Para Pengikut..

Monday, 27 May 2019

Iftar di Pantai Batu Buruk

Salam uollss..

Hari Sabtu bukak puasa kat Pantai Batu Buruk. Kebetulan mil dan adik-adik ipar datang shopping sini so diorang plan nak berbuka sekali. Petang tu saya masuk ofis. Balik kerja tu balik rumah dulu ambik Daniel dan papa. Buat tea o panas dan nescafe o untuk asben. Pastu terus gerak ke Pantai Batu Buruk.


Sampai jer diorang dah hampar tikar siap-siap. Mil beli makanan kat bazar Taman Syahbandar. Sedap nasi beriani situ. Kitorang duduk belakang hospital bawah pokok-pokok. Situ tak la crowd sangat. Suka la Daniel jumpa sepupu dia main kejar-kejar main pasir. 


Siap makan tu salam-salam ngan semua diorang terus gerak balik Dungun. Kami pon balik rumah. Alhamdulillah dapat jumpa lagi mil dan adik-adik ipar. Hari tu balik berbuka sana dua hari jer. Jumpa raya nanti plak yer. Tahun ni kita turn #teamrayarumahmentua. Korang raya mana tahun ni?


Saturday, 25 May 2019

Sticker Label untuk bekas rempah ratus

Salam uollss.

Lama betul tak update pasal deco kan. Kita masih menyewa so taklah gigih sangat mendeco. Ni kebetulan opismate promote bisnes suami dia. Buat item2 pengiklanan. So saya pun tempahla sekali. 

Yeayy. Konon nampak organize la sikit. Haha. Bekas kunyit garam tu tak sama besar. Lantak sana. Kalau semua nak beli baru habistu yang sedia ada tu simpan stor buat azimat.


Actually mini rak untuk rempah ratus tu ada bekas dia. Tapi bekas tu takde penutup. So saya cari bekas yang bertutup dan boleh muat space tu. Baru la makin bersemangat nak masak. Haha



Hari ni 20 Ramadan dah. Hari ni kerja half day petang. So pagi tu lepas subuh terus kemas dapur. Atas rak pinggan, atas kabinet, bawah kabinet. Sampai pukul 11.00 am mengerjakan dapur. Fuh puas hati. Tula salah satu cara tak nak bagi tido lepas sahur n subuh ialah kita kemas rumah. Tak sabar menanti Aidilfitri walaupun baju raya belum beli lagi. Hehe.

Thursday, 23 May 2019

Rezeki di bulan ramadan

Salam uollss..

Alhamdulillah Ramadan tahun ni dapat rezeki tudung. Mak student hadiahkan tudung. Kebetulan dah habis semester dan masuk bulan ramadan. Boleh pakai tudung ni raya nanti wehuuuuu. 


Tqvm sebab tak pernah pun beli Ariani ni. Yelah kita pakai shawl murah-murah je. Haha. Takdenya nak beli mahai-mahai pakai basahan pergi kerja jer kot. Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki mak student yang hadiahkan tudung Ariani.

Thursday, 16 May 2019

Anugerah yang tak disangka-sangka

Salam uollss..

Semalam diadakan sambutan hari guru. Tqvm atas ingatan. Yang tak disangka tiba-tiba dapat anugerah khas. Haha. PENSYARAH PALING MELETOP. Adoi tak boleh hadam betul kat mana meletopnya. Then ada student reply status whatsapp saya rupanya sebab saya aktif posting kat socmed . Alhamdulillah tq atas sokongan semua peminat i. Cewaaahh. Hahaa.


Selamat menyambut hari guru buat semua pendidik sekalian. Semoga Allah terus kurniakan kita kesabaran dan ketabahan dalam mendepani pelajar yang pelbagai ragam. Aamiin.

Wednesday, 15 May 2019

1st time iftar kat luar

Salam uollss..

Semalam 1st time saya berbuka kat luar. Untuk tahun ni la. Haha. Berbuka sebelah opis dengan kawan-kawan dan student2. Balik kerja 5.30 petang tu pecut laju balik ambil Daniel dulu. Bawak sekali anak buah dua orang join iftar. Odw pergi opis tu singgah bazar beli nasi, air dan kuih muih. 

Daniel macam biasalah. Punyalah suka dia dapat lari-lari kat ruang luas macamtu. Jenuh mami kejar tau. Siap makan tu terus balik. Next kita iftar outdoor kat lain plak yer dik.


Saturday, 11 May 2019

Resepi Ayam Ungkep

Salam uolls.

Salam 5 Ramadan. Sebenarnya ayam ungkep ni saya masak sebelum puasa hari tu lagi. Tetiba tengok ada gambar kat gallery hp. 1st time masak menu ni. Resepi Google jer. Mudah sangat. So kita simpan sini sebab kadang-kadang mati idea tak tahu nak masak apa sebab ayam antara haiwan wajib ada stok dalam fridge. Haha.

RESEPI AYAM UNGKEP

Beberapa ketul ayam dibersihkan dan ditoskan.
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
Setengah inci kunyit hidup
Garam sikit

 4 bahan atas ditumbuk dan dilumur pada ayam. Perap dulu biar meresap pada ayam.

3 ulas bawang merah
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
Cili padi 2 biji
1 keping asam gelugur
2 serai diketuk

Kisar halus semua bahan kecuali serai tu. Panaskan minyak lepastu tumis bahan kisar dan serai. Kemudian masukkan ayam yang diperap. Tambah sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.

Makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya.




Tuesday, 7 May 2019

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.



Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Monday, 6 May 2019

Sebelum Ramadhan menjelma

Salam uollss.

Cepatnya masa kan. Hari ni dah masuk 1 Ramadan 1440 H. Macam biasa masih pjj, masih berbuka dan bersahur berdua dengan Daniel. Belum dikurniakan rezeki untuk bertambah ahli keluarga lagi. Heee. Alhamdulillah setelah dekat nak masuk dua bulan tv rosak akhirnya dapat baiki. Minggu lepas asben bawak balik Dungun hantar kedai. Kos baiki tu RM400 plus jugak lah. Ni dah nekad tv dah kembali ni saya dah tak nak ajar Daniel tengok kartun cucuk pendrive kat tv lagi. Sebabnya dia conquer sampai mami pun dah tak boleh tengok tv. Sadis betul. Haha. 


Bila masuk Ramadan ni perkara yang selalu mendebarkan bila gas habis. Pernah la jugak tahun bila entah..gas tu habis betul-betul masa saya nak panaskan lauk untuk sahur. Adoi. Nasib baik sempat la lauk tu hangat. Hari tu duk tunggu jela bila la kau ni nak habis wahai gas. Sebab tong gas dah ringan. Lepas dua minggu kita duk ternanti-nanti gas habis akhirnya malam Khamis dia habis. Saja tau-tau asben kita balik hari Khamis kan. So lega la sepanjang ramadan ni tak kan ada kes gas habis masa nak sahur atau berbuka. Heee.

Selamat berpuasa semua. Semoga di bulan Ramadan ini Allah memberkati dan mempermudahkan jalan kita dalam apa jua urusan. Amin =)

Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

Salam uollss..


Jom join giveaway . Sempat lagi sebelum tarikh tutup. Klik banner atas yer atau klik link bawah. Good Luck semua =)




Salam Ramadan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...