Salam uollss..
Hari ni Sabtu. Lepak-lepak kat rumah je. Sambil lipat baju, sambil tengok tv sambil bw. Multitask sangat. Hahaha. Plan petang ni nak balik rumah mak. Rindunya kat mak. Rindu jugak Dora. Sape Dora? Sila godek-godek entri sebelum ni okeyyy.
Pastu kalau duk sesorang bosan-bosan saya suka jalan-jalan carik idea pape. Pastu ternampak la kitchen cabinet yang omel-omel-omel sangat. Terus la ushar ushar sampai puas hati kan. Motif carik idea kitchen cabinet. Duk umah sewa je kot plus rumah sendiri entah bina nak terbina kan. Huhu. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua. Aminnn.
Rupa-rupanya macam-macam style kc yang ada kan. Saya cuma tau yang modern, yang english style yang klasik je kan. Rupa-rupanya macam-macam style yang ada. Hehe. Tapi aiolls malas nak buat review semua menda boleh? Sebab berkenan yang bawah ni jer. Thehehe.
Ni saya terjah laman web ni tau http://www.kitchen-design-ideas.org
Kontemporari & Moden
Saya tengok style dua-dua ni lebih kurang je kan. Biasanya design ni untuk rumah dengan ruang yang terhad dan permukaan yang rata. Simple je kan. Tapi smart sangat. Material yang biasa digunakan seperti metal, plastik, kaca. Berkilat-kilat la dapur uollss sentiasa kan.
Yang moden ni maybe dari aspek material tu berbeza dengan kontemporari kan. Sebab modern style ni ada juga material kayu dan batu-batuan.
Hehe. Okey. Suka tau kc yang modern or contemporary style neh.
Okey. Sebab saya kan pencinta hijau, jadi konon-konon kita berangan nak kitchen cabinet kaler hijau. Boley??
Sumber google
Warna hijau kan warna utama dalam alam semula jadi, so penggunaan warna ni akan menjadikan sesebuah ruangan tu rasa lapang, tinggi dan dalam. Maknanya ruang yang kecik akan nampak lagi luas la kan. Dan semestinya semua orang tahu warna hijau ni kan melambangkan ketenangan. Jadi kalau duk kat dapur tu takde la stress sangat. Muahaha.
Okey. Tu je sesi jalan-jalan carik idea di alam maya. Byeee.
#Hajat di hati nak jalan-jalan lagi tapi nampaknye kena sambung malam ni la pulokk. Nak bersiap balik rumah. Daaaa.
#Hajat di hati nak jalan-jalan lagi tapi nampaknye kena sambung malam ni la pulokk. Nak bersiap balik rumah. Daaaa.
kt Trg, Tok Jembal ni ada tukang cabinet ni buat cantik gakx, harga xpasti la
ReplyDeleteLala : Yeke? Kat mana tu? Ada contact num dop?
ReplyDelete