Para Pengikut..

Thursday 8 March 2018

Picnic di Hutan Rekreasi Lubuk Kain, Dungun

Salam uollsss..

Sabtu lepas kami sekeluarga pergi mandi air terjun lagi. Asalnya diorang plan nak pergi hari Jumaat. Tapi sebab Jumaat tu saya kerja so pergi hari Sabtu. Asben n adik ipar kerja ngan ayah jer boleh lah nak pujuk bos mintak cuti sehari. Nasib baik bos bagi. Ayah pulak puas diajak tak nak pergi. Agaknya penat sangat pergi Chemerong hari tu turun naik tangga tinggi. Kami pergi 2 buah kereta. Mil, adik ipar dua orang, biras, me and husband. Adik ipar dan biras sepasang lagi tak dapat join kali ni sebab anak dorang masih kecil. Takpe, next time tunggu Wafi besor skit kita repeat yer =)

Kali ni kitorang picnic kat Hutan Rekreasi Lubuk Kain. Kalau siapa biasa pergi Chemerong, Lubuk Kain ni atas lagi dari Chemerong. Jalan tu macam biasa la. Roller koster gitu konsep dia. Haha. Sini best tenang jer. Air terjun tak tinggi so tak bingit sangat bunyi air terjun.

Kitorang tolak dari umah pukul kul 8.00 pg. Dalam 9.30 lebih kot sampai. Masa tu orang tak ramai lagi. So cepat-cepat cop kawasan yang ada tempat bbq sebab bawak ayam nak bakar. Mil kejut bangun pukul 5.30am okey goreng nasi dan mihun. Haha. Keropok pulak saya goreng siap-siap malam tu sebelum tidur.


Masa sampai tu asben ajak pegi toilet nak settlekan hajat besar. Kahkah. Ajak ai teman ok. Menyedihkan sangat keadaan toilet tu. So paham-paham la tempat free macam tu memang tak terjaga sangat la kan. Cancel terus hajat asben. Haha. Nak tukar baju karang pepandai la sendiri. Memang takde makna nak pegi lagi toilet tu.


Tebing dia tak tinggi sangat. Turun tangga skit jer dah boleh berendam dalam air. Tapi kami meredah air dan batuan untuk ke seberang sana. Port dia best sikit untuk hamparkan tikar.

Asben dan adik ipar set up tempat bbq. Yang lain dah terjun dalam air dah.


Jomlah selfie dulu.


Daniel, mami, tokmi

Daniel & tokmi


Kita tak turun lagi masa ni. Sebab lapar so makan dulu.



Pastu baru lah ambik feel turun. Haha. Ai bukan addict sangat dengan air pon. Biasa2 jer.

Area tengah tu ada pasir je takde batu2. Tak la takut jalan atas batu licin. Bolehla feeling nak berenang tanpa terhantuk kat batu.

Ada kawasan cetek kat batu2 dan kawasan dalam sikit. Daniel ni punyalah tak tahan sejuk dia berpeluk berdukung je ngan kita. Adoi. Nak masuk dalam air pun payah mami. Bila dia dah kurang sejuk skit barulah boleh letak atas pelampung segiempat tu. Haha. Lantak la bagi nama apa pun.


Sarah ngan cik teh ni memang hantu air betul Ikutkan nak berkhemah jer situ tak nak balik. Hahaha.




Tengahhari tu budak-budak dah kepenatan. Bagi susu sebotol, terus tido. Lena betul tidur dengan cuaca dingin even matahari terpacak atas kepala.





Tenangnya tengok air mengalir. Bestnya kalau air terjun belakang rumah hari-hari pergi mandi air terjun jer. Muahahah.


Hujung sana dalam skit. Memang tak tersampai la kat situ. Ada akar pokok juntai-juntai tu ramai budak laki terjun macam tarzan.



Kesimpulannya suka sangat tempat ni. Sebab air terjun tak tinggi sangat so tak bising sangat. Tenang jer. Ramai orang mandi tapi ok je masing- pakat duk mandi manda je ramai2. Cuma jalan nak ke sana la mencabar sikit. Kalau orang tanya saya direction dia sumpah saya tak ingat. Hahaha.

Thanks fil selalu habiskan masa picnic bersama-sama. Semoga kasih sayang n kebahagiaan ini berkekalan selamanya. Love u all.

3 comments:

  1. Bestnya mandi sungai.. Cuma agak susah untuk tukar baju lah ye.. Public toilet tak berjaga..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...