Para Pengikut..

Showing posts with label lazada. Show all posts
Showing posts with label lazada. Show all posts

Saturday, 3 November 2018

Lazada 11.11 Shopping Festival : The Biggest One Day Sale!

Salam uollss..

Bila dah jadi mak ni kepuasan paling utama adalah dapat bagi yang terbaik untuk anak kan. Semua perkara kita akan utamakan anak dulu. Baik dari aspek pemakanan, pendidikan atau shopping pun tetap anak akan diutamakan. Tak kisah shopping kat shopping mall atau online shopping. Macam saya jugak, bila ada rezeki lebih nak shopping online je mesti terfikir nak beli apa untuk anak. Saya suka LAZADA. User friendly sangat. Semua barang boleh dapat kat LAZADA tau. Kalau siapa pernah baca blog saya sebelum ni saya siap pernah order oven tau dengan LAZADA. Alhamdulillah sampai sekarang elok kualitinya. 

Setiap tahun mesti ternanti-nantikan 11.11. Diskaun harga yang tak tercapai dek akal. 11.11 Ape tu????

 11.11 Shopping Festival (https://www.lazada.com.my/11-11/?hybrid=1)
merupakan menurunan harga tergempar yang akan berlangsung pada 11 November 2018 di Lazada Malaysia.

Tahun ni awal-awal lagi saya dah survey dan save to chart item yang saya plan nak beli tau. Tahun ni nak cantikkan bilik anak. So saya plan semua hiasan nak beli kat Lazada. Eh, ada ke perhiasan rumah dijual di Lazada????. Kenapa takde pulak korang. Jom tengok dalam chart saya apa yang saya dah plan untuk hias bilik anak teruna.

1. Curtain Lazada

Banyak pilihan curtain yang ada. Rambang mata semua cantik dan harga berpatutan. Saya pilih design ni. Cantik kan.


2. ABC Play Mat Carpet Lazada

2 in 1. Sambil landing atas carpet ni anak boleh belajar ABC.


3. Kids Toy Storage Lazada

Banyak saiz ada. Ada yang besar dan banyak storage boleh letak macam2. Tapi mainan anak tak banyak sangat. So saya nak beli yang kecik ni jer.


4. Quote Frame Lazada

Nak cari hiasan yang simple tapi menarik. Suka tau quote frame from Lazada ni. Saya pilih kombinasi warna hitam dan putih. Harga pun berpatutan. So saya dah pilih empat design yang saya berkenan.





Korang tunggu apa lagi. Jom sama2 shopping di 11.11 Shopping Festival . Klik link bawah okeyy!





Tuesday, 24 April 2018

Lazada Birthday Festival Blogger Contest.

Salam uolss.

Sempena Lazada's 6th Birthday Party saya nak plan something untuk party supaya grand dan semestinya jadi kenangan manis untuk semua tetamu. So hari ni saya nak acah-acah jadi birthday party planner la. Haha. Suka tau buat majlis boleh deco-deco kreatif macamni.

A. Lokasi

Lokasi of course saya pilih tepi pantai. Sebab mesti birthday party ni grand punya dengan kehadiran ramai tetamu. Jadi kita buat outdoor. Lagi cun kalau ada pokok-pokok jugak area situ senang nak deco-deco. Kalau area Terengganu memang banyak lokasi tepi pantai yang sesuai dijadikan party.

B. Tema

Tema  Lazada's 6th Birthday Party! ni saya nak "Pastel Garden". Kiranya warna hiasan semua pastel dan ada hiasan garden. Nampak cantik dan menarik sangat tau. So jom kita shopping kat Lazada dulu. Sebab semua orang tahu kat Lazada ni semua produk ada kan. Tak perlu susah payah kita keluar ke hulu ke hilir nak cari barangan untuk deco. Semua ada kat Lazada. Eh, bukan setakat deco je..nanti kita pilih outit color pastel kat Lazada jugak yer.

Kalau korang nak tahu, sempena Lazada's Birthday Festival sale (https://www.lazada.com.my/birthday-sale/) yang bermula  25 hingga 27 April 2018, macam-macam barangan alami diskaun. So jangan lupa terjah LAZADA atau klik link atas tau. Nak senang korang install je Lazada apps dalam handphone korang tu.

Okey, Jom follow saya survey barangan di Lazada. Tulisan memainkan peranan penting untuk bagi info tentang party kan. Banyak tau font 'HAPPY BIRTHDAY' pelbagai design dan warna. 



Yang kedua kalau ada birthday party wajiblah ada belon kan. Sebab saya nak tema party warna soft pastel so, kita search warna macam tu jela. Macam-macam design ballon ada tau. Korang kalau nak deco untuk party anak ke boleh je search kat Lazada. Cantik-cantik pulak tu. Geram tengokkk!!


Okey jangan lupa alas meja. Semestinya corak geometri menjadi idaman kalbu.


Nak deco of course kena ada hiasan-hiasan lain. Antaranya seperti gambar bawah ni. Hope dapat bagi inspirasi untuk korang jugak.




C. Birthday Cake

Semestinya kek coklat menjadi kegemaran semua kan. Kat Lazada ada bermacam-macam barangan untuk buat kek dan deco kek dan sempena Lazada's Birthday Festival sale ni harganya memang murah lah kann.





D. Outfit

Buat yang belum tahu kat Lazada ada bermacam-macam outfit untuk laki, perempuan dan kanak-kanak dari pelbagai jenis baju tau. Memang rambang mata. Harga pun berbaloi sangat. So ni antara baju pilihan saya bertemakan color pastel.








So jangan lepaskan peluang sempena Lazada's Birthday Festival sale (https://www.lazada.com.my/birthday-sale/) yang bermula  25 hingga 27 April 2018. Lock tarikh dan terjah Lazada untuk diskaun hebat!!


Korang jangan lupa join jugak contest ni ya. Ada masa lagi tau.




Wednesday, 3 January 2018

Tebus voucher Lazada

Salam uollss..

Korang kenal tak Lazada? Lazada ni antara kedai online yang femes. Salah satu portal shopping online yang saya setia install apps tak pernah remove dari hp. Haha. So dalam cart tu macam-macam la ada barang yang saya berkenan nak beli dari barang rumah, barang dapur, makeup,barang anak memacam la lagi. Bila nampak je Lazada buat contest Online Revolution Blogger Contest tu laju la saya join. Tapi takde lah bersungguh sangat sebab pernah join sebelum ni tak menang pun. Join suka-suka jela. Plus blog kita suam-suam kuku jer. Haha.

Yang best Lazada ni kalau kita join contest dia alert via email. So takdelah kita terlepas pandang pasal pengumuman pemenang ke apa.

Bila Lazada emel bagitau list winner tu saya terkejut la tengok nama izafiza. Eh aku ke tu. Haha. Tapi takde la mengharap sangat sebab ramai kot join.


Bila Lazada emel lagi sekali pasal saya ni salah sorang winner 3rd prize terus la lompat kegembiraan.


Then tak sampai sehari dapat emel suh kita tebus voucher RM100.


Alhamdulillah. Punyalah tak tau nak beli apa. Haha. Pastu tanya pendapat bff dorang la cadangkan beli oven sebab diorang tahu saya lama dah nak ada oven kat dapur tu. Eh kenapala kita tak terfikir nak beli oven kan, padahal tu lama dah wishlist. Godek2 oven harga murah2, baca review, tanya soalan sikit pastu decide beli oven Pensonic harga Rm119. Kena tambahla RM19.


Alhamdulillah oven dah sampai dengan selamat. Dah test pon bakar ayam. Berfungsi dengan baik



Harap mami kuat semangat nak buat biskut raya tahun ni. Hahaha. Tq Lazada.

Wednesday, 29 March 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Salam uoollsss..

Lama tak bersiaran kan. Sejak dah jadi mak-mak ni rasa nak sembang pon isu mak-mak jer kan. Pasal anak minum susu apa, diapers apa, makan apa. Apa aktiviti harian anak korang, dah sampai mana perkembangan anak tu. Ewahhh. Mak-mak sangat. Heheh.

Jenama diaper

Korang anak pakai diapers jenama apa ya. Daniel ni dulu pernah pakai brand X tapi sebab Daniel ni kecik so brand tu tak sesuai sangat. Jadi menggelebeh pulak bila pakai. Now bertukar ke brand PetPet. Bukan now la. Haha. Rasanya dah setahun lebih kot setia dengan PetPet ni. Suka sangat sebab tak pernah bocor even Daniel selalu je kencing penuh diapers. Design dia pon kecik je ngam-ngam dengan bontok anak mami yang selim tu. Heee.

Bila mami dengar ada Lazada's Big Baby Fair terus mami terjah app. (Actually memang dah lama install app Lazada kat hp). Lazada's Big Baby Fair ni berlangsung dari 27 Mac sampai 2 April tau. So ada masa lagi untuk korang terjah dapatkan barangan baby dengan diskaun sehingga 85% tau. Barangan baby yang terpenting sekali seperti diapers dan susu ada. So takyah susah-susah nak pergi kedai. Beli jer terus sampai depan pintu rumah kan. 

Ok. Terkejut mami tengok diapers murah sangat kat Lazada ni. Memang selalu kawan-kawan bagitau diorang beli kat Lazada. Kali ni mami memang tak nak lepaskan peluang shopping masa Lazada's Big Baby Fair ni. Berbaloi betul penjimatanya tau.

Susu formula

Skroll lagi mami cari susu formula pulak. Ok dah jumpa. Dumex Dugro pastinya pilihan tepat. Daniel dari dulu memang minum Dugro dan Alhamdulillah tak de masalah sembelit ke apa. Kiranya bila 1st mami perkenalkan susu formula Dugro terus serasi. Setialah sampai sekarang. Dan Dugro pon banyak perisa jugak terutama untuk anak 2 tahun ke atas boleh perkenalkan perisa coklat dan buah-buahan pulak. Dan pastinya kat Lazada pon kita boleh dapatkan jugak susu Dugro.

Lazada ni memang berhantu lamannya kan. Sekarang mami selalu bukak bahagian barangan baby la. Mami suka tengok mainan anak. Rambang mata nak beli mainan untuk anak bujang mami. Lastly mami terpikir kalau dapat Sokano Electronic Backseat Driver ni pon best. Bolehlah tenangkan Daniel masa mami drive. Biar dia ralit main dengan mainan dia. Tengok harga tu korang. MURAHNYAAAAA!!!

 

Cepat mami-mami. Jom terjah  Lazada's Big Baby Fair dari 27 Mac sampai 2 April jer. Jangan ketinggalan untuk dapatkan barangan baby anda dengan diskaun sehingga 85%.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...