Para Pengikut..

Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Friday, 15 May 2020

Menu sepanjang Ramadan 2020 - Minggu 3

Salam uollss..

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 22 kita berbuasa dalam PKP dan PKPB ni. Semoga semuanya dikurniakan ketabahan dan kesabaran. Ni menu minggu lepas punya. Masih gigih lagi ambil gambar even masak simple pun. Haha. Gambar berbuka je Sahur biasanya panaskan jer lauk berbuka.

Ramadan 15
Asben request bubur lambuk letak udang. Best rasa kalau bubur lambuk ni letak udang. Pastu ayam goreng, roti sardin roll dan tembikai.

Ramadan 16
Nasi ayam. Weekend tak kerja boleh la masak beria sikit. Kalau weekdays WFH memang rushing masak laju-laju lah.

Ramadan 17
Ayam goreng mamak style, sambal petai dan bilis, tumis darat terung dan ikan kukus. Asben keluar beli murtabak.


Ramadan 18
Mee goreng mee lidi, keropok dan ayam goreng mamak style lagi.

Ramadan 19
Masak lemak timun, ikan masin, murtabak dan tembikai.

Ramadan 20
Sambal sotong, ikan tenggiri goreng berlada untuk mami papa, goreng biasa untuk Daniel. Roti John my favourite, tq mak bagi sambal ikan. 

Ramadan 21
Hari ni dah habis idea tak tahu nak masak apa. Asben beli ayam golek. So saya masak je ikan masak kicap, goreng sayur campur. Mak bagi pelam harum manis..sedapnyaaaaa..Pastu saya order kuih asam gumpal.

Alhamdulillah update minggu ke3. Ada satu minggu lagi untuk kita fikir menu berbuka. Selamat berbuka semua.


Friday, 8 May 2020

Menu sepanjang Ramadan 2020 - Minggu 2

Salam uollss..

Dah sempurna minggu kedua kita berpuasa. Cepatnya ramadan meninggalkan kita.

8 Ramadan
Tom yam, ikan bawal goreng, pulut panggang, kuih dan betik.

9 Ramadan
Udang masak sambal tiga budak gemuk, ikan tongkol goreng berlada, murtabak dan keropok lekor.

10 Ramadan
Asam pedas ikan tongkol, masak lemak sayur jambu golok dan sotong, ikan masin dan murtabak.

11 Ramadan
Paprik ayam, ikan cencaru goreng dan pisang goreng. Lauk semalam ada balance lagi so panaskan jer daripada membazir ia.

12 Ramadan
Tumis sayur campur dengan homemade fish ball. Adikku kirim beli ayam percik. Tq semoga murah rezeki. Kuih muih selalunya mak yang bagi sebab umah mak banyak kuih.

13 Ramadan
Hari ni paling simple. Udang masak Kam Heong. Goreng sayur campur dan juga ayam goreng.

14 Ramadan
Ikan tenggiri masak cuka, kacang goreng dengan hati dan pedal ayam. Ayam goreng. Ketupat dan tembikai.

Alhamdulillah. Semoga terus dikurniakan kesabaran dan kekuatan menempuh hari-hari dibulan ramadan.




Friday, 1 May 2020

Menu sepanjang Ramadan 2020 - Minggu 1

Salam uollss..

Sejenis kegigihan ke tiap hari kena snap gambar. Hehe. Macam ustaz cakap la kan. Takpe la perempuan nak ambik gambar masakan letak kat sosial media. Penat-penat masak kan. Ni lah cara kita berbahagia dengan usaha kita didapur. Hehe. Serius penat. Bukan nak mengeluh. Tetap bersyukur. WFH saya habis jam 6.00 petang baru saya masuk dapur. Memang rushing. Tapi alhamdulillah hikmah pkp ni asben ada sekali. So boleh la beliau tolong mana yang patut.

So kita simpan sebagai kenangan disini yer. Alhamdulillah tak mewah tapi cukup mengenyangkan seisi kelaurga =)

1 Ramadan

Gulai ikan selayang
Ayam goreng berempah
Daun bayam brazil tuai kat pokok yang ditanam.
Budu jangan dilupa.

2 Ramadan
Masak lemak kacang panjang
Ikan goreng
Bubur lambuk pemberian mak
Asben request sambal belacan
Budu untuk saya.

3 Ramadan
Kari ikan bawal
Ikan masin
Murtabak beli kat kedai
Kurma ada orang sedekah. Alhamdulillah
Betik mak bagi. Hehe.
Dan opkos budu dan sambal belacan.

4 Ramadan
Asam pedas ikan tongkol
Sayur taugeh dan kacang panjang goreng
Ikan goreng
Sekaya telur
Ketupat ayah belikan untuk cucu dia.
Budu oii sentiasa ada.

5 Ramadan
Masak lemak sayur taugeh + sawi
Ikan cencaru bakar
Roti sardin
Murtabak beli
Kuey tiau goreng pemberian mak
Sata pemberian mak jugak. Biasanya kalau adik atau ayah beli kuih banyak mak memang akan pass rumah saya takut membazir banyak-banyak. Tq mak.

6 Ramadan
Nasi lemak 
Sambal ikan tongkol
Ayam goreng kunyit
Ikan bilis
Telur rebus
Timun
Bubur lambuk mak bagi jugak
Tembikai

7 Ramadan
Singgang ikan aye
Ika bawal dan selayang goreng
Sayur kobis pecah telur
Pisang goreng. Gigih okey goreng. Haha.
Gulai daging mak bagi
Sata mak bagi jugak.

Okey done seminggu menu untuk ramadan. Marilah kita termenung memikirkan menu untuk hari-hari seterusnya pulak. Semoga jadi semangat untuk kalian memasak buat keluarga. Besar pahala kita bagi makan orang berbuka kan. Alhamdulillah penat yang berbaloi =)


Friday, 24 April 2020

Salam ramadan 2020.

Salam uollss..


Salam ramadan. Ramadan kali ni semestinya akan menjadi ingatan dan kisah sedih untuk diceritakan pada anak cucu akan datang. Kita menyambut dalam suasana berperintah kawalan pergerakan. 

Kalau dulu awal-awal ramadan mungkin banyak kenderaan bersusun dilebuh raya. Warga kota pulang ke kampung untuk menyambut ramadan bersama keluarga dikampung.  Kini jalan hening. 

Kalau dulu kita berpusu-pusu di bazar ramadan membeli juadah berbuka yang kadang kala hanya hadir waktu ramadan. Sekarang mungkin hanya perlu order melalui e-bazar.

Kalau dulu kita pasti punya hari tertentu untuk menyambut ramadan diluar-dari semahal-mahal iftar di hotel2 hingga sesederhana berbuka ramai-ramai di dataran. Kini sepanjang ramadan kita akan menyambutnya di rumah sahaja.

Kalau dulu setiap malam kita menghidupkan ramadan dengan berterawih di masjid atau surau, sekarang solat terawih dirumah bersama keluarga atau bersendirian.

Namun ingatlah, dimanapun kita, dalam apa cara sekalipun kita menyambutnya marilah kita hidupkan ramadan dengan perbanyakkan amalan wajib dan sunat. Semoga ramadan tahun ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Aamiin.

Salam ramadan buat semua membaca. 

Monday, 6 May 2019

Sebelum Ramadhan menjelma

Salam uollss.

Cepatnya masa kan. Hari ni dah masuk 1 Ramadan 1440 H. Macam biasa masih pjj, masih berbuka dan bersahur berdua dengan Daniel. Belum dikurniakan rezeki untuk bertambah ahli keluarga lagi. Heee. Alhamdulillah setelah dekat nak masuk dua bulan tv rosak akhirnya dapat baiki. Minggu lepas asben bawak balik Dungun hantar kedai. Kos baiki tu RM400 plus jugak lah. Ni dah nekad tv dah kembali ni saya dah tak nak ajar Daniel tengok kartun cucuk pendrive kat tv lagi. Sebabnya dia conquer sampai mami pun dah tak boleh tengok tv. Sadis betul. Haha. 


Bila masuk Ramadan ni perkara yang selalu mendebarkan bila gas habis. Pernah la jugak tahun bila entah..gas tu habis betul-betul masa saya nak panaskan lauk untuk sahur. Adoi. Nasib baik sempat la lauk tu hangat. Hari tu duk tunggu jela bila la kau ni nak habis wahai gas. Sebab tong gas dah ringan. Lepas dua minggu kita duk ternanti-nanti gas habis akhirnya malam Khamis dia habis. Saja tau-tau asben kita balik hari Khamis kan. So lega la sepanjang ramadan ni tak kan ada kes gas habis masa nak sahur atau berbuka. Heee.

Selamat berpuasa semua. Semoga di bulan Ramadan ini Allah memberkati dan mempermudahkan jalan kita dalam apa jua urusan. Amin =)

Sunday, 20 May 2018

Salam Ramadhan Kareem

Salam uollss.

Selamat menyambut Ramadhan 1439. Sekejapnya masa kan. Dah 4 ramadhan. Alhamdulillah masih lagi mengekalkan niat untuk bulan puasa tahun ni 1.nak elak tido selepas sahur dan lepas subuh 2.nak kurangkan post menu makanan di ig dan fb. Haha. Kat blog jela update. Tetap nak ada kenangan di bulan ramadhan kan.

1 Ramadhan.

Ada stok ayam je dalam fridge. So masak paprik jela simple dan cepat. Saya balik kerja 5.30 petang. Nasib baik la pagi sebelum pergi opis dah keluarkan ayam kat tempat beku tu letak bawah. Cepat sikit defrost. Tumbuk sambal belacan then ada telur masin mak mertua bagi haritu. Kurma tu kat opis ada hamba allah sedekahkan. Semoga murah rezeki yer. Eh kuih hijau tu apa nama eh adik ipar kirim. Sedap. Rajin uolls yer. Haha. Pastu mak hantar semangkuk bubur lambuk. Juadah wajib hari pertama puasa mak mesti buat bubur lambuk. Asben sampai dalam kul 7.00. Hidang semua sempatlah berbuka sekali.


2 Ramadhan.

Pagi tu pergi pasar cari stok barang basah. Beli ayam dan sayur2. Dua bekas yang tak pernah kosong ialah bekas cili dan sayur. Kita memang hantu pedas. Cili wajib ada. Kiki. Sayur wajib sawi, kobis dan carrot. Senang nak masak bekal untuk Daniel boleh guna sayur2 tu.


Balik pasar goreng jemput pisang untuk budak kecik tak poser ni ha. Nampak Daniel ni banyak main je. Makan tu payah benor. Mami tak tau la nak buat macam mana bagi dia berselera makan.  Kat rumah boleh la nak kawal dia kurangkan susu supaya dia lapar then bagi makan. Takpe la dik. Kurus ke asal awak sihat sentiasa yer.


Hari Jumaat la boleh masak banyak2 sikit sebab cuti kan. Awal-awal dah masuk dapur. Hehe. Punyalah excited nak masak kan. Siap masak asben ajak pegi bazar. Daniel pulak tido. Jam 6 tu kejut dia. Nasib baik tak ngamuk. Yelah mana nak ngamuk dapat naik moto suka lah dia kan.


Tart 3 ketul beli kat pasar pagi tu untuk Daniel. 2 ketul dia habiskan. Suka yer tart.

Murtabak, popia dan kebab beli kat bazar.

Mak masak nekbat. Menu rasmi orang ganu time puasa. 

Lauk pauk saya masak kari ikan tongkol, kacang panjang goreng dengan ati dan pedal ayam, ikan goreng dan sambal belacan.

Dah macam 4,5 orang kan dalam rumah ni. Hakikatnya kami berdua jer bukak puasa. Nasib semua habis takde bazir2.

3 Ramadhan.

Pagi saya kerja balik jam 1 baru setelkan hal dapur. 


Untuk lauk nasi saya masak ikan siakap masak 3 rasa. Tq mil selalu bagi ikan. Nak makan sorang memang tak la sebab besar. Makan berdua pon penat nak habiskan. Pastu goreng ayam berempah. Perap ayam tu dari tengahhari baru sedap. Asben memang suka ayam. Tak jemu makan ayam. Kita ni kadang-kadang tekak dah tak boleh terima ayam.

Saya terasa nak makan nasi dengan budu. Nasib ada lagi belen kari semalam. Panaskan la makan dengan budu dan ulam. Sambal belacan untuk asben.

Kuih bakar 2 layer saya buat. Haha. Sebab ada santan dan gandum tak tau nak buat kuih apa. Nasib la ada jugak rasa kuih bakar. 

Pastu petang asben keluar cari kuih ngan Daniel. Beli ketupat palas dan ayam teng. 1st time try. Rasa macam ayam pusing tu jer cuma dia bakar dalam tin.

Dah cukuplah update untuk 3 hari puasa. Haha. Hari ni kita berbuka sorang2. Takdenya meriah atas meja makan tu.

Selamat menjalani ibadah puasa semua. Korang upload la menu ngan resepi sekali boleh kita tiru yer. Haha.

Tuesday, 30 May 2017

Salam Ramadhan

Salam uollss..

Kejap je kita dah ketemu lagi Ramadhan kan. Tahun ni 1st ramadhan di rumah famili in law. Hari Jumaat tu keje. Balik kerja kul 6 zapp terus pecut balik Dungun. Sempat la sahur di rumah fil pagi tu.

1 Ramadhan.
Adik ipar masak ikan masak stim. Sedappp. Sampai dua mangkuk ai hirup kuah. Haha.



Masuk gambar makanan jgn hentam ya. Hahaha.

2 Ramadhan.
Mil ajak pegi pasar. Suka3. Nak beli sayur fresh2. Macam-macam sayur beli ha. Sampai tak muat tipuware kite. Haha. Eh, tu cara kita simpan stok sayur tau. Basuh bersih2 simpan dalam bekas tutup rapat. Memang tahan lama la. Setakat ni memang tak pernah buang sayur sebab layu kering.


3 Ramadhan
Dah masuk keje. Asben pulak ambik cuti sehari. Asben beli ayam tak tau nak masak berbuka apa. Adoii. Stress mikir nak masak apa ni. Dr sahur lg duk tanya asben nak buka apa. Kat opis col lagi dia tanya. Ikot jelah katanya. Kang ada yg buke ngan kurma dan air suam kan 😂

Then dapat idea buat paprik je la. Senang dan cepat. Balik kerja sampai umah kul 6 terus ketung ketang potong ayam. Asben ada lega skit boleh #danielasyrafmz bertempek ngan papa tak kacau mami kat dapur.
Simple sangat masak paprik je. Ok goreng ikan sekor. Haha. Nak tumbuk belacan tak sempat dah. Ngam2 siap hidang bunyi bedil.

Asben belikan ketupat tapi rasa tengik la. Panaskan semalam punya ke. Hukhuk. Keciwa betul kalau beli makanan kt luar ni.

Sekarang time magrib tu masa Daniel makan. So dia pon berbuka sekali la. Suap dia kenyang2 barulah turn mami makan.

Alhamdulillah hari ni dah 4 Ramadhan. Kejap je. Nanti pejam celik dah syawal kan. Semoga Allah kurniakan kita kesihatan dan kekuatan untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini. Aamiin.

Monday, 13 July 2015

Persiapan Aidilfitri 2015

Salam uolls..

Tahun ni raya bersederhana saja yer. Hehe. Setiap tahun kot bersederhana je. Alhamdulilah tahun ni rezeki asben sentiasa datang pada waktu yang tepat. Ceewah. Dapatla mencukupkan keperluan raya.

Giliran raya.
Tahun ni turn raya kat umah femeli in law. Even kitorang berdua ni tak kisah sangat raya kat mana tapi kita bagi adil la. Ikut turn. Raya 1st umah fil. Raya 2nd balik umah sendiri. Dungun 1 jam je kot kalau tak kenyang makan jem kan. Nasib baik rumah kita dekat ngan umah mak dah. Maybe raya keempat balik umah fil semula sampai habis cuti raya seminggu. Sedih tahun ni dapat cuti sehari je sebelum raya. Kita dah plan ngan mak mertua dua hari sebelum raya nak ajak pegi pasar,pegi bandar settlekan apa yang patut. Dah la ramadan ni baru sekali balik sana masa weekend 1st ramadan. Tak sempat pun nak ajak ma n adik-adik shopping raya. Hurm. Takpela. Nasib baik lepas raya dapat cuti seminggu. Hurm.

Kuih raya
Tahun ni memang simple habis. Just order kerepek 3 jenis, biskut raya 2 jenis untuk tetamu. Tupun beli 1pcs setiap satu. Haha. Lagi tiga jenis tu tart nenas, batang buruk dan almond london setiap tahun wajib order untuk kita suami isteri makan je. Haha. Sebab tahun lepas tak laku sangat.

Dan macam biasa setiap tahun gulung popia serunding gulung tu. Habis stok serunding pulak malasnya nak pegi cari serunding lagi. Popia ada je lagi dalam fridge tuh. Adoiii.

 Masa buat popia ni asben tolong jugak gulung. Tapi malam tu dia terlupa nak tanya kat mana kita taruk popia gulung. Haha. Then next week lepas tu terus dia pau. Hoiii.. Orang nak makan raya lahhhh. Habis separuh balang popia aiollssss.


Masa start taip entri ni minggu lepas. Konon plan nak buat karipap mini tu. Tapi malas nak kuar pegi beli serunding. Malas nak parking sebenarnya. Then tukar plan buat rempeyek lah. Gugel resepi dalam internet. Maka pagi tadi lepas sahur terus mengoreng. So tak dapat rasa la rempeyek ni. Entah tawar entah masin. Rasa macam senangnya buat rempeyek ni. Taklah sampai sakit bahu macam buat popia gulung tuh. 


Rasa macam nak kena beli lagi la kacang ke tambahan biskut raya ke coz plan nak buat mini open house kat umah saya pakat ngan my sis n adik. 

Pakaian raya
Tahun ni tema fil kaler hijau. Tak kisahla tone macam mana pun. Awal-awal lagi kita dah beli dress kaler hijau lumut. Asben tengok pun setuju kaler tu. Then last week cari baju melayu asben kat KAMDAR. Dia berkenan la kat satu design baju melayu ni yang moden skit, tapi takde pulak kaler hijau lumut. Kesian pulak. So suh dia ambik je kaler terkois. Hurm. Asben cakap nanti cari plak dress kaler sama ngan dia. Wehuu. Bleh pakai g keje.heheh. Tapi sampai sekarang tak beli lagi neh. Beli malam raya aci tak asben. Malasnya nak menyoping tanpa asben. Nanti tersalah beli yang dia tak berkenan. Wuuuuuuuu. Nampaknya tunggu asben balik hari Rabu la kita pegi menyoping lagi.

Persiapan rumah 
Rasa simple je la kot. Takde nak kena kemas sangat sebab baru masuk rumah ritu kan. Cuma tambahan meja makan then beli langsir. Tupun beli yang siap ready made just untuk sliding door jer. Yang pintu tingkap semua hold dulu la yer. Hari Rabu dah kena beli stok barang basah. Malam Rabu tu balik kampung. So raya kedua bila balik rumah balik takdelah kalut sangat baru nak pegi pasoraya cari barang basah. Dahlah pasoraya besar je bukak raya ke2. Konpemlah crowded dengan orang yang nak beli sakan untuk open house.

Penatnya aiollss membebel...tak sabarnya nak balik kampung jumpa mak mertua. Windunyaaaaaa.

Thursday, 9 July 2015

Kisah Ramadan lagi.

Salam uollsss..

Kisah ramadan lagi. Ada gambar makanan-makanan jugak. Jangan marah na. Kalo marah buh la jugak gambar makanan kat blog awak. Thehehe. Suka je kita baca pasal masak-masak time ramadan ni. Kang tahun depan belek balik tengok apa kita masak tahun lepas, dua taun lepas... Bukan gempak sangat pon masakannya. Tapi dah nama memori kan. Di setiap masakan tu ada memori. Kau apa tau?hahahha. Tetiba nak marah apehal. Hehe.
Tapi serius ramadan ni suka je duk baca blogger citer apa dia masak buka puasa hari ni, esok, semalam. Seronok pulak. Ada jugak ke yang tak suka??pelik.
Entri rojak, campur, lompat, langkau semua ada neh. Kalau takde gambo tu maknanya buka puasa umah mak. Takde maknanya nak ambik gambo umah mak, kang tak pasal ayah baling murtabak. Kahkah.
7 Ramadan
Ada belen udang so buat sambal udang. Ketupat ngan kuih tu mak bagi. Betik pon mak bagi.

8 Ramadan
Keluar bukak puasa with my bff, Ani. Ani nak fly ke KL, so alang-alang dia keseorangan buka puasa kat airport kita temankan la. TQ Ani belanja mak buyong neh. Nasib baik servis laju jer. Elok-elok makanan sampai terus dengar pengumuman cakap dah masuk waktu berbuka.


10 Ramadan
Meja makan yang dibooking pon sampai. Weeehuuuu. Seronoknya. Setelah tiga kali berpindah akhirnya ada meja makan jugak. Selama ni duk makan kat meja sofa tu je. Dah la kaca, penat nak kena sental sentiasa. Asben cakap tak bleh belikan meja makan glass punya. Tau dah bini dia pemalas. Hahahha. TQ ringankan kerja ai.
13 Ramadan
Ikan goreng sekor tu maksudnya berbuka sorang-sorang la tuh. Bila teringin nak cicah budu, hah siap add on tempoyak lagi kau. Tempe ngan bilis goreng buh dalam tipuware. Kang malam-malam sementara nak tido tu kita ratah la.


14 Ramadan
Bukak puasa dengan anak-anak di Pantai Batu Buruk. Hampar tikar, makan ramai-ramai. Meriah jugak sini, nasib baik tempatnya luas kat padang. Takdelah bersesak sangat pon.


Kat belakang tu bazar. So, lepas beli kat bazar terus datang sini. Agak-agak tak cukup makanan berlari kejap pegi bazar balik. Heeeeee.



Teringin nak makan nasi kerabu. Pastu melilau carik tak jumpa. Beli nasi beriani je la. Nasib baik sedap la jugak rasanya.


15 Ramadan
Hari ni Khamis. Kul 4.30ptg tiba-tiba asben call cakap dah odw. Alamak. Pastu tanya beliau nak berbuka kat mana. 'La...buka kat rumah lah. Kat mana lagi"hakhak. Ingat nak buka kat hotel ker. Muahaha. Daging goreng kunyit tu kita masak malam tadi. Daging kan lambat lembut. Pagi tu makan untuk sahur. Ada balance kita panaskan untuk berbuka. Goreng telur ikan. Asben singgah beli ayam golek seekor. Nyumnyummm. Rasa sepanjang setiap kali weekend asben balik tak pernah lagi lah berbuka kat luar, kat rumah jugak dia ajak berbuka. Nak lauk isteri yang simple tu jugak. Kikiki.


16 Ramadan
Ni sahur sebenarnya. Panaskan ayam golek tu guna magic pan. Pastu goreng ayam goreng kunyit jer. Sahur jarang masak berkuah-kuah. Makan nasi ngan ikan goreng pon dah cukup.


Okeyy..tu je gambo yang ada dalam hp cap ayam ni. Hehe.

Dah menjelang 10 hari terakhir Ramadan dah. Cepatnya masa berlalu...




Wednesday, 8 July 2015

Iftar di Warung Norazila, Kuala Ibai.

Salam uollsss...
Semalam bukak puasa dengan geng-geng Penang. Ceewahh.. dan-dan dapat nama geng-geng Penang. Ni sebenarnya yang kitorang pegi trip ke Penang dulu. Saja la mengimbau kenangan balik. So kita bukak puasa ramai-ramai. Siap tubuh group wassap khas untuk decide sape nak join, kat mana nak iftarnya. Macam-macam kedai yang dicadangkan. Ada yang jauh dari rumah lah. Ada yang mahal sangat lah. Kita ambik budjet yang sederhana aja okeyyy. So jumpa Warung Norazila. Pernah makan jugak sini dulu. Pagi tu terus call order. Nasib baik tak full.

Kami order tiga set. Agak berbaloi la. Takdelah mahal sangat pon. Saya tak rasa pulak agar-agar tu. Sedap ke ha. Dah kenyang sangat makan nasi.


Macam-macam lauk..
Tom yam
Kailan ikan masin
Telur dadar
Ayam percik
Ikan siakap masak tiga rasa
Kari daging
Daging masak merah
Sambal belacan, ulam timun
Tiga jenis air (sunquick, sirap dan bandung)
Kurma
Dessert






Ni yang paling berselera sekali. Air bandung!!sedap sangat. Cukup dengan rasa susu nya. Adoi. Kang dah terliur tengok balik neh.


Alhamdulillah. Kenyang sangat. Terima kasih semua yang join. Even dah habis belajar masih boleh luangkan masa bersama kekawan. Next time ada masa kita makan-makan lagi yerppp.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...