Para Pengikut..

Tuesday, 24 March 2020

Review Mandurah Hotel Kuantan

 Salam uollss..

Siapa pernah pergi ke Kuantan, Pahang? Antara negeri yang paling kerap saya berkunjung. Salah satunya sebab berjiran jer dengan Kuantan. Selain tu Kuantan ni banyak jugak tempat menarik untuk menenangkan fikiran. Terpulanglah tenangkan fikiran di pantai atau shopping mall. 

Sebelum ni kalau pergi Kuantan saya suka menginap hotel area bandar senang untuk cari tempat makan dan pergi shopping mall. Tapi sebab dah lama plan nak tenangkan fikiran kat area pantai pulak so saya jumpa la artikel ni 18 hotel terbaik di Kuantan 2020. Lepas review satu persatu list yang ada ni lah hotel yang paling menarik minat saya.

Mandurah Hotel Kuantan

Mandurah Hotel ni kedudukannya di kawasan Pantai Balok yang menghadap laut Cina Selatan dan hanya 10 minit pemanduan dari bandar Kuantan. Ok lah tak jauh pun untuk saya cari makan kat bandar atau pergi shopping mall. Tengok pada gambar-gambar yang ada ni pun dah buat saya jatuh cinta dah. Bayangkan bangun pagi bukak langsir terus dapat mengadap keindahan pantai. 


mandurah hotel kuantan menarik


Hotel dengan suasana resort ni mempunyai 60 buah bilik yang direka unik dengan ciri tradisi moden yang selesa dan luas untuk para tetamu. Paling best bilik di sini menawarkan pemandangan laut yang membiru dan menenangkan. Baik bilik jenis standard atau suite keluarga. Harga yang ditawarkan berbaloi iaitu RM138 - RM145 sahaja.

Tengok lah gambar bilik di bawah ni, nampak mewah kan? Dengan suasana yang moden dan klasik membuatkan kita rasa tenang jer menginap disini. Penggunaan warna tiada yang menyerlah sangat kan. Sejuk mata memandang wei.


mandurah hotel kuantan kemudahan

Tengoklah gambar-gambar di atas tu. View pantai tu melambai-lambai lah. Hehe. Petang-petang boleh ajak suami dan anak jalan-jalan di pesisir pantai. Korang kalau nak jalan-jalan di Kuantan dan tercari-cari tempat penginapan boleh terjah 18 hotel terbaik di Kuantan 2020 yer. Banyak lagi pilihan hotel mengikut citarasa, budjet dan minat korang.

Kalau korang pun berminat untuk menginap disini, saya sertakan alamat Mandurah Hotel Kuantan :

D - 929216, Pantai Beserah, 
Jalan Kuantan - Kemaman,  
26100 Kuantan, Pahang.


Saturday, 21 March 2020

Hari ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan

Salam uollss..

Berkawalan pergerakan di rumah mil. Petang Khamis asben balik untuk ambik saya dan Daniel bawak ke rumah mil. Risau dia nak tinggalkan isteri dan anak berdua. So lepas kemas baju semua malam tu lepas isyak gerak balik Dungun. Sebelum tu singgah rumah kawan beli hand sanitizer senang nak bawak dalam beg kemana pergi. Odw balik Dungun ada roadblock. Bersoal jawab la dulu dengan pak polisi.
"Dari mana ni"
"Nak kemana"
"Berapa orang dalam kereta ni"

So lepas dah berpuas hati geraklah kami. Tetiba nervous tengok sorang polis tu siap bawak senapang ko. Alhamdulillah sampai dengan selamat.

JUMAAT

Dia punya penangan kawalan pergerakan ni lain macam. Asyik lapar jer. Pastu macam bosan sangat duk rumah padahal selama ni bukan jenis kaki berjalan sangat pun. Saya punya bosan sampai tiap kali lalu kat sinki mesti nak basuh apa jer ada kat sinki even sebiji sudu. Haahah. Konon kebosanan sangat yer dak.


Breakfast masak nasi goreng ikan.
 Yang asben ni tengahhari dah makan nasi. Pastu nampak kerepok lekor suruh goreng kerepok pulak. Macam-macam la nak mengunyah nak tunggu malam tu.

Petang lepas asar pergi rumah tok. Tok dari minggu lepas dah tak boleh jalan dah. Duk baring jer. Pergi jugak janji tak singgah ke mana-mana lah. Sampai rumah tok tetap basuh tangan dengan sabun even takde singgah memana. Odw balik rumah barulah plan nak masak apa untuk makan malam. Lalu kat pasaraya tengok bukak lagi so singgah la kejap. Saya sorang jer masuk.

Tak pernah dalam sejarah hidup jantung saya berdegup kencang masuk ke pasaraya sebab takut. Terpaksa pergi jugak sebab stok takde. Masuk pasaraya tu seriously jalan laju-laju ambik barang tak toleh kiri kanan. Aim barang yang nak beli jer takde kuasa dah nak pilih dan bandingkan harga ke apa. Nampak lorong tu ramai orang rela lalu lorong jauh sikit supaya tak bersentuhan dengan sesiapa. Kat kaunter pula beratur sedepa dengan orang depan. Bawak duit dalam poket je okey tak bawak handbeg dan wallet. Hand sanitizer pun letak dalam poket jugak. Dah siap beli barang letak dalam bonet. Sebelum masuk kereta gosok tangan dengan hand sanitizer.

Yang saya tak faham ada jer yang batuk tak pakai mask. Nak jer saya sound kat situ "ko batuk tu tutup mulut lah wehh" takde kesedaran sivik betul.

Risau dengan keadaan esok dan hari mendatang macam mana. Semoga Allah jauhkan kita dah keluarga dari bencana ini. Aamiin.

Thursday, 19 March 2020

1st Day Work From Home

Salam semua.

Atas arahan PM kita, maka 18hb March (Rabu) bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan. So saya pun kena Work From Home. Maka bertungkus lumus la kita dengan buat kerja, online kelas sambil-sambil anak datang tengok apa maminya buat. Bertabahlah. Semoga keadaan akan kembali reda.

So bila nak stopkan Daniel dari kacau mami tengah sibuk WFH terpaksa lah bukak cartoon sepanjang siang tu. Malam barulah kita tutup tv dan laptop buat aktiviti pulak yer. Semoga mami rajin la sepanjang dua minggu ni. Haha.


Petang tadi jam 6.00 petang baru nak lunch ko. Kebetulan sardin ada sedapnya makan ngan nasi panas-panas. On la masak sardin.


Korang punya WFH macamne. Ke memang terus bercuti sepanjang 14 hari ni. Sama-sama kita jaga diri, ikuti saranan yang telah diberikan okey. Semoga kita semua dijauhkan dari virus COVID-19 ini. Dan semoga pesakit yang dijangkiti kembali sembuh seperti sediakala. Aamin.

Tuesday, 17 March 2020

Perintah Kawalan Pergerakan - COVID-19

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Semoga keadaan akan kembali pulih seperti sediakala. Aamiin.

Monday, 9 March 2020

Resepi ayam masak bali yang mudah.

Salam uollss.

Sabtu ari tu asben request nak makan "ayam yang ada serai dengan daun kari tu..". Hehe. Nak sebut menu apa dia tak tahu. Tu ayam masak bali la awakk. So ke bali la kita. Tak pasti kenapa nak kena petik nama bali pulak. Ke masakan ni asal dari bali yer. Tak kisahlah. Yang penting senang tapi sedap. Tu konsep kita yer. Haha.

RESEPI AYAM MASAK BALI
(Untuk tiga orang makan)

Ayam 5 ketul
Halia 1 inci
Bawang besar 1 ulas
(atau dua ulas kalau sederhana besar)
Bawang putih 3 ulas
Cili giling 3 sudu besar
Serai 3 batang
Daun kari 2 tangkai
Asam keping 1 keping
Bahan perasa garam dan gula


Ayam dibasuh bersih, gaul dengan kunyit dan garam lepastu perap sekejap kemudian digoreng sampai masak. Jangan sampai garing yer.


Seterusnya bawang besar,bawang putih, halia diblend.


Mula-mula tumis serai yang diketuk bersama daun kari. Lepastu tumis bahan yang di blend dan cili giling sehingga naik bau. Tumis je dengan minyak lebihan goreng ayam tadi. Tapi jangan la guna semua minyak tu. Pandai-pandai la agak yer. Saya suka tumis minyak lebih sikit. Nanti dah masak boleh ceduk minyak tu buang.


Masukkan asam keping dan bahan perasa mengikut citarasa. Last sekali baru masukkan ayam. Gaul ayam hingga sebati.


Siapp!







Thursday, 5 March 2020

KTCC Mall Kuala Terengganu.

Salam uollss..

Hari ni cuti umum di Terengganu.  Kebetulan adik bongsu ada balik dari UITM Puncak Alam, so dia ajak jalan-jalan di KTCC Mall. Mami pun apa lagi on jelah boleh ajak Daniel jalan-jalan. 


Buat pengetahuan korang KTCC Mall ni merupakan satu-satunya shopping kompleks yang baru dibuka di Kuala Terengganu ni. Sebelum ni daerah Kuala Terengganu memang takde shopping mall pun lagi yer.


Lokasinya dipesisir muara sungai. Tak jauh la dari Pasar Payang. Memang baru dibuka lagi. Rasanya Februari hari tu kalau tak salah. So ada lagi kedai yang masih dalam progress nak bukak. 


Tak puas sangat sebenarnya explore tadi. Maklumlah bawak Daniel yang super aktif ni. Asyik nak turun naik escalator jer. Nasib baik dengan adik. Kalau berdua dengan Daniel jer memang tak kuasa la mami nak bawak dia masuk mall. Semput mak nak.


Pusing-pusing nampak la kedai jual toys. Rambang mata Daniel tak tahu nak pilih mana satu. Mami suruh ambil satu jer. Dinosaur tu menjadi pujaan hati. Hehe.


Daiso pun masih duk ktung ktang lagi masa saya lalu. Next time pula kita pergi terjah Daiso okeyy.


Done rasmi KTCC Mall. Haha.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...