Para Pengikut..

Wednesday 24 June 2020

Buka akaun ASNB untuk anak

Salam uollss..

Alhamdulillah hari Isnin lepas baru berkesempatan pergi ke ASNB untuk buka akaun untuk anak. Dapat duit raya kita masuk ASNB untuk simpanan awak masa akan datang yer. Masih lagi dalam mood sop, keluar pakai mask, nak masuk 5 orang sahaja. Isi borang kat luar pastu duduk atas kerusi kat luar tunggu turn. Record nama, no.hp, suhu lepas tu nak masuk sanitize tangan dulu.



Kalau ibu/bapa wakil untuk bukak akaun Didik, just bawak ic ibu/bapa sendiri dan mykid anak. Kalau penjaga boleh perlu bawak surat beranak. Borang pun boleh je download siap-siap kat laman web ASNB kat bawah okey. Tapi saya ambil borang kat sana dan isi kat sana terus senang nak tanya apa-apa masa isi form tu.


Alang-alang pergi ASNB saya terus tanyakan pegawai tu pasal akaun saya yang kena freeze. Sebab lama tak aktif. So pegawai tu tolong reset balik akaun online tu. Dan bagi guideline baru untuk bukak akaun online yang baru. 


Alhamdulillah settle dua perkara hari tu =)

Wednesday 17 June 2020

Resepi ayam ala tiga budak gemuk yang sangat sedap.

Salam uollss..



Sejujurnya awal-awal saya memang tak tahu kewujudan nama menu ni tau. Lepas tu ada kawan bagitahu ia berasal dari nama sebuah kedai. Haha. Ingatkan memang nama menu dia macam tu weh. So saya try la masak since asben suka ayam goreng kering macam tu. Eh dia puji sedap sampai ratah makan lauk tu saja. Haha. So kita simpan resepi kat sini okey. Kalau tengok kat internet macam-macam versi resepi yang ada. So saya try resepi ni sedap pastu duk ulang masak resepi ni jer la.

RESEPI AYAM KICAP ALA TIGA BUDAK GEMUK

Ayam (dipotong sederhana saiz). Jangan besar sangat nanti tak bersalut sangat kicap tu. Resepi saya buat untuk 3 orang makan.
Bersihkan ayam, potong dan gaul dengan garam dan kunyit. 
Lepastu goreng ayam.

Kayu manis 1 (saiz kecik)
Bunga lawang 3 kuntum
Buah pelaga 3 biji
Cengkih 3 biji

(Empat sekawan tak yah letak banyak sangat. Kalau tak nak letak pun terpulang)

Bahan tumis 
Bawang merah 5 ulas*
Bawang putih 3 ulas*
Halia 1 inci*
Cili api ( ikut tahap kepedasan masing-masing) *

Tumbuk bahan tumis sampai naik bau. Masukkan daun kari 3 pelepah.
Tumbuk lada hitam sikit dan masukkan dalam kuali. Seterusnya bancuh serbuk kari 1 sudu dan masukkan dalam kuali.
Masukkan kicap lemak manis 3 sudu besar, sos tiram 1 sudu besar. Kacau sentiasa sampai sambal kicap jadi pekat. 
Masukkan garam dan perasa secukup rasa.

Okeyy done.

Serius sedap sangat tau sampai bertambah nasi. Makan pulak dengan nasi panas-panas.




Sunday 14 June 2020

Misi menanam pokok

Salam uollss..

Sekarang heboh betul dengan pokok lidah mertua yang viral tu. Siapa dah terjebak angkat tangan. Sampai ada nursery jual harga ratusan. Over betul kau yer. Saya pon terjebak sebenarnya. Pastu jenuh berfikir kat mana pernah tengok orang tanam pokok ni rupanya rumah mertua. Mak mertua memang pencinta pokok bunga. Macam-macam ditanamnya. 

Jadi bila tahu anak menantu pon berjinak suka pokok bunga ni suka la dia dapat share hobi. Weekend minggu ni balik rumah mertua. Mil dah plan nak ajak tengok bunga kat nursery. Saya memang suka tapi bila fikir laman kecik, anak yang super aktif ni pokok artificial mami pon habis dikerjakannya ni kan pulak pokok hidup. Adoi la. Takpelah. Kita tanam kat luar rumah jela dulu yer. Duduk plak rumah sewa. Kang nak pindah berangkut berpasu-pasu jenuh lah. So kita tanam seadanya jela yer.

Semalam dua tempat nursery pergi, geram tengok pokok bunga. Tapi kita beli pokok limau purut je RM14.  Pastu beli tanah RM1 satu plastik tu boleh beli limit sorang 3 jer.  Sebab datang 4 orang boleh beli 12 plastik. Balik rumah tolong mil ceraikan pokok lidah mertua untuk bahagikan buat anak menantu. Pastu ma bagi pasu dan pokok bunga kertas dan pokok keladi hiasan tu. Penuh bonet keta. 

Harap kamu semua membesar dengan baik dan subur yer. Seram jugak nih macam galas satu tanggungjawab besor jer gaya. Mesti pasni mil selalu call tanya macam mana keadaan pokok dia. 

Tuesday 9 June 2020

Rak kasut baru yeayyy!

Salam uollss..

Sepanjang pkp sampai pkpp ni apa yang korang buat di rumah tu. Mesti dah deco macam-macam, dah ubah susun atur perabut rumah, atau bermacam hasil tanaman dah ditanam yer tak. Hehe. 
Dan semestinya macam-macam la korang membeli dihujung jari kan. Saya even wfh dan tak banyak masa sangat sebenarnya, nak deco organize bagai, tapi sebab hari-hari duduk di rumah sampai satu tahap bosan tau tengok susunan meja kat situ, susunan perabot kat sini. Haha. Apakan daya kita rumah kecil tak mampu nak susun ikut kehendak. Plus rumah sewa jer tu. So organize seadanya ikut sedap mata memandang. 
Alkisahnya lama sangat dah nak tukar rak kasut ni. Rak kasut terbuka macam ni cepatlah masuk habuk kan. Terutama kasut yang jarang pakai. Yang asben punya lah banyak kasut. Aku tengok yang dia duk pakai selipar tu je . Adoi. Semak kan mata tengok. Hahaha.


So beli la satu rak ni kat online. Sampai lepas raya. Suka sangat even murah dan simple jer asalkan tertutup kemas. Taklah semak mata memandang. Lepas dah sort kasut selipar semua..ada yang kena buang sebab dah rosak pun simpan lagi. Takde makna nak sayang2 bagai kita buang jer. 


Tq asben tolong install. Haha. Saya malas betul bab-bab nak install ni tak gigih. Nasib baik sepanjang pkp asben ada sekali. Sangat menyumbang bab nak deco rumah ke apa.

So beginilah kejadiannya rak kasut bertutup kita. Nak cari design yang takde gambar-gambar nan hado lah. Takpelah gambar basikal pun boleh lah. Semoga selamat sejahtera kasut-kasut didalam tu. Kihkih.

Monday 1 June 2020

Eidulfitri 2020 yang penuh bersejarah.

Salam uollss..

Seminggu berlalu. Macam mana dengan sambutan raya korang semua. Harap tetap meraikan dalam kesederhanaan tanpa keriuhan tapi penuh penghayatan.

Tahun ni ikut giliran kami sambut aidifitri belah keluarga saya. So sambut di rumah sendirilah sebab rumah mak sebelah rumah je pun. Macam kebiasaan, raya kedua baru gerak balik beraya ke kampung keluarga mentua. Tapi disebabkan PKPB dan patuh sop ziarah hari raya pertama sahaja..maka petang raya pertama tu jugak balik raya rumah mentua. Bukan niat nak berhari raya sangat sebenarnya. Tapi nak raikan aidilfitri dengan mak ayah dan keluarga mentua tu sebenarnya. Lagi pun kami rentas daerah je so takde hal la. Direct balik rumah mil takde singgah mana-mana.

Ok berbalik kepada sambutan aidilfitri. Tahun ni memang betul-betul bersederhana. Baju tiga beranak tema color emerald green awal-awal lagi beli. Masa awal-awal ramadan lagi. Color tu pun decide bila asben tengok pilihan warna yang ada. Hari Jumaat sebelum raya tu baru lah semangat sikit nak keluar beli baju tshirt untuk anak dan suami sebab pikir nak balik kampung kan. Kot tetiba nak beraya rumah jiran-jiran ke. Beli jugak untuk suami 2 helai tshirt untuk Daniel 3 helai tshirt, sepasang baju siang dan 2 pasang baju malam. Kebetulan baju dia banyak dah singkat. Gigihkan jugak beratur tengah panas, pakai mask lagi berkicap oii.

Tahun ni buat jugak biskut raya beberapa jenis. Tu pun harap ada adik dan anak buah tolong buat jugak. Boleh la nak mengunyah pagi raya. Kerepek kacang langsung tak beli. Cuma order online jer untuk mentua. Beli kat Shopee. Saja test nak tengok ok tak kerepek dan kacangnya. Sedap rangup. Boleh la order lagi lepas ni.


Biskut cornflakes madu


Biskut kacang


Biskut Dahlia

Malam raya macam biasa juadah wajib buat rendang ayam. Tengok warga FB IG sehari sebelum raya dah merendang. Saya ni memang tradisi masak rendang lewat malam. Haha. Pukul 9.00 malam tu baru masuk kebun petik daun kunyit. Haha. Tapi petang tu dah buat persiapan la. Sediakan bahan blend dan ayam dah goreng garam kunyit siap-siap. Selain daripada rendang, malam raya saya masak sambal ikan bilis untuk makan dengan lontong. Bangun pagi raya masak kuah lodeh. Sedapnya. Lontong ni my favourite menu raya la tau. Makan dengan nasi himpit dan sambal bilis. Aduh. Dua mangkuk tau belum tentu cukup. Haha.
.

Malam-malam buta baru nak pergi petik daun kunyit. 



Dah masak rendang dan sambal bilis baru lah tidur. Dah pukul 2.00 am lebih masa ni. Kemas rumah sikit. Esok bangun pukul 6.00 pagi masuk dapur masak kuah lodeh. Nasi himpit mak dah rebus siap-siap rumah mak.


Kena paksa bangun awal. Moody sikit dia. Hehe.


Lepas dah siap-siap terus beraya rumah mak bersalaman hari raya dengan mak ayah dan adik beradik. Sesungguhnya memang tak meriah sangat la kan. Memang tahun ni tak beraya ke rumah sedara mara. Walaupun diizinkan untuk menziarah pada raya pertama tu, tapi saya menghormati tuan rumah. Sebab kita tak tahu tuan rumah bersedia ke tak nak terima tetamu. Takpela. Kami hantar wakil je pergi hantar juadah raya. Mak sedara pun hantar wakil anak beliau datang raya. 


Bagitahu nak pergi umah tok baru happy. Hehe.


Kesayangan tokki ni.


Peluk kuat sikit kot nanti tok ki bagi duit raya lebih. Haha. Dah beraya rumah mak makan nasi beriani yang jiran hantar terus balik ke rumah. Anak-anak buah datang makan lontong kat rumah saya pulak.


 Lontong dan rendang ayam saya masak untuk juadah raya tahun ni. Sate dan ketupat ayah tempah. Kuah kacang kakak yang bagi.






Anak-anak sedara semua dah besar dari mak sedara. Tahun ni dua orang abang, sorang kakak dan sorang adik laki tak dapat pulang beraya sekali. Rasa sayu sikit aidilfitri kali ini. Harap sangat cepat-cepat covid ni pergi. Rindu semuaaaaaa..


With adik bongsu.

Lepas zohor kemas baju, kemas dapur semua siap-siap untuk balik kampung rentas daerah. Sebenarnya saya tak confirm kan dengan mil kami balik raya petang raya pertama tu. Saja nak surprise kan diorang. Haha. Diorang mesti ingat kami tak jadi balik beraya. Alang-alang bos bagi cuti seminggu kita manfaatkan sebaiknya balik menziarahi orang tua. Alhamdulillah.

Raya kedua mil ajak beraya rumah besan. Dekat jer dengan rumah. Tu jelah raya tahun ni. Hari-hari seterusnya duduk rumah makan kerepek dan kacang. Hehe. 


Hari Khamis balik semula ke rumah. Lima hari tinggalkan rumah baju dua bakul tak terlipat. Ahad dah mula start kerja dah. Begitulah alkisah Aidilfitri tahun ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...