Thursday, 29 January 2015
Resepi Mee goreng simple dan sedap
Wednesday, 28 January 2015
Botol air baru lagi.
Tuesday, 27 January 2015
Sape yang stress sebenarnya???
Catatan duka pemergian arwah abang ipar ke rahmatullah.
Monday, 19 January 2015
Keputusan AJL 29
JOE FLIZZOW & SONA ONE - APA KHABAR
DAYANG NURFAIZAH - DI PINTU SYURGA
MOJO - ROMANCINTA
http://www.anugerahjuaralagu.com/
Sunday, 18 January 2015
Senarai Finalis dan Ramalan Anugerah Juara Lagu ke-29 by Izafiza
ALYAH - SEPARUH NYAWA
ALYAH - SEPARUH NYAWA
HAFIZ - MATAHARI
Thursday, 15 January 2015
WISHLIST 2015
Untuk tahun 2015 ni banyak benda yang saya plan nak beli. So, kita share sini la supaya kita sendiri tak lupa. Hehe.
Nak sangat sebiji mesin jahit mini tu. Kelip-kelip mata tengok kat Lazada. Harga pon bukan mahal sangat pon. Hari tu dah pernah survey kedai elektrik. Ada yang mahal, ada yang murah. Siap tokey nak bagi bayar bulan-bulan lagi. Nak sangat belajo jahit. Cikgu tukang jahit dah ada. Ceewaahh.Jangan beli nanti jadi tempat tinggal labah-labah sudah.
Memandangkan kita masih duk rumah sewa kejadahnya kita nak upah orang pasang kabinet kan. Over sangat ni haih. Haha. Jadi kita nak sangat almari untuk letak segala pinggan mangkuk tu. Hari tu masa cik ti mengganas ada jugak dia rosakkan kotak-kotak barangan kaca hadiah kahwin. So, kalau ada almari tu kita nak buh barangan kaca tu semua dalam tu. Tapi asben cakap tak payah beli lagi la. Nanti nak pindah lagi susah nak angkut almari banyak-banyak. Dah la dapur cinonet je. Pastu dia bagi choice, nak meja makan ke almari dapur tu. Tak tahu antara dua.
Haha, tak tahu antara dua kan, mari masukkan dua-dua dalam wishlist. Lantaklah dapur jadi sempit pun asben. Setakat nak berzumba kat dapur tu muat lagi. Haha. Tapi nak meja kecik je pon. Yang muat untuk empat orang ok dah. Sampai sekarang kita makan depan tv atas meja kopi tu lagi. Keke. Kalau ramai skit orang hampar tikar makan bersilalah jawabnya.
Kiki. Langsir ni pon konon dari tahun lepas lagi nak beli. Pastu pindah rumah terkubur sekejap keinginan tu. Ni datang balik keinginan. Nak langsir kaler hijau. Biar sejuk je mata memandang dalam rumah (biarlah rumah kau panas pun kan). Sekarang duk pakai langsir belas insan dari rumah mak kita lagi.
Monday, 12 January 2015
1st weekend di tahun baru.
Cerita basi seperti sediakala. Hakhak. Ada haku kesah basi ke tak sukatilah nak update pong. Heee. Hari tu kan dapat voucer Zalora, belikan handbeg untuk isteri dan jam tangan untuk suami. Eh, ada yang tanya macam mana saya dapat voucer Zalora tuh. Tu rezeki la kot. Team Zalora emel saya dapat invitation to collaborate dengan Zalora Malaysia. So, dia offer la voucer RM100. Alhamdulillah rezeki. Hikss. Kita pon selalu je intai-intai Zalora. Ada yang berkenan jer masuk dalam list. Sampai penuh emel kita dengan promo-promo.
Takut nak belikan jam tangan buat seorang suami yang cerewet. Tapi beli jugak, biarpun dia dah ada macam-macam koleksi jam tangan. Jadi nak bagi nampak spesel skit terus wrap. haha. Gdex hantar kat opis hari Khamis. Petang Khamis terus balik jumpa asben. So, masa rehat tu carik kertas n riben wrap la. Heheh. Ni tak tau lah hadiah besday ke enibesari ke ntah lah.
Lepas dia siap kerja masuk bilik mandi kita pon letak atas katil. Ecewahh. Suka sangat. Sempat lagi keluar bilik show off kat adik n mak mertua. Haha. Hadiah ni tak seberapa pon asben dibandingkan kasih sayang saya. Ehemm. Sakit tekak pulak kita = P
Manisnya Cinta.
Thursday, 8 January 2015
Mulut tu nak kena cili ker??
Salam uolls.
Hujung minggu yang lalu balik umah mil. Haha. Eh kita letak gambo with mil kat fb ada pulak yang tanya "asyik gambo ngan mil je,ngan mak sendiri xde gambo pun".heh.cili mulut tu baru tau. Mak kita shy shy cat. Jarang sangat la nak bergambo pun.
Dan ada jugak yang cakap "dia ni asyik balik umah mil je, umah mak tak balik pun" hey nak kena cili jugak eh bibir munggil tu. Umah mak kita 10 minit je dari rumah. Balik kerja pun kita selalu je pegi umah mak. Dan bergilir-gilir tiap ujung minggu rumah mak and mil okey. Even umah mak 10 minit je dari umah time weekend pun kita selalu tido umah mak..awak ni pasang kamera kat kaki kita ke ha?ke ada bela hantu raya konon tau sangat aktiviti kita kemana kita pergi. Habis stok cili kita pegi cilikan mulut awak. Membazir betul.
Macam ni lah nasib pjj kan. Tapi macam ustaz duk sebut selalu, kalau kita nak ikhlas dalam bersyukur tengok orang yang kurang nasib dari kita. Memang sedih hidup pjj. Kadang seminggu, kadang dua minggu tak jumpa. Tapi ada kawan saya tu suami keje kat Sarawak, tunggu cuti sekolah baru dapat jumpa. Jauh beribu batu. Syukurlah. Allah tetapkan rezeki kita macam ni..
Update via mobile takde gambo. Daa..
Wednesday, 7 January 2015
Alfatihah.
Thursday, 1 January 2015
Bye 2014, Welcome 2015
Bermulanya hidup baru dirumah sewa baru. Alhamdulilah even rumah kecik dari umah lama tapi syukur sangat punya kejiranan yang sangat baik,peramah,bertanggungjawab terutama tuan rumah sendiri. Rasa selamat jugak la memandangkan kita berpjj ngan asben. Tapi nasib baik ada anak buah teman duk sekali. Tak la bosan sangat. Januari bulan saya dilahirkan. 19 Januari, cepat set alarm kat phone tu. kikiki.
Bulan ni jugak bulan penuh duka. Odw balik dari umah mil ke opis saya eksiden. Kereta berpusing 2-3 kali. Alhamdulilah Allah masih bagi peluang mengecap nikmat bernafas.
Berulang alik ke Kuantan setiap hujung minggu untuk settle kan urusan kereta. Alhamdulilah selesai even banyak benor masalah keta ni. Pasrah je la. Asalkan ada keta nak bergerak kemana-mana. Huhu.
1st time travel ke KL with asben. Pegi ke umah abg bawak mak n adik. Pasni nak travel ke utara pulak la.hee..