Para Pengikut..

Monday 24 June 2019

Aidilfitri 2019

Salam uollss..

Ampunnn dah habis Syawal dah. Haha. Izinkan saya throwback jugak walaupun dah basi dah pun. Tahun ni raya rumah family in law. Cuma pagi raya yang takde adik ipar pompuan sebab datang lewat sikit raya rumah fil dia dulu. Tak complete la gambo raya ramai-ramai.



Tahun ni semua sofa dan meja makan letak kat luar. Sebab ayah dah bubuh lantai kat ruang dapur tu. Open air gitu konsepnya. Tetamu pun datang lepak kat luar tu je senang. Tak yah berpanas-panas dalam rumah. So jomlah kita bergambar kat luar pulak.


Anak mami memang payah nau nak bergambo. Menduga kesabaran betul Memang menurun papa awok ni. Mami bab bergambo photogedik jer. Hahha.


Dengan biras dan mil kesayangan semesta alam.

Okey jomlah pegi beraya pulak.


Pagi raya kedua balik rumah. Sampai rumah kemas-kemas rumah sikit pastu pergi beraya rumah mak. Then konvoi ngan abang kakak pegi raya rumah mak sedara dan sepupu.



Tahun ni memang tak sempat raya sangat. Rumah mak sedara pun ada yang tak sempat ziarah. Waaaaa.. Nantilah free kita pegi ziarah walaupun dah habis musim raya.



Raya ketiga dah balik umah mil semula sebab nak prepare untuk kenduri adik ipar pulak. Tapi sempatla masak soto pagi raya ketiga. Ajak adik beradik datang makan kat rumah. Masak simple-simple jer.


Lepas zohor rushing balik Dungun. Jalan jem punyalah mencabar keimanan kesabaran okeyyy.


Sampai je terus sibuk siapkan dan kemaskan apa yang patut kat rumah mil. Kenduri adik ipar hari raya kelima. Nanti la ada masa cerita. Haha. Sebab sis busy tak banyak gambar so nak story takde gambar pun rasa hambar jer. Hahhaha.

Bye!!

Tuesday 18 June 2019

Throwback Pre-Eidulfitri 2019

Salam uollss..

Salam Aidilfitri semua. Masih terasa Aidilfitri lagi ke. Hehe. Kita baru nak update pasal Aidilfitri hari tu. Kemain sibuk yer ko beraya. Kah. 

Tahun ni raya pertama di rumah fil. so kita #teamrayarumahmentua. Kemain saya insaf tak nak buat biskut raya banyak-banyak. Sudahnya buat dua-tiga jenis jer pastu tak cukup la pulak. Campur tak semangat la buat biskut raya.


 Minggu last sebelum cuti raya tu baru terhegeh-hegeh buat. Nasib baik ada adik dan anak-anak buah tolong sekali.Kalau sorang lagilah tak semangat. So kita beli kerepek dan kacang jer. Lepas raya duk tengok tv ngadap balang kerepek jela sampai habis. 

Biskut kacang (Mazola)



Cornflake madu


Biskut Peanut Butter


Biskut kacang lagi habiskan kacang yang ada.


Tahun ni raya jatuh hari Rabu kan. So minggu tu hari Ahad dah start cuti. Jadi Terengganu ni lagi lah dari Jumaat dah cuti. Hureyyy. So Jumaat, Sabtu dan Ahad saya duk kat rumah settlekan apa yang patut. Malam Ahad tu baru tolak balik Dungun rumah fil.

Pagi raya ma masak nasi beriani ayam goreng berempah. Tapi sibuk benor beraya takde langsung gambar. Haha. Tapai ni buat sehari sebelum raya. Lama sangat tak buat tapai. Siap kena gelak sebab kita bungkus tapai tu macam hape. Takpelah pengalaman mendewasakan. Ai pun bukan peminat tapai. Tak makan tapai pun tak heran. Kalau ada makan jugak seketul. Kiki.


Malam raya iron baju raya siap-siap. Rumah mil tak ramai sangat. So takde pun giliran bernombor untuk iron baju. Haha. Tahun ni tema grey. Sukati nak corak ke plain asalkan grey. 


Ok. Done story pre raya. Nanti kita update gambar raya pulak untuk memori akan datang. Kiki.

Wednesday 12 June 2019

Throwback Eidulfitri

Salam uollss..

Salam aidilfitri saya ucapkan. Tak sempat lagi nak update  blog sempena aidilfitri 2019. Semalam ambik mc sebab demam urat,batuk dan selsema. Ni penangan raya + kenduri punya pasal. Alhamdulillah hari ni dah ok sikit boleh masuk kerja. Hureyy.

So kita update dulu gambar2 throwback bermula tahun 2012 iaitu tahun kitorang bergelar suami isteri.

1st year beraya sebagai pasangan suami isteri kami raya di kampung saya sebab raya kedua balik raya di kampung asben kat Kelantan.


Tahun ke2 raya di rumah mentua pulak. Setiap tahun memang akan buat giliran supaya adil dan saksama. Kalau raya pertama raya tahun ni kat rumah mentua, pagi raya ke2 baru balik beraya dengan family belah saya pulak. Begitulah sebaliknya. 


Nasib baik jarak kitorang selang satu daerah je. Drive kereta dalam 1 jam lebih dah sampai. Kalau jem haru lah sampai 3-4 jam.

Tahun 2015 ni Daniel dalam perut 4 bulan kot. 


Tahun pertama raya dengan anak mami super aktif. 

Ni raya belah mentua pulak.

Raya rumah my family suka sebab adik beradik ramai. Sedara mara ramai. Kalau sehari tu memang tak sempat nak pergi ziarah semua mak sedara.

Tahun ni raya umah mentua. Raya umah mentua walaupun keluarga kecik tetap meriah dengan sedara mara dan kawan2 ayah ma datang raya. Memang duk dapur jela kerjanya. Haha.

Semoga dipanjangkan  usia untuk bertemu aidilfitri tahun2 akan datang. Eh syawal belum habis lagi dah nak ketemu yang akan datang yer. Haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...