Para Pengikut..

Wednesday 23 January 2019

Resepi kek coklat moist sedap dan mudah.

Salam uollss..

Dah 2x percubaan baking cake. Yang 1st trial lupa nak simpan resepi. So kali kedua percubaan meh la tempek resepi sini supaya next time nak try lagi kita tengok kat blog sendiri je yer.

RESEPI KEK COKLAT MOIST


1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam
2 biji telur (gred A atau B)

1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu besar gula (kisar halus)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu susu tepung
Garam sikit jer

Mula-mula kacau bahan-bahan bentuk cecair tu susu, minyak, air suam dan telur. Kacau sampai sebati.

Lepas tu masukkan bahan-bahan tepung pulak. Semua tu ayak yer supaya tak berketul-ketul.

Dah siap letak dalam loyang. Oles margerin dulu kat loyang tu supaya tak melekat kek nanti.

Kemudian bakar suhu 160° dalam 40 minit. Jangan lupa oven kena panaskan dulu yer.

Kemudian sementara oven bunyi ting ting boleh buat topping pulak.

1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu cair

Masak secara double boiler sehingga adunan sebati dan likat. Dah masak kek boleh curahkan atas kek lepas tu tabur hiasan yang disukai.


Seriously yummy n moist sangat resepi ni. Next time saya nak try kukus pulak.

Monday 21 January 2019

Meningkat usia lagi

Salam uollss..

19 Januari 2019 genap usia saya 33 tahun. Adoi. Macam tak caya dah umur 33. Even dah umur 33 I tetap rasa jiwa baru 23. Ceewaahh. Hahaha.

Tq semua yang wish birthday. Wish via whatsapp, insta, fb. Wish depan2 ai. Wish siap tuju lagu. Tak lupa bagi hadiah kat I. Paling terharu bekas anak murid yang dah lama sangat ngajar dia. Start saya mengajar  tahun 2009 dia batch 1st. Tiap tahun tak pernah lupa bagi seprais. Touching makkkkk. 


3 benda paling kesukaan tau..color hijau, chocolate dan fresh flower. Tqvm anak murid. Semoga dimurahkan rezeki sentiasa.



Lepastu I request lagu kat adik I Hafiz Hafizol. Request lagu paling I suka sekarang tau..kemarin. Haha. Izinkan saya tempek sini sebagai kenangan yer awok.

Di umur 33 ni saya harap sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan berpanjangan dan berjaya mencapai azam dan target. Hehehe.

Thursday 17 January 2019

Daniel demam.

Salam uollss..

Hari Khamis lepas seperti biasa anak sedara pickup Daniel kat school. Balik tu diorang akan lepak rumah tok dulu sementara saya sampai. Sampai je terkejut tengok Daniel dengan muka tak bermaya tak berbaju seluar just pempers je. Duk baring atas riba sepupu dia. Rupanya baru lepas muntah. Bila rasa badan tak panas. Risau jugak takut salah makan ke apa. Then saya bawak balik rumah. Nak mandikan pun menangis. Lepas tepuk2 tidokan dia. Tupun dah muntah lagi sekali sebelum tido.

Dalam kul 7.30 papa sampai. Masa tu dia dah lena tido. Then saya keluar beli burger. Sebab gas habis. Balik tu dia dah terjaga sebab muntah. Lastly dah tido tu dalam kul 12.30 muntah lagi. Papa dah risau dah. Terus decide bawak pegi klinik. Nasib baik ada klinik 24jam tak jauh sangat dari rumah.


Sampai klinic tu muntah lagi. Nasib baik la staff clinik tu baik sangat. Cepat2 dia datang lap lantai dan suruh mami papa duduk je. Doc cek tak demam pun. Suhu normal jer. So doc bagi ubat tahan muntah dan antibiotic je. Kebetulan kat rumah masih ada ubat demam. Balik rumah tu bagi ubat tahan muntah. 


Alhamdulillah dah tido lena tak muntah dah. Saya terjaga jam 3.00 pagi sebab dia merengek. Badan dah start suam-suam. Tapi tak panas sangat. Rupanya muntah sebab nak demam. Lama sangat tak demam dia ni. Setengah tahun tak demam kot. Ni demam masuk sekolah agaknya. Haha. Hari Jumaat terus tak aktif. Nak berdukung je. Makan pun tak selera. Sedih mami tengok sebab biasanya dia aktif sangat. Tok mi dan aki datang tengok cucu. 

Hari Sabtu Alhamdulillah dah sihat. Daniel ni kalau demam sekejap je. Sehari macam tu je. Yang penting masa demam kerap mandikan dia. Mandikan dengan air lemon. Hari Sabtu papa jaga sebab mami work. Ahad mami cuti ajak keluar berjalan.


Semoga sihat2 selalu anak mami.

Thursday 10 January 2019

Birthday Giveaway by Mya Rosli

Salam uollss..

Jom join giveaway by Mardhiyyah Rosli. Akak pun baru follow Mya Rosli. Salam perkenalan yer. Sempena birthday Mya 15 Januari nanti kita ada wish =)


Mya Rosli..
Akak doakan semoga..
Rezekimu sentiasa murah..
Dikelilingi keluarga dan sahabat yang penyayang..
Hidup sentiasa diberkati..
Impian akan dimakbulkan..
Yang sukar akan menjadi mudah..
Yang sulit akan menjadi ringan..
Angan-angan yang diimpikan jadi kenyataan..
Hasrat yang diinginkan dapat digenggam..

Blogger lain pun jom meriahkan giveaway ni. Klik je banner bawah okey =)


Lirik lagu Kemarin - Seventeen yang sangat meruntun jiwa.

Kemarin (Seventeen)
Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu
Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu
Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang


Sedih sangat lagu ni. Saya baru tahu rupanya lagu ni dihasilkan oleh arwah Herman guitarist band tersebut dan release Disember 2016. Dua tahun sebelum kejadian tsunami menimpa mereka. Dalam bencana tu Bani, Herman, Andi dan manager mereka Oki Wijaya terkorban. Vokalis mereka Ifan terselamat namun isteri beliau turut terkorban. Lately balik kerja dengar Sinar hari-hari berkumandang lagu ni. Sedihnya. Terus terfikir macam mana kalau ajal kita datang awal. Semoga Allah pelihara anak mami sebaiknya. Semoga dijaga dengan penuh kasih sayang dengan ilmu agama yang cukup. Aamiin.

Wednesday 9 January 2019

Cerita awal tahun 2019

Salam uollss.

Pantas masa berlalu. Now dah masuk tahun 2019. Anak mami dah masuk taska, mami pun nak masuk umur 33 dah lagi 10 hari (ini pulak nak diingatkan yer.haha)

Tahun ni takde motivasi nak set target, set azam. Allahu. Sebenarnya ada bermain difikiran untuk tahun 2019 ni apa yang saya nak capai. Tapi entahlah nak start dari mana entah. Takde semangat dan takde pendorong semangat je lagi. Big why tu banyak je. Huaaaa. Insyaallah slow2 nanti kita cari masa untuk plan yer. Sekarang ni fokus dengan kerja hakiki dulu dan of course la fokus terhadap family.

Sejak Daniel masuk taska ni saya rasa kehidupan lebih tenang. Jadual berubah banyak jugak yer.

Dulu saya hantar Daniel ke rumah pengasuh dalam kul 8.30. Daniel plak jenis tidur lewat. Kul 11 ke atas baru tido. So kita pun tido lewat. Bangun subuh tido balik. Adoiii. Kadang-kadang rushing nak masak bekal untuk Daniel, bekal mami, kelam kabut sangat. Kadang2 punch card merah. 

Sekarang Daniel tidur awal. Kadang-kadang jam 8.00 malam dah nak tidur. Cuma perangai baru nangis je bila nak tidur. Pastu mami kena dekat dengan dia. Mami jauh sikit nak pergi dapur ke mesti nangis lari kejar mami. Adoi. Dah tidur tu barulah mami boleh buat kerja lain. Tapi tulah. Nak kita selalu ada sebelah dia. Tapi bangun pagi Alhamdulillah ok. Nak mandi payah sikit la jenis takut air. So kena mandikan air hangat. Bagi mood dia cool nak pergi school. Hantar taska kul 8.00 secara automatik mami pun pergi ofis awal. Cuma malam-malam la kena buat jadual nak curi masa untuk lipat baju, basuh baju,gosok baju dll. Tunggu ada masa free sikit kita buat yer. 

Ok tu jela nak membebel. Entri takde gambo. Haha. Bye.

Tuesday 8 January 2019

Koleksi Kurung Songket 2019

Salam uollss..

Dah seminggu menginjak ke tahun 2019. Tahun ni target nak shopping awal baju raya. Setiap tahun target macam tu. Beli sepasang setiap bulan simpan dulu. Nanti raya pakai. Sebab biasanya raya tu banyak open house saudara dan kawan-kawan. Baju raya saya biasa beli baju kurung moden yang tak fancy sangat. Nanti boleh jadikan office wear.

Tahun ni nampak banyak sangat koleksi songket keluar. Macam-macam design macam-macam nama. Wajib grab jugak untuk koleksi songket tahun ni tau. Biar bervariasi sikit baju ofis tu asyik bunga-bunga dan plain color je kan. Jom kita cuci mata tengok koleksi baju  design songket.

Owh. Lupa. Semua koleksi ni kalau berminat boleh terjah instagram @izafiza_shoppe atau direct whatsapp +601116976134
































































Aduh. Matilah nak kena letak semua. Dah bagitau banyak sangat kan. Koleksi dari pelbagai butik pakaian. Nak tau detail terus ws no di atas yer.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...