Para Pengikut..

Monday, 18 March 2019

Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip

Salam uollss

Jom join giveaway. Kali ni dari blogger Mrs.Pip


Klik banner atas atau link bawah untuk join okey =)


Done follow ig sponsor =)



Giveaway ini bermula hari 15.3.19 sehingga 5.4.19. So jom cepat-cepat join =)

Saturday, 9 March 2019

Kisah Kiko

Salam uollss..

Dia ni kucing peliharaan mak ayah. Bila balik rumah mak jer suka panjat atas riba mami. Jinak sangat. Banyak kali sebenarnya nak bela kucing sejak tahun pertama kawin tapi asben tak bagi. Time balik rumah mak la boleh main ngan kucing. Kebetulan pindah rumah sewa kedua tu banyak tikus. Memang stress tikus tahap rosakkan baju, habis tipuware dia gigit. Pastu kalau tinggalkan rumah  bila balik kampung memang bersepah na**s dia. So pujuk asben nak bela kucing. Akhirnya dia setuju jugak. Horeyyy. Tahun ke-3 kawin baru dapat bela kucing sebagai peneman pjj.


7 Mac 2015 mami ambik dia dari rumah mak bawak dia balik rumah. Dia punya perasaan gembira tu tak dapat nak luah la sebab dah lama aim nak bela kucing konon mengisi kesunyian bila asben takde. Kiko pulak jenis manja. Bila mami bukak laptop nak buat kerja dia akan naik atas riba. Bila baring atas kusyen dia duduk atas perut. Sejak Kiko ada kat rumah tu memang tikus tak kelihatan dah. Lebih kurang seminggu lepas tu mami nak balik kampung. So mami hantar Kiko balik rumah mak sementara.


 

Masa kat kampung adik bagitau Kiko mati. Tiba-tiba tengok dah terkulai. Sebelum tu adik bagitau dia muntah dan cirit. Abang tanam belakang rumah. Ya Allah... Sedihnyaaaaaaa. Allah ambik dia saat mami takde dengan dia. Tak tahu macam mana perasaan kalau dia tiba-tiba mati depan mata mami. Sepanjang jaga dia mami selalu snap gambar dia. Lepas dia pergi memang selalu bukak hp tengok gambar2 dia. Balik rumah tu sunyinya. Takde bunyi dia mengiau sambut mami balik kerja, takde dia datang lompat atas riba bila mami sibuk buat kerja. Benar-benar kehilangan rasanya.


Mak pernah bagitau kucing ni bawa rezeki. Sampai ada orang dulu-dulu pesan kalau lambat dapat zuriat cuba minum air yang kucing tu minum. Nanti dapat zuriat ramai macam kucing. Idokler mami nak percaya dan buat semua tu kan. Cuma kalau berpeluang bagi makan or minum kat kucing rumah mak mami selalu bisik kat kucing2. "Mami bagi makan ni. Makan kenyang2 deh. Nanti doakan mami dapat anak yer". Masa Kiko dengan mami, bila dia naik duduk atas perut mami akan alih dia pastu mami cakap "jangan duk sini, sian baby sakit". Hahaha. Agaknya kalau ada orang dengar mesti dia cakap mami gila. Sebenarnya start bela Kiko memang mami bahasakan mami dengan dia. Selalu gosok dia pastu suruh dia doa mami dapat baby. Sebab tu sedih sangat Kiko takde, mami takde tempat nak berbual.

April 2015.
Sebulan lepas Kiko pergi mami disahkan hamil. Rezeki Allah hadirkan zuriat lepas mami kesunyian bila Kiko pergi. Masa tahu pregnant tu tak tahu kenapa mami terbayang Kiko. Mungkin betul orang cakap kucing ni pembawa rezeki. Alhamdulillah anak mami dah umur 3 tahun lebih dah. Mami harap dia tak request nak bela kucing. Rasa macam fobia nak bela. Sakitnya perasaan bila kita kehilangan kucing yang kita sayang kan. Sekarang nak main ngan kucing mami pegi rumah mak jela. Heheh. 

Ok done karangan panjang. Tq sudi baca.

Wednesday, 6 March 2019

Resepi Singgang Sotong

Salam uollss.

Hari Isnin lepas Terengganu cuti umum sempena Pertabalan Sultan Terengganu. Tak tahu nak masak lunch apa. Kebetulan dalam peti ais ada sotong. Terus teringat singgang sotong ni. My favourite dari zaman kecik-kecik kalau mak buat saya suka hirup kuah panas-panas.

RESEPI SINGGANG SOTONG

Bawang besar 1 ulas besar dihiris
Bawang putih 5 ulas dihiris
Halia 1/2 inci dihiris halus
Lengkuas beberapa hiris (tak nak letak pun sedap je rasa)
Serai 2 batang (ketuk)
Lada 3 biji
Asam keping

Mula-mula sotong macam biasa di basuh bersih. Kalau jenis suka makan sekor2 macam tu tak payah hiris.

Rebus air letak bawang putih , serai dan asam keping. Pastu lada sekali. Sukati la korang nak buh berapa biji pun. 

Bila dah mendidih masukkan bawang besar, lengkuas dan halia. Masukkan garam dan perasa apa-apa yang korang mahukan.

Dah siap. Senang, cepat dan sedap!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...