Para Pengikut..

Thursday 20 February 2020

Bayam brazil goreng rangup

Salam uollss..


Bayam brazil ditanam kat tepi rumah. Tanam pun asalnya beli ulam tu kat pasar nak try makan sebab nampak segar bugar sangat. Habis makan tu cucuk-cucuk atas tanah. Segar sangat tumbuhnya. Memang senang hidup. So semalam saya petik daun untuk goreng.


Potong bahagian daun saja untuk goreng tu. Rendam garam dulu kejap takut ada serangga tersembunyi celah daun. Toskan pastu gaul dengan serbuk tepung bestari. Tepung ni mudah je didapati di pasaraya.


Pastu goreng sampai garing. Rangup sangat wei. Try la korang. Boleh kudap-kudap sambil tengok drama.

Monday 17 February 2020

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.



Giveaway Wang Tunai Mamapipie




Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan 
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..

  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020


Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50


Tag :

1. Hafiz Hafizol
2. Ana Suhana
3. Siti

Sunday 16 February 2020

Resepi Chocolate Cake yang mudah dan sedap.

Salam uollss..


Lama tak baking cake. Khamis lepas buat untuk pot luck kat office. Pastu semalam repeat lagi untuk kirim kat mil. Dah ada resepi sebelum ni kat blog ni tapi kita repeat lagi yer sebab dah buat 2,3 kali boleh agak dah sukatan yang terbaik. Hehe

RESEPI CHOC CAKE

Bahan A
1 cawan susu pekat (saya kurangkan sebab tak nak manis sangat)
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam
2 biji telur (gred A)

Bahan B

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu besar gula (kisar halus)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu susu tepung 
Garam sikit jer

Mula-mula kacau bahan-bahan A sampai sebati.

Lepas tu masukkan bahan-bahan B pula. Semua tu ayak yer supaya tak berketul-ketul.

Dah siap letak dalam loyang. Oles margerin dulu kat loyang tu supaya tak melekat kek nanti.

Sebelum tu panaskan dulu oven dalam 5 minit. Kemudian bakar suhu 150° selama 40 minit.  Api atas bawah. 

Kemudian sementara oven bunyi ting ting boleh buat topping pulak.

1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu cair

Masak secara double boiler sehingga adunan sebati dan likat. Dah masak kek boleh curahkan atas kek lepas tu tabur hiasan yang disukai


Alhamdulillah sedap sangat. Saya ni dah la hantu choc cake!!

Monday 10 February 2020

Resepi Homemade Potato Fries.

Salam uollss..


Resepi Homemade Potato Fries

Malam ni malas nak masak nasi. Daniel pon dah kenyang makan petang tadi odw balik rumah. So mami masak simple jer. Kebetulan ada potato so kita goreng lah.

Potato 4 biji
Cuka 1 sudu besar
Garam kasar 1 sudu besar
Air
Tepung bestari spicy
Minyak untuk menggoreng

Senang sangat ni tau. Mula-mula panaskan air masukkan cuka dan garam. Sementara air mendidih potong ubi kentang panjang-panjang macam potongan fries yang biasa makan tu lah. 

Bila air dah mendidih besarkan api kemudian masukkan potato. Masak dalam 5 minit. Lepastu angkat dan toskan.

Taburkan tepung adabi dan gaul sebati. Lepastu goreng potato. Minyak kena banyak biar tenggelam potato tu. Api sederhana. Goreng sampai kekuningan. 

Dah masak hidangkan bersama sos cili. Sedapnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...