Para Pengikut..

Monday 24 May 2021

Resepi pulut kuning mudah dan sedap.

 Salam uollss.

Suka hati kan nak claim mudah dan sedap. Haha. Dah memang sedap dan sebenarnya mudah jer nak buat. Kita dah umur 30an ni baru gigih nak masak. Padahal dari kecik mak masak kita membuta lagi time tu. Bangun tido hureyy mak masak nasi kunyit. Hahah. 

Pulut kuning ni kami orang Terengganu sebut nasi kunyit. Saya suka sangat pulut kuning ni. Pekena dengan rendang ayam atau daging. Kaedah memasak hendaklah dikukus. Namun ada juga yang tanak. Cuma kalau tanak tu nasi akan melekat-lekat. Terpulang pada selera masing-masing. Kaedah saya masak ni kukus dalam periuk elektrik sahaja. Kebetulan beras pulut yang ada tu tak banyak. Jadi muatlah dalam periuk nasi saya.

Resepi Pulut Kuning (Nasi Kunyit Terengganu)

Bahan-bahan:

1 kg beras pulut

1 1/2 cawan santan pekat 

1 sudu besar garam kasar

1 sudu besar gula

Serbuk kunyit 2 sudu kecil

Asam keping - 2 keping

Pewarna kuning (optional)

Cara-cara:

Mula-mula basuh bersih pulut dan rendam dalam bekas bersama serbuk kunyit, asam keping dan sedikit pewarna kuning. Rendam pastikan tenggelam beras tu. Rendam dalam 2 jam macam tu. Sekali sekala ratakan beras dan color dalam bekas tu yer.

Santan dalam bekas lain tu masukkan garam dan gula. Boleh rasa kalau nak lebihkan masin atau manis.

Panaskan pengukus. Bila air dah mendidih masukkan beras yang dah ditoskan. Cucuk-cucuk beberapa bahagian bagi ada lubang. Saya lapik daun pisang sikit sebab lubang pengukus besar sangat. Haha. Tapi kalau nak lapik jangan sampai tertutup semua lubang-lubang pengukus yer.

Masak dalam 20 - 25 minit macam tu. Boleh rasa nasi dah masak atau belum. 

Kalau dan masak masukkan dalam bekas. Teknik ni kami panggil 'arung'. Kacau nasi bersama santan. Arung masa nasi tengah panas. Arung sampai sebati santan dan nasi tu. Arung dalam 10-15 minit macam tu. 

Bila dah sebati masukkan balik dalam pengukus. Kukus dalam 15 minit atau hingga pulut kuning dah betul-betul masak dan lembut. Saya kukus sekali bersama 2 helai daun pandan yang disimpul. Nak bagi aroma daun pandan.

Dah siap dihidangkan. Bolehlah makan dengan rendang atau gulai ikan. Selamat mencuba.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...