanya. Haha. Pastu tak rebus lagi dah. Hehe. Tak konsisten betul.

Pernah jugak ke klinik dan doktor bagi ubat untuk hormon. Masa tu kebetulan period saya datang 2x sebulan. Yang kali pertama tu ok lah ikut betul aturan apps woman log tu. Tup-tup lepas seminggu habis period datang balik. Cuak lah kita. Pergi klinik jumpa doktor dia bagi ubat hormon. Barulah kembali stabil. Saya rasa pertambahan berat bermula lepas makan ubat tu. Berat bagai di pam-pam.

Kemudian pertengahan tahun 2013 saya pegi mengurut. Pergi mengurut dua kali jugak la. Nenek tu cakap rahim ok, cantik takde masalah. Mungkin belum sampai rezeki katanya. Baik nenek.

Then saya jugak minum jus delima je. Kat pasaran macam-macam ubat kan. Tapi bila saya tengok tak terdetik pun hati nak cuba. Takut jugak kesan sampingan. Jus delima dherbs tu macam ok lah. Minum tu rasa lah macam bertenaga skit. Kuikuikui.

Sepanjang setahun tu macam-macam la saya cuba. Tapi takdelah makan produk macam-macam jenis kat pasaran tu. Saya banyak google kebaikan dan keburukan. Apa-apa makanan perubatan nak masuk perut saya tak kan dengar dari mulut orang elok ke tak. Sebab dah banyak kes terjadi kan. Produk tu bila elok untuk orang lain tak semestinya elok untuk kita. Penerimaan badan berbeza.

2014

Masuk tahun 2014 saya pindah rumah. Masih lagi menyewa dan start tahun ni kembali pjj dengan asben. Tapi tak jauh la. Kuala Terengganu-Dungun. Dalam satu jam lebih. Setiap minggu asben akan balik. Tahun ni saya dah tak mencuba apa-apa. Hanya berserah dengan rezeki yang belum sampai masa yang tepat.

Sebenarnya tahun 2012,2013 dan 2014 setiap tahun tu saya mengalami kemalangan jalan raya. Bila fikir balik mungkin asbabnya Allah tangguhkan dulu rezeki zuriat. Kalau saya accident sewaktu hamil atau dah ada anak tentu lebih perit nak menanggungnya.

2015

Kebetulan saya balik kampung rumah mil dan saya demam. Pastu saya ke klinik jumpa doc. Sembang punya sembang keluar cerita pasal zuriat pasal asid folic dan clomid. Doktor Raihan ni sangat baik dan sangat positif. Saya terus nekad untuk try makan clomid. Alhamdulillah percubaan clomid untuk satu cycle berjaya. Namun kita hanya mencuba kan. Allah yang mengatur keberhasilannya.

Rezeki zuriat datang lepas tu rezeki saya dapat pindah rumah sewa lagi. Memang penat kali ke3 pindah dengan masa tu saya baru preggy. Tapi syukur sangat pindah kali ni dekat sangat dengan rumah mak. Rumah pun lebih selesa.

Sepanjang kehamilan saya takde langsung alahan, pening kepala or muntah. Saya deliver baby Disember 2015. Alhamdulillah sekarang anak saya dah 2 tahun 10bulan++.

Okey. Sampai sini je cerita. Tq sudi baca sampai habis perjalanan ttc saya. Kepada yang masih menanti kehadiran zuriat bersabar, teruskan berdoa dan berusaha. Allah akan kurniaan pada saat yang dirasakan tepat untuk kita.


Thursday 8 November 2018

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Salam uollss..

Lama tak join giveaway. Kali ni giveaway dari Lullabyssz. Dapat planner uolls. Nak masuk tahun baru ni ofcos la nak planner baru kan. Lagi lah macam saya ni pendidik yang memang memerlukan untuk noted tarikh2 penting.



Cantik kan planner2 tu. So korang pun apa tunggu lagi. Jom sama2 meriahkan giveaway by Lullabyssz ni. Klik je link atau banner bawah ni tau.

https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html?m=1


Wednesday 7 November 2018

Resepi kek coklat

Salam uollss..

Kek coklat ni favourite saya tau. Tapi tak pernah pulak buat. Resepi selalu jer share dan screenshot save dalam hp. Malam ni tiba-tiba teringin nak makan. Tengok bahan-bahan cukup terus masuk dapur. Telur pulak takde. So google cari resepi tanpa guna telur. Alhamdulillah moist sangat. So simpan sini next time kita try buat lagi.


RESEPI KEK COKLAT

1 Cawan tepung gandum
Setengah sudu soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Setengah cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung (saya guna susu tepung fernleaf)
1 cawan gula perang
1 1/4 cawan air sejuk dari fridge
1 penutup esen vanila
Secubit garam
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu kecil cuka

Langkah-langkah penyediaan:

Ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder, tepung susu, garam dan gula perang dalam bekas. Kacau perlahan-lahan.

Masukkan air sejuk, minyak dan esen vanila kemudian last sekali cuka. Kacau dengan whisk sampai adunan dah tak berketul.

Panaskan oven suhu 160°c. 

Tuang adunan ke dalam loyang yang dah di gris dengan mentega. Bakar dengan suhu 160°c dengan api atas bawah selama 30 minit.

Untuk topping tu masak coklat bar dan butter dengan kaedah double boiler. Dah masak tuang atas kek dan deco sesuka hati anda 😋


Tuesday 6 November 2018

Lirik lagu Zulin Aziz - Dan Ketika Itu

Salam uollss..

Jarang saya bercerita tentang artis dalam blog ni. Tapi Zulin ni antara artis yang saya minat jugak. Sedih bila terjadi perkara yang menyedihkan dalam hidup dia. Semoga Zulin jumpa kebahagian yang sebenarnya nanti. Tiap kali tengok Music Video lagu Dan ketika itu mesti kita mengalirkan air mata. Sedihnyaaaaaaa....


DAN KETIKA ITU

Ketika itu aku mengadu
Ya Allah dengar rintihanku
Ketika itu aku merayu
Ya Allah kabulkan doaku

Aku pasrah dan aku berserah
Yang terbaik hanyalah dari-Mu
Dalam tahajudku aku mohon padamu
Temukan aku dengan jodohku

Huuu..Dalam tahajudku aku pinta padamu
Tunjukkan jalanku ke syurgamu
Ya Allah Ya Tuhanku
Yang Maha Mendengar
Semua Dengan Izin-Mu
Mohon keredhaan

Ketika itu hilang arahku
Ya Allah lindungilah aku
Huuu...Dalam tahajudku aku mohon padamu
Temukan aku dengan jodohku
Huuu..Dalam tahajudku aku pinta padamu
Tunjukkan jalanku ke syurgamu
Tunjukkan jalanku ke syurgamu






Monday 5 November 2018

Main Remote control car di Stadium Gong Badak

Salam uollss..

Weekend 2 minggu yang lepas punya throwback kot neh. Hari tu keluar cari port untuk main kereta remote control. So jumpa port menarik iaitu di Stadium Gong Badak. Alaaaa. Stadium yang runtuh tuh =P


Sejak asben dah kembali terjebak dengan hobi dia tu weekend jer mesti ajak keluar cari port untuk main kereta remote control. Saya layankan sajalah. Cuma berpeluh sikitlah duk kejar Daniel. Dia excited tengok remote control car sekejap jer. Pastu lari kesana sini. Main kat Stadium Gong Badak ok lah sebab kawasan tu luas, tak sibuk sangat dengan kereta keluar masuk dan takdelah sesak sangat dengan manusia ramai-ramai. Cuma kadang-kadang jela ada kereta lalu kena beware sentiasa kang tak pasal-pasal penyet kereta remote kena langgar dek kereta besor. Haha.


Anak bertuah mami, budak aktif, budak lasak semoga membesar jadi anak yang kuat yer.



Memang kuruslah mami kejar Daniel. Tak penat dia lari kehulu hilir.


Eh, papa buat pe tu??

Papa dah sibuk dengan hobi baru dik. Jangan kacau kang kena marah nangis. Haha. Masa awal-awal dia tengok papa main kereta rc tu sibuk jugak dia kejar pastu nak tolong ambikkan kereta tu bagi kat papa. Pastu dah tak hiraukan dah. So sukalah papa boleh main dengan aman tanpa gangguan.





Ni hari lain pulak. Papa tak puas lagi main. Tiap-tiap hari okey pegi stadium. Minggu lepas tu pun pergi jugak. Tak kuasa dah i nak penuhkan memori hp dengan video-video kereta rc awak asben. Haha. Asben ni kalau dah suka dan ada geng pulak melayan dia dengan hobi dia tu semangatlah. Sampaikan beli storage box siap diy lagi untuk mudahkan dia simpan segala mak nenek peralatan untuk adjust rc dia. Nanti kita buat entri khas pasal tu okey. 

Bye. Tq layan saya membebel =)

Saturday 3 November 2018

Lazada 11.11 Shopping Festival : The Biggest One Day Sale!

Salam uollss..

Bila dah jadi mak ni kepuasan paling utama adalah dapat bagi yang terbaik untuk anak kan. Semua perkara kita akan utamakan anak dulu. Baik dari aspek pemakanan, pendidikan atau shopping pun tetap anak akan diutamakan. Tak kisah shopping kat shopping mall atau online shopping. Macam saya jugak, bila ada rezeki lebih nak shopping online je mesti terfikir nak beli apa untuk anak. Saya suka LAZADA. User friendly sangat. Semua barang boleh dapat kat LAZADA tau. Kalau siapa pernah baca blog saya sebelum ni saya siap pernah order oven tau dengan LAZADA. Alhamdulillah sampai sekarang elok kualitinya. 

Setiap tahun mesti ternanti-nantikan 11.11. Diskaun harga yang tak tercapai dek akal. 11.11 Ape tu????

 11.11 Shopping Festival (https://www.lazada.com.my/11-11/?hybrid=1)
merupakan menurunan harga tergempar yang akan berlangsung pada 11 November 2018 di Lazada Malaysia.

Tahun ni awal-awal lagi saya dah survey dan save to chart item yang saya plan nak beli tau. Tahun ni nak cantikkan bilik anak. So saya plan semua hiasan nak beli kat Lazada. Eh, ada ke perhiasan rumah dijual di Lazada????. Kenapa takde pulak korang. Jom tengok dalam chart saya apa yang saya dah plan untuk hias bilik anak teruna.

1. Curtain Lazada

Banyak pilihan curtain yang ada. Rambang mata semua cantik dan harga berpatutan. Saya pilih design ni. Cantik kan.


2. ABC Play Mat Carpet Lazada

2 in 1. Sambil landing atas carpet ni anak boleh belajar ABC.


3. Kids Toy Storage Lazada

Banyak saiz ada. Ada yang besar dan banyak storage boleh letak macam2. Tapi mainan anak tak banyak sangat. So saya nak beli yang kecik ni jer.


4. Quote Frame Lazada

Nak cari hiasan yang simple tapi menarik. Suka tau quote frame from Lazada ni. Saya pilih kombinasi warna hitam dan putih. Harga pun berpatutan. So saya dah pilih empat design yang saya berkenan.





Korang tunggu apa lagi. Jom sama2 shopping di 11.11 Shopping Festival . Klik link bawah okeyy!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...