Para Pengikut..

Wednesday 30 October 2013

Cerita untuk hari ini jer.

Salam uollss..

Hari ni mengantuk sangat sampai tertido tadi ha. Saya tersalah bubuh ubat tido ke dalam bekal nasi goreng tadi?? Saya bukan jenis suka tido kat opis. Ewahh. Puji diri sendiri nampak. Haha. Yela. Betul kan. Ada orang yang hari-hari ngantuk kan. Bukan ke tengahhari tu sunat tido sekejap kan. Heyy bukan tido dari kul 12.30 sampai 3.00 petang okey. Tu bukan tido tu membuta namanya. Haha. Aiolls sayang masa terluang yang ada. Baik aiolls jalan-jalan di alam maya daripada jalan-jalan dalam alam mimpi kan. Haha. Tapi tadi sebab mengantuk sangat tertido jugak. Sekejap je. 20 minit jer kot. Tak suka tido kat opis sebabnya kalau tertido mesti bangun tido je rasa tak larat je plus rasa takde mood je kan. Jadi kalau menguap ngantuk kugagahi jugak diri ini untuk tidak tido...

Dua hari lepas saya timbang berat naik lagi. Ya ampunnn..berat ko ni tak reti ke. Orang tak makan pon tetap nak naik jugak kan. Haha. Balik rumah bagitahu en.beliau berat kita dah naik ni. Nak buat macam mana haa??? Senang je dia cakap.."makan je macam biasa tapi jangan timbang berat dah. Kalau berat naik awak tak tahu. Takdelah risau sangat". Hahahaha. Baiklah asben ku. Nasib baik la tak sekat kita dari makan nasi sebab tak mau bini gemok kan. Haha.

So sekarang lantak la ko la berat ko nak naik ke ..erhemmm..tapi kalau nak turun lagi bagus kan. Muahaha. Asalkan saya sihat walafiat.

Merasmikan...

Salam uollsss..

Eksaited hari ni tau korang. Hari tu saya ada kirim pemanggang ajaib kat husband opismate yang pegi Langkawi. Tadi dah dapat dah pemanggang tuh. Suka ahkak!!Hehehe.

So tadi dah selamat dah bawak balik pemanggang ajaib. Eh, rasa dah lama tau teringin nak beli tapi asyik tak kesampaian jer kan. Bila opismate bagitahu husben dia ke Langkawi terus ai gedik kirim jugak. Haha. Kira reward untuk diri sendiri la eh.

Balik rumah tadi asben eksaited gilew. Siap cakap kenapa tak kirim dua bijik, boleh bagi kat ma satu. Thehehe. Takpelah asben. Next time kita beli kat ma okeyy.


Semalam shopping barang dapur semua, tapi sedihnya pasar raya tu barang basah langsung tak menyegarkan. Jadi segala sayur halia cili ayam ikan tak beli pon semalam. Malam ni mengagau tak tahu nak makan apa. Nasib baik ada lagi belen ayam. Jadi kita buat la nasi goreng orang bujang dengan merasmikan pemanggang ajaib kita. Eh, bukan goreng nasi guna pemanggang ni okeyyy. 


Hahaha. First time merasmikan pemanggang ajaib. Heyyy ayam tu bukan hangit okeyy. Tapi sebab terlebih sos bbq agaknya sampai melimpah ruah. Heee. Ayam tu perap dengan sos bbq dan lada sulah sikit.

Makan dengan nasi goreng bujang. Sayur takde, cili pon takde, nasib baik ayam ada jugak sikit kan. Nasib baik rasa boleh lah kan. Hehehehe.


Okey. Kenyang dah. Pasni kena google apa lagi bleh masak dengan pemanggang ajaib. Haha. Kemain google kan.


Sunday 27 October 2013

Faiz dah makin terror melukis lah!!

Salam uollss..

Hari tu saya pernah up entri pasal anak buah si Muhammad Faiz Irfan yang suka sangat lukis kartun. Dari zaman dia kecik umur dua-tiga tahun lagi dah pandai pegang pen pensil. Masa tu dia duk rumah mak, ramai lah mak n ayah sedara yang bagi buku pen pensil n sama-sama lukis dalam buku conteng dia.


Now Faiz dah besar dah. Dah tahun dua eh Ummi. Heeehee. Baru-baru ni Ummi Faiz upload gambar kt FB. gambar lukisan Faiz. Wahhhh. Kelas kau dik. Dah makin details lukisannya. Tapi konsep dan idea tetap macam dulu - lukis raksasa yang pelik-pelik jer kerjanya kan.


Gambar blur tupun curik gambar dari fb Ummi Faiz . Ummi diorang cakap banyak dah koleksi raksasa yang dia lukis sekarang. Sampai ummi binding buku lukisan tu ha.

Hehehe. Ni mesti tangan jari tiga beradik neh.


Wah sekarang siap dah main kaler-kaler eh Faiz. 


Okey Faiz. Hope bakat kamu akan berterusan sampai besar nanti okey =)






Saturday 26 October 2013

Kleenex Share The Softness.

Salam uolls..

Semalam balik rumah mak tengok kakak duk belek-belek rak kat dapur. Tempat mak biasa letak surat-surat kami. Maklumlah pape surat menyurat guna alamat rumah mak lagi. Eh, rupanya ada parcel untuk kita. Pelik jugak. Dari sape? Takde beli pape online pon, takde join peraduan apa pun akan. So, saya bajet ada sesiapa promote apa-apa pastu bagi trial set sebab parcel tu takde la tebal sangat.

Tengok alamat syarikat tu macam penah ku lihat tapi di mana ya???

Bukak tengok ada surat dari kompeni tersebut.

Congratulations bla bla bla...

Eh, eh, rupanya aiolls menang Kleenex Share The Softness. Pastu terus fikiran duk berputar ligat langsung tak ingat bila saya join peraduan Kleenex nie. Rupanya ada dulu saya pernah join kat FB. Tak tahu pulak ada hadiah, ingatkan suka-suka jer. Thehehe. Saya join sebab suka dengan kata-kata tu nak jadikan cover page kat FB. Thehehe. Kalau tahu ada hadiah ai join banyak-banyak kali. Muahaha.

Ni la contest tu.


Saya dapat yang daily prize jer. Dapat facial tissues. Lembut sangat. Sayang nak guna. Heheehe.


Pastu dapat postcard dengan kata-kata penyuntik semangat. Wahhh gitu.




Pastu sayang nak buang. Kenangan kan. Terus tempek dalam album. Yelah album sampai basi tak cuci-cuci lagi gambar kawen kan. Kita tempek je poskad-poskad tu semua.
 


Tq Kleenex. Walaupun dapat simple & small gift diriku sangat gembira =D

Ni la yang bagi kemenangan pada saya ...

 

 

Perkara jarang-jarang terjadi.

Salam uollss..

Malam tadi kan mak ayah pegi Putrajaya. Jadi kat rumah takde orang nak masak. So, pagi tadi saya dan kakak balik rumah mak, masak makan tengahhari kat sana. Esok pon maybe ke sana jugak. 

Okey, pastu balik rumah dah petang, en.beliau keluar jumpa kawan dia. Jadi kita duk sorang-sorang kat rumah sambil layan Mr.Arrogant terasa lapar la kan. Terus goreng jemput pisang. Makan dengan tea o panas. Terbaik lah. Tengah hujan renyai-renyai pulak tu. Makan aje kerjanya kan. Gud bye diet.

So lewat petang rasa kenyang lagi tak plan nak masak pape pun. Tunggu en.beliau balik je. Tapi harap dia dah makan la. Aiolls kemalasan la. Huhu.

En.beliau balik mengadu lapar, tapi taknak makan nasi. Lalu saya pon cakap la nak makan megi goreng. Tapi nak dia masak. Tak nak masak sendiri. Sebab dia masak sedap. Saya masak megi goreng asyik tak menjadi jer. #taktiknakmelarikandiri 

Heheehe. Taktik menjadi larhhh. En.beliau masuk dapur beria-ria goreng megi. Siap tumis bawang lagi. Haha. Jarang-jarang sangat ini terjadi. Laki ai kan manja angat-angat. Pape hal sume bini masak. Kalau bini takde makan kat kedai la jawabnya. Thehehe. Mekasih yer awak. Walaupun habis bersepah-sepah dapur saya kan. 


Bersungguh-sungguh siap buh ayam lagi bang oiii.

Siap hidang dia basuh kuali. Eh, rajin pulak chef malam ni masak skali pakej membasuh lagi. Rupa-rupanya  nak add on telur mata.



Suka sangat telur separuh masak macam ni. Mekasih asben.

Harap lepas ni awak masak pulak nasi goreng kampung, mihun goreng, tom yam, gulai ayam ker...Haha.Melampaunyerrr.




Thursday 24 October 2013

Rezeki masing-masing.

 Salam uollss..

Hari tu balik dari rumah mak mertua macam-macam beliau kirim. Ai kan menantu kesayangan. Haha #pujidirisendiriponboleh. Biasanya beliau tanya la jugak nak ni tak nak tu tak. Tapi macam segan pulak nak mengaku nak. Habis semua nak angkut bawak balik rumah kan. Hehe.  Memang kontra habis la mertua ma dengan anak laki sulong dia. Pantang nampak apa yang dia berkenan terus keluar ayat dia.  'Ma, kita nak eh. Tak kira la ma tak bagi pon kita nak jugak" Pasrahhh.
 Habis la kalau dia tanya sesuatu menda tu dengan penuh semangat konpem dia nak rembat la tu. Hehe. 

Hari tu kan adik ipar yang pompuan tu jual perfume. Wangi jugak bau dia. Boleh pulak en.beliau ni cakap. " Aku nak perfume ni eh. Tapi tak mau bayar" Hahaha. Kesian la korang boleh abang macam dia kan.  Eh, jauhnye cerita larik ke tengah laut. Ingat nak story pasal mak mertua je. Hehe.

Pastu masa tengah kemas-kemas beg tu mak mertua bawak masuk satu plastik penuh. 
"Ambik la, ma tak tahu la nak bagi apa"
Ma ni kan. Setiap kali balik mesti ada je apa-apa dia kirim tau. Terima kasih sangat ma. Semoga murah rezeki ma sentiasa. Pastu balik rumah tu kemas-kemas baju semua baru la saya geledah satu-satu apa yang ma kirim. Heeee. Senyum sampai telinga la. Terima kasih again n again n again ma sayang. Muahhhh.


Pagi tu ayah beli buah. Saya terliur la sunkis tu. Tapi perasaan nak makan tu tak sampai ke mulut pon, sampai ke hati je, lalu ma bagik la sunkist tu. Siap dengan pisang emas dibawa belayar lagi. Ma kata malam-malam kalau tak nak masak nasi goreng jemput pisang je. Baiklah ma.

 Maggi big kari. Ni en.beliau la mintak. Dia cakap tak pernah try pon lagi maggi big kari neh. Lalu ma pun sumbat jugak dalam plastik tu. Sedap ke korang. Saya pon tak rasa lagi. En.beliau je dah try hari tu. Sama ke macam maggi kari biasa tuh??
 
Keropok udang. Saya suka sangat. Hari tu ma goreng. Tak henti-henti saya kunyah tau. Asal lalu je tepi meja makan tu mesti tangan merayap dalam bekas keropok tuh.

Kuih apekah. Saya pon tak tahu. En.beliau suka lah makan kuih ni. 

Ma, garam halus yang ma bagi bulan lepas pon ada lagi lah ma..

Kurangkan manis dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman =))))))


Kebetulah tea kat rumah saya habis. Kang hari tu lepas makan abc  eskrem tu saya pegi Giant kan. Beli lah tea .Tup-tup balik rumah tengok ada lagi tea. Heee.

Ni perkara wajib yang ma akan bagi. 
  

Terima kasih ma. 


Hari tu ada lah satu malam tu kitorang (saya-adik2 ipar pompuan - dan ma) sembang dalam bilik. Pastu tengok eye shadow ma banyak gileww. Bersusun-susun macam-macam bentuk bekasnya. Siap ada tu yang macam wallet. Fine. 

"Ma, banyaknye eye shadow ma!!"
"Ambiklah kalau Fizah nak"
"Yeke ni ma? Nak yang ni boleh?" #buatmukatakmalu

"Ambik lah nak yang mana pon"
Thehehe. Mekasih ma. Eh, daku pon dah berjangkit dengan laki agaknya.

Alhamdulillah. Walaupun belum dikurniakan rezeki anak tapi daku tetap bersyukur dikurniakan ibu mertua sebaik Puan Siti Marina. Aminnnnn. 


Wednesday 23 October 2013

Eskrem penenang jiwa.

Salam uollss.

Hari tu balik dari umah mil kami tak balik ke rumah terus. Sebab plan nya nak pegi Giant beli barang basah skit. Tapi kereta en.beliau tak masuk jalan ke Giant la pulak tapi masuk jalan nak balik rumah we olls. Ai macam. Eh, dia ni tak ingat ke nak ajak pegi beli barang dapur. Takde apa dah dalam peti ais tu.wuhhuu.

Rupa-rupanya nak pegi makan sotong celup tepung. Ai is seronok sangat. Boleh la kita order eskrem kesukaan. Theheehee.

ABC jagung. Kalau yang biasa takde eskrem. Ni yang spesel ada eskrem. Sedap sangat. Kalau kawan lama lalu sebelah tak sedar dah. Saya ni macam hantu abc eskrem la. Suka sangat makan abc ni. Hehehe.


Mula-mula nak order udang, tapi saya kan tak makan udang, so kita order sotong jer.


Hahaha. Gigih hirup abc.



Okey. Kepada suami terchenta terima kasih sudi menaikkan lemak-lemak saya. Ehemmm. Sebenarnya sebab awak nak pujuk bini yang merajuk kan =p

Tuesday 22 October 2013

Aidiladha 2013

Salam uollss. 

 Salam Aidiladha buat semua. Hehe. Tak beragak la kan baru nak update. Bizi bebenor la kononnya. Aidiladha tahun ni balik raya umah mertua. Lama kot tak balik. Last balik adalah pada Aidilfitri yang lalu. Sebulan lebih la kan.

Bertolak lewat sebab tunggu en.beliau siapkan baiki kereta kawan dia. Dalam kul 10.30 jugak balik. Masa tu hujan turun renyai-renyai. So bawak kereta pelan-pelan je. Sampai je tengok adik-adik ipar duk set up bara api untuk bakar sate. So, terus join diorang.




Ma dah tak sanggup menunggu. Kul 12.00 ma masuk tido tinggalkan kitorang adik-beradik. Lewat la jugak siap bakar sate sebab bekas bakar sate tu basah kena hujan. Jadi bara api hidup segan mati tak mahu je.
Pukul 3.00 lebih baru siap. Masuk rumah terus terkam katil.

Pagi esok awal-awal lagi adik bongsu masuk bilik tunjukkan pingat yang dia dapat. Dapat number empat merentas desa. Hehe. Eksaited sangat dia cerita cikgu panggil nama dia masa perhimpunan sekolah.  


Lepas salam dengan ayah, ma dan adik beradik makan-makan tengok tv jer. Tunggu orang datang hantar daging korban takde la pulakkk. Aidiladha ni takde la meriah macam aidilfitri kan. So takde pon gambar femili. Thehehe. 

Tengah hari keluar beraya rumah tok en.beliau yang kitorang panggil mak. Mesti korang perasan kan. Muka saya nampak pucat dan penat sangat. Huhu. Ramai jugak orang tegur muka pucat nampak tak sihat jer kan. Tapi saya rasa okey jer kot. Mungkin sebab malam tadi tido lewat bakar sate. Saya pulak lelah tak bleh kena asap sangat. Huhu.


Sampai je tengok ada Muslim budak comel anak sepupu en.beliau. Geram sangat Muslim ni tau. Tak nangis pon duk ngan sape-sape. Panas sangat Muslim pon pakai pempers jer. 



Kemudian bergerak ke rumah mak angkat kitorang pulak. Wajib lah kalau balik Dungun mesti kena balik jugak rumah ma ngan bak. Ma n bak ni ibu ayah kawan en.beliau. Kamcing sangat ngan kawan dia ni. So balik rumah bak harus lah aiolls di isteri tirikan. Huwaaaa.

Sampai rumah bak tengok pauh epal dah berbuah. Yeayyy. Saya suka. Saya suka.Mak pon tau saya ni suka makan colek dengan pelam. Terus buat colek. Sedapnya. Kecur air liur. Maafkan saya kawan-kawan yang preggy  kalau terbaca terlihat gambar pada entri neh. Thehehe.

Pokok pauh rendang sangat. Buah pulak rendah jer. Boleh petik ngan jari jemari jer.

Bawah pokok pulak bak buat gerai. Kitorang kalau datang mesti lepak atas gerai.





Elok je siap makan pauh hujan renyai-renyai turun. Terus masuk rumah. En.beliau ralit duk sembang dengan kawan dia. Lupakan terus isteri dan adik-adik. Kitorang ni duk melayan mak ngan bak sembang sampai mengantuk. Adik ipar berapa kali dah tersengguk-senguk. Sofa pulak empuk. Terlena diorang. Huhu.

Akhirnya lepas paksa rela en.beliau pun nak balik la. Haih. Sempat bergambar kat kereta.




Okey. Tu jer cerita Aidiladha kami.
 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...